Schwarzer gagal ujian perubatan

Spy Atikah boleh mengesahkan yang Mark Schwarzer gagal melepasi ujian perubatannya.. Menurut spy Atikah Schwarzer gagal melepasinya selepas buku lali kanannya mengalami kecederaan.. Namun ujian perubatan kedua menyaksikan staf perubatan Arsenal mengesahkan Schwarzer sebagai cergas..

Namun spy Atikah masih belum mampu untuk mengesahkan yang Schwarzer akan diumukan sebagai pemain Arsenal selepas dilaporkan Wenger lebih tertarik untuk membawa masuk penjaga gol nombor 1 Portugal, Eduardo ke Arsenal.. Eduardo kini di Itali untuk membincangkan kemungkinan berpindah ke Genoa..

Namun kemungkinan Schwarzer akan masuk bergantung kepada kata-kata akhir Eduardo yang akan membuat pilihan sama ada memilih untuk beraksi bersama Genoa di Seria A ataupun beraksi di EPL bersama Arsenal..

Robin Van Persie dilaporkan telah meluahkan keinginannya untuk menyarung jersi bernombor 10 Arsenal musim depan selepas William Gallas meninggalkan pasukan.. Nombor 10 tersebut pernah dipakai lagenda Arsenal Dennis Bergkamp iaitu pemain yang Van Persie gantikan di dalam pasukan..

Namun masih belum ada pengesahan rasmi daripada laman web rasmi Arsenal tentang penukaran nombor tersebut.. Namun sebaik sahaja Atikah mendengar berita terbaru, seperti biasa Atikah akan postkan.. Adios Amigos!!
Read More

Welcome to Arsenal Koscielny !!

Atikah dengan gembiranya mengumumkan pembelian kedua Arsenal musim panas ini iaitu pemain pertahanan berusia 24 tahun, Laurent Koscielny yang disahkan sebagai pemain baru Arsenal selepas sekian lama fans Arsenal menunggu pengesahan rasmi daripada pengurusan Arsenal..

Koscielny akan menyarung jersi bernombor 6 yang sebelum ini dipakai Senderos yang kini sudah sah merupakan pemain pertahanan baru Fulham sebelum Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus Liverpool.. Wenger dengan gembiranya memuji Koscielny yang merupakan pertahanan nombor 1 pilihannya untuk di bawa masuk..

"Koscielny is a central defender with great ability who performed extremely well last season for Lorient.. We identified him as a very strong centre half, who has made big progress very quickly.. He has shown he is mentally strong, he's a fighter and a very strong competitor.. Koscielny is a great addition to our squad.."

Koscielny yang menandatangani kontrak jangka masa panjang (menurut laman web rasmi Arsenal) begitu teruja apabila disahkan sebagai pemain baru Arsenal selepas memujuk pengurusan Lorient untuk melepaskannya ke Arsenal..

"I'm very excited to be joining Arsenal.. They are one of the biggest teams in Europe with many great players.. I'm really looking forward to playing in the English Premier League and the Champions League with my new club.. Also, in Arsène Wenger, Arsenal has one of the best managers in the world and I can't wait to work with him and do my best for the Arsenal supporters.."

Menurut spy Atikah, Arsenal membayar 8.5 juta pound kepada FC Lorient untuk khidmat berserta 1.5 juta pound berbentuk bonus dan perjanjian tersebut juga menyaksikan pemain tengah skuad simpanan Arsenal Francis Coquelin ke FC Lorient secara pinjaman semusim.. Koscielny dijangka menerima gaji mingguan sebanyak 25 ribu pound (tidak termasuk bonus)..

Selamat datang Atikah ucapkan kepada Koscielny.. Harapnya ini bukanlah perjanjian terakhir Arsenal musim panas ini.. Atikah harap akan ada seorang lagi pemain pertahanan akan menyusul dan juga mungkin seorang penjaga gol dan seorang pemain tengah seperti Joe Cole.. Di sini Atikah postkan gambar Koscielny.. Adios!!

Read More

Kwadwo Asomoah & Serdar Tasci ke Arsenal ??

Pemain tonggak tengah Ghana yang menyinar di Piala Dunia yang lalu iaitu Kwadwo Asomoah dilaporkan telah menarik perhatian Arsene Wenger untuk membawanya ke Arsenal.. Pemain tengah berusia 21 tahun ini turut menarik perhatian beberapa kelab besar Eropah yang lain.. Namun menurut ejen dan pemain tersebut sendiri EPL merupakan keutamaannya..

Asomoah pernah mengakui pada bulan Mei yang lalu tentang kemungkinan untuk menyertai Arsenal.. Pemain tengah kelab Udinese ini dengan pantasnya tidak menolak peluang tersebut.. Namun masalah utama Arsenal ialah Udinese memandang tinggi pemain tengah mereka ini dan telah meletakkan tag berharga 30 juta euro untuk khidmar Asomoah..

Sementara itu ejen pemain pertahanan berbakat berusia 23 tahun, Serdar Tasci memberitahu yang Arsenal merupakan pilihan utama pemain pertahanan tersebut selepas terdapat laporan yang Arsenal terpaksa bersaing dengan Spurs untuk mendapatkan tandatangan pemain pertahanan VFB Stuggart tersebut..

Menurut ejen Tasci, Tasci merupakan peminat Arsene Wenger (tengok walaupun kelab x menang apa-apa dalam 5 musim masih ada yang nak ke Arsenal disebabkan krediabiliti Arsene Wenger).. Jadi pastinya berita ini memberikan Wenger peluang untuk mendapatkan Tasci daripada Stuggart.. Adios!!
Read More

Pre season training picture

Arsenal telah memanggil semua pemain Arsenal yang tidak ke Afrika Selatan untuk kembali menjalani latihan pra musim.. Di mana buat pertama kalinya Chamakh berlatih bersama rakan sepasukan barunya.. Jack Wilshere juga turut serta kembali berlatih dengan rakan sepasukannya selepas menamatkan pinjamannya yang cemerlangnya di Bolton..

Mereka turun berlatih tanpa pantauan Wenger yang masih berada di Afrika Selatan.. (Ianya menjawab soalan mengapa Koscielny masih belum didedahkan sebagai pemain Arsenal dan terpaksa berlatih bersama skuad simpanan).. Atikah dapat melihat yang Chamakh sudah ada rakan baik iaitu Samir Nasri apabila mereka lebih kerap berlatih bersama..


Read More

Kecederaan Bendtner risaukan Arsenal

Kerisauan Atikah selama ini nampaknya menjadi kenyataan.. Atikah sebelum ini telah beberapa kali meluahkan kerisauan tentang masalah kecederaan berulang Nicklas Bendtner.. Dan kini Bendtner mengakui kecederaan groinnya semakin teruk dan dia mungkin akan terlepas aksi pada permulaan musim jika terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi..

Bendtner akan menundakan percutiaannya dengan akan kembali ke London minggu ini untuk berjumpa staf perubatan Arsenal untuk memeriksa apa sebenarnya masalah kecederaan groin yang mula dialaminya semasa kemalangan pada bulan September tahun lepas.. "I still feel quite bad in my groin.. Sadly it hasn’t been better during my holiday, like I expected it to, after giving it nothing but rest.. And that worries me a lot.."

"I had hoped and counted on, that a total break from football and training would heal the injury, but is hasn’t happened.. I have spoken to Arsenal throughout the holiday and I am having to do a big scan when I return this week.. My whole body must be scanned to find out where the groin problem really comes from.."

"I still feel pain, and it is very frustrating.. I don’t know where I am in ­relation to playing ­football.. It doesn’t feel good at all.. Some ­mornings I can hardly get out of bed.. It is not the best way to return to Arsenal like this, but the club and I have to get to the bottom of my problem now.."

Kecederaan Bendtner ini pastinya menjadi satu tamparan hebat untuk Arsenal walaupun Chamakh telah menyertai pasukan memandangkan Bendtner merupakan back up yang cukup boleh diharapkan apabila penyerang utama Arsenal mengalami kecederaan.. Jadi marilah kita berharap yang Van Persie boleh mengelakkan diri daripada sebarang kecederaan serius..

Sementara itu Espanyol cuba untuk mendapatkan tandatangan penyerang Mexico Arsenal, Carlos Vela secara pinjaman dan turut serta klausa boleh membeli Vela.. Sebelum ini Vela turut dihampiri Deportivo La Caruna dan Sevilla namun Arsenal menolak untuk membuat sebarang perjanjian untuk melepaskan Vela pergi..

Dengan masalah kecederaan Bendtner.. Wenger sudah semestinya tidak mahu melepaskan Vela secara mudah.. Namun walau apa-apa pun bagi Atikah Arsenal perlu mengekalkan Vela di Arsenal.. Adios!!
Read More

Koscielny training bersama skuad simpanan

Tiada siapa dapat menjawab mengapa Laurent Koscielny masih belum disahkan sebagai pemain Arsenal walaupun perjanjian di antara Arsenal telah mencapai kata persetujuan dan pemain tersebut juga sudah terbang ke London untuk menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak..

Perjanjian bernilai 12 juta euro (10 juta pound) bersama bonus dan juga Francis Coquelin ke FC Lorient dilaporkan telahpun dimeterai dengan Lorient dilihat akan mendedahkan pemain pertahanan baru yang mengantikan tempat Koscielny pada hari ini.. Koscielny akan menerima gaji mingguan sebanyak 25 ribu pound dalam kontrak 4 tahun..

Jika segala-galanya sudah selesai mengapa Arsenal masih belum memperkenalkan Koscielny.. Ada fans Arsenal yang risau mungkin ada masalah dengan ujian perubatan Koscielny.. Namun mungkin sebab utamanya kerana ketiadaan Wenger.. Wenger dilaporkan masih berada di Afrika Selatan jadi tanpa Wenger sesi perkenalan pemain dilihat terpaksa ditangguhkan..

Namun menurut spy Atikah.. Koscielny dilihat menjalani latihan bersama skuad simpanan dan belia Arsenal yang mula turun berlatih minggu lepas sementara menunggu disahkan sebagai pembelian kedua Arsenal.. Turut serta dalam latihan tersebut ialah 2 pemain baru skuad simpanan iaitu Kyle Ebicilio dan Philip Roberts.. Atikah harap Arsenal boleh mengesahkan Koscielny sebagai pemain baru Arsenal tidak lama lagi..

Jika musim lepas semasa Thomas Vermaelen disahkan sebagai pemain Arsenal.. Tony Adams meluahkan perasaannya yang mengatakan Vermaelen tidak cukup bagus untuk Arsenal di saingan EPL dimana Vermaelen menafikannya dengan memberikan aksi bertaraf dunia.. Kini giliran Martin Keown pula meluahkan kerisauannya tentang bakal pemain baru Arsenal, Laurent Koscielny..

Keown risau sama ada Koscielny mampu atau tidak untuk pantas menyesuaikan diri di liga EPL yang cukup mencabar ini dan juga atas faktor pengalaman.. Walaupun hakikatnya Koscielny sebaya dengan bakal gandingannya musim depan Vermaelen.. Apa-apa hanya Wenger saja tahu siapa yang terbaik dalam pasukannya.. Adios!!
Read More

Eduardo or Schwarzer ??

Sebelum Atikah cerita apa-apa.. Atikah nak terangkan Eduardo yang Atikah tulis dalam tajuk ini bukanlah Eduardo Da Silva penyerang terkini Arsenal.. Tetapi Atikah maksudkan Eduardo dos Reis Carvalho penjaga gol Portugal yang beraksi cemerlang di Piala Dunia baru-baru ini..

Arsenal boleh mendapatkan khidmat penjaga gol utama Portugal ini dengan harga hanya 3.4 juta pound iaitu lebih murah daripada harga membeli Schwarzer selepas spy Atikah mendedahkan Fulham mahu 4 juta pound untuk khidmat Schwarzer.. Namun pada mulanya Atikah nak biarkan saja rumours ini apabila spy Atikah mendedahkan yang Genoa semakin mendapatkan khidmat Eduardo..

Namun spy Atikah baru sahaja mendedahkan yang kelab terkini Eduardo, Sporting Braga lebih gembira untuk menjual Eduardo kepada Arsenal walaupun dilaporkan Eduardo akan terbang ke Itali untuk menjalani ujian perubatan hari ini.. Jika ianya benar Atikah dengar gembiranya mahu mengucapkan selamat datang kepada Eduardo berbanding mengatakannya kepada Schwarzer..

Namun cerita tentang Schwarzer masih belum berakhir.. Dimana spy Atikah melaporkan yang perjanjian untuk mendapatkan khidmat Schwarzer mungkin akan capai kata persetujuan tidak lama lagi.. Di mana sejujurnya Atikah x berapa suka sebab bagi Atikah Schwarzer lebih kurang bagus je dengan penjaga gol Arsenal sekarang ini x lupa pulak tentang bab umurnya..

Namun spy Atikah mengesyaki yang Wenger mungkin akan menyingkirkan Manuel Almunia dengan membawa Eduardo dan Schwarzer ke Arsenal musim depan.. Namun masalahnya ialah Almunia dilihat tidak akan ke mana-mana selepas membuat statement yang dia mahu kekal di Arsenal..

Namun apa-apa pun Atikah akan suruh spy Atikah siasat tentang perkara ini.. Namun dalam masa yang sama jugak Atikah dah pening kepala mengapa Arsenal masih belum memperkenalkan Laurent Koscielny sebagai pemain Arsenal selepas spy Atikah melaporkan yang Koscielny telah berada di London untuk menjalani ujian perubatan..

Harap-harap x ada apa-apa masalah dengan ujian kecergasan tersebut.. Atikah jugak harap yang Wenger cepat-cepat sahkan pembelian kedua Arsenal.. Namun menurut Wenger segala pembelian pemain mungkin akan diselesaikan semasa kempen Piala Dunia semakin melabuhkan tirainya..

Wenger ada masa lebih kurang seminggu lebih sahaja lagi sebelum Piala Dunia melabuhkan tirainya untuk mengotakan janjinya iaitu akan mendedahkan pemain baru sebelum tamatnya Piala Dunia.. Adios!!
Read More

Laurent Koscielny di London

Spy Atikah menjangkakan yang Laurent Koscielny akan didedahkan secara rasminya sebagai pemain Arsenal pada hari isnin 5 Jun 2010 selepas spy Atikah telah menghidu kehadiran Koscielny di London pada hari rabu yang lepas untuk menjalani ujian perubatan dan menandatangani kontrak..

Menurut spy Atikah.. Arsenal akan membayar 12 juta euro termasuk bonus kepada FC Lorient.. Semenara Koscielny pula dijangka menerima gaji mingguan sebanyak 25 ribu pound dalam kontrak selama 4 tahun.. Ianya agak menghairankan mengapa Arsenal tidak pantas merasmikan perjanjian ini..

Harap-harap tiada sebarang masalah dalam ujian perubatan Koscielny.. Jadi Atikah harap benarlah esok Arsenal akan mengesahkan perjanjian Laurent Koscielny.. Kerana sudah penat Atikah menunggu bila Koscielny akan sah menjadi pembelian kedua Arsenal musim panas ini.. Adios!!
Read More

42.5 juta euro untuk RVP

Berita yang semakin hangat diperkatan sekarang ini ialah Real Madrid dilaporkan bersiap sedia untuk membuat tawaran 42.5 juta euro untuk khidmat penyerang, Robin Van Persie.. Namun sejujurnya Atikah langsung tidak mempercayai rumours ini.. Sekali pun benar Atikah x nampak peluang yang RVP akan meninggalkan Arsenal kecuali Wenger mahukan dia pergi..

Namun mengapa pula Wenger nak biarkan Van Persie pergi setelah bersusah payah memastikan Van Persie sain kontrak jangka masa panjang tahun lepas?? Jadi Atikah harap tiada siapa yang takut Van Persie akan tinggalkan Arsenal kerana ianya tidak akan berlaku.. RVP telah pun mengatakan rasa sayangnya terhadap Arsenal..

Dan lagipun Van Persie berhutang budi dengan Arsenal semasa beliau masih berada di Feyenoord kerana Arsenal menyelamatkannya daripada tuduhan menyerang.. Tanpa Wenger Van Persie tidak mungkin akan menjadi sehebat sekarang dan mula muncul sebagai penyerang prolifik..

So Atikah x nampak sebarang peluang untuk Van Persie meninggalkan Arsenal walaupun tawaran Real Madrid tersebut boleh tahan lumayannya.. Namun hampir kesemua tonggak utama Arsenal tidak ternilai berharganya.. Jadi buangkan jauh-jauh rumours ini memandangkan ianya langsung tidak boleh dipercayai.. Adios!!
Read More

Rosicky mahu kekal

Tomas Rosicky menyangkal laporan yang 3 kelab Jerman menghampirinya.. Diketuai bekas kelabnya, Borussia Dortmund, Hamburg SV dan FC Cologne.. Rosicky menegaskan dia tidak menerima sebarang tawaran dan fokus utamanya ialah untuk menghadapi kempen pra musim bersama Arsenal..

"I have noticed that, but I don't know anything about it.. I am only interested in the pre-season schedule with Arsenal.." Sementara itu ejen Rosicky Pavel Paska mengatakan ada beberapa pasukan berminat dengan khidmat Rosicky namun Arsenal merupakan keutamaan Rosicky.. "There has been interest in Tomas, but his priority remains with Arsenal.."

Sejujurnya Atikah rasa Rosicky masih penting di dalam skuad Arsenal walaupun musim lepas Rosicky agak kurang konsisten.. Namun sumbangan 3 golnya musim lepas cukup penting untuk Arsenal dan ianya sudah cukup untuk mengatakan sumbangan Rosicky masih diperlukan Arsenal..

Lagipun musim lepas Rosicky masih bergelut dengan kecederaan-kecederaan kecil.. Almaklumlah 18 bulan Rosicky diketepikan.. Namun Rosicky masih tetap penting di Arsenal.. Atikah yakin musim depan jika Rosicky berjaya mengelakkan sebarang kecederaan kecil, Rosicky mampu menjadi tonggak penting Arsenal.. Adios!!
Read More

Fabregas: I never said that I would leave Arsenal

Cesc Fabregas akhirnya bersuara selepas sekian lama mendiamkan diri daripada menjawab soalan tentang masa depannya.. Hanya beberapa jam selepas Arsenal meletakkan gambarnya menyarung jersi home Arsenal musim depan.. Fabregas memberikan petunjuk yang dia akan menyarungnya di tengah padang musim depan..

Barcelona yang berharap untuk mendapatkan khidmat Fabregas selepas berakhirnya piala dunia pastinya sekali lagi terpaksa mengigit jari selepas Fabregas menegaskan yang dia cukup bangga menjadi kapten Arsenal dan dia cukup sayang dan hormati Arsenal..

"I haven't said that I will definitely leave Arsenal.. Everything is possible.. Now I have my head and my focus on the World Cup.. I am very proud to be captain of Arsenal and I love the club and have respect for them.. It gave me such pride to be made captain.."

Atikah yakin selepas ini Barca tidak akan memberikan komen lagi yang Fabregas mahu tinggalkan Arsenal musim panas ini selepas kenyataan daripada Fabregas ini.. Atikah tahu yang Fabregas cukup bangga menjadi pemain dan kapten Arsenal walaupun gagal menjulang sebarang piala dalam 5 musim ini.. Adios!!
Read More

Arsenal New Home Kit Picture

Arsenal akhirnya mendedahkan gambar baju home Arsenal terbaru untuk musim depan yang bertemakan baju Arsenal pada ero 70an.. Sebelum Atikah postkan gambar tersebut.. Atikah postkan dahulu apa pandangan Alex Song, Thomas Vermaelen dan Theo Walcott tentang baju ini..

Alex Song : "The shirt is traditional, it’s red and white which the fans love, and it shows the history of the Club.. I watched Arsenal on TV lots when I was young and just saw red and white.. If someone told me six or seven years ago I’d be able to wear these colours it would have been unbelievable, so today I’m so happy to wear this shirt and to do my best for this shirt.."

Thomas Vermaelen : "I really like this new kit. It’s the typical colours for Arsenal, white and red, and it’s really nice.. Every club has their own traditional colours.. For Arsenal it’s red and white and that’s the way it’s supposed to be.."

Theo Walcott : "The colours are very traditional, it feels nice and it’s made from recycled plastic bottles so what more can you ask for?! It fits and feels nice, and that’s the most important thing.. I think it’s important that you feel comfortable in it.."

Read More

New Home Jersey Unveil

Okey gambar di atas ini sahaja satu-satuya yang spy Atikah berjaya dapatkan memandangkan laman web rasmi Arsenal masih belum mendedahkan jersi terbaru Arsenal tempat sendiri.. Namun apa yang Song, Vermaelen, Arshavin dan Walcott pakai ini sememangnya jersi baru tempat sendiri Arsenal musim depan..

Jersi ini direka seperti jersi home Arsenal pada tahun-tahun kejayaan Arsenal pada ero 70an.. Harapnya dengan jersi baru ini Arsenal mampu mengecapi kejayaan seperti mana pada zaman kemuncak Arsenal dahulu.. Atikah akan postkan lagi secara terperinci jersi baru home Arsenal ini sebaik sahaja laman web rasmi Arsenal mendedahkannya..

Arsenal yang sudah mendapatkan khidmat Laurent Koscielny walaupun masih belum didedahkan secara rasmi telah mengubah perhatian mencari pertahanan baru yang kedua untuk memperkukuhkan lagi bahagian pertahanan Arsenal musim depan dengan Per Mertesacker kini menjadi pilihan..

Wenger sudah lama memerhatikan Mertesacker dengan ketua pencari bakat Arsenal iaitu Steve Rowley telah beberapa kali memerhatikan aksi Mertesacker di Werder Bremen.. Nilai Mertesacker dianggarkan bernilai sekitar 10 juta pound.. Dan kehadiran Mertesacker jelas akan memberikan banyak kelebihan untuk Arsenal dalam set piece..

Ketinggian Mertesacker telah menyaksikan beberapa kali dia menyelamatkan keadaan semasa bertahan dan set piece.. Arsenal yang terkenal dengan kelemahan bertahan semasa set piece, pasti tidak akan timbul lagi masalah itu sebaik sahaja Mertesacker menyertai Arsenal..

Bagi Atikah kehadiran Mertesacker pasti mengembirakan ramai fans Arsenal.. Dan dalam masa yang sama juga pertahanan Arsenal akan menjadi lebih seimbang dengan kehadiran Mertesacker.. Adios!!
Read More