Penentuan

Okey sebelum Atikah buat pre match Arsenal VS Man. Utd.. Atikah akan beritahu terlebih dahulu pemain yang mengalami kecederaan yang akan terlepas perlawanan ini.. Vermaelen mengalami kecederaan lutut dan dijangka kembali semasa menentang Chelsea minggu depan.. Eduardo pula mengalami kecederaan hamstring dan hanya kembali semasa menentang Chelsea..

Diaby yang semakin melonjak prestasinya sejak Disember berkemungkinan akan kembali semasa menentang Chelsea selepas mengalami kecederaan betis.. Merida pula mengalami kecederaan buku lali dan masih belum dipastikan bila Merida akan kembali.. Carlos Vela pula belum dipastikan akan turut serta apabila Vela mengalami kecederaan lutut..

Sementara itu Djourou, Gibbs dan Van Persie masih dalam keraguan untuk beraksi musim ini selepas mengalami kecederaan sehingga memerlukan pembedahan.. Namun Van Persie mempunyai peluang yang cukup cerah untuk kembali pada bulan April ini jika proses pemulihannya berjalan lancar..

Namun Wenger masih boleh bergembira selepas Emmanuel Eboue dan Alexander Song kembali menjalani latihan selepas pulang dari Angola.. Namun Song mungkin berada di bangku simpanan disebabkan Song tidak cukup tidur dan tahap kecergasannya masih belum cergas sepenuhnya.. Tahap kecergasan Eboue juga tidak memuaskan..

Awal pagi tadi Senderos yang dipinjamkan ke Everton sepanjang musim ini di mana Atikah terlupa untuk beritahu anda telah membuat debutnya bersama Everton dengan menampilkan aksi memukau untuk mengkagumkan bukan saja David Moyes tetapi Wenger juga yang masih berfikir untuk mengekalkannya jika Senderos berjaya beraksi cemerlang walaupun Wenger mengesahkan dia x akan menawarkan kontrak baru kepada Senderos.. Namun apa-apa saja boleh berlaku di kem Arsenal..

Wilshere pula berada di bangku simpanan semasa Bolton kalah 2-0 ke atas Liverpool.. Atikah harap selepas ini Wislhere akan beraksi dengan lebih tetap bersama Bolton untuk memastikan dia memperoleh pengalaman berguna semasa kembali ke pangkuan Arsenal sebaik tamat musim ini..


ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----CAMPBELL-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DENILSON
NASRI-----ARSHAVIN-----ROSICKY

Atikah menjangkakan inilah barisan yang akan diturunkan Wenger disebalik keraguan tentang tahap kecergasan Song.. Namun ini perlawanan penting dan Wenger perlu ambil risiko itu.. Bendtner akan terus berada di bangku simpanan memandangkan Bendtner baru kembali selepas berehat selama 3 bulan dengan Bendtner masih belum cergas sepenuhnya..

Atikah predict Arsenal menang 2-0 atau lebih pun x apa.. Asalkan menang dan baut MU menangis bila Arsenal buktikan Arsenal jauh lebih baik dari setiap perlawanan ke perlawanan.. Dan Atikah harap Fabregas kembali menemui sasaran di belakang jaring begitu juga dengan Arshavin.. Dan Atikah harap mungkin juga Nasri mampu memusnahkan MU sekali lagi seperti di Old Tradford musim lepas..

Jangan lupa perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 11.55 malam ini.. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya..Adios!!

P/S : Pendedahan Aaron Ramsey mengapa dia memilih Arsenal bukannya pasukan kegemarannya MU akan Atikah siarkan apabila Atikah ada masa dan tiada berita-berita penting yang perlu Atikah utamakan untuk post di blog Atikah..
Read More

Wilshere sah ke Bolton

Arsene Wenger telah mengesahkan yang permata baru Arsenal berusia 18 tahun iaitu Jack Wilshere telah pun menyertai Bolton secara pinjaman sehingga tamat musim 2009/2010 untuk menambahkan lagi pengalamannya sebelum Wenger memberikan aksi lebih tetap untuknya pada musim 2010/2011 nanti..

Wenger memback up lagenda Arsenal iaitu pemain yang satu-satunya menyertai Arsenal pada bulan Januari iaitu Sol Campbell untuk menjaga Rooney semasa Arsenal menentang MU esok.. Campbell yang sebelum ini yakin dia mampu mengawal ketat Rooney dipersetujui Wenger walaupun jelas sekali Rooney agak lincah dan Campbell pula masih bergelut dengan tahap kecergasannya..

Namun disebalik keyakinanan Wenger kepada Campbell untuk mengawal Rooney, Wenger tetap mahu Vermaelen kembali semasa menentang MU walaupun agak sukar.. Wenger akan mengerah staf perubatan Arsenal untuk mencuba sedaya upaya mereka untuk memastikan Vermaelen cergas selepas staf perubatan Arsenal mengesyaki kecederaan Vermaelen hanya di lututnya..

Tapi kemungkinan untuk Vermaelen kembali esok amat tipis dengan peluangnya 20%.. Tetapi fan Arsenal dijangka kembali melihat kelibat Vermaelen semasa menentang Chelsea minggu depan.. Apa-apa pun cepat sembuh kepada Vermaelen dan selamat berjaya untuk Campbell untuk perlawanan esok.. Adios!!
Read More

Peluang Campbell !!

Thomas Vermaelen menceriakan fan Arsenal apabila disahkan tulang betisnya tidak patah atau pun retak.. Namun Vermaelen masih akan terlepas aksi menentang MU hari Ahad ini melainkan keajaiban berlaku.. Namun staf perubatan Arsenal masih belum dapat menjangkakan berapa lama Vermaelen akan diketepikan..

Emmanuel Eboue dan Alexander Song yang selamat kembali ke padang latihan Arsenal disahkan akan kembali beraksi semasa menentang MU.. Namun Eduardo dijangka terlepas aksi menentang MU selepas mengalami kecederaan hamstring dan akan kembali semasa menentang Chelsea.. Peluang Diaby untuk kembali pula ialah 50-50 semasa menentang Chelsea..

Sol Campbell yang peluangnya 90% akan beraksi semasa menentang MU hari ahad ini telah meluahkan keyakinannya untuk membantu Arsenal mencatatkan kemenangan semasa menentang MU.. Campbell juga mengakui dia cukup bersedia untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen semasa menentang MU..

Okey itu saja berita yang patut anda dengar buat masa ini.. Apa yang pasti Eduardo dan Vermaelen saja yang mengalami kecederaan semasa menentang Aston Villa dengan Song dan Eboue dijangka kembali beraksi semasa menentang MU..
Read More

Seri dan Pemain Injured Lagi !!

Awal pagi tadi Arsenal sekali lagi melepaskan peluang untuk berada di puncak liga selepas hanya mampu seri dengan Aston Villa 0-0.. Pada perlawanan tadi Bendtner kembali beraksi selepas mengalami kecederaan namun dia gagal membantu Arsenal mencatat kemenangan.. Disebalik keputusan seri ini ada lagi berita yang lebih buruk..

Thomas Vermaelen terpaksa dibawa keluar seawal minit ke-35 selepas mengalami kecederaan.. Menurut Wenger Vermaelen akan melalui imbasan x-ray di tulang betisnya untuk mengenal pasti sama ada tulang betisnya patah atau pun hanya saraf tulang betisnya.. Tapi apa yang pasti tiada siapa boleh menjangkakan sama ada Vermaelen akan kembali semasa menentang MU nanti..

Namun jika selepas imbasan x ray tulang betisnya patah ianya memang satu tamparan yang cukup hebat memandangkan Vermaelen mampu berada di luar padang sepanjang musim ini !! Apa-apa pun Atikah dan fan-fan Arsenal amat berharap agar kecederaan Vermaelen tidaklah seteruk itu..

Menambahkan lagi derita Arsenal ialah apabila Edaurdo pula mengikut jejak langkah Vermaelen ke terowong selepas mengalami kecederaan hamstring pada minit ke-62.. Namun Wenger mengesahkan Eduardo akan terlepas aksi menentang MU pada hari ahad ini.. Satu lagi tamparan hebat selepas menyambut kembali kehadiran Nasri dan Bendtner..

Sol Campbell yang hanya beraksi 3 perlawanan bersama Arsenal dengan satu darinya bersama skuad simpanan menjadi calon kegemaran untuk mengantikan tempat Vermaelen jika Vermaelen gagal kembali hari ahad ini.. Namun Wenger masih belum membuat keputusan kerana mahu melihat sejauh mana tahap kecederaan Vermaelen terlebih dahulu..

Okey itu sajalah artikel Atikah hari ini.. Semoga Vermaelen cepat sembuh dan jika Vermaelen terpaksa berehat panjang nampaknya Senderos x akan meninggalkan Arsenal memandangkan Arsenal tidak mempunyai pemain pertahanan yang ramai.. Atau mungkin juga Wenger akan membeli pemain pertahanan baru jika tulang betis Vermaelen disahkan patah dan terpaksa berehat panjang.. Adios!!
Read More

Bendtner & Nasri kembali

Nicklas Bendtner seperti yang dijangka disahkan akan beraksi pada perlawanan menentang Aston Villa awal pagi ini yang akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sports pada pukul 3.40 pagi.. Bendtner akan berada di bangku simpanan pada perlawanan ini dan Nasri pula kembali pulih selepas didapati menjalani latihan selepas mengalami kecederaan hamstring..

Sagna juga akan kembali selepas mengalami kecederaan bahu bersama-sama rakan pertahanannya iaitu Gallas, Vermaelen dan Clichy yang mengalami kecederaan ringan.. Ramsey yang kembali cergas juga disahkan akan turut serta.. Namun Diaby sekali lagi terpaksa diketepikan selepas mengalami masalah betis..

Campbell diberikan amaran oleh Wenger disebalik aksi cemerlangnya semasa menentang Stoke supaya berkerja keras untuk mendapatkan tempat di dalam pasukan dengan Wenger menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang keistimewaan kepada lagenda Arsenal itu..

Jack Wilshere semakin hampir dipinjamkan ke Burnley selepas Wenger cukup tertarik dengan tawaran Burnley yang mahu mendapatkan permata baru Arsenal ini.. Namun ianya akan disahkan mungkin pada hari Jumaat mahupun Sabtu.. Dan Wenger menegaskan tiada klausa dalam kontrak pinjaman tersebut yang membolehkan Arsenal memanggilnya pulang sebelum kontrak pinjamannya berakhir..

Senderos sekali lagi diberikan kata dua oleh Wenger apabila Wenger menegaskan Senderos tidak akan ditawarkan kontrak lanjutan dan sekali lagi Wenger tegaskan Senderos perlu keluar secara pinjaman jika mahu mencerahkan peluangnya untuk beraksi bersama Switzerland dengan Wenger langsung tidak memberikan sebarang tanda-tanda akan menurunkannya secara tetap..

Wenger mahu peminat Arsenal bersabar dengan prestasi Walcott sekarang ini memandangkan Walcott berehat selama 2 bulan akibat kecederaan dan ianya bukanlah mudah untuk melihat seseorang pemain berehat panjang terus beraksi cemerlang.. Wenger yakin Walcott akan bertambah mantap dalam 2 bulan akan datang jika dia berjaya mengelakkan sebarang kecederaan..

Penjaga gol no.4 Arsenal iaitu Wojciech Szczesny diberikan pujian melambung oleh Wenger apabila Wenger mengakui Szczesny mampu menjadi penjaga gol no.1 Arsenal pada masa akan datang disebabkan semangatnya, keberanian, keyakinan refleksi dan segala-galanya yang diperlukan oleh seorang penjaga gol yang hebat..

Szczesny yang kini dipinjamkan ke Brentford berjaya beraksi cemerlang sehingga membantu Brentford keluar dari zon penyingkiran.. Dengan umurnya baru berusia 19 tahun masih banyak perlu dipelajarinya sebelum bersedia sepenuhnya untuk menggalas tanggunjawab berat untuk menjadi penjaga gol no.1 Arsenal..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----RAMSEY
ROSICKY-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Inilah barisan kesebelasan yang Atikah jangka akan diturunkan Wenger pada perlawanan ini.. Perlawanan menentang Aston Villa ini akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sports pada pukul 3.40 pagi ini.. Dengan hanya tinggal Djourou, Gibbs, Diaby dan Van Persie dibilik rawatan Arsenal, Atikah yakin tiada sebab untuk Arsenal gagal meraih 3 mata penuh awal pagi ini..

Dan lagi satu sekali lagi kalau siapa yang x suka Atikah back up Fabianski Atikah minta mereka semua itu tinggalkan blog ini.. Jangan bagi hati Atikah sakit.. Jangan disebabkan Atikah masih remaja anda semua nak besar kepala.. Atikah suruh faham tentang mengapa Atikah back up Fabianski pun anda semua x faham!!

So siapa yang kecil sekarang nie?? Satu benda yang paling senang nak dibuat pun susah nak faham.. Atikah back up Fabianski sebab langsung tiada sebab untuk kita salahkan pemain bila kalah.. Mengutuk mereka bila mereka main teruk.. Tapi bila beraksi cemerlang pujian cukup melambung lepas tu satu kesilapan pun sudah cukup untuk melupakan aksi cemerlang dia..

Kalau Fabianski main bagus pun pertahanan hampeh kita akan tetap kalah.. Panggillah sapa-sapa jadi GK Arsenal pun.. Kalau nak kalah tetap kalah jugak.. Kalau pertahanan hampeh bola mesti ada yang bolosnya.. Wenger sendiri mengakui kekalahan hari itu semuanya sebab dia.. Sebab turunkan pemain muda..

Atikah x nak kita benci mana-mana pemain Arsenal walaupun dia main seteruk mana pun.. Sebab dia tetap akan menjadi pemain Arsenal.. Atikah x kisah kalau dia pergi anda semua nak kutuk maki hamun atau buat apa-apa pun dekat dia bila dia bukan lagi pemain Arsenal.. Fabianski tu berbakat dan diakui semua pengkritik sukan..

Tetapi sebab dia masih x cukup pengalaman untuk memastikan dia mengeluarkan segala potensi yang dia miliki.. Itulah antara faktor dia gagal beraksi cemerlang pada setiap minit perlawanan.. Satu lagi masih banyak yang perlu dipelajari.. Seperti bertahanan dari hantaran lintang dan mengawal dirinya semasa dalam tekanan..

Sekurang-kurangnya dia ada improve pada musim ini berbanding musim lepas.. Jadi jika dia terus improvekan dirinya Atikah langsung x nampak sebab dia patut terus menerus dipersalahkan.. Atikah yakin jika sampai musim depan dia gagal terus memberikan impak positif Atikah yakin Atikah sendiri akan penat bersabar dan memback upnya.. Adios!!
Read More

Why I Back Up Fabianski

Okey Atikah sebenarnya x puas hati bila ada pengunjung blog nie postkan komen pasal Atikah x dapat terima kenyataan Fabianski main teruk semalam.. Atikah nak tegaskan walaupun dia pemain kesukaan Atikah selepas Fabregas tetapi Atikah x akan pernah back up dia jika dia main teruk semasa dia sepatutnya dah belajar dari kesilapan tersebut..

Atikah nak anda pilih.. Fabianski buat kesilapan bodoh waktu ini ataupun semasa Arsenal betul-betul perlukan khidmatnya?? Dia perlu belajar dari sekarang atau bila Almunia bersara kelak?? Kita perlu tahu yang Fabianski masih muda dan masih perlu belajar banyak benda lagi sebelum boleh menunjukkan potensi sebenarnya..

Sekurang-kurangnya dia beraksi sebaik yang mungkin selepas menerima kerjasama yang 'cukup baik' dari barisan pertahanan.. Dan kesemua gol yang dia lepaskan ialah hasil hantaran lintang di mana pertahanan patut lebih tahu cara untuk mengeluarkan bola tersebut.. Gol-gol yang dilepaskan Fabianski semalam tidak sepatutnya dipersalahkan 100% kepada Fabianski..

Terutama gol ketiga perlawanan di mana Silvestre mampu mengeluarkan bola tersebut tapi dia tidak melakukannya dan menyebabkan Fabianski tidak mendapat kerjasama yang bagus dari pertahanan dan dia hanya mampu melihat pemain Stoke menjaringkan gol tersebut di mana tiada cara sesuai untuk dia menyelamatkan bola tersebut..

Gol pertama perlawanan Atikah akui ianya salah Fabianski yang tidak pantas dan betul-betul mahukan bola tersebut sebelum berjaya ditanduk Fuller.. Gol kedua pula Fabianski sekali lagi tidak mendapat kerjasama pemain pertahanan untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya..

Kita perlu ingat Almunia juga agak lemah dalam menyelamatkan cubaan dari percubaan hantaran lintang.. Namun selepas sering diserang dengan cara begitu ianya membuatkan Almunia semakin matang untuk menyelamatkan bola tersebut.. Sekurang-kurangnya Fabianski belajar pada perlawanan tersebut dengan menumbuk bola keluar beberapa kali..

Sememangnya kita x boleh nak salahkan Fabianski atas kekalahan ini selepas secara teori dan faktanya Arsenal memang cukup lemah bertahan untuk hantaran lintang sejak beberapa musim dulu lagi.. Itulah fakta yang patut kita akui sebelum terus menyalahkan Fabianski atas prestasi yang kurang memuaskan semalam..

Bagilah ruang dan masa untuk Fabianski belajar.. Kerana masa-masa inilah lebih baik fan Arsenal bersabar dalam proses pembelajarannya berbanding dia belajar semasa prestasi terbaiknya amat-amat ditagih Arsenal.. Lagi satu yang Atikah x puas hati ialah setiap kali ada percubaan merbahaya Fabianski selamatkan tiada seorang pun kisah..

Tapi kalau dia buat kesilapan sekecil kuman sekali pun cukup pantas betul untuk anda hebohkan dan langsung x kira dah kehebatannya sebelum kesilapan tersebut.. Dan benda itulah yang akan anda ingat selama-lamanya berbanding prestasi terbaiknya.. Kita perlu ingat kita ini manusia dan tiada manusia dalam dunia ini yang perfect.. Inilah sifat masyarakat kita.. Suka mencari kesilapan orang dan bercakap tanpa berfikir dan ada sebab yang kukuh..

Atikah x nak bahaskan lagi pasal benda ini.. Sebab apa yang Atikah nak tegaskan Atikah dah ceritakan.. Memandangkan anda semua lebih banyak makan garam dari Atikah so Atikah rasa anda semua tahu apa yang mahu disampaikan Atikah dan mengapa Atikah back up Fabianski.. Ingat lihat segi positif bukannya negatif!! Adios!!

P/S : Arsenal Ladies semalam kalahkan Chelsea Ladies 2-1.. Untuk post match sila ke blog Arsenal Ladies..
Read More

Arsenal tersingkir !!

Cukup mengecewakan.. Atikah masih gembira jika Arsenal tersingkir dengan menampilkan aksi menarik.. Tetapi aksi goyah dari segenap posisi sememangnya cukup mengecewakan Atikah.. Arsenal secara rasminya tersingkir selepas kecundang mudah 3-1 selepas menampilkan aksi yang cukup mengecewakan..

FABIANSKI
COQUELIN-----CAMPBELL-----SILVESTRE-----TRAORE
EASTMOND-----DENILSON-----FABREGAS
WALCOTT-----THOMAS-----VELA

Kemenangan Stoke diselangi dengan kontroversi selepas peminat Arsenal dan pengulas sukan mengkritik cara Stoke sebelum mengambil lontaran ke dalam dengan mengelap bola tersebut menggunakan tuala untuk lebih cengkaman dan membuatkan Fabianski dan pertahanan Arsenal mengalami masalah untuk mengeluarkan bola tersebut..

Atikah x nak salahkan mana-mana pemain pun atas kesalahan ini memandangkan semua pemain menampilkan aksi yang cukup mengecewakan terutama sekali dari segi hantaran dan kawalan bola.. Pertahanan juga goyah menyebabkan Fabianski perlu berkerja keras di gawang Arsenal.. Dan komunikasi antara pemain juga cukup teruk dengan tiada persefahaman di antara pemain Arsenal..

Atikah harap kekalahan ini x akan menganggu prestasi Arsenal dalam saingan liga.. Dengan satu lagi piala terlepas dalam gengaman hanya tinggal 2 trofi yang boleh dicabar Arsenal musim ini dengan yang paling cerah ialah trofi EPL.. Sejujurnya kekalahan ini amat mengecewakan Atikah dan mungkin juga seluruh peminat Arsenal..

Atikah harap skuad Arsenal Ladies akan menewaskan Chelsea Ladies malam ini (hari ahad) untuk mengubati kekecewaan peminat-peminat Arsenal.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal vs Stoke City

Arsenal akan bertandang ke Stoke dalam saingan Piala FA dengan Wenger menegaskan dia akan merehatkan beberapa tonggak utama memandangkan Arsenal mempunyai perlawanan yang mencabar selepas menentang Stoke City.. Dengan Campbell dijangka membuat pernampilan pertamanya bersama Arsenal sejak tahun 2006..

Sejujurnya Atikah x dapat menjangka barisan kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini.. Tapi Atikah yakin Fabregas akan berada di bangku simpanan memandangkan Fabregas merupakan pemain yang cukup penting buat Arsenal selepas Robin Van Persie.. Tapi apa yang pasti Fabianski akan berada di gawang Arsenal malam ini..

Atikah menjangkakan Wenger akan merehatkan Clichy walaupun baru kembali dalam pasukan untuk memberikan peluang untuk Armand Traore yang masih perlu belajar banyak perkara lagi.. Campbell pula mungkin akan bergandingan dengan Silvestre di bahagian tengah pertahanan Arsenal dengan Senderos akan diketepikan sekali lagi..

Sementara itu siapa yang akan berada di bek kanan Arsenal malam ini?? Sagna pasti direhatkan selepas mengalami kecederaan bahu.. Dengan Kerrea Gilbert yang sering berada di posisi itu kini sedang dipinjamkan ditambah pula dengan Emmanuel Eboue masih di Angola sudah semestinya Wenger akan menurunkan pemain skuad simpanan untuk posisi tersebut..

Luke Ayling merupakan calon sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut.. Ayling yang akan berusia 19 tahun Ogos ini mampu beraksi sebagai centre back, bek kanan mahupun mana-mana posisi di bahagian tengah.. Diakui sebagai pemain yang rajin membantu bahagian serangan dengan hantaran-hantaran yang cantik..

Namun Atikah agak ragu-ragu untuk mengesahkan dia akan beraksi memandangkan dia tidak tersenarai dalam skuad simpanan Arsenal sepanjang musim ini walaupun beraksi cemerlang bersama skuad U-18 musim lalu.. Atikah x pasti jika dia mengalami kecederaan atau tidak.. Tapi sejujurnya Ayling memang sesuai mengisi kekosongan tersebut..

Di bahagian tengah pula Atikah yakin Eastmond akan beraksi pada malam ini dengan Wilshere juga sudah semestinya akan diturunkan.. Sementara Merida pula Atikah x pasti memandangkan sebelum ini dia mengalami kecederaan buku lali.. Tapi jika dia berjaya cergas tidak ragu-ragu lagi Merida akan diturunkan..

Vela dan Walcott juga pasti akan beraksi malam ini.. Mungkin juga Wenger akan menyenaraikan Sanchez Watt jika mahu merehatkan Eduardo dan juga Arshavin.. Atikah terfikir adakah Wenger akan menurunkan Nacer Barazite malam ini jika pemain tengah tidak mencukupi dengan Wenger mahu merehatkan Fabregas, Denilson dan juga Rosicky..

Sejujurnya Atikah harap Wenger rehatkan kesemua tonggak utama Arsenal memandangkan kita tidak boleh menerima apa-apa kecederaan pemain lagi memandangkan aksi liga semakin mencabar dan banyak perlawanan penting yang Arsenal perlu menang.. Sudah semestinya kita tidak boleh merisikokan tahap kecergasan tongak-tonggak utama Arsenal..

Atikah yakin pemain-pemain skuad simpanan Arsenal bersedia untuk mengalas tugas dalam kempen Piala FA selepas saingan Piala Liga dengan bantuan daripada Silvestre yang cukup berpengalaman.. Dengan Campbell kembali ianya semakin menyenangkan Wenger memandangkan Campbell boleh dipercayai untuk mendidik pemain-pemain muda ini..

Atikah harap sangat yang Wenger rehatkan semua tonggak utama Arsenal pada perlawanan ini dengan menurunkan beberapa pemain skuad simpanan yang semakin meningkat naik.. Sememangnya masalah kecederaan Arsenal musim ini tidak memberikan sebarang cara untuk Arsenal mengelakkan dari menurunkan beberapa pemain skuad simpanan.. Adios!!

P/S : Malam ini siaran langsung di Astro ESPN pada pukul 9 malam..
Read More

Berita terkini dari North London

Arsene Wenger mengesahkan yang perbincangan kontrak lanjutan untuk William Gallas berjalan dengan lancar.. Namun Wenger menegaskan dia mahu perbincangan tersebut berjalan dengan rahsia.. Namun Wenger berjanji jika ada sebarang masalah dalam perbincangan itu Wenger akan beritahu.. Wenger juga mengesahkan dia bersama staf-staf perubatan Arsenal sedang menyiasat secara terperinci tentang faktor-faktor ramai pemain Arsenal mengalami kecederaan musim ini..

Selepas Atikah informkan anda semua tentang Roy Hodgson yang menegaskan tiada sebarang tawaran untuk pemain pertahanannya iaitu Chris Smalling Wenger pula menegaskan yang khabar angin tentang kesediaannya menawarkan 7 juta pound untuk Smalling tidak benar sama sekali.. Namun Wenger mengakui mungkin pada masa hadapan ianya akan berlaku..

Senderos pula diberikan kata dua oleh Wenger apabila menegaskan Celtic merupakan destinasi yang sesuai untuknya.. Wenger mengakui kehadiran Campbell adalah kerana dia mahu memberikan peluang untuk Senderos meninggalkan pasukan selepas gagal beraksi secara tetap dalam pasukan utama Arsenal setelah Gallas dan Vermaelen bergandingan dengan baik..

Wenger mengakui dia cukup gembira dengan perkembangan terkini Nicklas Bendtner selepas melihat Bendtner berlatih semalam.. Bendtner yang dijangka akan kembali beraksi semasa menentang Aston Villa minggu depan dijangkakan Wenger akan menyelesaikan masalah jentera serangan Arsenal..

Dengan kembali semula Bendtner.. Dengan aksi Eduardo semakin hebat dari satu perlawanan ke satu perlawanan walaupun tidak menjaringkan gol.. Wenger membuat keputusan yang mengecewakan peminat apabila mengesahkan yang dia tidak akan membeli penyerang buat masa ini memandangkan agak sukar untuk mencari penyerang yang boleh beraksi dalam Champions League, sesuai dengan Arsenal dan harga yang berpatutan..

Wojciech Szczesny disahkan akan kekal di Brentford sehingga penghujung bulan Januari ini selepas beraksi memukau dalam tempoh pinjamannya.. Dalam 7 perlawanan Szczesny berjaya mengawal gawangnya dari dibolosi sebanyak 3 kali.. Atikah harap sepanjang tempoh pinjamannya ini Szczesny akan memperoleh pengalaman yang cukup berguna sebelum sedia sepenuhnya beraksi dalam skuad utama Arsenal..

Giliran Wenger pula mengutuk Bolton selepas Bolton mengutuk Arsenal akibat terjahan keras Gallas kepada Mark Davies di mana tackle tersebut seperti kes Eduardo patah buku lalinya.. Wenger menegaskan apa yang dilakukan Matt Taylor kepada Fabregas lebih teruk selepas Taylor didapati cuba memijak tengkuk atau muka Fabregas sebelum menarik rambut Fabregas semasa Fabregas di jatuhkan di dalam kotak penalti buat kali kedua..

Wenger juga mengakui tiada siapa boleh bagi jaminan untuk tackle lambat atau silap perhitungan x akan berlaku.. Tapi apa yang Wenger nak tegaskan ialah sikap dan cara tackle pemain Bolton terhadap Fabregas di mana 4 penalti boleh Arsenal dalam dalam 2 perlawanan!! Namun Wenger menegaskan dia x akan laporkan pada FA memandangkan dia hanya mahu tahu mengapa tackle Gallas sahaja yang mahu dihebohkan jika Fabregas jauh lebih banyak dibuli pemain Bolton.. Adios!!
Read More

Gibbs terpaksa berehat panjang !!

Fan Arsenal dikejutkan disebalik kebanggaan melihat Arsenal berada di puncak liga selepas Kieran Gibbs yang dijangka kembali pada bulan Mac terpaksa sekali lagi menjalani latihan selepas tulang metatarsalnya gagal pulih selepas pembedahan pertama.. Gibbs akan dibedah di London hari ini untuk menampal tulang metatarsalnya..

Ini bermakna Gibbs akan diketepikan sepanjang musim ini selepas proses pemulihan dari pembedahan ini dijangka memakan masa sehingga 5 bulan!! Apa-apa pun Atikah berharap pembedahan kali kedua ini berjaya dan semoga Gibbs cepat sembuh memandangkan Atikah sudah rindu akan aksinya di atas padang..

Bacary Sagna pula terpaksa direhatkan pada kempen Piala FA hari ahad ini selepas mengalami kecederaan bahu.. Menurut Wenger Sagna hanya perlu berehat dan ini mungkin bermaksud Sagna akan kembali semasa menentang Aston Villa minggu depan.. Namun Sagna masih ada peluang untuk beraksi hari ahad ini jika berjaya cergas..

Abou Diaby yang mengalami kecederaan betis disahkan akan diketepikan pada perlawanan menentang Stoke tetapi dijangka kembali semasa Arsenal menentang Aston Villa atau pun Manchester United.. Namun ianya semua bergantung dengan keputusan hasil imbasan hari jumaat ( waktu london )..

Sementara itu fan Arsenal mempunyai peluang untuk melihat aksi Campbell bersama skuad utama buat pertama kalinya sejak meninggalkan Arsenal pada tahun 2006 selepas Wenger bersedia memberi peluang untuk Campbell beraksi pada perlawanan menentang Stoke hari ahad ini jika berjaya meningkatkan tahap kecergasannya..

Alan Wiley melegakan kem Arsenal selepas membantu Arsenal mengelakkan kehilangan Gallas selama 3 perlawanan selepas menerjah keras pemain Bolton.. Wiley berkata kepada FA England yang dia nampak Gallas melakukan terjahan tersebut tapi x sangka impak tackle tersebut agak keras untuk Mark Davies.. Jadi fan Arsenal boleh menarik nafas lega selepas Gallas disahkan tidak akan digantung 3 perlawanan..

Okey tentang khabar angin yang mengatakan Chris Smalling iaitu pertahanan England berusia 20 tahun semakin hampir ke Arsenal selepas dilaporkan Wenger menawarkan yuran perpindahan sebanyak 7 juta pound kepada Fulham untuk khidmatnya.. Namun selepas Atikah mengarahkan spy Atikah menyelidik tentang perkara ini ianya tidak lain dan tidak bukan hanya khabar angin..

Roy Hodgson menegaskan yang tiada tawaran yang dia terima untuk pemain pertahanannya itu buat masa ini.. Berbanding sebelum ini dimakna Hodgson mengakui Wenger menghubunginya untuk mendapatkan Hangeland sebelum dia menolak tawaran Wenger tersebut.. Jadi buat masa ini tiada sebarang tawaran yang Wenger buat untuk mendapatkan Chris Smalling.. Adios!!
Read More

Arsenal On The Top !!

Okey Atikah nak mintak maaf sebab x postingkan apa-apa semalam memandangkan Atikah betul-betul sibuk.. Awal pagi tadi Arsenal secara sahnya mengungguli carta liga selepas berjaya membuat comeback selepas ketinggalan 2-0 untuk memastikan Arsenal mendahului carta liga buat pertama kalinya menerusi kelebihan jaringan gol..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
ROSICKY-----EDUARDO-----ARSHAVIN

Sebelum perlawanan semua pemain dan penonton di Emirates Stadium berkabung sebentar mengingati kejadian gempa bumi di Haiti.. Arsenal ketinggalan seawal minit keenam selepas Gary Cahill menjaringkan gol selepas Diaby dan Clichy gagal mengeluarkan bola sebelum Cahill merembat dari jarak dekat..

Kesilapan Denilson memberikan Bolton sepakan penalti di mana berjaya disudahkan oleh Matt Taylor.. Wenger jelas agak kecewa selepas Arsenal ketinggalan 2-0 semasa perlawanan baru berusia 28 minit.. Namun pemain-pemain Arsenal bangkit untuk memastikan tangga teratas liga menjadi milik mereka..

Muncullah Tomas Rosicky untuk memberikan nafas untuk Arsenal selepas berjaya menjaringkan gol seminit sebelum separuh masa pertama berakhir.. Passing Fabregas jelas tidak mahu dipersia-siakan Rosicky yang melepasi Zat Knight sebelum merembat untuk gol ketiganya musim ini dan memastikan dia masih berjaya beraksi secermelang dulu..

Gol penyamaan ini agak kontroversi apabila tackle Gallas jelas teruk sehingga menyaksikan Mark Davies mengerang kesakitan namun pengadil meneruskan permainan dengan Arshavin melorongkan bola kepada kapten pasukan sebelum Fabregas melepasi 3 pertahanan dan melepaskan rembatan melepasi Jussi Jaaskelainen pada minit ke-53.. Ini merupakan gol ke-14 Fabregas sepanjang musim ini..

Pada minit ke-65 Fabregas yang mengambil sepakan penjuru berjaya mencari Diaby sebelum dia melorongkan bola kepada Vermaelen untuk merembat kencang melepasi penjaga gol untuk memastikan Arsenal berada di atas puncak liga dan ini merupakan gol ke-6 Vermaelen dan yang pertama selepas agak lama Vermaelen gagal menjaringkan gol..

Arshavin kembali menjaringkan gol selepas kombinasi menarik di antara Fabregas dan Eduardo berjaya membantu Arshavin untuk merembat melepasi penjaga gol semasa 5 minit lagi perlawanan sebenar tamat.. Gol tersebut jelas sekali mengesahkan Arsenal berada di puncak liga.. Dan semangat juang pemain pada perlawanan ini amat dikagumi bukan sahaja Wenger tapi Atikah pasti semua fan Arsenal..

Diaby yang terpaksa dikeluarkan semasa separuh masa kedua diakui Wenger yang Diaby mengalami masalah kecederaan betis iaitu calf injury.. Wenger masih belum memastikan bilakah Diaby kembali di mana fan Arsenal pernah lihat Diaby berehat panjang akibat kecederaan ini..

Atikah harap Arsenal terus beraksi sebegini untuk mamastikan Arsenal berjaya menjulang kejuaraan liga dengan masalah kecederaan bukanlah sebab dan faktor Arsenal gagal menjulang kejuaraan liga.. Atikah yakin pemain-pemain Arsenal semakin matang dan semakin selesa menggalas tanggunjawab berat musim ini.. Adios!!
Read More

Berita baik!!

Okey berita mana yang Atikah nak mulakan dulu?? Hari ini kebanyakannya berita yang cukup baik melainkan secara sahnya Samir Nasri dan Aaron Ramsey akan diketepikan selama 3 minggu selepas mengalami kecederaan hamstring dan thigh injury.. Walaupun Nasri dan Ramsey cepat sembuh dari kecederaan, Wenger tidak mahu mengambil risiko dengan menganggap selewat-lewatnya mereka akan kembali dalam 3 minggu lagi..

Okey Atikah mulakan dulu dengan Van Persie.. Van Persie telah mula menjalani latihan ringan selepas menjalani pembedahan.. Dan disebabkan Van Persie nampak okey Wenger berharap yang Van Persie boleh kembali bersama pasukan pada pertengahan bulan April!!

Wenger juga mengesahkan yang Bendtner dijangka kembali beraksi semasa menentang Aston Villa pertengahan minggu depan.. Namun peluang untuk Bendtner kembali menentang Stoke hujung minggu ini memang cukup tipis melainkan keajaiban berlaku.. Walcott dan Denilson pula disahkan akan beraksi menentang Bolton 2 hari lagi selepas pulih dari kecederaan..

Namun Fran Merida mungkin akan keluar beberapa hari selepas mengalami kecederaan buku lali.. Agak malang kerana baru beberapa minit dia beraksi buku lalinya mula merasa tidak selesa.. Bercerita pasal Merida, Wenger mengakui selepas aksi baik yang ditunjukkan Merida semasa menentang Bolton beliau mengakui yang beliau mahu mengekalkan Merida..

"I believe, yes [he will stay] – I have not given up on him.. Merida was very influential against Bolton, he has good technique, he kept the ball very well and is dangerous.."

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Senderos menolak tawaran Celtic yang berminat mahu mengambilnya secara pinjaman.. Senderos dilaporkan mahu meneliti beberapa tawaran yang diterimanya dan yang akan diterimanya terlebih dahulu.. Dan Senderos mengakui dia masih sebahagian daripada Arsenal buat masa ini.. Dan segala tawaran hendaklah dikemukakan kepada Arsenal terlebih dahulu..

Wenger menegaskan yang dia tetap akan melepaskan Wilshere secara pinjaman bulan ini.. Namun dia mahu memastikan pasukan tersebut beraksi dalam EPL.. Dan sudah semestinya jaminan kesebelasan utama yang tetap amat ditagih Wenger.. Terutama sekali Wenger sudah berkira-kira untuk lebih kerap menurunkan Wilshere musim depan..

Kapten pasukan, Cesc Fabregas memberikan amaran untuk rakan sepasukannya supaya tidak cepat dibuai mimpi jika berjaya merampas carta liga minggu ini.. Fabregas mahu rakan sepasukannya fokus pada satu-satu perlawanan.. Dan lihat di manakah mereka berada di penghujung musim.. Terutama sekali cabaran liga semakin mencabar dan masih banyak perlawanan perlu diharungi..

Spy Atikah melaporkan Sergio Canales iaitu pemain tengah menyerang berbakat sepanyol yang baru berusia 18 tahun dilaporkan semakin hampir ke Arsenal.. Spy Atikah berjaya melihat kelibat ayah dan juga ejen Canales di London dan didakwa berjumpa dengan pihak pengurusan Arsenal tentang kemungkinan perpindahan ke Arsenal..

Barcelona, Real Madrid dan Manchester City juga dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.. Namun Arsenal merupakan pilihan utama dengan Manchester City mengekori rapat.. Tapi jika Wenger mampu memberikan jaminan Canales mampu beraksi kerap bersama skuad utama secara mudahnya Sergio Canales akan sah menjadi milik Arsenal..

Sedikit profile tentang Sergio Canales ialah nama penuhnya ialah Sergio Canales Madrazo.. Dia dilahirkan di Santander, Sepanyol.. Merupakan seorang pemain attacking midfielder.. Merupakan produk akademi Racing Santander.. Dan dalam 14 kemunculannya bersama Racing Santander beliau telah menjaringkan 5 gol.. Adios!!
Read More

Dua 'Fabregas' gamamkan Bolton

Arsenal meneruskan tentangan hebat kepada Chelsea dan MU selepas berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 mengatasi Bolton yang diuruskan pengurus yang pernah menghampakan pasukan Arsenal iaitu Owen Coyle.. Kemenangan ini sudah semestinya meletakkan Arsenal sebagai pilihan untuk sekali lagi menewaskan Bolton hari khamis (waktu Malaysia) ini..

Bolton dari awal perlawanan membuatkan pertahanan Arsenal tidak senang duduk apabila sering diserang pemain Bolton.. Sementara Fabregas juga tidak bernasib baik apabila 2 kali dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pemain dan penjaga gol Bolton, pengadil langsung tidak mengendahkan rayuan Fabregas selepas Jaaskelainen menjatuhkannya..

Walaupun jelas sekali pengadil berada di tempat yang betul untuk memberikan sepakan penalti untuk Arsenal selepas Fabregas terlebih dahulu menyentuh bola tersebut sebelum Jaaskelainen sempat mengambilnya.. Dan Fabregas tidak kecewa memandangkan Arsenal menang.. Dan dia juga menegaskan yang itu memang penalti (jatuhan pertama) berbanding jatuhan yang kedua..

Namun akhirnya Fabregas memberikan pendahuluan kepada Arsenal selepas pergerakan dari Diaby berjaya dapat kepada Fabregas sebelum Fabregas dan Eduardo menampilkan persefahaman yang baik untuk gol pertama perlawanan tersebut.. Passing menarik dari Eduardo berjaya dibaca Fabregas sebelum melepaskan rembatan leret tapi kencang ke sudut gawang Bolton..

Pada separuh masa kedua Wenger memasukkan Merida dan Clichy untuk mengantikan Eastmond dan juga Rosicky.. Dan Merida kembali membuktikan kehebatannya apabila crossing dari Eduardo tepat kepada Merida sebelum Merida melepaskan rembatan ke penjuru gawang untuk menewaskan Jaaskelainen..

Selepas Merida menjaringkan gol tersebut Atikah jelas sekali faham mengapa Wenger takut untuk kehilangan Merida yang dilabel Fabregas yang baru.. Jika Merida berjaya berada di prestasi terbaiknya sudah semestinya dia mampu menjaringkan gol yang cantik walaupun hanya dimasukkan beberapa minit.. 7 minit sebelum tamat perlawanan Wenger mengeluarkan Eduardo yang mencipta 2 gol untuk membawa masuk Vela..

Walaupun pemain terbaik perlawanan ini milik Fabregas.. Tapi bagi Atikah pemain terbaik perlawanan hari ini selepas Fabregas ialah Manuel Almunia.. Walaupun hilang fokus pada awal perlawanan tetapi aksi Almunia pada perlawanan ini memang patut dipuji.. Aksinya cukup memukau walaupun pemain Bolton jelas offside dengan pengadil agak lambat meniup wisel.. Jadi bravo Almunia.. Atikah harap Almunia terus konsisten..

Wenger mengakui mendapat semula Fabregas pada perlawanan ini memang cukup penting.. Dan Wenger juga berharap Fabregas tidak lagi akan mengalami kecederaan terutama sekali pada perlawanan penting.. Fabregas yang menjaringkan gol kesepuluhnya dalam saingan liga dan ke-14 dalam semua pertandingan berharap dapat terus menjaringkan gol untuk Arsenal..

Pada perlawanan ini Traore sekali lagi menimbulkan kemarahan 'abangnya' iaitu William Gallas selepas menampilkan aksi goyah selepas beberapa kali Bolton memulakan serangan di sebelah kiri Arsenal.. Atikah sememangnya agak kecewa dengan aksi Traore pada satu-satu masa.. Tetapi sejujurnya passing dan aspek menyerangnya cukup bagus.. Namun Traore perlu improvekan lagi aspek pertahanannya jika tidak mahu lihat dirinya terus menjadi pilihan ketiga..

Craig Eastmond terus mencerahkan tempatnya dalam skuad utama selepas menampilkan aksi memukau pada perlawanan debutnya sebagai kesebelasan utama dalam saingan liga.. Eastmond jelas sekali beraksi cemerlang dan hampir saja sekali lagi menjaringkan gol pertamanya untuk skuad utama Arsenal..

Wenger juga memuji aksi Eastmond tetapi menyifatkan Eastmond masih belum bersedia sepenuhnya lagi.. Atikah yakin jika Eastmond terus dididik dia mampu mengisi kekosongan di bahagian tengah bertahan..

Tiadanya Samir Nasri pada perlawanan semalam adalah disebabkan late injury.. Nasri disahkan mengalami kecederaan hamstring.. Wenger mengesahkan Nasri terpaksa diketepikan hampir 3 minggu akibat kecederaan tersebut!! Dan Aaron Ramsey yang mengalami kecederaan thigh injury juga disahkan akan berehat selama hampir 3 minggu..

Nampaknya sama ada mahu atau tidak Wenger memang terpaksa beli pemain tengah akibat masalah kecederaan bahagian tengah Arsenal semakin merungsingkan.. Sementara itu Wenger mengesahkan yang Walcott dan Denilson mungkin kembali pada perlawanan menentang Bolton hari khamis ini di mana perlawanan yang mampu meletakkkan Arsenal di tangga pertama liga..

Dan Bendtner pula mungkin akan kembali dalam masa 10 hari lagi.. Dan menurut spy Atikah Senderos dilaporkan semakin hampir akan ke Celtic secara pinjaman.. Okey jangan lupa ke blog Arsenal Ladies untuk post match game mereka semalam.. Di mana skuad Arsenal Ladies menang 4-1 mengatasi Sunderland.. Adios!!

P/S : Hari ini merupakan hari jadi Johan Djourou.. Genap 23 tahun.. Happy Birthday Djourou!!
Read More