15 February 2011

Nasri and Rosciky back in the squad

Berita baik semua.. Samir Nasri disahkan cergas sepenuhnya untuk pertembungan menentang Barcelona awal pagi Khamis ini.. Namun ini bukanlah bermaksud Nasri akan mengambil alih tempat Andrei Arshavin dari kesebelasan utama.. Ianya kerana Arsene Wenger menegaskan beliau tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap Nasri.. Namun kita perlu tunggu dan lihat jika sama ada Nasri akan berada di bangku simpanan mahupun akan beraksi..

Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan paha turut akan berada di dalam pasukan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan.. Namun Abou Diaby pula mengalami kecederaan betis semasa pulang dari aksi antarabangsa tempoh hari.. Sementara itu Emmanuel Eboue akan mengambil alih tempat Bacary Sagna yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Champions League sebelum ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment