Arsenal Ladies 3-0 Chelsea

Arsenal Ladies menerima kunjungan Chelsea Ladies di Boreham Wood dengan misi perlu menang untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies yang berjaya mencatatkan kemenangan dramatik 3-2 sehari sebelum Arsenal Ladies menerima kunjungan Chelsea yang masih terluka dengan kekalahan 2-0 ke atas Everton sebelum itu..

Pengurus pasukan, Laura Harvey membuat keputusan untuk terus memberikan kepercayaan kepada gandingan Niamh Fahey dan Ciara Grant di bahagian tengah pertahanan berbanding menurunkan kapten pasukan, Faye White mahupun penolong kapten pasukan Jayne Ludlow yang masing-masing baru pulih dari kecederaan.. Ini menyaksikan Katie Chapman sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengetuai skuad..

Separuh masa pertama menyaksikan Chelsea hampir-hampir menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan Kate Longhurst hanya mengegarkan tiang gol walaupun jelas sekali penjaga gol Arsenal, Emma Byrne telah pun tertewas.. Ladies melancarkan serangan pertama mereka selepas Kim Little menghuru-harakan pertahanan Chelsea sebelum rembatan Fahey berjaya diselamatkan Carly Telford..

Hantaran cantik Jordan Nobbs pada minit ke-65 ke sebelah kiri padang berjaya mencari pemain sayap kiri yang tengah on form, Rachel Yankey.. Yankey melepaskan rembatan yang terkena pertahanan Chelsea sebelum menerjah jaring untuk menyaksikan pemain sayap England tersebut menjaringkan dua gol daripada dua perlawanan..

Kim Little sekali lagi menghuru-harakan pertahanan Chelsea sebelum melepaskan rembatan yang berjaya ditahan pertahanan Chelsea hanya untuk menyaksikan bola tersebut menuju tepat kepada Daniella Carter.. Carter terus melepaskan rembatan cantik yang menewaskan penjaga gol Chelsea untuk memberikan Arsenal pendahuluan 2-0 pada minit ke-73..

10 minit selepas itu Carter mengegarkan jaring sekali lagi selepas tumbukan penjaga gol Chelsea tepat ke arahnya sebelum Carter melakukan rembatan cantik dari luar kotak penalti untuk menyaksikan penjaga gol Chelsea hanya mampu melihat bola tersebut menerjah jaringnya.. Carter terus dijulang sebagai super sub pada perlawanan ini selepas hanya masuk 3 minit sebelum gol pertama perlawanan..

Namun punca sebenar kejaayan Ladies pada perlawanan tersebut adalah disebabkan tonggak Ladies di bahagian tengah yang diketuai oleh kapten pasukan, Katie Chapman yang dibantu oleh Kim Little, Jordan Nobbs dan Rachel Yankey.. Arsenal jelas sekali mendominasi bahagian tengah sepanjang perlawanan tersebut sehingga bahagian tengah Arsenal Ladies diakui dicemburui oleh setiap pasukan..

Malam ini semasa skuad lelaki Arsenal akan menentang pasukan bekas kapten dan lagenda, Theirry Henry skuad Arsenal Ladies akan berkunjung ke Everton dengan misi mengutip satu lagi 3 mata penuh untuk terus merapatkan jurang dengan Birmingham yang akan menentang Lincoln Ladies pada masa yang sama..

Namun misi Ladies tidak akan menjadi mudah memandangkan Everton terbukti sering mengecewakan skuad Arsenal Ladies dan tidak pernah memberikan kerja mudah kepada Ladies mencatatkan kemenangan.. Dengan Everton turut mencatatkan dua kemenangan sejak musim bermula semula, perlawanan ini pastinya cukup sengit.. Apa-apa good luck Ladies!!
Read More

Diaby undergoes surgery

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Abou Diaby tidak akan beraksi sehingga bulan September selepas menjalani pembedahan di buku lalinya yang kerap cedera sepanjang musim lepas.. Wenger menjangkakan Diaby akan kembali ke dalam pasukan pada akhir bulan Ogos..

Sementara itu Maroune Chamakh yakin yang beliau mampu untuk melakukan lebih banyak impak pada musim baru nanti walaupun sepanjang pra musim ini Chamakh gagal menarik perhatian peminat Arsenal sehingga ada segelintir yang memberitahu Chamakh patut dijual dan Bendtner perlu dikekalkan..

Walau apa-apa pun sejujurnya Atikah masih tidak puas hati dengan Chamakh.. Atikah perlu akui beliau cukup bagus semasa memegang bola namun cukup teruk semasa cuba melakukan percubaan menggunakan kakinya.. Dan kadang-kadang Chamakh membuat keputusan yang bodoh di depan pintu gol semasa beliau mempunyai peluang untuk skor.. Harapnya Chamakh mampu jadi lebih baik musim depan..

Sementara itu Atikah mahu terangkan serba sedikit tentang peraturan baru di Emirates Cup musim ini.. Jika musim sebelumnya setiap gol akan diberikan mata kali ini ianya tidak digunakan lagi dengan pemenang akan memperoleh 3 mata sementara pasukan yang mencatatkan keputusan seri akan menerima 1 mata..

Jika ada pasukan yang berkongsi mata peraturan pembezaan gol akan digunakan sebelum menggunakan peraturan siapa yang menjaringkan lebih banyak gol.. Namun jika masih sama kedua-dua pasukan akan dikira pemenang.. Dan pada kejohonanan kali ini seramai 11 pemain boleh berada di bangku simpanan namun hanya 6 pemain dibenar ditukarkan.. Dan siapa yang menerima kad merah sama ada secara langsung atau menerusi dua kad kuning, pemain tersebut akan digantung sehingga tamat kejohanan.. Adios..
Read More

Berita buruk daripada Walcott dan Henderson

Theo Walcott memberikan sedikit kerisauan di dalam kem Arsenal di Jerman selepas kecederaan buku lalinya menyaksikan beliau di hantar pulang Arsene Wenger untuk menjalani MRI scan dan seterusnya proses pemulihan.. Namun Wenger menegaskan kecederaan buku lali Walcott tidak begitu serius dan sebab beliau menghantar pulang Theo adalah disebabkan TW14 tidak mampu untuk menjalani latihan..

Menurut Wenger lagi kecederaan tersebut adalah kecederaan lama yang di alami Walcott selepas diterjah keras Dean Whitehead bulan Februari yang lalu yang mana menyaksikan Walcott sejak itu keluar masuk dari pasukan Arsenal akibat kecederaan tersebut.. Harapnya staf perubatan Arsenal mampu memastikan Walcott cergas sepenuhnya pada permulaan musim nanti..

Satu lagi berita buruk adalah tentang kecederaan yang dialami pemain tengah skuad simpanan Conor Henderson.. Henderson tercedera semasa minit-minit akhir perlawanan menentang FC Cologne yang menyaksikan beliau terpaksa diusung keluar.. Pada permulaannya Wenger menjangkakan ianya bukanlah sesuatu yang serius namun pemeriksaan mendapati kecederaan tersebut cukup serius..

Henderson disahkan mengalami kecederaan lutut yang teruk.. Kecederaan yang sama dialami Emmanuel Frimpong musim lalu.. Henderson dijangka berehat sekurang-kurangnya selama 6 bulan akibat kecederaan tersebut.. Harapnya pemain berusia 19 tahun ini akan kembali pulih secepat yang mungkin dan seterusnya terus membuktikan keupayaannya..

Henderson membuat debutnya pada perlawanan ulangan menentang Leyton Orient di mana beliau beraksi selama 90 minit dan membantu pasukan menang 5-0 dengan Henderson telah menarik perhatian peminat-peminat Arsenal pada perlawanan tersebut walaupun beliau tidak menjaringkan sebarang gol ataupun mencipta sebarang peluang..

Sementara itu penjaga gol utama skuad simpanan, James Shea telah menyertai Dagenham & Redbridge secara pinjaman semusim.. Shea telah berada di bangku simpanan beberapa kali sepanjang musim lalu akibat masalah kecederaan penjaga gol yang menimpa Arsenal.. Dan Shea turut dipanggil menyertai latihan bersama-sama skuad Fabio Capello musim lalu..

Penjaga gol berusia 20 tahun itu dibawa masuk kelab League Two itu secara pinjaman setelah Tony Roberts bersara iaitu jurulatih penjaga gol akademi Arsenal.. So semoga berjaya kepada Shea dalam tempoh pinjamannya ke kelab League Two tersebut.. Dan ini membawa maksud skuad simpanan Arsenal akan mempunyai penjaga gol nombor satu yang baru..

Selepas Wojciech Szczesny mengukuhkan tempatnya di dalam pasukan utama Arsenal, James Shea telah mengambil alih sebagai penjaga gol nombor satu skuad simpanan.. Posisi tersebut kini dilihat akan diberikan kepada penjaga gol Argentina yang menarik perhatian Wenger, Damien Martinez..

Ini memungkinkan peminat Arsenal untuk menyaksikan aksi penjaga gol yang pernah dipanggil skuad utama Argentina pada Jun lalu dengan lebih dekat lagi..Bekas penjaga gol Independiente yang bakal berusia 19 tahun pada September ini pastinya akan menggunakan peluang ini untuk memberikan tekanan kepada penjaga gol skuad utama..

Selain daripada James Shea setakat ini Arsenal telah meminjamkan Denilson secara pinjaman semusim ke kelab Brazil Sao Paulo yang juga bekas kelabnya.. Denilson dilepaskan Wenger secara pinjaman setelah Emmanuel Frimpong semakin hampir untuk mengukuhkan tempatnya di dalam pasukan utama sementara Denilson semakin tercicir dari perancangan Wenger..

Seorang lagi pemain yang dipinjamkan ialah penyerang Brazil Wellington Silva.. Wellington telah dipinjamkan sekali lagi ke kelab Liga Sepanyol, Levante UD.. Wellington telah dipinjamkan ke Levante pada Januari yang lalu dan berjaya menampilkan aksi yang baik.. Levante sekali lagi bertindak mendapatkannya secara pinjaman sementara beliau berjaya untuk mendapatkan permit kerja untuk membolehkan beliau beraksi bersama Arsenal..

Sementara itu Ryo Miyaichi berkemungkinan akan dipinjamkan sekali lagi memandangkan Miyaichi masih belum mempunyai permit kerja.. Namun Wenger jelas akan melakukan segalanya untuk memastikan Miyaichi mampu terlibat bersama skuad utama musim depan.. Harapnya FA England akan memberikan permit kerja kepada Miyaichi kerana Miyaichi cukup mengkagumkan dan sayang untuk melihat beliau beraksi bersama kelab lain walaupun secara pinjama kerana beliau jelas sekali sesuai untuk Arsenal dan mampu membentuk gandingan merbahaya bersama-sama Theo Walcott.. Adios..

P/S : Andrei Arshavin berharap beliau mampu menjaringkan 15 gol musim depan..
Read More

Arsenal Ladies 3-0 Liverpool

Setelah berehat selama hampir 2 bulan untuk memberikan ruang kepada Piala Dunia Wanita di Jerman, Arsenal Ladies kembali ke pentas WSL untuk terus memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies.. Di atas kertas Ladies mempunyai tugas yang mudah menentang Liverpool yang masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan.. Ladies turun dengan menyarung jersi baru Arsenal dengan berharap ianya akan memberikan tuah kepada mereka..

Laura Harvey membuat keputusan untuk meletakkan kapten pasukan Faye White di bangku simpanan dengan memberikan kepercayaan kepada Ciara Grant dan Gilly Flaherty di bahagian tengah pertahanan.. Jayne Ludlow yang pulih daripada kecederaan turut berada di bangku simpanan sementara Rachel Yankey, Ellen White dan Steph Houghton terus memulakan aksi di atas padang..

10 minit pertama menyaksikan Liverpool hampir-hampir mendahului hanya untuk menyaksikan tandukan Suzanne Lappin meliar.. Sejurus selepas itu Ladies bangkit dan Kim Little menewaskan 3 pertahanan hanya untuk menyaksikan rembatannya sedikit tersasar.. Kim Little selepas itu melorongkan bola kepada Rachel Yankey hanya untuk menyaksikan rembatan Yankey diselamatkan penjaga gol Liverpool yang tengah on form..

Namun pada minit ke-35 Danielle Gibbons tewas juga.. Gibbons gagal menangkap kemas tendangan padu Little dan bola terus ke kaki Julie Fleeting.. Penyerang prolifik Arsenal itu tidak mensia-siakan sebarang peluang untuk memastikan pasukan mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan..

Pada minit ke-60 selepas pemain terbaik perlawanan, Jordan Nobbs menghuru-harakan pertahanan Liverpool, rembatan Yankey yang terkena pertahanan Liverpool berjaya menewaskan penjaga gol Liverpool untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Arsenal dengan 3 mata semakin hampir milik Ladies..

Ellen White yang menjaringkan gol pertama di Piala Dunia dilihat cukup tidak bertuah pada perlawanan ini selepas tandukannya berjaya diselamatkan penjaga gol selepas menerima hantaran cantik daripada Jayne Ludlow.. Namun White dan Little bekerjasama untuk gol ketiga pasukan..

Hasil hantaran satu dua bersama Ellen White, Kim Little mudah menewaskan Daniella Gibbons dalam pertarungan one on one.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 3-0 Liverpool.. Kemenangan Birmingham pada satu lagi perlawanan menyaksikan Ladies masih ketinggalan 4 mata di belakang Birmingham dengan Ladies bermain kurang 1 perlawanan berbanding Birmingham..

Esok bakal menyaksikan pertarungan derby London di antara Arsenal Ladies dan Chelsea Ladies.. Pada perlawanan terdahulu Ladies menang tipis 1-0 hasil daripada jaringan Gilly Flaherty.. Ladies perlu menang perlawanan ini untuk terus memberikan tekanan kepada Birmingham dan nasib baik kepada Ladies perlawanan ini akan berlangsung di tempat sendiri..

So tahniah kepada skuad Arsenal Ladies dan good luck untuk perlawanan esok.. Di sini Atikah postkan highlights video Arsenal Ladies vs Liverpool.. Anda patut tengok terutama sekali kelincahan Kim Little yang bagi Atikah merupakan Cesc Fabregas Arsenal Ladies.. Memang cukup mengkagumkan melihat kehebatan pemain Scotland berusia 21 tahun itu.. Adios..

P/S : Chelsea mempunyai 4 bekas pemain Arsenal Ladies.. Iaitu penyerang Helen Lander, pemain tengah Lara Fay, pertahanan Leanne Champs dan penjaga gol, Sarah Quantrill..

Read More

Jay Emmanuel-Thomas ke Ipswich Town

Perpindahan penyerang muda terbaik Ipswich, Conor Wickham ke Sunderland telah menyaksikan Ipswich ketiadaan penyerang yang bagus.. Ini telah menyaksikan Ipswich mengadakan perbincangan bersama Arsenal FC untuk mendapatkan khidmat Jay Emmanuel-Thomas bukan secara pinjaman namun secara tetap..

Arsenal FC dan Ipswich Town masing-masing telah mengesahkan perjanjian bernilai 1 juta pound telah pun di capai untuk khidmat Emmanuel-Thomas atau lebih dikenali sebagai JET dikalangan peminat The Gunners.. Menurut spy Atikah pemergian JET adalah disebabkan masalah disiplin dan attitudenya.. Namun ianya hanyalah khabar angin.. Entah benar ataupun tidak..

JET disebut-sebut sebagai penyerang prolifik Arsenal pada masa akan datang namun hanya mampu membuat 5 pernampilan sahaja bersama Arsenal dengan 4 daripadanya daripada bangku simpanan.. Dan JET gagal untuk menjaringkan sebarang gol namun persembahannya sudah cukup memikat Gooners..

Perpindahan secara pinjaman JET ke Cardiff City bersama-sama Aaron Ramsey musim lepas berakhir dengan sedikit kegagalan selepas beliau hanya beraksi 9 perlawanan dan hanya menjaringkan 2 gol sementara Ramsey menunjukkan belangnya di bekas kelabnya itu sebelum pulang semula ke Arsenal dan muncul hero semasa menentang Manchester United..

"Obviously it came to the stage in my career at Arsenal where I needed to be playing games.. I had a decision to make and Ipswich seemed the right place for me.. I had a good time at Arsenal and I'm going to miss all the boys but my future is about me and I needed to move on.. I was impressed with what Paul Jewell had to say - and the team he is building.. I know he is looking to bring in more players and it is the club's ambition to get in the Premier League.. That's my goal as well, to play in the Premier League with Ipswich.."

Itulah kenyataan yang dikeluarkan Jay Emmanuel-Thomas selepas disahkan sebagai pemain Ipswich Town.. Walau apa-apa pun semoga berjaya kepada JET.. Patutlah Arsene Wenger bawak Benik Afobe ke Jerman berbanding Jay Emmanuel-Thomas.. Hmm.. Well seorang pergi muncul seorang lagi prospek kan??

Sementara itu muncul khabar angin yang Arsenal akan kehilangan seorang lagi pemain iaitu Emmanuel Eboue.. Dilaporkan Arsenal dan Besiktas (sebenarnya Galatasary.. Sorry) telah mempersetujui nilai perpindahan sebanyak 4 juta pound untuk Eboue.. Buat masa ini Atikah tidak akan merasmikan ataupun menafikan berita ini.. Selagi Arsenal FC tidak mengesahkannya Atikah tegaskan sekali lagi yang ini hanyalah khabar angin..

Namun jika benarlah Eboue akan meninggalkan Arsenal Atikah yakin sebahagian besar peminat Arsenal akan merindui pemain versatil ini.. Namun jika Eboue pergi ini membawa maksud yang Carl Jenkinson akan menjadi back up Bacary Sagna.. Dan selepas menyaksikan aksinya dengan dekat tempoh hari Atikah yakin beliau lebih daripada bagus untuk menjadi back up Sagna..

Namun pemergian Eboue pastinya dirindui.. Keazamannya untuk meningkat selepas diboo peminat sendiri patut dicontohi kesemua pemain Arsenal.. Eboue bukan sahaja membuatkan rakan-rakan sepasukannya ketawa namun juga peminat-peminat setia Arsenal.. Harapnya ianya hanyalah rumors.. Tidak lebih daripada itu.. Adios..
Read More

Gervinho complete Arsenal move

Sebelum Atikah bercerita tentang Gervinho Atikah nak beri sedikit berita tentang kapten pasukan Cesc Fabregas.. Fabregas yang masih mengalami kecederaan dan hanya menjalani latihan ringan dijangka tidak akan bersedia sepenuhnya untuk melalui perlawanan persahabatan menentang FC Cologne di Jerman hujung minggu ini..

Denilson berkemungkinan besar tidak akan ke Jerman selepas Arsene Wenger mengesahkan Denilson akan dipinjamkan ke Brazil selama semusim.. Denilson yang menyifatkan perpindahannya itu akan membuatkannya sedih kerana akan meninggalkan Arsenal dijangka akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman tidak lama lagi dengan Sao Paulo dijangka menjadi destinasi Denilson.. Sebaik sahaja Arsenal mengesahkannya Atikah akan beritahu..

Sementara itu Ladies and Gentleman let me show you the new Arsenal player.. Gervinho telah melengkapkan perpindahan yang dilaporkan bernilai 12 juta euro ke Arsenal dari Lille dengan Gervinho akan mengikuti pra musim kem Arsenal di Jerman minggu ini.. Dengan Gervinho akan membuat pernampilan pertamanya di dalam jersi Arsenal semasa menentang FC Cologne..

Namun Gervinho bukanlah pemain pertama yang di bawa masuk Arsene Wenger musim panas ini.. Carl Jenkinson dan kemudia diberikan nombor jersi bernombor 25 merupakan pembelian pertama Wenger selepas Arsenal berjaya mendapatkannya dari Charlton Athletic pada harga hanya 1 juta pound di mana bagi Atikah cukup berbaloi selepas melihat aksinya dari dekat semasa perlawanan menentang Malaysia tempoh hari..

Gervinho telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Disebalik kegembiraan Arsene Wenger dan peminat-peminat Arsenal di atas kejayaan menandatangani pemain berusia 24 tahun ini, pemain-pemain Arsenal jelas sekali gembira dengan kemasukannya dengan rakan senegaranya Emmanuel Eboue pasti akan menjadi yang paling gembira..

Gervinho melalui musim yang cukup berjaya di Lille musim lepas selepas berjaya membantu mereka mencatatkan kejayaan memenangi Ligue 1 dan Coupe De France dengan Gervinho berserta seorang lagi pemain yang sering dikaitkan dengan Arsenal Eden Hazard muncul pemain tonggak Lille semasa kejayaan yang cukup membanggakan tersebut..

Sebelum perpindahannya ke Arsenal diselesaikan berbagai-bagai masalah berlaku.. Gervinho yang mempunyai baki kontrak setahun daripada kontraknya di Lille sebelum perpindahannya turut menjadi sasaran musuh tradisi Arsenal, Tottenham Hotspurs yang dilaporkan bersedia membayar lebih daripada Arsenal kepada Lille.. Begitu juga dengan Marseille..

Namun Gervinho berkeras untuk meninggalkan Lille untuk ke Arsenal dengan Gervinho telah memberikan surat untuk berpindah dan mahukan perpindahan ke stadium Emirates.. Arsenal dan Lille akhirnya mencapai kata persetujuan namun perpindahan Gervinho menghadapi sedikit masalah berkaitan kertas kerjanya.. Namun akhirnya Gervinho sah milik Arsenal..

Musim lepas menyaksikan Gervinho menjaringkan sejumlah 18 gol daripada 49 perlawanan di dalam kesemua perlawanan dan pada Piala Dunia 2010 yang lalu Gervinho telah meledak 2 gol daripada 3 perlawanan di mana beliau datang dari bangku simpanan.. Gervinho dilaporkan bakal memakai jersi bernombor 9 Arsenal yang sebelum ini dipakai oleh Eduardo..

"It’s a great feeling to be an Arsenal player.. I’m very happy.. I’ve always dreamed to play for this Club.. I’ve achieved this dream now and I am so happy.. It’s one of the most beautiful days of my life.. I’m very happy to have the chance to work with Arsène Wenger.. I came here because I believe that he can improve my game and help me reach another level, but the most important thing for me is that I bring a lot to the team for whom I’m playing.."

"Gervinho is a player that can play in a number of positions up front.. He can play on the right, on the left and through the middle.. He has qualities that I find very important, like his movement off the ball.. He has the qualities we like technically.. He is good one against one, he is strong and was the best provider in the French league with assists and he scored 15 goals. I think he is a very good addition to the squad.."

So welcome to the Gunners Gervinho.. Harapnya selepas ini Wenger membawa masuk satu atau dua pemain lagi.. Setakat ini Atikah gembira dengan pengambilan Carl Jenkinson dan sudah semestinya Gervinho.. So selepas ini Gary Cahill ataupun Christopher Samba?? Walau sesiapa pun pastikan mereka bagus untuk Arsenal.. Dan jangan lupa seorang yang bernama besar.. Adios!!
Read More

Review : Arsenal Ladies first half of the season

Arsenal Ladies tidak memulakan musim baru mereka seperti kebiasaannya selepas berjaya memenangi kejuaraan liga buat kali ke-12 dan kali ke-7 berturut untuk memastikan kejuaraan terakhir liga format lama.. Laura Harvey telah dilantik sebagai pengurus tetap selepas berjaya membawa pasukannya memenangi kejuaraan liga dan mara ke pentas akhir Piala FA, separuh akhir FA Women's League Cup dan peringkat kalah mati Champions League sejak mengambil alih pasukan pada bulan Februari selepas perletakan jawatan Tony Gervaise..

Musim panas menyaksikan Vic Akers selaku General Manager Arsenal Ladies membawa masuk 3 pemain berbakat muda England diketuai oleh bekas pelatih Arsenal Ladies sendiri iaitu Ellen White yang berkelana ke Leeds untuk mengisi posisi yang ditinggalkan lagenda Ladies, Kelly Smith di bahagian serangan.. Steph Houghton di bawa masuk untuk mengisi kekosongan di bek kanan Arsenal selepas pemergian Alex Scott.. Walaupun secara hakikatnya Houghton telah menjadi sasaran Akers sejak 3 musim yang lalu..

Sementara Jordan Nobbs di bawa masuk mungkin untuk mengisi kekosongan Katie Chapman sebelum Katie mengumumkan kepulangannya semula ke Arsenal Ladies sebaik sahaja kontraknya bersama Chicago Red Stars tamat.. Selain itu Ladies membuat keputusan untuk membenarkan beberapa bekas tonggak ataupun back up tonggak pemain utama mereka yang berprofil tinggi untuk berhijrah..

Ianya diketuai oleh kapten Bristol Academy sekarang ini, Corrine Yorston, penyerang, Gemma Davison (yang melakukan pernampilan terakhirnya pada bulan November semasa kemenangan 4-1 Arsenal Ladies ke atas Rayo Vallecano) dan Helen Lander.. Dua pemain skuad simpanan dan separuh utama iaitu penjaga gol nombor 3, Sarah Quantrill dan penyerang muda Ruesha Littlejohn turut dibenarkan berpindah sebelum bermulanya musim baru yang akan lebih mencabar dari sebelum ini..

Permulaan Women Super League format baru ini hanya akan disepak mula pada bulan April dengan Ladies turut perlu mara ke final Piala FA untuk menempah tiket ke Women's Champions League musim depan berbanding sebelumnya perlu berada di top 2 di dalam kedudukan liga.. Namun malang buat skuad Ladies kerana jadual Champions League bermula seperti kebiasaannya iaitu pada bulan September untuk Round of 32..

Ini menyaksikan Ladies menentang ZFK Masinac semasa mereka sedang bercuti dengan ini memaksa pasukan melakukan beberapa perlawanan persahabatan untuk memastikan tahap kecergasan pemain.. Ladies mula agak goyah apabila hanya mampu mencatatkan kemenangan 3-1 di Serbia.. Seminggu kemudiannya Ladies menunjukkan mengapa mereka pernah memenangi kejohanan Eropah pada tahun 2007 selepas membelasah ZFK Masinac di tempat sendiri 9-0.. Ladies mara ke peringkat kalah mati dengan agregat 12-1..

Peringkat kalah mati menyaksikan Ladies akan ke Sepanyol untuk menentang Rayo Vallecano.. Dengan hanya mengharapkan perlawanan persahabatan untuk kekal cergas jelas sekali ianya mengundang padah kepada Ladies apabila mereka tewas 2-0 di tangan Rayo di Madrid.. Namun seminggu kemudiannya Ladies melakukan come back terbaik dalam sejarah di hadapan peminat sendiri dengan menundukkan Rayo 4-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-3..

Bulan Mac menyaksikan Arsenal Ladies akan melalui kempen Piala FA dengan misi mencari tiket ke final untuk bukan sahaja memperoleh tempat ke Champions League musim depan namun juga untuk membalas dendam kekalahan pentas akhir mereka ke atas Everton musim lepas.. Namun Ladies berpeluang membalas dendam ke atas Everton di perinkat kalah mati dan mereka melakukannya dengan kemenangan 2-0..

Pada bulan tersebut juga menyaksikan Arsenal Ladies menentang wakil Sweden Linkoping pada peringkat suku akhir Champions League.. Selepas hanya mampu seri 1-1 di Boreham Wood, skuad Arsenal Ladies hanya cukup bertuah untuk mara ke separuh akhir selepas mengikat Linkoping 2-2 di tempat lawan untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan..

Arsenal Ladies meneruskan ketidak tentuan prestasi mereka semasa peringkat suku akhir Piala FA yang menyaksikan Ladies bangkit untuk menang 3-2 ke atas Sunderland di masa tambahan untuk seterusnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA.. April menjadi lebih sukar kepada skuad Arsenal Ladies yang akan menentang finalis Champions League musim lepas iaitu Lyon..

Perlawanan pertama di tempat lawan menyaksikan Ladies tewas 2-0.. Beberapa hari selepas itu Ladies memulakan sepak mula FA WSL dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea di tempat lawan.. Namun selang 3 hari selepas itu Ladies menangis kekecewaan selepas tewas tipis 3-2 kepada Lyon pada perlawanan kedua di tempat sendiri yang menyaksikan impian mereka untuk menjulang UEFA Women's Champions League di final yang akan berlangsung di Craven Cottage musnah atas kekalahan 5-3 secara agregat..

Ladies yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kekecewaan tumpas di separuh akhir Champions League hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Bristol Academy.. Namun 3 hari kemudiannya menyaksikan Ladies mara bergaya ke final Piala FA selepas membelasah Barnet 5-0 di separuh akhir.. Ini menyaksikan Ladies layak ke Champions League musim hadapan dan mampu untuk bangkit dari kekecewaan musim ini di pentas Eropah..

Namun 4 hari selepas itu Ladies tewas 2-1 ke atas Birmingham City semasa mereka mampu untuk menakluki carta liga dengan kemenangan.. Namun Ladies bangkit dan terus memberi tekanan kepada Birmingham dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Lincoln City dan 3-0 ke atas Doncaster Rovers sebelum diikat 2-2 dengan Bristol Academy..

Final Piala FA menandakan berakhirnya separuh musim pertama kempen musim baru dengan Ladies bersiap sedia untuk menentang Bristol yang 2 minggu sebelum itu mengikat mereka 2-2 di dalam saingan liga.. Namun misi Ladies untuk membalas dendam kekecewaan mereka di final Piala FA musim lalu menyaksikan Bristol tidak akan mempunyai misi mudah untuk melakukan kejutan..

Dan ianya terbukti dengan kemenangan selesa 2-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy dengan Ladies menunjukkan mengapa mereka masih lagi menjadi pasukan England paling berjaya dan paling digeruni.. Inilah cara terbaik untuk menamatkan separuh musim pertama kempen.. Tiada lagi cara yang baik.. Yeah mungkin dengan kejayaan di final Champions League namun disebabkan mereka gagal untuk mara ke pentas final ini sajalah cara terbaik untuk menamatkannya..

Separuh musim pertama menyaksikan penolong kapten pasukan Jayne Ludlow terlepas hampir kesemua perlawanan akibat kecederaan Achilles dengan kali terakhir aksinya bersama skuad Arsenal Ladies adalah pada perlawanan menentang Rayo Vallecano di Madrid yang menyaksikan Ladies tewas 2-0 semasa diketuai Ludlow.. Ludluow dijangka kembali pulih semasa separuh musim kedua..

Kapten pasukan Faye White juga mempunyai masalah kecederaan sepanjang musim baru ini selepas beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk pada bulan April semasa kemenangan 1-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy.. Ini menyaksikan Ladies kehilangan khidmat kapten pasukan mereka dan Faye turut hanya mampu melihat Katie Chapman menjulang Piala FA berbanding beliau.. Faye akan kembali mempimpin Ladies sebaik musim kedua bermula selepas berjaya pulih dari kecederaan sebelum bermulanya Piala Dunia tempoh hari..

Sementara itu Ellen White, Steph Houghton dan Jordan Nobbs berjaya menjadi tonggak utama pasukan dengan Ellen terutamanya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelly Smith dengan dalam semua kejohanan setakat ini, Ellen telah menyumbat 12 gol untuk menjadi penjaring terbanyak Ladies setakat ini..

Nobbs turut memberikan petunjuk beliau cukup berbakat dengan 2 gol sumbangannya setakat ini sementara Houghton kebal di bek kanan Arsenal.. Namun kembalinya Katie Chapman telah menyaksikan Ladies kembali mendapat semula kepingan jigsaw yang hilang semasa perpindahan Katie ke United States..

Sejak kembali menyarung jersi Arsenal pada bulan November, Katie telah menjaringkan 3 gol dengan 2 gol daripadanya merupakan gol penting semasa Ladies mara hingga ke peringkat separuh akhir Champions League.. Kecederaan yang menimpa Faye White dan Jayne Ludlow menyaksikan Katie Chapman mengetuai Arsenal menjulang kejuaraan Piala FA..

Disebalik kemunculan nama-nama baru seperti Ellen, Nobbs dan Houghton di bilik persalinan Arsenal, Kim Little masih lagi menjadi pemain terbaik Arsenal Ladies dengan paling tidak akan dilupakan ialah aksinya di final Piala FA.. Rachel Yankey dan Julie Fleeting khususnya memberitahu kehadiran Nobbs, White dan Houghton langsung tidak menjejaskan mereka..

So good luck kepada skuad Arsenal Ladies pada separuh musim kedua.. Harapnya Ladies berjaya memintas Birmingham Ladies di puncak liga untuk seterusnya menakluk bola sepak wanita England sekali lagi..
Read More

Arsenal Ladies back in action

Selepas berehat selama 2 bulan Arsenal Ladies akan kembali menghiasi bola sepak wanita di England dengan stail permainan Arsenal.. Selepas berehat untuk memberi peluang kepada Piala Dunia wanita di Jerman menghiasi dada akhbar kini giliran Arsenal Ladies pula cuba untuk menghiasa dada akhbar dengan rentetan kemenangan untuk memberikan tekanan kepada pendahulu liga Birmingham Ladies..

Arsenal Ladies masih lagi segar dengan kejayaan menundukkan Bristol Academy 2-0 di pentas akhir Piala FA hasil jaringan Kim Little dan Julie Fleeting dua bulan yang lalu akan bersiap sedia untuk berdepan Liverpool Ahad ini yang kini menghuni tangga terakhir liga dengan hanya memperoleh 3 mata dari 7 perlawanan berbanding Arsenal yang sudah mengutip 13 mata dari 6 perlawanan..

Kekalahan England Ladies di peringkat suku akhir menyaksikan Arsenal Ladies mampu untuk menyenaraikan keempat-empat tonggak utama mereka yang dipanggil England diketuai oleh kapten pasukan Faye White yang pulih dari kecederaan untuk mengukuhkan kembali bahagian pertahanan Arsenal Ladies dan tempat di mana Faye mampu untuk mengatasi kekecewaannya gagal menyempurnakan sepakan penalti semasa kekalahan England di tangan Perancis di penentuan sepakan penalti..

Ini juga membawa maksud Ladies akan kembali memperoleh khidmat pemain sayap kiri dan penyerang iaitu Rachel Yankey dan Ellen White yang masing-masing meledak 1 gol pada kejohanan tersebut dan kedua-duanya muncul wira England semasa menundukkan Jepun 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan bek kanan mereka iaitu Steph Houghton yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan..

Sumbangan keempat-empat mereka teramat-amat penting disamping Kim Little dan bekas pemain skuad England, Katie Chapman untuk memberi tekanan kepada Birmingham Ladies yang kini mendahului liga 4 mata di hadapan Arsenal dengan Arsenal Ladies mempunyai satu perlawanan di dalam tangan dan satu perlawanan menentang mereka.. So good luck Ladies and cannot wait for the game!!

P/S : Piala dunia wanita akan tamat pada awal pagi hari Isnin di mana USA akan menentang Jepun di peringkat akhir..
Read More