We trust in Almunia -Fabregas-

Cesc Fabregas kembali menunjukkan kewibawaannya sebagai kapten Arsenal selepas menegaskan kesemua pemain Arsenal cukup mempercayai Manuel Almunia yang masa depannya dipersoalkan sepanjang musim panas ini hanya untuk dibayangi dengan saga perpindahan Fabregas ke Barcelona..

"Manuel commanded the defence very well at Blackburn - but it is not just about one game or two or three.. He is a well-loved player among everybody here and performs well for this club.. We all wish him a super season and have a lot of trust.."

Bagi Atikah setakat ini Almunia beraksi dengan baik sekali walaupun melepaskan 3 gol dari 4 perlawanan.. Namun persembahan yang ditampilkan Almunia cukup mengkagumkan dan bagi Atikah cukup tidak adil semua orang mengatakan Arsenal tidak boleh memenangi kejuaraan dengan Manuel Almunia di gawang..

Bagi Atikah Almunia mampu memastikan Arsenal memenangi kejuaraan liga jika beliau berjaya bebas dari kecederaan dan masalah luar dan di dalam padang.. Jika lebih kurang 2 tahun lepas beliau berjaya membantu Arsenal mengekalkan tempat di Champions League, mengapa pulak Almunia tidak boleh membantu Arsenal memenangi trofi??

Bagi Atikah apa yang penting sekarang ini semua pemain meningkatkan persembahan masing-masing dan kekal fokus.. Bagi Atikah apa kata kita lupakan sahaja krisis di barisan penjaga gol Arsenal kerana masalah utama sekarang ini ialah masalah kecederaan kembali menghantui dan bahagian serangan semakin tempang dengan kecederaan Van Persie, Walcott dan Bendtner.. Itu masalah utamanya sekarang ini.. Betul x?? Adios!!
Read More

Kapten inspirasi kembali

Perlawanan yang penuh kontroversi namun Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 terima kasih kepada kapten, Cesc Fabregas yang semakin kembali ke prestasi terbaiknya.. Namun apa yang penting Fabregas telah mengotakan janjinya kepada peminat bahawa beliau akan beraksi lebih baik semasa perlawanan menentang Bolton dan beliau mengotakannya..

Walaupun tidak menjaringkan gol dan tidak beraksi sebaik musim lepas.. Namun keempat-empat gol yang dijaringkan Arsenal semuanya berpunca daripada gerakan yang dimulakan oleh Fabregas.. Atikah yakin hari ini ramai fans Arsenal yang berpuas hati dengan persembahan baik dari Fabregas.. Itulah Atikah dah cakap, Fabregas akan kembali ke Fabregas yang kita kenali.. Lain kali janganlah sama sekali meragui komitmen Fabregas..

Ini ialah apa yang dikatakan Wenger mengenai persembahan kapten pasukannya.. I have seen a few good performances from him and it is difficult to compare them.. I don't deny that there was a Barcelona story but I was always convinced he really loves Arsenal and he loves to play football.. We play the game he loves to play and the game turns around him.. He grew up in this team and to make this team win will be a bigger achievement than anything else for Fabregas.."

Okey sebelum Atikah mula post match.. Atikah nak beritahu tentang kecederaan Abou Diaby.. Menurut Wenger setakat ini Diaby tidak mampu mengerakkan kakinya selepas beliau diterjah Robinson pada perlawanan semalam.. Atikah harap keputusan x-ray tidak akan memberikan berita buruk lagi untuk kem Arsenal..

ALMUNIA
EBOUE-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----GIBBS
SONG-----WILSHERE
ROSICKY-----FABREGAS------ARSHAVIN
CHAMAKH

Koscielny menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal selepas hantaran lintang Wilshere kepada Fabregas, menyaksikan Fabregas memperdayakan penjaga gol dengan menghantar bola tersebut kepada Koscielny yang siap sedia menanti di hadapan pintu gol.. Koscielny hanya menolak masuk bola tersebut selepas penjaga gol telah pun terpedaya dengan passing Fabregas..

Namun 3 peluang oleh Arshavin dipersia-siakan Arshavin yang Atikah akui Arshavin beraksi cemerlang namun hakikat beliau cukup bodoh di hadapan pintu gol cukup mengecewakan Atikah terutama sekali selepas John Elmander menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama..

Fabregas sekali lagi membuktikan kehebatannya selepas melakukan hantaran lintang yang cantik kepada Maroune Chamakh yang menanduk masuk bola melepasi penjaga gol yang gagal untuk menepis keluar bola dari tandukan padu Chamakh.. Sejurus selepas gol keseribu Arsenal di bawah Arsene Wenger tersebut, Abou Diaby masuk mengantikan Jack Wilshere..

Namun hanya beberapa minit selepas Diaby di bawa masuk.. Colin Lewin telah memberitahu kepada Wenger yang Diaby tidak boleh meneruskan perlawanan selepas diterjah keras pemain Bolton.. Jadi Denilson pula di bawa masuk untuk mengantikan Diaby yang pastinya akan menambah lagi senarai pemain Arsenal yang cedera..
Alexander Song menjaringkan gol pertamanya musim ini dari sudut sukar menewaskan Bogdan selepas menerima passing dari Arshavin yang menerima bola dari Cesc Fabregas.. Chamakh dibawa keluar untuk membawa masuk Vela dan Vela menunjukkan kepada Gun10 yang beliau pun boleh main di posisi serangan tengah selepas meledak gol dalam situasi one on one..

Hasil hantaran cantik Fabregas, Vela hanya perlu menumpaskan Bogdan dan beliau melakukannya dengan penuh tenang.. Dan dalam masa yang sama juga menunjukkan kepada Arshavin macam mana nak menjaringkan gol dalam situasi tersebut.. Hanya tenang, menggunakan kepantasan dan tipu penjaga gol..

Gandingan Squillaci dan Koscielnya cukup cemerlang dengan bagi Atikah Koscielny pemain yang cukup patut diberikan pujian yang cukup tinggi kerana persembahannya cukup cemerlang dan banyak kali mengeluarkan bola dari gerakan set piece dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen dengan cemerlang sekali..

Sementara Squillaci pula menunjukkan segala pengalamannya dengan menampilkan aksi tenang walaupun diasak pemain Bolton.. Squillaci juga hampir sahaja menjaringkan gol pertamanya dalam debutnya pada perlawanan semalam.. Atikah rasa pemain terbaik perlawanan semalam cukup layak diberikan kepada Cesc Fabregas.. Adios!!
Read More

Nigel Winterburn back up Fabregas

Lagenda Arsenal, Nigel Winterburn mempertahankan Cesc Fabregas yang dilihat berada di bawah tahap sebenarnya selepas membantu skuad Sepanyol menjulang Piala Dunia buat pertama kalinya dalam pernampilan pertama mereka di pentas akhir.. Winterburn yakin segala saga perpindahnnya ke Arsenal langsung tidak akan menjejaskan prestasinya.. Berikut ialah kenyataan dari Nigel Winterburn..

"Cesc Fabregas has come out and said what we all knew, that he wanted to go to Barcelona and Arsenal didn't let him.. That's not a problem for me - we have seen enough from Cesc in the last few years to know that he does not let anything affect his game.. He is very professional and his focus will be back on doing well for Arsenal this season, I am sure of that.."

"Some fans may see it a different way of course, but his performances will determine how their attitudes change.. If his form starts to drop, people will say he doesn't care, while if he plays well, it will all be forgotten.. I have a feeling it will be the latter.."

Atikah amat setuju dengan apa yang dikatakan Winterburn.. Fabregas telah memberitahu yang beliau cukup sedar dengan prestasi di bawah tahap sebenarnya dan memberitahu beliau dan rakan sepasukannya telah bersedia menanti kunjungan Bolton malam ini.. Jadi Atikah x rasa segala saga perpindahan ini akan menganggu beliau.. Fab telah buktikannya sejak beberapa tahun lepas lagi.. Jadi tahun ini pastinya tidak akan berubah..

Apa yang penting sekarang ini ialah biarkan Fabregas menjawab segala kritikan sementara kita sebagai fans Arsenal yang sejati terus mempercayai Fabregas dan terus mempertahankan Fabregas.. Kerana percayalah Fabregas tidak akan sama sekali mengecewakan kita.. Atikah yakin itulah antara faktor mengapa beliau bakal menjadi seorang kapten yang amat-amat dihormati setiap fans Arsenal dan menjadi kapten kesayangan fans Arsenal.. Adios!! IN FABREGAS WE TRUST!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Bolton

Arsenal akan menerima kunjungan Bolton malam ini pada pukul 9.55 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di Astro Supersport.. Namun perlawanan malam ini dilihat akan menjadi malam Fabregas selepas RVP dan Walcott masing-masing injured dan Fabregas perlu kembali membuktikan keupayaannya untuk menginspirasikan Arsenal..

Namun Fabregas telah bercakap dengan majalah rasmi Arsenal dan memberitahu yang dia cukup sedar keterukkannya semasa beraksi menentang Blackburn tempoh hari dan menegaskan fans Arsenal tidak perlu memberitahu bagaimana beliau beraksi dan beliau juga mengakui beliau beraksi di bawah tahap sebenar..

Atikah harap Fabregas akan kembali ke tahap sebenarnya kembali terutama sekali RVP dan Walcott masing-masing mengalami kecederaan hanya untuk mengembirakan fans Arsenal ialah Samir Nasri akan kembali menyertai pasukan pada perlawanan ini namun mungkin hanya sebagai pemain simpanan..

Menambahkan lagi kesedihan fans Arsenal ialah apabila Thomas Vermaelen kembali dengan masalah kecederaan Achilles.. Namun berita baiknya ialah kecederaan Vermaelen tidak memerlukan pembedahan dan kecederaan tersebut tidak seteruk mana dan beliau akan kembali bersama pasukan semasa menentang Braga minggu depan..

Kecederaan Vermaelen telah membuka pintu untuk Sebastien Squillaci membuat debutnya bersama skuad Arsenal setelah cemerlang dalam tempoh 90 minit bersama skuad simpanan Arsenal.. Apa yang pasti fans Arsenal pasti mengharapkan yang Squillaci mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vermaelen..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----SQUILLACI-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
ROSICKY-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Ini merupakan bayangan kesebelasan utama pada perlawanan ini.. Kekosongan yang ditinggalkan Walcott pastinya mampu diisi Tomas Rosicky yang dilihat sudah kembali ke prestasi terbaiknya semula.. Dan kekosongan yang ditinggalkan RVP pula pastinya mampu diisi Chamakh yang berkerja keras setiap perlawanan..

Atikah harap perlawanan ini akan memberikan kejayaan kepada Arsenal dan memberikan hadiah hari raya kepada kesemua peminat dan pemain beragama Islam.. So good luck Arsenal dan tewaskan Bolton.. Ianya akan jadi lebih dramatik kalau si Wilshere yang menjadi titik punca kejayaan Arsenal menewaskan Bolton yang mana Wilshere merupakan pemain kesayangan fans Bolton semasa tempoh pinjamannya.. Adios!!
Read More

Good and bad news for Arsenal camp

Ketakutan fans Arsenal akhirnya menjadi kenyataan selepas staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Theo Walcott akan mengikut jejak langkah Robin Van Persie yang turut mengalami kecederaan buku lali kembali semula ke dalam pasukan pada bulan Oktober selepas keputusan x-ray telah mengesahkan yang kecederaan Walcott lebih teruk dari yang dijangka..

Namun berita baiknya ialah Samir Nasri sedang bertarung hebat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Theo Walcott selepas beliau membuat perkembangan mengejutkan dalam proses pemulihannya dan staf perubatan Arsenal sudah bersiap sedia untuk memberikan lampu hijau kepada Nasri untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Walcott..

Wenger mengakui tackle yang dilakukan pemain Switzerland cukup teruk.. Dan ianya pasti menyedihkan fans Arsenal yang mula seronok dengan prestasi terkini Theo Walcott.. Harapnya Walcott mampu mengekalkan prestasinya semasa pulang nanti kerana sudah semestinya fans Arsenal mengharapkan beliau akan terus improve dan menjadi lagenda pemilik jersi no. 14 yang seterusnya..

Nasri pula menurut Wenger akan kembali menjalani latihan pada hari Jumaat.. Namun Wenger agak keberatan untuk menurunkan beliau pada perlawanan menentang Bolton.. Namun apa yang pasti Nasri akan kembali di dalam kesebelasan utama pada perlawanan pertama Champions League menentang Braga..

Sebastien Squillaci, Denilson dan Johan Djourou masing-masing kini sudah bersedia untuk beraksi menentang Bolton hari sabtu ini.. Sementara itu Bendtner pula dijangka kembali dalam tempoh 3 ke 4 minggu lagi dan ianya bermaksud beliau hanya akan kembali sama ada penghujung September mahupun awal Oktober..

Kenyataan Aaron Ramsey yang mengatakan yang beliau berada di landasan yang tepat untuk kembali telah diakui Wenger selepas Wenger mengakui yang Ramsey kini sudah berlari-lari dan berada dalam proses pemulihan yang normal.. Namun Wenger masih mengambil langkah berjaga-jaga dengan proses pemulihan Ramsey..

Nampaknya kekosongan yang ditinggalkan Walcott minggu ini pastinya bakal di ambil alih Jack Wilshere yang akan menentang bekas pasukan pinjamannya.. Namun apa yang Atikah harap ialah kecederaan berpanjangan Walcott dan RVP ini tidak akan dirasai dan diharapkan siapa yang dipertanggugjawabkan mengantikan posisi mereka akan melakukan tugas dengan baik..

Dan Atikah juga berharap yang Fabregas akan kembali kepada kapten inspirasi Arsenal pada perlawanan menentang Bolton hujung minggu ini dan Atikah percaya kecederaan Walcott dan RVP akan sedikit sebanyak tidak akan menganggu perkembangan cemerlang kem Arsenal sepanjang 3 perlawanan awal liga jika Fabregas kembali menjadi Fabregas yang dulu kembali..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Atikah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Atikah memohon maaf jika ada silap dan salah, terkasar bahasa dan sebagainya.. So Selamat Hari Raya dan stay safe dan jangan lupa game Arsenal VS Bolton hari sabtu ini.. Adios!!

P/S : Selamat Hari Raya kepada Bacary Sagna, Gael Clichy, Abou Diaby, Samir Nasri, Robin Van Persie, Maroune Chamakh dan x lupa jugak kepada Armand Traore yang kini menyambut hari raya di Itali bersama pasukan Juventus..
Read More

Walcott bakal tersisih selama 6 minggu ??

Terdapat rumours yang mengatakan Theo Walcott bakal tersisih selama 6 minggu selepas keputusan x-ray telah didapati dan keputusan tersebut tidaklah memberikan berita baik untuk fans Arsenal selepas dilaporkan keputusan x-ray tersebut memberikan berita buruk dengan tahap kecederaannya jauh lebih serius dari yang dijangka..

Namun Atikah tidak boleh mengesahkan mahupun menafikan berita ini kerana setakat ini staf perubatan Arsenal mahupun Arsene Wenger sendiri masih belum memberitahu tentang kecederaan Walcott.. Atikah menjangkakan segala kenyataan rasmi tentang kecederaan Walcott mungkin hanya diberitahu semasa sidang akhbar hari ini waktu London..

Jadi buat masa ini Atikah harap semua orang bertenang.. Marilah kita berdoa dan berharap yang staf perubatan Arsenal memberikan berita baik tentang tahap kecederaan Walcott.. Kerana dengan masalah kecederaan kemabli menyelubungi Van Persie, kita semakin kekurangan penyerang selepas Bendtner dilihat masih bergelut dengan kecederaannya.. Adios!!
Read More

Arsenal perhatikan Oriol Romeu

Arsenal bersedia untuk membalas dendam tentang kekalutan yang dilakukan Barcelona sepanjang musim perpindahan musim panas yang lalu dengan membawa pemain akademi mereka, Oriol Romue ke Arsenal seperti yang pernah dilakukan Arsenal semasa membawa Cesc Fabregas.. Oriol merupakan seorang pemain tengah bertahan yang cemerlang dalam kempen Piala Dunia U-19 yang lepas..

Dengan Oriol kini melengahkan perbincangan mengenai kontrak lanjutan selepas beliau mendapati dirinya semakin sukar menyepitkan diri di dalam skuad utama atas kehadiran Javier Mascherano, pastinya beliau akan memikirkan kemungkinan menerima tawaran dari Arsenal jika benar Wenger cukup berminat untuk membawanya ke North London..

Namun apa yang paling merisaukan fans Arsenal ialah jika Wenger membawa pemain berusia 18 tahun ini ke Arsenal untuk memberikan lebih banyak persaingan di bahagian tengah bertahan ialah Barca akan terus menghantui Arsenal jika Oriol mencipta impak besar sejak berpindah ke Arsenal.. Dan ianya jelas sekali akan menimbulkan kekacauan ke dalam kem Arsenal yang selalunya tenang..

Namun semuanya masih khabar angin.. Tetapi jika benar, Atikah harap Barca x akan bertindak kurang ajar lagi dengan cuba membawanya kembali ke Barca selepas beliau menjadi salah seorang pemain terbaik dunia.. Dan satu lagi, Barca jangan haraplah boleh buli Arsenal lagi selepas apa yang dilakukan Arsenal sepanjang musim panas ini telah membuktikan Arsenal tidak akan tunduk mudah untuk melepaskan pemain.. Adios!!
Read More

Sebastien Squillaci in first action as Arsenal player

Sebastien Squillaci beraksi di dalam jersi Arsenal buat pertama kalinya selepas membantu skuad simpanan Arsenal kembali dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 4-3 menewaskan Blackburn Rovers.. Squillaci menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan tersebut dan membuktikan Wenger sekali lagi membuat pembelian bijak.. Wenger turut sama turun ke padang menyaksikan perlawanan tersebut yang turut dibarisi Fabianski, Djourou dan Denilson..

Di sini Atikah postkan gambar-gambar Squillaci beraksi buat pertama kalinya sebagai pemain Arsenal.. So enjoy it dan Atikah x sabar betul nak tengok Squillaci buat debutnya bersama skuad utama Arsenal dan satu lagi, perkembangan kecederaan Walcott mungkin akan diketahui semasa Wenger membuat sidang medianya.. Adios!!

Read More

Theo Walcott take double award for August

Theo Walcott yang kini merisaukan fans Arsenal dengan kecederaan terbarunya namun apa yang pasti bukan kecederaan yang mampu menjadikan ianya mimpi ngeri iaitu kecederaan bahu selepas hanya mengalami kecederaan di buku lali kanannya dengan Walcott memberitahu dia akan kembali kurang dari tempoh dua minggu, telah memenangi dua anugerah untuk bulan Ogos..

Theo Walcott memenangi anugerah pemain terbaik bulan Ogos untuk Arsenal dengan perbezaan yang cukup ketara selepas mengutip sejumlah 87.6% meninggalkan rakan sepasukannya yang lain.. Beliau turut serta memenangi anugerah gol bulan Ogos hasil gol pertamanya menentang Blackburn dimana jaring gol terkoyak hasil rembatan Walcott yang dilihat mula menunjukkan aura jersi nombor 14..

Tomas Rosicky yang merencanakan gerakan Arsenal semasa ketiadaan Fabregas yang masih bergelut untuk kembali ke prestasi terbaiknya telah diundi fans Arsenal sebagai pemain kedua terbaik untuk bulan Ogos selepas mengutip undian sebanyak 4%.. Rosicky menewaskan pemain baru Maroune Chamakh yang berada di tempat ketiga..

Maroune Chamakh mengutip undian sebanyak 3% untuk berada di tempat ketiga pemain terbaik bulan Ogos selepas beliau memaksa Pepe Reina menjaringkan gol sendiri semasa perlawanan kompetitif pertamanya bersama Arsenal dan menjaringkan gol debutnya pada perlawanan kompetitif pertamanya di Emirates Stadium..

Jadi tahniah kepada Theo Walcott atas kejayaan ini.. Harapnya beliau akan tercalon untuk memenangi anugerah pemain terbaik bulanan Barclays.. Dan Atikah harap Walcott akan cepat sembuh dan kecederaannya tidaklah seteruk mana.. Namun apa-apa pun biarlah staf perubatan Arsenal melihat dahulu tahap kecederaannya sebelum kita buat apa-apa rumusan.. Adios!!
Read More

Berita buruk dari Van Persie

Ada satu berita baik dan berita buruk.. Atikah rasa lebih baik Atikah mulakan dengan berita buruk dahulu sebab berita ini cukup buruk dan jelas sekali kita perlu dengar berita baik selepas dengar berita buruk ini.. Berita buruk ialah tentang kecederaan Robin Van Persie.. Sebelum ini beliau dijangka terlepas aksi dari 10 ke dua minggu.. Kini beliau dijangka terlepas aksi mungkin selama lebih sebulan..

Staf perubatan Arsenal telah mengesahkan ketakutan ramai fans Arsenal dengan mengesahkan yang Van Persie akan terlepas aksi sehingga pertengahan bulan Oktober selepas kecederaan buku lali Van Persie lebih teruk dari yang dijangkakan.. Nasib baiklah Chamakh yang sering bebas kecederaan kini milik Arsenal.. Jadi x banyaklah perkara yang perlu dirisaukan tanpa kehadiran Van Persie..

Namun berita baik dari Samir Nasri apabila beliau kini dihadapan jadual proses pemulihannya selepas beliau disahkan staf perubatan Arsenal yang Nasri akan kembali menjalani latihan dalam beberapa hari lagi.. Jadi Nasri berkemungkinan akan kembali beraksi pada perlawanan minggu depan..

Sementara itu 4 trio Arsenal membantu skuad simpanan Arsenal bangkit dari ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 4-3 menentang Blackburn Rovers yang membariskan David Dunn, Steven Nzonzi, Benjani Mwawurawi dan Jason Roberts.. Namun kehadiran Fabianski, Djourou, Denilson dan aksi pertama dari Squillaci telah menaikkan semangat skuad remaja Arsenal untuk mencatatkan kemenangan..

Kesilapan dari Johan Djourou telah memaksa Arsenal ketinggalan seawal minit ke-26 sebelum Dunn memastikan Fabianski tergamam dengan rembatan padunya ke top corner untuk memberikan 2-0 kepada Blackburn sebelum Chuks Aneke merapatkan jurang sebelum tamat separuh masa pertama..

Sebastien Squillaci beraksi cemerlang dalam debutnya untuk Arsenal.. Mungkin untuk menarik perhatian Arsene Wenger bagi membenarkan beliau beraksi dalam debut pertamanya menentang Bolton hujung minggu ini sementara Denilson kembali ke aksi terbaiknya semula apabila hampir menjaringkan gol dari jarak jauh hanya untuk penjaga gol Blackburn berkerja keras menyelamatkannya..

Apa yang dilaporkan spy Atilah tentang aksi Squillaci telah membuatkan Atikah tidak sabar-sabar untuk melihat aksi Squillaci bersama skuad utama.. Harapnya minggu ini Wenger memberikan peluang untuk fans Arsenal melihat aksi Squillaci bersama skuad utama hujung minggu ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Theo Walcott dijangka terlepas aksi selama dua minggu selepas beliau mengalami kecederaan buku lali kanan semasa membantu England menang.. Namun Walcott menolak andaian tersebut dengan menegaskan beliau akan kembali sebelum tempoh tersebut.. Namun apa-apa lebih baik kita menunggu laporan dari staf perubatan Arsenal.. Adios!!
Read More

Aaron Ramsey latest news

Aaron Ramsey telah membalas pertanyaan ramai fansnya dengan memberitahu yang beliau baik-baik sahaja dan segala-galanya berjalan lancar menerusi twitternya.. Ramsey yang masih dalam proses pemulihan sering ke gym untuk memastikan beliau bersedia sepenuhnya untuk kembali beraksi bersama Arsenal bulan November ini seperti yang ditarget Arsene Wenger..

Apa yang dikatakan Ramsey ini pastinya menyenangkan fans Arsenal yang cukup berharap untuk kembali melihat beliau meneruskan perkembangannya di Arsenal selepas cemerlang sepanjang musim lepas sehinggalah Ryan Shawcross memberikan kerisauan kepada fans Arsenal terhadap Ramsey ataupun lebih dikenali sebagai Rambo..

Aaron Ramsey juga sempat membicangkan tentang kejadian yang berlaku terhadap Jack Wilshere tempoh hari apabila memberitahu yang Jack Wilshere okey-okey je dan x kena marah dengan Wenger.. Tapi semua rakan sepasukan gelak saja dekat Wilshere tentang kejadian tersebut.. Atikah akan terus mengikuti perkembangan Ramsey.. Kalau ada cerita terbaru Atikah postkan.. Adios and looking forward to see Rambo back in action!!
Read More

There's only one Fabregas

Ramai yang beranggapan yang Arsenal boleh berdikari sendiri tanpa nadi utama dan kapten pasukan, Cesc Fabregas dan mula menyebut Yoann Gourcuff, Mikel Arteta, Arda Turan, Hatem Ben Arfa dan x lupa jugak trio back up Fabregas the gunners, Jack Wilshere, Aaron Ramsey serta Samir Nasri sebagai calon sesuai mengantikan posisi Fabregas apabila beliau berhijrah pulang ke kampung halamannya nanti..

Hakikatnya, ianya tidak semudah seperti yang kita sangkakan.. Kita perlu ingat semasa era Theirry Henry dulu pun Arsene Wenger sudah membina skuad di sekililing Cesc Fabregas.. Kerana beliau ada perancangan kejayaan masa hadapan dibimbing oleh Fabregas.. Jadi jika Fabregas meninggalkan pasukan ianya bermaksud Arsenal terpaksa membina semula skuad tanpa kelibat Fabregas mengetuai pasukan..

Cuba fikirkan semasak-masaknya mengapa Wenger bersusah payah sepanjang musim panas memberitahu Fabregas supaya kekal di Arsenal dan melupakan hasrat beliau untuk kembali ke kampung halaman dan pasukan yang disokongnya sejak kecil lagi iaitu Barcelona yang menggunakan segala cara dari segi baik mahupun kotor untuk mendapatkan beliau namun hanya untuk menyaksikan Arsenal berterusan menepis asakan tersebut..

Bagi Atikah, hanya ada seorang sahaja Cesc Fabregas.. Beliau ialah pemain yang akan sukar di cari ganti Arsenal apabila beliau meninggalkan pasukan kelak.. Percayalah ianya lebih sukar daripada mencari pengganti Henry walaupun rebutan di posisi Fabregas jauh lebih ramai berbanding di posisi Henry dahulu.. Berikut ialah apa sebabnya..

Sebab pertama ialah beliau tahu segala-galanya tentang Arsenal.. Beliau merupakan otak dan jantung Arsenal.. Beliau yang mengerakkan Arsenal.. Lihat sahajalah bagaimana Arsenal main tanpa Fabregas.. Walaupun Fabregas gagal memberikan persembahan terbaiknya, tetapi rakan sepasukannya lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk beraksi dengan cara Arsenal apabila Fabregas berada di atas padang..

Sebab kedua ialah CESC FABREGAS sendiri.. Kesemua rakan sepasukannya di Arsenal cukup menghormati kapten mereka yang seorang ini.. Walaupun beliau nampak pendiam, namun sebenarnya beliau adalah yang paling tegas di kalangan semua pemain di bilik persalinan.. Kualiti kepimpinannya tanpa ragu-ragu lagi adalah yang terbaik..

Semangat juang Fabregas.. Sekali pun Arsenal ketinggalan 3-0 sekali pun.. Pemain yang boleh fans Arsenal harapkan tidak akan terus tunduk ialah Fabregas.. Beliau merupakan perwira mahupun pahlawan sebenar Arsenal di atas padang.. Biarlah kakinya patah sekali pun, selagi beliau boleh membantu pasukan, beliau tidak sama sekali akan meninggalkan padang..

Walau bagaimana delima pun beliau membuat keputusan untuk kekal di Arsenal mahupun kembali ke kampung halamannya menyertai Barcelona yang dipenuhi dengan rakan-rakan baiknya.. Hanya satu yang akan terus kekal di hatinya.. Iaitu Arsenal dan fans Arsenal.. Hatinya akan terus ada tempat untuk Arsenal walaupun jiwanya memberontak mahu meninggalkan Arsenal untuk pulang ke Nou Camp..

Komitmennya terhadap Arsenal tidaklah usah kita ragui.. Kerana beliau cukup komited dengan Arsenal.. Namun tolonglah.. X akan kita nak percaya apa yang dikatakan media, pemain Barca mahupun Barcelona sendiri tentang perkara ini dan membelakangkan apa sebenarnya yang dikatakan Fabregas.. Walaupun Atikah akui beliau kadang-kadang tidak menjawab segalanya dengan jujur..

Namun beliau merupakan pemain terbaik yang boleh kita harapkan.. Beliau sama sekali tidak akan mengecewakan mana-mana pun fansnya.. Itulah Fabregas yang kita kenali.. Cukup pendiam namun dalam diam beliau membuktikan komitmennya sama ada kita sedari mahu pun tidak..

Sejujurnya banyak lagi Atikah nak tulis.. Tapi sebab Atikah ada hal so Atikah harap anda semua boleh fikirkan apa sebabnya lagi kenapa Fabregas tidak boleh diganti.. Atikah akui kelab lebih besar dari pemain.. Namun terimalah hakikat, tanpa Fabregas Arsenal akan menjadi pasukan yang kita tidak kenali.. Renung-renungkanlah..

Pesanan Atikah ialah jika kita benar die hard fans Arsenal.. Kita kena terus berada di belakang kapten pasukan walau apa pun yang dikatakan orang lain.. Keep your trust.. Tanyalah hati anda.. Atikah harap tidak akan ada lagi kritikan terhadap kapten pasukan.. Berikanlah beliau waktu untuk kembali ke prestasi terbaiknya.. Beliau melalui musim yang memenatkan.. Atikah yakin x lama lagi, Fabregas akan kembali kepada dirinya yang kita kenali.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies menang friendly match keempat

Arsenal Ladies mencatatkan kemenangan keempat mereka di dalam perlawanan persahabatan menentang Oxford City walaupun beraksi tanpa ramai tonggak utama pasukan yang sedang menjalankan tugas di pentas antarabangsa.. Namun ianya tidak menghalang dari Arsenal mencatatkan kejayaan 7-0 walaupun hanya di ketuai Lauren Bruton dan Daniella Carter dari skuad utama untuk memimpin pemain simpanan skuad Arsenal Ladies..

Perlawanan ini telah dibimbing jurulatih skuad simpanan dan bekas pengurus pasukan Ladies Arsenal, Tony Gervaise yang mahu menyiapkan pasukannya sebelum kempen baru bermula hujung minggu ini walaupun pemain utama hanya akan memulakan kempen musim baru pada Mac depan tidak termasuk aksi peringkat Eropah yang masih dijalankan pada bulan September..

Penjaga gol ketiga skuad utama Ladies, Sarah Quantrill di berikan peluang untuk beraksi pada perlawanan ini selepas acap kali diketepikan oleh penjaga gol utama yang jauh berpengalaman iaitu Emma Byrne dan rakan senegaranya yang muda setahun iaitu Rebecca Spencer.. Dan Sarah pastinya mahu membuktikan kehebatannya dan berharap diberikan peluang oleh bekas pengurusnya yang kini melatih skuad utama Ladies, Laura Harvey..

Pemain ladies Arsenal beraksi hambar buat seketika semasa perlawanan baru bermula selepas sering melakukan hantaran-hantaran yang tidak kemas.. Namun mereka membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan mereka selepas berjaya meledak gol pembukaan pada minit ke-15..

Gol tersebut hasil daripada penyerang muda skuad utama, Daniella Carter yang turut meledak 4 gol pada perlawanan ini untuk terus membuktikan mengapa Laura Harvey tidak ragu-ragu memberikan beliau peluang beraksi bersama skuad utama sepanjang musim yang lepas terutama sekali semasa penyerang mahupun tonggak utama pasukan dilanda kecederaan mahupun pergantungan perlawanan..

Alexa Passingham, voli cantik dari Hannah Short serta gol dari Lara Fay melengkap kejayaan 7-0 Arsenal Ladies.. Ianya terus membuktikan walaupun diketuai pasukan muda yang beraksi di liga simpanan, Arsenal Ladies masih boleh mencipta kemenangan dan terus mengekalkan reputasi skuad ladies sebagai pasukan paling digeruni di England.. Adios!!
Read More

Vermaelen pentingkan clean sheet dari jaringkan gol

Thomas Vermaelen memberitahu fans Arsenal supaya tidak mengharapkan beliau menjaringkan gol lagi musim ini seperti musim debutnya bersama Arsenal selepas menegaskan beliau lebih mementingkan pasukan tidak di bolosi berbanding menjaringkan gol selepas meledak sejumlah 8 gol sepanjang musim lepas..

Vermaelen pada 11 perlawanan pertamanya untuk Arsenal telah meledak 5 gol di mana membuktikan kehebatannya menerusi tandukan padu dan juga rembatan kaki kiri yang padu.. Namun setakat 3 perlawanan sepanjang musim ini, Verminator masih gagal menjaringkan gol dan beliau juga agak kurang menolong jentera serangan seperti musim lepas..

Ianya mungkin disebabkan kehadiran Maroune Chamakh yang akan memikul tugas sebagai pemain yang akan menjaringkan gol menerusi tandukan memandangkan beliau tinggi dan lebih gemar menjaringkan gol menerusi tandukan berbanding mengunakan kakinya.. Berikut ialah apa yang Vermaelen beritahu..

"I know the fans are expecting goals from me and I hope I can score some this year but for me it is not the most important thing.. It sounds silly but as a defender you are happier after a 6-0 win with the clean sheet than if you have scored one goal but you concede two.."

"Maybe for some people they are not happy to hear that but for me the most important thing is to defend and to defend as a team as well, and then we will get further as a team.. If we defend first then we can win games.. After that we will see.."

Bagi Atikah apa yang dikatakan Vermaelen ini memang benar.. Sebagai seorang pertahanan, adalah lebih wajib memastikan pasukan tidak dibolosi berbanding menjaringkan banyak gol berbanding penyerang yang bertanggungjawab menjaringkan sejumlah besar gol untuk pasukan.. Adios!!
Read More

Arsenal submits its Premier League squad

Arsenal telah menghantar senarai penuh nama pemain yang bakal mengharungi kempen EPL musim ini selepas menghantar senarai nama yang mempunyai 20 pemain utama dan 21 pemain U-21 untuk menyahut cabaran kempen EPL musim ini hasil daripada peraturan baru FA England yang sudah semestinya cukup tidak disukai kebanyakan pengurus pasukan termasuklah Wenger sendiri..

Agak mengejutkan kerana Wenger membiarkan 5 tempat kosong dalam kuota 25 pemain.. Adakah ini menandakan yang Wenger akan membuat perpindahan pada musim sejuk nanti?? Hmmm..... Apa-apa pun berikut ialah senarai pasukan..

HOMEGROWN PLAYER

NICKLAS BENDTNER
GAEL CLICHY
DENILSON
JOHAN DJOUROU
CESC FABREGAS
VITO MANNONE
ALEX SONG

NON HOMEGROWN PLAYER

MANUEL ALMUNIA(walaupun secara terknikalnya Almunia boleh mintak kerakyatan England)
ANDREI ARSHAVIN
MAROUNE CHAMAKH
ABOU DIABY
EMMANUEL EBOUE
LUKASZ FABIANSKI
LAURENT KOSCIELNY
SAMIR NASRI
TOMAS ROSICKY
BACARY SAGNA
ROBIN VAN PERSIE
THOMAS VERMAELEN
SEBASTIEN SQUILLACI

U-21 TEAM

BENIK AFOBE
CHUKS ANEKE
NACER BARAZITE (on loan)
KYLE BARTLEY (on loan)
FRANCIS COQUELIN (on loan)
CRAIG EASTMOND
JAY EMMANUEL-THOMAS
EMMANUEL FRIMPONG (dijangka terlepas aksi sepanjang musim)
KIERAN GIBBS
CONOR HENDERSON
GAVIN HOYTE
HENRI LANSBURY
HAVARD NORDTVEIT
AAROM RAMSEY
MARK RANDALL
WOJCIECH SZCZESNY
ARMAND TRAORE (on loan)
CARLOS VELA
THEO WALCOTT
SANCHEZ WATT (on loan)
JACK WILSHERE

Wow.. Agak mengejutkan Wenger masih menyenaraikan Emmanuel Frimpong yang dijangka terlepas aksi sepanjang musim akibat kecederaan lutut yangs serius.. Okey untuk pengetahuan anda, senarai nama ini boleh di ubah semasa tamat perpindahan musim panas nanti.. Dan senarai nama ini hanya untuk kempen EPL sahaja.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies teruskan rentak cemerlang

Arsenal Ladies meneruskan rentak cemerlang mereka di dalam kempen pra musim selepas membuktikan kehebatan sebenar mereka menentang West Bromwich Albion Ladies yang tersusun pasukannya.. Namun pemain ladies Arsenal jauh lebih bagus daripada mereka selepas menundukkan mereka 4-0.. Dan dalam masa yang sama membuktikan mengapa mereka sering menjadi pasukan terbaik England walaupun sudah dua tahun Arsenal Ladies sering kehilangan tonggak utama kepada pasukan di United States..

Akhirnya berkat kesabaran dan tidak mudah mengalah pemain ladies Arsenal, mereka akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-18 menerusi khidmat penyerang baru Ellen White yang kini berada di puncak prestasinya.. Situasi ini jelas sekali mengembirakan fans ladies Arsenal memandangkan dengan masalah kecederaan yang tidak menentu terhadap penyerang prolifik Arsenal Ladies sebelum ini, Julie Fleeting..

Penyerang muda berbakat besar Ladies, Lauren Bruton terus membuatkan pengurus, Laura Harvey mempunyai banyak pilihan yang boleh dipercayai di bahagian serangan selepas meledak gol kedua pasukan sebelum tamat separuh masa pertama untuk membuktikan bagaimana tersusun pun pasukan lawan, Arsenal Ladies masih mampu mencipta kejayaan..

Pada separuh masa kedua, Laura Harvey membuat begitu banyak pertukaran dan ianya membuahkan hasil selepas kemasukan tonggak muda dan utama pasukan, Kim Little membalas dendam kekecewaannya bersama skuad kebangsaan, Scotland yang terlepas aksi Piala Dunia tahun depan dengan menjaringkan dua gol.. Nampaknya Little masih hebat walaupun agak mengecewakan bersama pasukan Scotland yang hampir masuk ke kejohanan tertinggi mereka buat pertama kalinya tahun ini..

Awal pagi tadi, skuad Arsenal Ladies beraksi perlawanan ketiga persahabatan mereka menentang Oxford City.. Namun keputusan perlawanan masih gagal Atikah dapatkan.. Namun Atikah pasti mereka membelasah Oxford City memandangkan rekod sebelum ini menyaksikan Arsenal mudah menewaskan mereka.. Kalau x silap Atikah ianya merupakan perlawanan terakhir persahabatan mereka..

Sebelum ini ladies Arsenal telah membelasah Braintree Town Ladies 14-0 dalam perlawanan persahabatan pertama di mana Ellen White menjaringkan 4 gol diikuti hatrik pertama Daniella Carter, dua gol dari Lauren Bruton sementara kapten pasukan Jayne Ludlow, Yvonne Tracy, Kim Little, Gemma Davison dan pemain skuad simpanan, Bianca Bragg menjaringkan satu gol..

Perlawanan kedua pula menentang Barnet Ladies di mana Arsenal Ladies menang 5-0 hasil jaringan dari Rachel Yankey, Daniella Carter, Kim Little, Gemma Davison dan Ellen White.. Nampaknya Arsenal Ladies dilihat tidak akan melepaskan title pasukan terbaik England buat masa ini nampaknya walaupun tiap-tiap tahun kehilangan pemain tonggak..

Namun hasil dari kerja pengurus yang tidak putus asa meletakkan kepercayaan kepada pemain muda sambil dibantu pemain berpengalaman telah memastikan Arsenal Ladies tidak merasai sangat kehilangan mereka disamping kemasukan pemain berbakat yang baru.. Adios!!
Read More

2010 Summer Transfer is Officially Close

Akhirnya pintu perpindahan telah pun ditutup.. Pada hari terakhir pintu perpindahan, 3 perjanjian membabitkan Arsenal telah diselesaikan di mana Nacer Barazite dan Armand Traore sah meninggalkan Arsenal secara pinjaman semusim dan Arsenal telah menandatangani pemain Jepun berusia 17 tahun Ryo Miyaichi..

Sepanjang musim perpindahan di buka, Arsenal telah melengkapkan 3 perpindahan iaitu membabitkan Maroune Chamakh, Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci.. Di mana sebanyak 5 pemain Arsenal musim lepas meninggalkan Arsenal dengan perpindahan percuma kecuali penyerang, Eduardo Da Silva..

Maroune Chamakh muncul pembelian pertama Arsenal setelah Arsene Wenger cuba mendapatkan khidmat beliau sejak musim panas lepas lagi namun tawaran 6 dan 8 juta euro Arsenal telah ditolak Bordeaux yang mahukan sekitar 16 juta euro selepas Wenger bersetuju membayar harga yang dimahukan Bordeaux sebelum itu iaitu bernilai 8 juta euro..

Akhirnya pada bulan Februari, Chamakh telah menandatangani pra kontrak bersama Arsenal walaupun dihampiri oleh ramai pasukan lain yang menawarkan perjanjian yang jauh lebih lumayan daripada apa yang ditawarkan Arsenal.. Chamakh akhirnya melengkapkan perpindahan percumanya pada bulan Julai dan menyarung jersi bernombor 29..

Laurent Koscielny muncul pembelian kedua Arsenal.. Arsene Wenger cuba mendapatkannya sepanjang musim Piala Dunia.. Pada mulanya FC Lorient enggan menjualnya.. Namun selepas Koscielny memberitahu pengurusi Lorient yang beliau berminat untuk menyertai Arsenal kerana baginya ianya bagaikan peluang sekali dalam seumur hidup, Lorient bersedia menimbangkan tawaran Arsenal..

Arsenal mencapai kata persetujuan dengan Lorient dan membayar sejumlah 8.5 juta pound dan 1.5 juta pound lagi dalam bentuk bonus.. Dan pemain tengah skuad simpanan, Francis Coquelin pula melangkah ke Lorient menerusi pinjaman semusim.. Koscielny telah di berikan jersi lagenda Arsenal bernombor 6 yang di pakai Mr. Arsenal, Tony Adams..

Sebastien Squillaci merupakan pemain terakhir yang ditandatangi Arsene Wenger untuk mencukupi kuota umur pemain.. Arsenal membayar sekitar 4 juta euro kepada Sevilla untuk khidmat pemain berpengalaman berusia 30 tahun ini.. Menurut laporan Wenger telah melanggar polisinya bukan sahaja membeli pemain berusia 30an namun juga kontrak 3 tahun yang diberikan beliau kepada Squillaci..

Armand Traore muncul pemain skuad utama pertama yang meninggalkan pasukan menerusi perpindahan secara pinjaman.. Juventus dan Arsenal telah mencapai kata persetujuan tentang perpindahan ini di mana Juve membayar sejumlah 500 ribu euro untuk perpindahan pinjaman ini dan mereka perlu membayar 4 juta euro untuk memastikan Traore sah milik mereka sebaik tamat tempoh pinjaman beliau..

Eduardo telah menyaksikan Arsenal mengutip 6 juta pound untuk membenarkan beliau pergi ke Shaktar Donestk sementara Gallas ke Spurs, Campbell ke Newcastle, Senderos ke Fulham dan Silvestre ke Werder Bremen menerusi perpindahan percuma selepas Arsenal tidak melanjutkan kontrak mereka.. Adios!!
Read More