13 January 2010

Campbell semakin hampir

Semasa kemenangan skuad simpanan Arsenal semalam.. Fan Arsenal dikejutkan dengan seorang pemain yang cukup dikenali.. Lagenda dan bekas kapten pasukan Arsenal iaitu Sol Campbell turut serta dalam pasukan Arsenal yang menang 4-2 mengatasi West Ham semalam.. Namun Campbell hanya beraksi selama 45 minit pada separuh masa kedua..

Aksi dari Campbell semalam sudah cukup untuk memperkukuhkan lagi dakwaan yang Senderos semakin menuju jalan keluar dan Cambell semakin hampir membuat comeback bersama Arsenal untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Senderos.. Campbell juga mengakui yang dia cukup serius untuk kembali beraksi bersama Arsenal daripada ke Hull City mahupun Newcastle..

Nampaknya fan Arsenal semakin hampir melihat Campbell kembali di masa yang sama merupakan pemain pertama yang dibawa masuk ke kem Arsenal musim ini dan harap-harap bukannya terakhir.. Atikah akan terus mengikuti perkembangan terkini tentang perjanjian di antara Arsenal dengan Campbell ini.. Jika secara sahnya Campbell kembali menjadi pemain Arsenal Atikah akan beritahu anda..

Fran Merida pula berjanji mahu memikat hati Wenger selepas menyedari Wenger semakin meminggirkannya dan sering kali tewas dengan Ramsey ( pemain yang lebih muda darinya ) dan Eastmond pula semakin menjejaskan tempatnya dalam skuad utama di sebalik Wilshere sudah pun memberikan saingan..

Tambahan pula musim hadapan mungkin akan menjadi lebih sukar untuk Merida jika Lansbury dipanggil menyertai skuad utama Arsenal selepas menampilkan aksi memikat sepanjang tempoh pinjamannya di Watford.. Tetapi dia seakan-akan masih memikirkan masa depannya di Arsenal selepas menyedari Eastmond dan Lansbury semakin memberikan saingan untuknya..

Merida juga memberitahu yang dia perlukan masa untuk berfikir.. Tetapi apa yang dia fikirkan ialah dia mahu kekal di Arsenal.. Atikah harap dia akan kekal di Arsenal disebalik persaingan dari pemain skuad simpanan.. Kalau Merida mampu beraksi cemerlang tidak mustahil dia akan berada di situasi Ramsey sekarang ini.. Jadi bersabarlah sedikit.. Peluang untuk Merida akan tiba sama ada lewat atau cepat..

Fabregas merupakan orang terbaru memuji bekas jurulatih lagenda Arsenal Ladies iaitu Vic Akers yang kini merupakan Arsenal Ladies General Manager dan juga Kitman skuad utama Arsenal.. Akers minggu lepas baru sahaja dianugerah OBE dari Ratu Britian.. Menurut Fabregas Akers sememangnya layak untuk itu..

Dia bagaikan seorang ayah untuk Fabregas yang sudah berada di Arsenal selama 7 tahun.. "I heard the fantastic news about Vic Akers being presented a royal award last week and I think it's amazing.. He is such a good man.. I have known him for seven seasons and he has always treated me like a son.. He treats everyone with such respect and everyone loves him for that.."

"When things don’t go well, he always has something to say, or sometimes he doesn't say anything but he's there for you, putting an arm round you.. He's a big help for us here, and he truly deserves this award for what he has done here over the years, for what he has done for the Ladies team, and for the man he is.. Congratulations to him.."

Sememangnya Atikah setuju dengan Fabregas.. Akers memang layak untuk mendapatnya.. Jika 4 pemain kesayangannya dalam skuad Arsenal Ladies iaitu Kelly Smith (The True Arsenal Ladies Legend), Faye White (Kapten pasukan), Julie Fleeting (Arsenal Ladies Prolific Striker) dan Rachel Yankey mampu menerima MBE..

Sudah semestinya orang yang membuatkan mereka menerima MBE itu mampu dapat OBE.. Dan segala jasanya untuk Arsenal Ladies tidak terkira banyaknya.. Menjulang Arsenal Ladies sebagai salah satu pasukan wanita terbaik England dan juga Eropah dan digeruni semua pasukan lain.. Sememangnya Akers layak menerimannya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment