Team news

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Mikel Arteta bukan sahaja terlepas aksi London derby menentang Chelsea esok namun juga terlepas aksi sepanjang baki musim ini akibat kecederaan buku lali yang di alami pada minit awal perlawanan menentang Wigan.. Arteta tidak memerlukan sebarang pembedahan namun beliau masih perlu diketepikan selama 6 hingga 8 minggu..

Namun berita baiknya Laurent Koscielny kembali daripada pergantungan 2 perlawanan untuk kembali membina gandingan mantap bersama-sama Thomas Vermaelen pada perlawanan menentang Chelsea.. Abou Diaby juga berkemungkinan untuk berada di dalam pasukan selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan terbarunya namun Wenger masih perlu membuat keputusan mengenainya dengan mengambil kira faktor kemungkinan Diaby akan disisihkan sekali lagi..

Francis Coquelin yang sepanjang musim ini cemerlang mengisi kekosongan di bek kanan atau kiri dan malahan cemerlang di bahagian tengah disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan sudah mula menjalani latihan penuh.. Namun hakikat Coquelin tidak beraksi selama 2 bulan menyaksikan Wenger menolak kemungkinan Coquelin akan berada di dalam pasukan menentang Chelsea.. Adios..
Read More

Tahniah Faye White!!

Arsenal Ladies yang dalam persiapan untuk membuat kejutan di Jerman hujung minggu ini telah menerima berita yang cukup mengembirakan kem Arsenal dan juga agak menyedihkan.. Kapten pasukan, Faye White yang dalam proses pemulihan kecederaan buku lali telah disahkan akan diketepikan sepanjang musim ini selepas Faye disahkan menantikan kelahiran anak pertamanya pada bulan Oktober ini..

Faye yang membuat kemunculan pertamanya daripada kecederaan pada bulan Mac lalu pada perlawanan Piala Continental selama 45 minit, mengakui telah memberitahu seluruh pasukan dan turut duduk berbincang dengan pengurus Arsenal Ladies, Laura Harvey dan pengurus England, Hope Powell mengenai keputusan-keputusan yang akan diambilnya..

Faye yang merupakan kapten kedua-dua pasukan diakui merupakan salah seorang pemain terbaik pasukan England dan juga Arsenal.. Faye juga merupakan seorang model contoh yang terbaik dan diakui sebagai salah seorang pemain terbaik dunia menyaksikan kariernya sejak kebelakangan ini dipalit dengan kecederaan lutut yang serius..

Faye sudah semestinya tidak akan mengetuai cabaran Great Britian di Olimpik London musim panas ini dan ini menyaksikan Faye membuat keputusan untuk berehat daripada arena antarabangsa namun mengakui masih belum dapat membuat sebarang keputusan mengenai kariernya bersama pasukan yang diketuainya menjulang 27 piala sepanjang 15 tahun kariernya di Arsenal..

Arsenal Ladies dikenali sebagai pasukan yang cukup bertimbang rasa dengan dua pemainnya, Julie Fleeting dan Katie Chapman diberikan kelonggaran dari semasa ke semasa.. Faye White mungkin akan menyaksikan Katie Chapman yang dilihat tiada sebarang masalah membuat dua pekerjaan iaitu bermain bola sepak untuk Arsenal dan menjaga dua anaknya..

Tugas kapten Arsenal Ladies pastinya akan diberikan kepada penolong kapten, Jayne Ludlow sepanjang ketiadaan Faye dan Katie Chapman sudah semestinya akan membantu Jayne dari semasa ke semasa.. Sementara Gilly Flaherty yang menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang musim ini pastinya tiada sebarang masalah bergandingan dengan Ciara Grant di bahagian pertahanan tengah Arsenal sepanjang ketiadaan Faye..

Faye White pastinya akan mengambil masa sebelum membuat sebarang keputusan mengenai kariernya di Arsenal, namun apa yang pasti kepulangan Faye pastinya ditunggu-tunggu memandangkan Faye merupakan seorang kapten pasukan yang berpengaruh dan juga merupakan nadi di bahagian pertahanan dengan ketenangannya menjaga bahagian pertahanan Arsenal.. Apa-apa pun tahniah Faye White!!
Read More

Arsenal back to Malaysia & Team news

Arsenal FC telah mengesahkan kepulangan semula mereka ke Malaysia hasil sambutan mengkagumkan semasa mereka berada di Malaysia tahun lepas.. Ini menyaksikan Arsenal datang ke Malaysia selama 2 tahun berturut-turut untuk perlawanan pembukaan jelajah Asia mereka..

Arsenal akan menetang Malaysia XI pada 24 Julai bersamaan pada hari Selasa dan perlawanan bakal berlangsung pada pukul 9.45 malam memandangkan rakyat beragama Islam sedang menjalani puasa.. Latihan terbuka pula akan berlangsung sehari sebelum perlawanan iaitu pada 23 Julai..

Ada kemungkinan perlawanan ini bakal menyaksikan Arsenal tidak membawa beberapa pemain skuad utama atas faktor baru pulang daripada EURO 2012 dan juga menyertai skuad Olimpik.. Atikah akan berikan berita-berita baru tentang kehadiran Arsenal ke Malaysia buat kali kedua sebaik sahaja ada sebarang berita baru..

Arsene Wenger telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan baru yang melanda skuad.. Namun Arsenal berkemungkinan akan mendapatkan semula khidmat Gervinho yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan lutut selepas Gervinho hampir kembali cergas sepenuhnya.. Sementara Kieran Gibbs pula mempunyai peluang 50-50 untuk kembali selepas mengalami kecederaan groin..

Sementara Abou Diaby dan Francis Coquelin yang mengalami kecederaan hamstring hanya akan kembali menjalani latihan penuh bersama-sama pasukan minggu depan.. Laurent Koscielny akan terus terlepas perlawanan menentang Wigan akibat pergantungan perlawanan.. Koscielny akan kembali bersama pasukan untuk perlawanan menentang Chelsea..

Wenger sebelum ini turut menafikan yang Per Mertesacker telah kembali menjalani latihan.. Wenger menegaskan Mertesacker masih berada di Jerman untuk proses pemulihan dan turut mengakui Mertesacker telah kembali berlari namun belum lagi kembali bersama pasukan walaupun telah melalui proses pemulihan dengan baik..

Jack Wilshere pula dilihat akan terlepas baki perlawanan musim ini dan juga EURO 2012 selepas Wilshere masih menjalani proses pemulihan.. Proses pemulihan Wilshere berjalan dengan baik namun progressnya berjalan dengan agak perlahan.. Adios..
Read More