Messi hancurkan impian Arsenal

Lionel Messi menghancurkan impian Arsenal untuk mara ke peringkat separuh akhir untuk bertemu Inter Mila apabila Messi menginspirasikan pasukannya selepas ketinggalan 1-0 seawal minit ke-18 hasil gol Nicklas Bendtner.. Dalam artikel ini Atikah akan memberikan beberapa punca Arsenal tewas..

Tiadanya gandingan Gallas dan Vermaelen yang terbukti cukup kebal sehinggakan Messi sukar mencari ruang semasa pertemuan minggu lepas.. Kegoyahan barisan pertahanan jelas dapat dilihat kerana pemain Barcelona jauh lebih mudah merobek pertahanan Arsenal..

Ketiadaan Alex Song juga menjadi punca pertahanan Arsenal goyah.. Jika Song ada mungkin Messi tidak akan mendapati dirinya berleluasa di kotak penalti.. Bukannya Atikah bermaksud Denilson tidak bagus.. Namun Denilson dan Song merupakan 2 individu yang cukup berbeza..

Samir Nasri gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Fabregas.. Dan Nasri gagal mempamerkan aksi cemerlang seperti yang dilakukannya minggu lepas menjadi salah satu punca Arsenal tewas..

Aksi Tomas Rosicky semalam cukup menyakitkan hati.. Rosicky mudah kehilangan bola dan tidak banyak yang Rosicky bantu pada perlawanan awal pagi tadi.. Atikah rasa punca utamanya ialah aksi yang dipamerkan Tomas Rosicky.. Atikah memang kecewa dengan Rosicky.. Rosicky jauh lebih bagus daripada apa yang dipamerkannya awal pagi tadi..

Tapi x kisahla apa pun punca Arsenal tewas.. Kita perlu bangkit kembali dan membelasah jiran setempat Tottenham Hotspurs hujung minggu ini di dalam saingan liga.. Jelas sekali kemenangan ke atas Tottenham akan mengubati kekecewaan tewas di Nou Camp.. Adios!!
Read More

Arsenal training picture

Training baik-baik.. Jangan sampai injured..

Mampukah Bendtner julang Arsenal malam ini??

Siapalah yang Campbell marahkan nie??

Bendtner bawak geng-geng dia ponteng training..

Nie mesti Eboue buat lawak nie.. (Sempat lagi Denilson posing)

Senyumlah sikit Sagna, Nasri

Ahh sudah.. Apa nie Clichy.. Wenger pun x boleh nak jaga.. Macam mana nak jaga Messi nanti

Arsene Wenger tunjukkan skillnya..

X nak join sekali ke Wenger??
Read More

Kunjungan ke Nou Camp

Awal pagi ini, Arsenal akan berkunjung ke Nou Camp untuk pusingan kedua peringkat suku akhir Champions League.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro ESPN pada pukul 2.40 pagi ini..

Berita kecederaan terbaru ialah Tomas Rosicky mempunyai peluang 50-50 untuk beraksi menentang Barcelona awal pagi ini selepas diterjah keras oleh Karl Henry dari belakang minggu lepas..

Sementara itu peluang untuk Campbell beraksi awal pagi ini terlatak 100% ditangannya.. Wenger menegaskan jika Campbell mengatakan dia cergas dan pulih dari kecederaan hamstringnya dia akan membenarkan Campbell beraksi..

Arsene Wenger cukup terdesak selepas Alex Song pada minit-minit akhir disahkan tidak akan beraksi selepas damaged his cartilage semasa perlawanan menentang Wolves minggu lepas.. Jika Campbell gagal cergas sudah semestinya Silvestre akan bergandingan bersama Vermaelen di mana Wenger tidak menyukai gandingan ini kerana kedua-duanya berkaki kiri..

ALMUNIA
SAGNA-----SILVESTRE/CAMPBELL-----VERMAELEN-----CLICHY
NASRI-----DENILSON-----DIABY
WALCOTT-----BENDTNER-----EDUARDO/ROSICKY

Atikah harap Arsenal mampu mara ke peringkat separuh akhir.. Kita perlu elakkan tewas dan seri.. Jika nak seri pun pastikan lebih dari 2-2.. Jika kita berjaya seri sekurang-kurangnya 3-3 kita sudah boleh ke separuh akhir atas gol tempat lawan..

Gunakan ketempangan Barca di bahagian pertahanan.. Dengan Pique dan Puyol x ada.. Sudah semestinya pertahanan Barca agak goyah sedikit.. Dan ketiadaan Ibrahimovic juga mampu melegakan sedikit pertahanan Arsenal..

Sedikit transfer rumours.. Penyerang Wigan berusia 24 tahun iaitu Hugo Rodallega dilaporkan telah menarik minat Arsene Wenger.. Wenger juga dilaporkan bersedia melaburkan 10 juta pound untuk mendapatkan khidmat Rodallega sebaik sahaja pintu perpindahan dibuka.. Adios!!

P/S : Jangan lupa ke blog Arsenal Ladies Malaysia untuk post match Arsenal Ladies 4-0 Chelsea Ladies.. Arsenal Ladies mara ke separuh akhir Piala FA dan akan bertemu Everton..
Read More

News against Barca

Atikah ada beberapa berita baik dalam persediaan skuad Arsenal berkunjung ke Nou Camp.. Atikah telah menspy Barcelona untuk mengetahui berita-berita terkini skuad mereka dan kecederaan-kecederaan terkini yang di alami mereka..

Berita baik buat pasukan Arsenal apabila penjaring 2 gol di Emirates Stadium minggu lalu iaitu Zlatan Ibrahimovic disahkan akan terlepas aksi menentang Arsenal selepas mengalami kecederaan di betisnya..

Sementara itu penyerang muda berbakat Barcelona iaitu Jeffren Suarez mengalami kecederaan betis dan Yaya Toure pula mengalami kecederaan di buku lalinya.. Kedua-duanya mungkin akan terlepas aksi menentang Arsenal.. Namun masih belum ada sebarang pengesahan..

Sementara itu.. 2 pertahanan tengah Barcelona iaitu Gerard Pique dan Carlos Puyol tidak akan beraksi disebabkan pergantungan perlawanan.. Jadi Rafuel Marquez, Gabriel Milito ataupun Dmytro Chygrynskiy akan mengisi kekosongan tersebut.. Tapi sudah semestinya ketiadaan Puyol dan Pique akan mencacatkan bahagian pertahanan Barcelona..

Namun berita buruknya ialah Andres Iniesta akan kembali ke dalam pasukan selepas terlepas perlawanan minggu lepas akibat kecederaan.. Eric Abidal juga akan kembali selepas mengalami kecederaan minggu lepas..

Untuk team Arsenal pulak tiada kecederaan terkini dengan sah Arsenal kehilangan Cesc Fabregas, Andrei Arshavin dan juga tonggak pertahanan William Gallas akibat kecederaan serius..

Sol Campbell perlu cergas jika dia mahu beraksi pada pusingan kedua Champions League di Nou Camp.. Song yang mengalami kecederaan groin disahkan akan beraksi di Nou Camp.. Esok atau malam ini baru kita akan tahu kesemua pasukan yang akan ke Nou Camp.. Namun inilah bayangan 18 pemain tersebut..

MANUEL ALMUNIA
LUKASZ FABIANSKI
BACARY SAGNA
EMMANUEL EBOUE
THOMAS VERMAELEN
MIKAEL SILVESTRE
SOL CAMPBELL (jika cergas)
GAEL CLICHY
ARMAND TRAORE
ALEX SONG
ABOU DIABY
SAMIR NASRI
THEO WALCOTT
NICKLAS BENDTNER
EDUARDO
CARLOS VELA
DENILSON
TOMAS ROSICKY
FRAN MERIDA (kalau Campbell x turut serta)
Read More

From zero to hero

Aksi memukau Nicklas Bendtner sejak akhir-akhir ini telah menjadikannya sebagai salah seorang pemain kesayangan fan Arsenal.. Ketiadaan Van Persie telah menjadikan dirinya menjadi harapan Arsenal meledakkan gol.. Dan sejak kebelakangan ini dia berjaya melakukannya..

Jika sebelum ini tiada harapan boleh diletakkan kepadanya kerana dia jelas sekali bergelut untuk menyempurnakannya.. Namun kali ini dia semakin matang dan semakin tajam di hadapan pintu gol sejak melepaskan 6 peluang semasa menentang Burnley lebih kurang 3 minggu lepas..

Bendtner meledakkan hatrik pertama dalam kariernya dan yang pertama di Emirates Stadium hanya beberapa hari selepas melepaskan double hatrik.. Sejak itu dia tidak lagi pandang ke belakang dan terus muncul hero Arsenal untuk meledakkan gol kemenangan Arsenal semasa menentang Hull City dan Wolves..

Pada musim awalnya sebagai pemain utama skuad Arsenal dia dianggap sebagai super sub Arsenal dengan beberapa kali muncul hero Arsenal selepas meledakkan gol penyamaan mahupun gol kemenangan selepas datang dari bangku simpanan..

Pada musim 2007/2008 dia mula mengukuhkan kedudukannya sebagai super sub Arsenal dengan menjaringkan gol kemenangan selepas 3.8 saat berada di atas padang semasa dia menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Tottenham..



Musim lepas dia meneruskan aksinya itu musim lepas apabila sekali lagi muncul super sub Arsenal semasa menjaringkan gol tunggal perlawanan semasa menentang Dynamo Kiev (perlawanan pertama Fabregas muncul kapten Arsenal) untuk melayakkan Arsenal ke peringkat kalah mati Champions League..

Namun semasa musim lepas hampir tamat.. Bendtner bagaikan mula hilang punca.. Wenger meletakkannya di posisi sayap sehingga dia kerap menampilkan aksi turun naik.. Dia mula menjadi pemain yang di benci peminat Arsenal..

Permulaan musim ini juga tidak lain.. Bendtner gagal menjaringkan banyak gol dan selepas itu mengalami kecederaan dan menjalani pembedahan hernia dan disisihkan selama 3 bulan.. Dengan kecederaan jangka panjang Van Persie.. Fan Arsenal tiada pilihan lain melainkan meletakkan harapan kepadanya semasa dia kembali beraksi..

Bendtner memerlukan beberapa perlawanan sebelum mula mencipta impak.. Pada bulan Februari di mana dia kembali selepas berehat 3 bulan.. Dia menjaringkan 2 gol dalam 5 perlawanan.. Namun bulan 3lah menyaksikan kebangkitan pemain yang bernama Nicklas Bendtner..

Bendtner melepaskan 6 peluang keemasan semasa menentang Burnley di mana ianya merupakan perlawanan pertama selepas insiden ngeri yang menimpa pemain muda, Aaron Ramsey.. Bendtner sudah semestinya dikritik hebat atas aksinya tersebut..

Lebih kurang 3 hari kemudian Bendtner menutup mulut pengkritik dan mula mendapat tempat di hati peminat Arsenal selepas meledakkan hatrik semasa menentang FC Porto untuk layak ke peringkat suku akhir Champions League..
Bendtner terus mengukuhkan kedudukannya di hati fan Arsenal apabila menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Hull City pada minit-minit akhir permainan.. Namun pada perlawanan menentang West Ham, Birmingham dan Barcelona, Bendtner gagal menjaringkan gol.. Namun dia tetap beraksi cemerlang..

Selepas Theo Walcott bagaikan mencuri takhtanya sebagai super sub Arsenal Bendtner membuktikan dialah super sub Arsenal yang sebenarnya semalam.. Bendtner menanduk padu melepasi Hahnemann untuk gol kemenangan Arsenal dan terus berada di saingan kejuaraan liga..

Adakah Bendtner mampu meneruskannya semasa Arsenal pastinya bergantung harap kepadanya semasa menentang Barcelona nanti?? Atikah harap dia mampu muncul hero Arsenal.. Kerana dia mempunyai kualiti tersebut.. Dan terdapat juga andaian yang Bendtner akan mengambil alih tugas Fabregas untuk membawa Arsenal menjulang kejuaraan liga..

Ianya tidak mustahil jika Bendtner meneruskan aksi sebegini.. Namun bantuan daripada pemain lain juga diperlukan jika mahu Arsenal menamatkan kemarau 4 musim tanpa sebarang kejuaraan.. Adios!!



Read More

Bendtner muncul hero lagi

Arsene Wenger membuat 7 perubahan dari skuad yang seri menentang Barcelona 3 hari lalu dengan Fabregas, Arshavin dan Gallas mengalami kecederaan sementara Clichy, Nasri, Bendtner dan Diaby berada di bangku simpanan..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----SILVSTRE
DENILSON-----SONG-----EBOUE
WALCOTT----EDUARDO-----ROSICKY

Arsenal memulakan separuh masa pertama dengan cemerlang dengan diinspirasikan oleh Theo Walcott yang kembali di prestasi terbaiknya.. Namun gagal menjaringkan sebarang gol hasil dari ketangkasan penjaga gol berusia 37 tahun Wolves..

Pada separuh masa kedua.. Kapten pasukan Wolves dilayangkan kad merah selepas mengasari Tomas Rosicky dari belakang.. Dengan kemasukan Bendtner, Nasri dan Vela untuk mengantikan Eboue, Song dan Eduardo, Arsenal masih gagal menjaringkan gol pada masa sebenar perlawanan selepas penjaga gol Wolves terus beraksi cemerlang..

Namun seperti yang Atikah jangka dan yakin yang penjaga gol Wolves x akan boleh selamanya menyelamatkan gawangnya dari dibocori.. Hasil asakan demi asakan Arsenal akhirnya memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan dengan Bendtner sekali lagi muncul hero..

Hantaran cantik oleh Sagna tepat menuju kepala Bendtner sebelum Bendtner mengunakan kelebihannya dengan menanduk padu bola tersebut melepasi Hahnemann.. Gol tersebut mengesahkan 3 mata penuh dikutip Arsenal untuk meneruskan persaingan merebut kejuaran 3 penjuru..

Ini merupakan gol kesepuluh Bendtner musim ini selepas memulakan musim dengan hambar.. Bendtner kini ditangga ketiga penjaring terbanyak Arsenal dibelakang Fabregas yang menyumbat 19 gol dan Arshavin 11 gol..

Bendtner sudah pastinya dijulang atas gol kemenangannya ini.. Dengan Eboue mengangkat Bendtner sebaik sahaja tamat perlawanan.. Atikah cuba cari gambar tu tapi x ada pulak.. Tapi sapa yang tengok semalam mesti perasan insiden tu..

Arsenal kini hanya ketinggalan 3 mata dibelakang Chelsea yang menumpaskan MU 2-1 dan 1 mata dibelakang MU dengan hanya 5 perlawanan lagi tinggal.. Arsenal perlukan tuah jika mahu melihat kapten Arsenal menjulang trofi kejuaraan liga dengan syarat menang kesemua baki perlawanan dan berharap MU dan Chelsea keciciran mata.. Adios!!
Read More

Segalanya berjalan lancar untuk Ramsey

Aaron Ramsey terus memberikan respon positif terhadap kecederaan teruknya bulan lepas apabila proses pemulihannya berjalan dengan lancar.. Ramsey mengesahkan yang dia akan pergi bercuti di Dubai minggu ini sebelum staf perubatan Arsenal memeriksanya untuk aksi selanjutnya..

Ramsey yang mengejutkan ramai rakan sepasukannya termasuk Wenger dengan datang ke padang latihan tanpa mengunakan bantuan dari tongkat beberapa minggu lalu mula menceritakan peristiwa yang berlaku..

Ramsey mengakui yang dia mengingati kesemuanya yang berlaku.. Dia juga yakin yang Shawcross tidak bermaksud untuk mematahkan kakinya.. Namun jika dia tidak meneruskan tackle tersebut perkara ini pasti tidak akan berlaku..

Aaron Ramsey juga memberitahu berapa terharunya dia apabila menerima banyak kata-kata semangat daripada keluarga, rakan sepasukan, peminat dan malahan dari Mark Webber.. Fan dan pemain pasukan lain dan juga bekas rakan sepasukannya juga memberikan dia kata-kata semangat..

Atikah harap Ramsey boleh kembali semula sepantas yang boleh.. Fan Arsenal jelas merindui aksinya bersama Arsenal selepas menampilkan aksi cemerlang dalam musim keduanya sebagai pemain Arsenal.. Adios!!
Read More

Kekecewaan Cesc Fabregas

Cesc Fabregas yang dijangka terlepas saki baki perlawanan musim ini (dalam saingan domestik) meluahkan kekecewaannya dengan memberitahu 'My leg is broken.. and so am I..' Anda boleh ke link ini untuk luahan hati Cesc Fabregas..

Arsene Wenger mempertahankan staf perubatan Arsenal selepas munculnya khabar angin yang mengatakan Fabregas bermain menentang Barcelona dengan tulang kakinya sudah pun patah.. Namun Wenger menegaskan yang ianya bukan kesilapan imbasan staf perubatan Arsenal..

Wenger menegaskan insiden di atas ini yang menyebabkan tulang fibula kanan Fabregas retak.. Namun sejujurnya Fabregas masih boleh kembali sebelum 6 minggu lagi memandangkan tulangnya pernah retak dengan teruk dahulu namun Fabregas kembali sebelum jangkaan doktor pasukan..

Arsenal akan menanti kunjugan Wolves malam ini tanpa kelibat Cesc Fabregas dengan Almunia akan mengetuai pasukan.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di astro ESPN pada pukul 9.55 malam ini..

ALMUNIA
SAGNA-----SILVESTRE/SONG-----VERMAELEN-----CLICHY
NASRI-----DENILSON/SONG-----DIABY
WALCOTT-----BENDTNER-----EDUARDO

Atikah x pasti siapa yang akan beraksi di bahagian pertahanan malam ini di samping Vermaelen.. Namun Atikah rasa yang Song akan mengetepikan Silvestre.. Denilson sudah semestinya akan mengantikan posisi yang ditinggalkan Song.. Nasri pula akan mengisi tempat Fabregas..

Walcott yang beraksi cemerlang 2 hari lalu mungkin akan memulakan perlawanan atau mungkin juga Eboue.. Eduardo atau Vela pula mungkin akan mengisi posisi serangan sebelah kiri yang merupakan tempat Arshavin yang mengalami kecederaan dengan Arshavin dijangka kembali semasa menentang Man. City.. Adios!!
Read More

Fabregas rehat 6 minggu !!

Atikah dengan dukacitanya mahu memaklumkan yang Arsenal berkemungkinan kehilangan Fabregas sepanjang baki musim ini selepas keputusan x-ray mengesahkan terdapatnya keretakkan kecil di tulang fibula kaki kanan Cesc Fabregas..

Staf perubatan Arsenal menjangkakan yang Fabregas akan berehat selama sekurang-kurangnya 6 minggu.. Menurut staf perubatan Arsenal lagi, keretakkan itu berpunca daripada perlanggaran Fabregas dengan Puyol di dalam kotak penalti di mana Arsenal dihadiahkan sepakan penalti sebelum Fabregas menyempurnakannya untuk gol penyamaan..

Arsene Wenger juga memberitahu yang Andrei Arshavin dan William Gallas akan berehat selama 3 minggu akibat kecederaan calf strain.. Dan Gael Clichy dan Denilson pula 50-50 akan beraksi hujung minggu ini apabila mengalami kecederaan belakang dan groin..

Kapten pasukan, Cesc Fabregas memuji aksi cemerlang Walcott selepas masuk sebagai pemain gantian semasa membantu Arsenal mencatatkan keputusan seri 2-2.. "Theo made such a difference.. He went behind them.. He created a lot of problems and I think he was the best player.."

"We were dead at 2-0.. You could never imagine we could come back.. In the first half we never saw the ball.. You thought you were going to get the ball then they changed sides.. In the second half they scored two great goals but we had great spirit and comeback.. Not everyone does that against a side like them.."

"Overall it was an amazing experience and an amazing game.. I will remember it for the rest of my life.. My injury makes it bad but I think I would have done it anyway without being injured before.."

Fabregas juga meluahkan keyakinannya yang Arsenal mampu menewaskan Barcelona tanpanya.. "The team can definitely do it without me.. Barcelona have lost big players like Carlos Puyol and Gerard Pique so I don't think it is the same without them.."

Thierry Henry yang beraksi di atas padang Emirates Stadium dengan mewakili Barcelona teruja dengan sambutan yang diberikan oleh peminat Arsenal walaupun dia masuk semasa Arsenal ketinggalan 2-1..

""It was very emotional.. It was pretty special and obviously when I came on you heard what happened.. The most special moment was at the end. Like we always do with the team at Barcelona, we went to see our fans and I said to myself that I have to clap the Arsenal fans for the welcome back they gave me.. You saw what happened after that.."

"I always said I have never hidden the love I have for the club and I think the fans showed tonight that they still love me.. So it was a great feeling - amazing.."

Henry juga menegaskan yang dia tidak terkejut yang Arsenal mampu bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk seri 2-2.. "Not at all, especially with the help of the fans.. I have said it so many times, it always helps because sometimes you can be 2-0 down at home and if your fans start to boo you it's another story but the Arsenal fans were helping them and trying to help them come back in the game, and they did.."

"On the other side it would have been better for us to come back with a win, but 2-2 is not a bad result.. But I'm not surprised at all [that Arsenal came back], I know exactly what can happen here.."

Atikah diberitahu yang semasa perlawanan Arsenal menentang Barcelona semalam.. Terdapat satu kematian yang berlaku.. Seorang jurugambar dilaporkan meninggal dunia dipercayai serangan jantung walaupun masih belum terdapat sebarang keputusan sebenar sebab utama jurugambar tersebut mati.. Adios!!
Read More

Ketakutan Fabregas

Cesc Fabregas mengakui yang dia cukup takut dengan keputusan yang akan diterimanya nanti terhadap kecederaan kaki kirinya.. Namun jelas ramai yang mengagak yang Fabregas telah pun mematahkan ataupun meretakkan tulang kaki kanannya.. Keputusan x ray hanya akan diketahu hari khamis (waktu London di mana ianya esok waktu Malaysia)..

"I fear the worse, which is that I have broken something.. I do not think it is going to be good news, but still I hope there will be.." Fabregas cukup keras kepala pada perlawanan awal pagi tadi dan minggu lepas selepas mahu meneruskan perlawanan..

Cesc Fabregas terus meneruskan perlawanan semasa menentang Birmingham selepas ditackle keras Craig Gardner selepas menerima rawatan dari physio Arsenal, Colin Lewin.. Wenger mengakui dia cuba mengeluarkan Fabregas namun Fabregas menegaskan yang dia mahu kekal beraksi..

Sudah semestinya jika Fabregas terus memaksa kakinya ianya mungkin akan mendatangkan risiko dengan tahap kecederaannya lebih parah.. Selepas perlawanan staf perubatan Arsenal hanya mengesahkan kaki dan lutut kanan Fabregas hanya mengalami lebam.. Tapi ianya berubah semasa menentang Barcelona..

Kecederaannya bertambah teruk apabila jelas Fabregas jauh lebih sukar untuk bergerak kali ini sejurus selepas menjaringkan gol penyamaan buat Arsenal.. Dan dalam masa itu juga dia hampir sahaja menjaringkan gol kemenangan Arsenal..

Sudah pastinya fan Arsenal kagum dan terharu dengan komitmen yang ditunjukkan kapten pasukan ini.. Namun dalam masa yang sama juga pastinya fan takut jika Fabregas meretakkan atau mematahkan kaki kanannya..

Untuk rekod tulang kaki kanannya pernah retak hanya beberapa minggu selepas dia muncul sebagai kapten pasukan baru Arsenal.. Ianya merupakan satu mimpi ngeri untuk fan Arsenal jika ianya berlaku sekali lagi musim ini memandangkan ketiadaan Fabregas jelas akan teramat dirasai..

Atikah amat-amat berharap yang dia hanya akan berehat paling lama pun 2 minggu.. Apa-apa pun Get Well Soon Cesc Fabregas.. Adios!!



Read More

Impak Theo Walcott

Arsenal mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Barcelona dalam perlawanan yang cukup menarik.. Namun berita buruk buat peminat Arsenal apabila Arshavin, Gallas dan kapten pasukan mengalami kecederaan dengan dilaporkan Fabregas mungkin telah meretakkan tulang kakinya.. Namun Atikah akan laporkannya kemudian..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Walau apa pun keputusan x-ray kaki Fabregas.. Dia awal-awal lagi terpaksa disisihkan pada perlawanan kedua minggu depan selepas mengutip kad kuning ketiga.. Fabregas jelas kecewa sehinggakan dia sanggup beraksi dalam kesakitan..

Namun pada minit ke-46 dan 56 Arsenal ketinggalan 2-0 kedua-duanya hasil gol oleh Zlatan Ibrahimovic.. Bayangan tewasnya Arsenal mungkin sudah mula membayangi fikiran peminat Arsenal namun keputusan bijak Wenger mengeluarkan Sagna dan membawa masuk Walcott pada minit ke-63 cukup berkesan..

3 minit selepas itu, Theo Walcott yang menerima hantaran cantik Bendtner sebelum dia memperdayakan Maxwell dan terus melepaskan rembatan yang gagal ditangkap kemas Valdes.. Ianya terus menyalakan semula harapan Arsenal.. Walcott jelas memberikan impak yang positif sejak kemasukannya..

Cubaan demi percubaan Arsenal selepas itu membuahkan hasil selepas Fabregas dijatuhkan di dalam kotak penalti.. Fabregas dengan tenangnya menjaringkan gol penyamaan untuk Arsenal menentang kelab remajanya.. Namun sejurus selepas itu kesakitan di kakinya jelas terasa..

Seperti yang anda tahu kecederaan Fabregas sebenarnya berpunca dari terjahan yang cukup keras oleh Craig Gardner minggu lepas.. Perkara yang paling ditakutkan Atikah sekarang ini ialah jika dia telah pun meretakkan kakinya kerana terus bermain dalam kesakitan semasa menentang Barcelona dan Birmingham minggu lepas..

Masih belum ada kepastian dengan tahap kecederaannya.. Tapi apa yang pasti dia akan terlepas aksi hujung minggu ini dan pertengahan minggu depan semasa menentang Wolverhampton dan Barcelona..

Andrei Arshavin disahkan mengalami kecederaan betis sehingga Wenger terpaksa membawanya keluar seawal minit ke-27.. Namun masih belum ada sebarang pengesahan bila Arshavin akan kembali beraksi..

William Gallas yang dirisikokan Wenger beraksi awal pagi tadi dijangka mungkin terlepas aksi sepanjang musim ini selepas kembali mengalami kecederaan betis.. Jelas kehilangan Gallas pada separuh masa kedua cukup dirasai sehinggakan tercipta 2 gol Ibrahimovic.. Apa-apa pun Atikah ucapkan Get Well Soon kepada Fabregas, Arshavin dan juga Gallas.. Adios!!
Read More