Welcome to Arsenal Olivier Giroud

Selepas sekian lama berita ini diutarakan malahan presiden Montpellier sendiri mengakui berlakunya perbincangan antara pasukannya dengan Arsenal mengenai striker mereka, Olivier Giroud, tiada siapa dapat mengesahkan perjanjian ini dengan lebih cepat lagi selepas Laurent Blanc menghalang Arsenal daripada melakukan perbincangan dengan Giroud mengenai terma peribadi di EURO 2012.

Berita baik apabila Perancis disingkirkan Sepanyol kerana ini menyaksikan Giroud terus terbang ke London untuk melengkapkan perpindahannya malahan berlaku sedikit kontroversi selepas Giroud telah pun mengesahkan perpindahannya di Twitter lebih awal (yang kemudian di padam Giroud) daripada pengesahan rasmi Arsenal FC sendiri walaupun Montepellier telah mengesahkan Arsenal telah menewaskan pasukan lain untuk tandatangannya..

Perpindahan ini merupakan pembelian musim panas kedua Arsene Wenger selepas pembelian Lukas Podolski.. Giroud yang berusia 25 tahun dilaporkan menyertai pasukan dengan bayaran perpindahan sebanyak 12 juta pound dan menandatangani kontrak jangka masa panjang iaitu dilaporkan selama 5 tahun..

Kehadiran Giroud telah menimbulkan 2 tanda tanya iaitu adakah kehadiran Giroud sebagai langkah berjaga-jaga Wenger yang masih gagal mencapai kata sepakat dengan kapten pasukan, Robin Van Persie mengenai kontrak lanjutan dengan dilaporkan Arsenal lebih sanggup kehilangan RVP secara perpindahan percuma musim panas depan berbanding menjualnya musim panas ini dengan Giroud dilihat bakal mempunyai masa untuk membiasakan dirinya di EPL..

Namun terdapat juga kemungkinan kehadiran Podolski dan Giroud merupakan rancangan Arsene Wenger untuk membuktikan kepada kapten pasukannya ini yang beliau akan memperkuatkan pasukan dengan kehadiran pemain-pemain berkaliber bukan lagi pemain-pemain yang tidak dikenali.. Namun walau apa pun yang akan terjadi tentang masa depan Van Persie, peminat Arsenal sudah semestinya tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka dengan kehadiran Giroud..

Kehadiran Giroud jelas mengembirkan Wenger yang memberikan kenyataannya dalam laman web rasmi Arsenal selepas memperkenalkan Giroud sebagai pembelian keduannya.. "We are delighted to have secured the signing of Olivier Giroud. He has a very good physical presence and is exceptional in the air, with a great work ethic. We are excited about Olivier joining us and he will add an additional dimension to our attacking options next season."

"He has proved that he is capable of performing at the top level with club and country, and we saw what a big influence he was in Montpellier’s championship-winning side last season. We all look forward to Olivier joining us and seeing him play in an Arsenal shirt."

 Giroud yang cukup gembira dengan perpindahannya ini berkata di laman web rasmi Arsenal, "I am delighted to be here at Arsenal and to be part of one of the great teams in English football. It's a huge satisfaction to join this great club and it’s been a dream since I was young to play in the Premier League."

"I was attracted by the philosophy of football and Arsène Wenger’s 'touch' at this club. I have always admired Arsenal with its great history and reputation, and I now hope to achieve great things here. I’m very proud to be a Gunner and I will give my best for all the Arsenal fans."

 Giroud merupakan seorang penyerang yang cukup selesa menjaringkan gol menerusi kaki mahupun kepalanya dengan beliau dinamakan sebagai penyerang terbaik Ligue 1 musim lalu dengan 21 gol daripada 36 perlawanan dan menewaskan penyerang PSG, Nene walaupun terikat dengan jaringan yang sama selepas Giroud menjaringkan lebih banyak gol menerusi 'open play' berbanding Nene..

Kehadiran Giroud sememangnya satu kemasukan yang berkualiti di bahagian serangan Arsenal dan ini juga menyaksikan 4 penyerang lebihan pasukan iaitu Nicklas Bendtner yang mengegar EURO 2012 bersama Denmark, Carlos Vela yang dilaporkan mahu terus berada di Sepanyol, Ju Young Park dan Marouane Chamakh mungkin akan dijual musim panas ini..

Atikah harap ini bukanlah pemain terakhir yang di bawa masuk Wenger dengan diharapnya Wenger akan turut mengukuhkan bahagian tengah pasukan tanpa mengira sama ada Jack Wilshere mampu cergas untuk perlawanan awal EPL musim 2012/2013 ataupun tidak.. Selamat datang ke Emirates Stadium Giroud dan good luck!!

Read More