Wojciech Szczesny seek specialist

Arsene Wenger berkemungkinan akan melakukan emergency loan deal selepas Wenger mengesahkan yang Wojciech Szczesny akan berjumpa dengan pakar mengenai kecederaan jarinya di mana Szczesny bukan sahaja terseliuh jarinya namun berkemungkinan telah merosakkan tendon di jarinya..

Wenger jelas tidak berminat untuk memanggil pulang Vito Mannone walaupun di tahap kritikal ini.. Namun seperti biasa Wenger penuh dengan kejutan.. Sekejap Wenger cakap dia akan meminjam pemain sekejap beliau menarik semula kenyataannya.. Namun apa yang pasti jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang agak lama, peminat Arsenal pastinya mahukan Mannone kembali..

Robin Van Persie telah disahkan Arsene Wenger sebagai cergas walaupun beliau mengambil risiko dengan menurunkan Van Persie awal pagi rabu yang lalu walaupun baru menjalani latihan beberapa hari.. Namun Wenger sekali lagi akan kehilangan khidmat Cesc Fabregas yang sekali lagi dibelenggu oleh masalah kecederaan hamstring berulang..

Ketiadaan kapten pasukan Fabregas pada perlawanan Piala FA menentang Manchester United pada awal pagi Isnin nanti pastinya diharapkan peminat Arsenal yang Aaron Ramsey akan berada di kesebelasan utama untuk menyuntik kreativiti di bahagian tengah Arsenal setelah setahun tidak beraksi bersama skuad utama Arsenal..

Theo Walcott, Thomas Vermaelen dan Alex Song akan terus diketepikan.. Atikah tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan penjaga gol dari skuad simpanan yang akan dipanggil Wenger untuk berada di bangku simpanan semasa menentang MU nanti.. Adakah Sean McDermott ataupun Damian Martinez?? Adios!!
Read More

Goalkeeper injury concern

Wojciech Szczesny memberikan pening kepala kepada Arsene Wenger selepas mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibawa keluar seawal minit ke-18 awal pagi tadi selepas terseliuh jarinya semasa menyelamatkan percubaan dari Dani Alves.. Szczesny berkemungkinan akan terlepas aksi sepanjang bulan ini sekurang-kurangnya akibat kecederaan tersebut..

Ini membawa maksud hanya Manuel Almunia sahaja satu-satunya penjaga gol yang cergas sepenuhnya selepas Lukasz Fabianski telah pun terpaksa melupakan kempen musim ini akibat kecederaan bahu.. Dengan hanya Vito Mannone menjadi alternatif jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang lama..

Namun Mannone telah mengalami kecederaan paha semasa membantu Hull City mencatatkan kemenangan minggu lalu dengan penjaga gol rookie Arsenal di dalam skuad simpanan, James Shea pula telah dipinjamkan ke Southampton sehingga minggu depan.. Ini hanya meninggalkan Wenger dengan Sean McDermott dan penjaga gol berbakat dari Argentina Damian Martinez..

Namun jika Szczesny terpaksa melupakan aksi sepanjang musim ini, Wenger boleh memanggil semula Vito Mannone sambil mengharapkan beliau mampu bebas dari sebarang kecederaan ataupun memberikan peluang kepada 3 penjaga gol muda skuad simpanan iaitu James Shea, Sean McDermott dan Damian Martinez..

Namun walau apa-apa pun marilah kita berharap Szczesny hanya akan diketepikan buat satu tempoh yang sekejap dan marilah kita berharap Almunia meneruskan kecemerlangannya pada awal pagi tadi.. Inilah masanya untuk Almunia kembali menunjukkan beliau masih penjaga gol nombor satu Arsenal..

Atikah akan terus memerhatikan perkembangan tentang masalah kecederaan penjaga gol ini.. Sesungguhnya Wenger adalah arif tentang perkara-perkara ini walaupun Atikah agak tidak berpuas hati dengan barisan kesebelasan yang diturunkan Wenger awal pagi tadi dengan keputusannya meletakkan Andrei Arshavin di bangku simpanan.. Adios..
Read More

Pre Match : Arsenal VS Barcelona

So awal pagi ini Astro ESPN akan menyiarkan perlawanan Arsenal VS Barcelona secara langsung pada pukul 3.40 pagi ini dengan Cesc Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal untuk mencipta kejutan dengan menewaskan 'pasukan terbaik dunia' Barcelona dengan Arsenal menerima suntikan semangat dengan RVP kembali menjalani latihan sementara Barca terpaksa beraksi tanpa duo pertahanan mereka Puyol dan Pique..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
DIABY/DENILSON-----WILSHERE
NASRI-----FABREGAS-----ARSHAVIN
BENDTNER

Walaupun Van Persie turut serta, Wenger pastinya akan meletakkan RVP di bangku simpanan kerana Wenger pasti tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan Bendtner pastinya mahu mengegarkan Nou Camp sekali lagi.. Misi Arsenal kali ini pastinya mengelakkan kekalahan dengan seri sudah cukup untuk membuatkan Arsenal mara ke pusingan seterusnya..

Namun misi Arsenal tidaklah semudah yang disangka dengan hakikat Lionel Messi cukup berbisa di Nou Camp.. Namun dengan Fabregas akan mengetuai pasukan, Arsenal pastinya lebih daripada mampu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.. Sejujurnya Atikah tidak kisah walaupun seri kerana ianya sudah cukup untuk membawa kita mara ke pusingan seterusnya..

Namun sudah semestinya kemenangan lebih bermakna.. Apa-apa pun marilah kita berharap kesemua pemain Arsenal beraksi di tahap terbaik mereka dan berjaya menembusi gawang Barca yang kehilangan khidmat Puyol dan Pique akibat kecederaan dan pergantungan dengan syarat kita berjaya memastikan Messi dan Villa dirantai rapi..

Laurent Koscielny we need the best of you like last time!! Jack Wilshere show to the world you are a world class player.. Cesc Fabregas show to the world that Arsenal is better than Barcelona!! So good luck Gunners!! Marilah kita berharap keputusan positif akan diperolehi untuk menutup kekecewaan tewas di final Piala Carling dan seri 0-0 dengan Sunderland.. Adios!!
Read More

Kejutan Robin Van Persie

Robin Van Persie memberikan kejutan di London Colney selepas dilihat kembali menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukannya selepas hanya seminggu disisihkan akibat kecederaan lutut yang dijangka akan menyisihkan beliau sehingga bulan April.. Namun Van Persie telah melakukan kejutan dan hasil imbasan juga telah menunjukkan kesan positif..

Arsene Wenger telah menyenaraikan 19 pemain untuk menentang Barcelona dengan keputusan akhir akan dilakukan Wenger nanti untuk mengugurkan seorang pemain sama ada RVP ataupun pemain lain.. Wenger telah memberitahu yang jika Van Persie berjaya cergas, beliau tidak ada sebarang sebab untuk mengugurkan nama Van Persie pada saat akhir..

Cesc Fabregas dan Jack Wilshere turut memberikan kegembiraan kepada pasukan Arsenal selepas berjaya pulih tepat pada masanya untuk turut serta di dalam pasukan yang akan terbang ke Nou Camp nanti dengan hanya Alex Song sahaja gagal untuk pulih dari kecederaannya.. Namun ketiadaan Song akan diisi oleh Denilson ataupun Abou Diaby..

Bagi Atikah Denilson merupakan orang yang tepat untuk mengisi kekosongan Song dengan syarat Denilson berada di tahap terbaiknya.. Sejujurnya Denilson memang teruk semasa menentang Sunderland tempoh hari namun bila Denilson beraksi di tahap terbaiknya, kita semua tahu beliau cukup berkemampuan untuk mengisi kekosongan Song..

Diaby juga merupakan pemain yang sesuai untuk mengisi kekosongan Song namun bagi Atikah Diaby bukanlah seorang defensive midfielder.. Namun walau siapa pun yang dipilih Wenger marilah kita berharap beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik-baiknya untuk menghalang pergerakan pemain Barcelona..

Sementara itu.. Carlos Puyol yang dijangka kembali ke dalam pasukan Barcelona telah disahkan pasukan perubatan Barcelona yang Puyol sama sekali tidak akan kembali semasa perlawanan menentang Arsenal selepas Puyol masih mengalami kecederaan di lututnya.. Dengan Gerard Pique digantung perlawanan, barisan pertahanan Barca dilihat cukup goyah..

Selain kehilangan Song kita tidak kehilangan mana-mana pemain lagi.. Dengan Van Persie dijangka akan turut serta di dalam pasukan dan bahagian bek kanan akan kembali di isi oleh Bacary Sagna yang telah menamatkan pergantungan perlawanannya, pasukan Arsenal ke Nou Camp kali ini tidak kurang hebatnya.. So good luck Gunners!! Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Sunderland

Arsene Wenger telah dipilih sebagai Pengurus Terbaik BPL Bulan Februari yang kali terakhir di menangi Wenger pada bulan Disember 2007.. So tahniah Wenger.. Adalah lebih manis jika pemain terbaik bulanan BPL juga merupakan pemain Arsenal.. Namun sayangnya anugerah tersebut telah diberikan kepada Scott Parker..

Arsenal akan menanti kunjungan Sunderland di Emirates Stadium malam ini dengan misi mengutip 3 mata penuh untuk merapatkan jurang dengan Manchester United kepada 1 mata di mana MU akan menerima tentang Liverpool esok dan harapnya MU akan sekali lagi keciciran mata dengan selepas perlawanan MU VS Liverpool esok, Arsenal akan mempunyai satu perlawanan dalam tangan..

Perlawanan ini akan menyaksikan Wenger menurunkan Aaron Ramsey buat pertama kalinya sejak bulan Februari 2010.. Walaupun Cardiff City telah menunjukkan berbagai tawaran kepada Wenger untuk mendapatkan semula Ramsey secara pinjaman, Wenger telah menolaknya ketepi dengan menegaskan Ramsey akan beraksi malam ini selepas kapten, Cesc Fabregas akan direhatkan akibat kecederaan hamstring..

Laurent Koscielny turut akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih daripada kecederaannya dengan Koscielny pastinya mahu bangkit kembali selepas kesilapannya di Final Piala Carling yang lalu.. Mengikuti Fabregas.. Song turut akan diketepikan pada perlawanan ini akibat kecederaan dengan dijangka Song akan kembali tepat pada masanya sewaktu perlawanan menentang Barcelona..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
RAMSEY------WILSHERE
NASRI-----ROSICKY-----ARSHAVIN
BENDTNER

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 11 malam di Astro ESPN saluran 812.. Harapnya Arsenal akan memperolehi 3 mata penuh untuk terus memberikan cabaran kepada MU yang akan menentang Liverpool hujung minggu ini.. Adios!!
Read More

Aaron Ramsey back to the squad

Ketiadaan Cesc Fabregas hujung minggu ini tidak akan begitu dirasai selepas Arsene Wenger memberikan petunjuk yang beliau bersedia untuk menurunkan Aaron Ramsey buat pertama kalinya selepas setahun diketepikan akibat kecederaan patah kaki dan selepas melalui tempoh pinjaman yang menakjubkan bersama-sama Nottingham Forest dan Cardiff City..

Ianya pasti mengembirakan fans Arsenal yang sudah tidak sabar menantikan kepulangan semula Ramsey yang berjaya memukau peminat Arsenal sebelum terjahan keras Ryan Shawcross tahun lepas.. Dengan Ramsey semakin berada di prestasi terbaiknya, Wenger sudah semestinya tidak mahu menyimpan Ramsey dengan lebih lama lagi..

Selain Fabregas, Arsenal turut kehilangan Alex Song akibat kecederaan lutut.. Fabregas dan Song disahkan terlepas aksi menentang Sunderland esok namun kedua-duanya berpeluang untuk kembali semula ke dalam pasukan semasa kunjungan ke Nou Camp minggu depan.. Song dan Fabregas akan terlebih dahulu menjalani ujian kecergasan pada hari Isnin sebelum ke Barcelona..

Laurent Koscielny juga dijangka terlepas aksi menentang Sunderland esok akibat kecederaan hamstring.. Namun Koscielny yang terjejas akibat kesilapannya di Final Piala Carling masih berpeluang untuk bermain esok untuk kembali bangkit dari kesilapannya dan kembali menunjukkan keupayaan sebenarnya yang pernah ditunjukkan beliau sewaktu menentang Barcelona tempoh hari..

Selain itu tiada sebarang kecederaan baru di dalam kem Arsenal dengan Theo Walcott dan Robin Van Persie masing-masing disahkan terlepas aksi menentang Barcelona minggu depan akibat masalah kecederaan.. Apa-apa pun marilah kita harapkan yang tiada sebarang kecederaan baru akan menghimpit kita sebelum perlawanan menentang Barcelona nanti.. Adios!!
Read More

Bendtner or Chamakh?

Arsenal berjaya bangkit daripada kekalahan 2-1 di Final Piala Carling dengan membedil Leyton Orient 5-0 hasil hatrik dari Bendtner dan satu gol dari Chamakh dan Clichy.. Namun apa yang Atikah nak bahaskan di sini ialah siapakah penyerang yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin Van Persie yang akan disisihkan selama 3 ke 4 minggu akibat kecederaan lutut..

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan Nicklas Bendtner bersaing dengan Marouane Chamakh untuk posisi penyerang nombor satu Arsenal semasa ketiadaan Van Persie dengan Bendtner jauh lebih menyerlah selepas meledak hatrik keduanya di Emirates Stadium dan yang pertamanya musim ini dengan Chamakh kembali menemui sentuhan jaringannya sejak November..

Namun apa kata kita lihat siapa yang patut di harapkan Wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan RVP terutama sekali semasa pertembungan menentang Barcelona di Nou Camp minggu depan walaupun Arsenal bakal mendapatkan semula sentuhan ajaib kapten pasukan Cesc Fabregas yang akan direhatkan sepanjang minggu ini hanya untuk kembali semula minggu depan..

Marouane Chamakh berjaya memastikan ketiadaan Van Persie pada permulaan musim tidak dirasai hasil daripada aksi-aksi memukaunya dan sentuhan-sentuhannya di hadapan pintu gol.. Namun sewaktu itu Chamakh hanya ditentang Carlos Vela sebagai penyerang nombor satu Arsenal selepas RVP dan Bendtner disisihkan akibat kecederaan..

Chamakh telah menyumbat sejumlah 10 gol dalam tempoh itu hanya untuk diatasi Samir Nasri yang memukau..Namun entah mengapa sejak pulangnya Van Persie, Chamakh mula kehilangan punca dan mula mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol dan menghampakan semasa merembat bola..

Chamakh memberitahu beliau mula merasai tekanan dan cabaran di EPL dan memaksanya berehat seketika akibat badannya mulai letih.. Akhirnya awal pagi tadi Chamakh berjaya mendapatkan semula sentuhan penyudahnya dengan menjaringkan gol pembukaan.. Namun adakah ianya cukup untuk Chamakh mengambil posisi sebagai penyerang nombor satu Arsenal??

Kita perlu ingat siri prestasi menghampakan dari Chamakh yang dilihat agak malas walaupun di bawa masuk dari bangku simpanan.. Chamakh juga kehilangan punca semasa aksi final Piala Carling di mana sentuhan penyudahnya amat diharapkan terutama sekali semasa set piece.. Namun Chamakh jelas menghampakan.. Prestasinya di Sunderland hujung minggu ini akan memberitahu kita dengan lebih jelas sama ada beliau layak beraksi di Nou Camp nanti..

Nicklas Bendtner merupakan hero Arsenal di Nou Camp musim lepas hanya untuk diatasi Lionel Messi.. Bendtner jelas berbisa semasa menentang Barcelona dan sering memberikan masalah di bahagian pertahanan Barca.. Bendtner telah pun meledak hatriknya musim ini untuk muncul pemain kedua Arsenal yang meledak hatrik musim ini selepas Van Persie..

Bendtner telah meledak 9 gol dalam semua kejohanan musim ini dengan hanya ketinggalan 2 gol di belakang Chamakh dengan Bendtner beraksi kurang daripada Chamakh.. Hakikat beliau lebih kerap beraksi sebagai pemain sayap sudah cukup untuk menerangkan 9 gol yang diledak Bendtner ini memang cukup banyak untuk seorang penyerang yang lebih banyak beraksi di bahagian sayap kanan atau kiri Arsenal..

Bendtner hampir muncul hero Arsenal pada final Piala Carling yang lalu selepas percubaan cantiknya berjaya diselamatkan Ben Foster yang sekali lagi muncul hero untuk pasukannya di Final Piala Carling.. Walaupun Bendtner merupakan seorang penyerang, namun beliau juga tidak kurang hebatnya semasa mencipta peluang kepada pemain-pemain lain..

Jadi secara jujurnya Atikah lebih gembira jika Bendtner diletakkan sebagai penyerang nombor satu Arsenal di Nou Camp nanti hasil daripada sejarah cemerlangnya semasa menentang Barcelona di Nou Camp.. Namun biarlah perlawanan menentang Sunderland hujung minggu ini menentukan siapakah yang berhak beraksi minggu depan..

Jadi siapakah pilihan anda?? Chamakh atau Bendtner?? Mereka berdua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Chamakh tanpa sebarang keraguan lagi cukup handal di udara namun apabila merembat dengan kakinya?? Well kita boleh katakan Chamakh agak menghampakan dari sudut itu dengan Bendtner lebih banyak menjaringkan gol menerusi kakinya berbanding kepalanya.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal vs Birmingham City

Arsenal akan menentang Birmingham City di stadium Wembley tanpa kelibat kapten pasukan, Cesc Fabregas yang sudah mula menerima hakikat tidak akan tersenarai pada perlawanan ini akibat kecederaan hamstring, sudah semestinya mahu menjulang Piala Carling ini untuk menamatkan penantian selama 5 tahun untuk trofi kejuaraan..

Selain kehilangan Fabregas, Arsenal turut kehilangan Theo Walcott.. Namun Robin Van Persie, Abou Diaby dan Laurent Koscielny berjaya sembuh tepat pada masanya untuk perlawanan akhir Piala Carling ini dengan RVP akan mengambil alih tempat Fabregas sebagai kapten pasukan.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sport 3 channel 817 pada pukul 11.30 malam dengan perlawanan hanya akan dimulakan pada pukul 12 tengah malam..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
SONG-----DIABY
NASRI-----WILSHERE-----ARSHAVIN
VAN PERSIE

Berikut ialah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini dengan Wenger sudah semestinya akan menurunkan barisan terbaiknya.. Apa-apa pun pastikan anda semua menyaksikan perlawanan ini dan harapnya Arsenal tiada sebarang masalah untuk mencatatkan kejayaan.. So bolehla esok kita dengan gembiranya meraikan kejayaan Arsenal menjulang Piala Carling ini.. Adios!!
Read More

Wenger - Fabregas will still be a winner

Arsene Wenger yang telah membuat keputusan untuk mengetepikan kapten pasukan, Cesc Fabregas daripada mengetuai Arsenal awal pagi Isnin ini walaupun dilaporkan Fabregas telah memujuk Wenger untuk menurunkannya memberitahu walaupun Fab4 tidak bermain di Final Piala Carling, beliau masih seorang pemenang..

Fabregas tanpa sebarang keraguan lagi telah menjadi tonggak penting yang memacu Arsenal ke Final Piala Carling musim ini.. Jadi sudah semestinya beliau berhak untuk turut muncul pemenang walaupun terlepas perlawanan akhir.. Fabregas yang jelas sekali kecewa dijangka kembali tepat pada masanya sewaktu perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp nanti..

Wenger memberitahu walaupun final Piala Carling ini adalah perlawanan terakhir musim, beliau masih tidak mahu menurunkan Fabregas kerana risikonya terlalu tinggi.. Hmm.. Dengan Fabregas tidak akan mengetuai Arsenal, penolongnya iaitu Robin Van Persie akan mengambil kalungan arm band tersebut dan mengetuai Arsenal di Wembley nanti selepas pulih dari kecederaannya..

Van Persie yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menang kejuaraan di Arsenal kerana menyifatkan memenangi kejuaraan di Arsenal lebih bermakna dari mencapainya di negara-negara lain ataupun di pasukan-pasukan yang lain, pastinya akan memastikan impiannya itu terlaksana awal pagi Isnin nanti.. Walaupun Atikah kecewa kerana tidak dapat melihat Kapten Fabregas kita menjulang Piala Carling nanti Atikah turut gembira kerana RVP akan mengetuai Arsenal nanti..

Tidak mengapalah Cesc.. Final kali ini bukan final anda.. Mungkin final Champions League ke, FA Cup ke x pun masa menjulang trofi EPL nanti ke.. Itu jauh lebih bermakna Cesc!! Teruskan berjuang Cesc.. Pastikan Arsenal menang ketiga-tiga lagi trofi itu nanti semasa anda mengetuai pasukan.. Biarlah Persie julang Piala Mickey Mouse nie.. Lepas nie anda pulak julang Piala besar-besar lagi.. Haha.. Betul x??

Ketiadaan Cesc Fabregas sudah semestinya akan sedikit sebanyak meninggalkan kesan di bahagian tengah Arsenal.. Namun nasib baiklah kita ada Jack Wilshere yang semakin menunjukkan belangnya sejak akhir-akhir ini.. Wenger sendiri mengesahkan ketiadaan Fabregas akan membuka ruang untuk Wilshere memacu Arsenal di Final pertamanya sebagai pemain skuad utama Arsenal..

Wenger turut menjangkakan yang Theo Walcott akan terlepas perlawanan penting di Nou Camp bulan hadapan selepas Walcott dijangka berehat selama 2 ke 3 minggu.. Namun Wenger mengakui beliau hanya melihat dari sudut yang buruk.. Jadi segala-galanya boleh terjadi.. So marilah kita harap TW14 kita ini ada nanti untuk memecah belahkan pertahanan Barca nanti..

Sementara itu Arsene Wenger telah mengesahkan kemenangan mencapai kata sepakat untuk mendapatkan seorang lagi pemain akademi Barcelona, Jon Miquel Toral Harper dengan cara yang betul!! Wenger turut menambah yang beliau tiada sebarang masalah dengan Barca dan sayang Barcelona dan Catalonia..

Memanglah kita sayangkan Barca, Wenger.. Cuma Barca je benci kita dan suka guna cara yang salah untuk mendapatkan pemain kita.. Namun Barca mungkin tidak boleh berkata apa-apa jika pemain muda ini akan menjadi Fabregas yang seterusnya kerana beliau mempunyai pertalian darah English..

So tiada lagi "DNA Barcelona" sebagai sebab beliau perlu kembali ke Nou Camp.. Jon Miquel akan menyertai Arsenal pada musim panas nanti dan Atikah pasti kesemua fans Arsenal pastinya tidak sabar-sabar melihat bagaimana beliau meningkat di bawah jagaan Arsenal.. Harapnya beliau mampu menjadi seorang lagi Fabregas Arsenal.. Adios!!

P/S : Kesemua pemain Arsenal teruja pasal Final Piala Carling.. Hmm.. X sabar betul tunggu perlawanan nie..
Read More

Fabregas ruled out of Carling Cup Final

Skuad Arsenal telah diberikan khabar buruk sebelum aksi menentang Birmingham City awal pagi Isnin ini untuk perlawanan akhir Piala Carling di Wembley selepas kapten pasukan, Cesc Fabregas disahkan Arsene Wenger yang beliau akan terlepas peluang untuk mengetuai Arsenal pada perlawanan tersebut dan menjulang Piala Carling yang akan menjadi Piala kompetitif pertama dimenanginya sebagai kapten Arsenal..

Cesc Fabregas telah tweet ini selepas terpaksa dibawa keluar akibat kecederaan hamstring yang di alaminya sewaktu menentang Stoke City, 'I dont know if ill make sunday or no, but all i know is that from this moment to sunday 16'30 i wont sleep if its necessary. Ive waited... ...Too long to captain a final for arsenal and i wont give up till the last second.'

Namun mengikut satu sumber terdekat Arsenal, Fabregas mahu memujuk Wenger untuk membenarkan beliau beraksi pada perlawanan tersebut selepas scan menunjukkan kecederaan hamstringnya tidaklah teruk.. Ianya adalah disebabkan beliau terlalu terdesak untuk mengetuai Arsenal pada final pertamanya sebagai kapten..

Walaupun Atikah sendiri mengakui Wenger mungkin tidak perlu merisikokan Fabregas memandangkan kita ada perlawanan menentang Barca pada 8 Mac ini, tetapi sejujurnya Atikah percaya kesemua fans Arsenal mahukan Fabregas mengetuai Arsenal pada perlawanan akhir di Wembley awal pagi Isnin ini kerana beliau adalah kapten Arsenal dan beliau berhak untuk mengetuai Arsenal pada perlawanan tersebut..

Namun walau apa-apa pun marilah kita sama-sama berdoa yang Fabregas berjaya pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring tersebut kerana masih ada masa lagi untuk beliau.. Never ever give up Fabregas!! We all behind you and support you!! There still some time!! Like you sister said '
NEVER GIVE UP! SUCCESS IS NEVER ACCIDENTAL!'

Cesc Fabregas berjuang untuk mengetuai Arsenal di Wembley awal pagi Isnin ini sementara Robin Van Persie hanya menunggu masa untuk mengambil alih arm band dari Fabregas pada perlawanan tersebut setelah Wenger mengesahkan Van Persie bersama-sama Laurent Koscielny dan Abou Diaby akan cergas sepenuhnya pada perlawanan tersebut..

Namun Theo Walcott yang diusung keluar selepas diterjah keras pemain Stoke disahkan langsung tiada peluang untuknya beraksi di Final Piala Carling dan dalam keraguan untuk pulih sepenuhnya semasa perlawanan menentang Barcelona bulan depan selepas Wenger menjangkakan TW14 akan terkeluar selama 1 ke 2 minggu..

Walau apa-apa pun Atikah harapkan yang Arsenal akan memenangi Piala Carling ini untuk Cesc Fabregas dan Theo Walcott.. Kalau kita berjaya menundukkan Birmingham kita panggil Fabregas untuk masuk ke padang dan menjulang Piala tersebut.. Dia berhak untuk melakukannya kerana beliau adalah kapten Arsenal dan beliau telah banyak membantu Arsenal selama ini.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Leyton Orient

Arsenal akan berkunjung ke gelanggan Leyton Orient dengan penuh semangat selepas mencatatkan kemenangan bersejarah ke atas Barcelona selepas bangkit dari ketinggalan 1 gol untuk mencatatkan kemenangan 2-1 pada first leg Champions League.. Arsene Wenger dijangkakan merehatkan beberapa tonggak memandangkan selepas perlawanan ini kita ada perlawanan EPL menentang Stoke City sebelum ke Wembley untuk final Piala Carling menentang Birmingham City..

Johan Djourou yang mengadu mengalami kesakitan belakang dan dijangka terlepas aksi menentang Leyton Orient malam ini disahkan Wenger yang Djourou telah pulih sepenuhnya daripada kecederaan tersebut.. Theo Walcott yang mengalami kecederaan hamstring pula disahkan Wenger yang TW14 telah pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstringnya..

Marouane Chamakh yang diberikan rehat oleh Wenger disahkan Wenger akan kembali semula selepas memberikan ruang kepada Chamakh untuk berehat selepas mula terasa cabaran EPL.. Bacary Sagna yang terlepas perlawanan menentang Barca akibat pergantungan perlawanan akan kembali ke dalam pasukan namun Abou Diaby akan menjalani pergantungan terakhirnya pada perlawanan ini..

Manuel Almunia dijangka mengawal gawang Arsenal pada malam ini untuk memberikan rehat kepada Wojciech Szczesny.. Pemain-pemain lain yang dijangka akan direhatkan Wenger malam ini berkemungkinan dua tongga utama Arsenal, Cesc Fabregas dan Robin Van Persie dengan Tomas Rosicky dan Maroune Chamakh akan mengantikan mereka..

Jack Wilshere mungkin akan turut direhatkan dengan Denilson akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wilshere.. Salah seorang diantara Johan Djourou dan Laurent Koscielny pastinya akan direhatkan dengan Sebastien Squillaci akan dibawa masuk.. Kieran Gibbs pastinya akan mengambil alih tempat Gael Clichy pada malam ini.. Berikut ialah bayangan kesebelasan utama malam ini..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY/DJOUROU------GIBBS
SONG-----DENILSON
BENDTNER-----ROSICKY-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Perlawanan ini akan dimulakan pada pukul 12 tengah malam ini dengan Astro Super Sport saluran 813 akan menyiarkannya secara langsung.. Marilah harap kita berjaya menundukkan Leyton Orient ini tanpa sebarang masalah.. Harapnya kita tidak perlulah perlawanan ulangan.. Dan paling penting sekali marilah kita sama-sama berdoa tidak akan ada sebarang kecederaan serius berlaku.. Adios!!
Read More

Nasri and Rosciky back in the squad

Berita baik semua.. Samir Nasri disahkan cergas sepenuhnya untuk pertembungan menentang Barcelona awal pagi Khamis ini.. Namun ini bukanlah bermaksud Nasri akan mengambil alih tempat Andrei Arshavin dari kesebelasan utama.. Ianya kerana Arsene Wenger menegaskan beliau tidak mahu mengambil sebarang risiko terhadap Nasri.. Namun kita perlu tunggu dan lihat jika sama ada Nasri akan berada di bangku simpanan mahupun akan beraksi..

Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan paha turut akan berada di dalam pasukan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan.. Namun Abou Diaby pula mengalami kecederaan betis semasa pulang dari aksi antarabangsa tempoh hari.. Sementara itu Emmanuel Eboue akan mengambil alih tempat Bacary Sagna yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Champions League sebelum ini.. Adios!!
Read More

Best starting eleven against Barcelona

Awal pagi khamis ini Arsenal akan menerima semula kunjungan pasukan remaja Cesc Fabregas, Barcelona dengan misi membalas dendam kekalahan musim lepas dan juga misi menunjukkan kepada Barca Arsenal sebagus mereka dan Fabregas akan terus kekal di Arsenal.. Di sini Atikah senarai barisan kesebelasan utama Arsenal yang harapnya mampu menundukkan Barca di laman sendiri minggu ini..

Atikah tidak akan menyenaraikan Samir Nasri pada kesebelasan utama ini walaupun Arsene Wenger mengakui yang Nasri mempunyai peluang untuk beraksi pada perlawanan ini.. Namun bagi Atikah jika Nasri bersedia sekali pun mungkin kita patut biarkan Nasri berada di bangku simpanan terlebih dahulu dan di bawa masuk pada separuh masa kedua..

Inilah masanya Wojciech Szczesny menunjukkan kepada dunia yang jersi nombor satu Arsenal miliknya secara mutlak.. Inilah masanya Szczesny tunjukkan kepada fans Arsenal beliaulah David Seaman dan Jens Lehmann Arsenal yang terbaru.. Faktor kekurangan pengalaman dan tekanan mungkin akan menjadi masalah kepada Szczesny..

Walau apa pun jua masalah Szczesny perlu berikan aksi terbaiknya untuk menghalang David Villa dan Lionel Messi dari merobek gawang Arsenal.. Inilah masanya segala kepercayaan Arsene Wenger dan peminat Arsenal dibalas oleh Szczesny.. In Szczesny we trust!!

Tugas Bacary Sagna tidaklah sukar memandangkan beliau tidak perlu mengawal gerakan pemain terbaik dunia Lionel Messi namun Sagna perlu memastikan David Villa dan Pedro yang selalu menyerang dari sayap kiri dihalang dengan segala cara sekali pun.. Jika Sagna berada di tahap terbaiknya umpanan, larian, rembatan dan cara bertahannya mampu memberikan kita banyak kelebihan..

Gandingan pertahanan tengah terbaik, Johan Djourou dan Laurent Koscielny akan diuji di tahap maksima pada perlawanan ini dengan mereka perlu memastikan Messi dan Villa dikawal ketat dan menghalang segala hantaran-hantaran dari Xavi dan Iniesta.. Koscielny dan Djourou telah membuktikan mereka juga berbahaya semasa corner kick, inilah masanya untuk mereka membuktikannya dengan menanduk seberapa banyak gol yang boleh di gawang yang akan dikawal Victor Valdes..

Musim lepas gandingan William Gallas/Alex Song/Mikael Silvestre dan Thomas Vermaelen gagal mengawal pemain-pemain Barcelona, harapnya gandingan Djourou dan Koscielny mampu memberikan fans Arsenal tersenyum.. Mereka sudah buktikan kehebatan mereka semasa perlawanan menentang Chelsean inilah masanya sekali lagi untuk mereka berikan amaran kepada Vermaelen yang gandingan mereka tidak boleh dipisahkan..

Gael Clichy akan diuji sekali lagi oleh Dani Alves dan juga larian-larian Lionel Messi dari sayap kanan.. Clichy yang sedang berada di tahap terbaiknya diharap tidak akan mudah dibuli Messi dan Alves.. Kerana jika beliau berjaya memastikan Messi berada di kawalannya Arsenal akan berpeluang lebih cerah untuk menjinakkan Barcelona..

Alex Song tanpa sebarang keraguan lagi akan memastikan pertahanan tengah Arsenal tidak akan diratah Barcelona.. Song mungkin akan diarahkan mengawal Iniesta dan juga mungkin Xavi.. Namun walau siapa pun yang akan dikawal Song, harapnya beliau berjaya melakukannya dan sekali sekala membantu jentera serangan Arsenal..

Jack Wilshere yang beraksi dengan cemerlang semasa Arsenal menumpaskan Wolves tempoh hari diharap mampu mengekalkan prestasi cemerlangnya.. Wilshere mampu meringankan sedikit beban yang akan digalas ketua pasukan, Fabregas dengan melakukan hantaran-hantaran cantik yang mampu mengucar kacirkan pertahanan Barcelona..

Theo Walcott iaitu hero Arsenal di Emirates Stadium musim lepas diharapnya sekali lagi mampu muncul hero Arsenal.. Walcott semakin meningkat sejak perlawanan di Emirates musim lepas dan ini pastinya membuatkan pemain-pemain Barcelona lebih risau akan kelibat TW14 Arsenal ini..

Andrei Arshavin hanya sempat beraksi selama 27 minit semasa perlawanan menentang Barcelona musim lepas akibat kecederaan.. Arshavin yang tidaklah berada di prestasi terbaiknya perlu memberikan aksi yang pernah membuatkannya dijulang oleh peminat Arsenal dahulu.. Harapnya Arshavin mampu merobek gawang Barca dan memberikan kesukaran kepada Dani Alves..

Cesc Fabregas kapten pasukan yang akan mengetuai Arsenal menunjukkan kepada bekas kelabnya yang Arsenal juga sebagus Barcelona.. Memberikan 200% komitmennya kepada Arsenal sekalipun mengalami kecederaan serius semasa menjaringkan penalti yang juga merupakan gol penyamaan di the Emirates musim lepas..

Khidmat Fabregas akan terus ditagih.. Jika ada seorang pemain yang mampu mengetuai Arsenal menunjukkan jalan keluar kepada Barca adalah sudah semestinya Fab4.. Fabregas perlu menunjukkan sentuhan magiknya dan memastikan rakan-rakan sepasukannya mendominasi perlawanan dan tidak memberikan sebarang ruang kepada bekas pasukannya..

Fabregas merupakan aset penting Arsenal pada perlawanan musim lepas dengan memastikan pergerakan Messi terbantut.. Harapnya Fabregas akan meneruskan kehebatannya dan sentuhan magiknya.. Kerana dengan Fabregas sahajalah Arsenal mampu memberikan tunjuk ajar kepada Barcelona..

Robin Van Persie kali ini akan berada di dalam kesebelasan utama Arsenal.. Van Persie yang berada di prestasi terbaiknya pastinya mahu meneruskan rentaknya menjaringkan gol.. Nicklas Bendtner gagal di Emirates musim lepas walaupun agak cemerlang di Nou Camp.. Harapnya RVP akan meneruskan sentuhan magiknya.. Dan finger cross Van Persie tidak akan cedera!! Adios
Read More

Injury update

Thomas Vermaelen yang kini sedang menjalani proses pemulihan dijangka akan bersedia dalam masa dua ke tiga minggu lagi.. Namun Arsene Wenger menegaskan sebelum Vermaelen kembali mengetuai bahagian pertahanan Arsenal, Vermaelen akan melalui beberapa perlawanan bersama skuad simpanan dahulu sebelum kembali.. Harapnya Verminator akan kembali tepat pada masanya semasa perlawanan menentang Barca di Nou Camp bulan depan..

Johan Djourou telah disahkan Wenger bersedia sepenuhnya untuk meneruskan gandingan cemerlang bersama-sama Laurent Koscielny.. Alex Song juga dijangka akan berada dalam kesebelasan utama pada malam ini.. Namun Arsenal akan menanti kunjungan Wolves malam ini tanpa kelibat Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan paha semasa pulang dari tugas antarabangsa..

Namun Robin Van Persie dan Cesc Fabregas yang terlepas aksi perlawanan persahabatan antarabangsa tempoh hari akibat tidak sihat, disahkan bersedia sepenuhnya untuk mengetuai Arsenal pada perlawanan pada pukul 11 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sports saluran 813..

Abou Diaby yang menjalani pergantungan dilaporkan Wenger turut mengalami masalah kecederaan di mana Atikah merasakan ianya berkaitan buku lalinya.. Denilson pula telah pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring yang diterimanya semasa perlawanan menentang Huddersfield yang lalu.. Adios!!
Read More

Injury news : No new injury

Johan Djourou berada di landasan yang tepat untuk kembali bergandingan bersama-sama Laurent Koscielny pada perlawanan menentang Wolves esok selepas kecederaan lututnya sudah pulih.. Namun Djourou akan melalui ujian kecergasan terlebih dahulu untuk memastikan yang beliau sudah bersedia sepenuhnya untuk bergandingan dengan Koscielny di bahagian pertahanan Arsenal..

Alex Song juga akan bersama-sama Djourou semasa ujian kecergasan nanti sebelum dibenarkan kembali ke dalam kesebelasan utama selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan thigh.. Song dijangka tiada sebarang masalah untuk melepasinya selepas menurut Arsene Wenger, Song sudah 90% bersedia sepenuhnya..

Namun jika Song gagal melepasi ujian kecergasan (harap-harapnya ianya x akan berlaku) Denilson yang baru pulih dari kecederaan hamstring sudah bersedia 100% untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Abou Diaby yang digantung 3 perlawanan dan kemungkinan juga Song..

Wenger turut menyampaikan berita baik tentang kecederaan hamstring Samir Nasri.. Nasri telah mula menjalani latihan semula namun Wenger menjangkakan yang Nasri hanya akan bersedia sepenuhnya minggu depan.. Harapnya Nasri akan cergas sepenuhnya semasa menentang Barcelona pertengahan minggu depan..

Sementara itu kesemua pemain-pemain Arsenal yang menjalani tugasan antarabangsa telah disahkan bebas sepenuhnya dari sebarang masalah kecederaan.. Harapnya perlawanan menentang Wolves esok tidak akan menyaksikan senarai pemain Arsenal yang dilanda kecederaan kembali panjang kerana kita akan berhadapan Barcelona minggu depan..

Marilah kita berdoa supaya tiada pemain tongga utama kita yang mengalami kecederaan semasa, sebelum dan selepas perlawanan Barcelona minggu depan dan Wolves esok.. Harapnya adalah seorang dua tonggak utama Barca yang injured.. Kerana ianya pasti akan membesarkan lagi peluang untuk kita membalas dendam ke atas Barcelona.. Adios!!
Read More

Szczesny bertanggungjawab mencederakan Fabianski

Minta maaf sebab lebih kurang seminggu Atikah x update.. Ianya disebabkan Atikah balik kampung dan x ada internet.. So anyway Wojciech Szczesny yang merupakan penjaga gol nombor satu Arsenal setelah Lukasz Fabianski terpaksa melupakan baki kempen musim ini setelah terpaksa menjalani pembedahan di bahunya walaupun Manuel Almunia telah kembali dari masalah kecederaannya telah membuat satu pengakuan..

Misteri kecederaan Lukasz Fabianski yang akhirnya disahkan Arsene Wenger yang Fabianski terpaksa menjalani pembedahan di Jerman selepas menerima nasihat pakar akhirnya terjawab.. Szczesny merupakan orang yang bertanggungjawab mencederakan Fab21 ini.. Szczesny telah melakukan sepakan deras ke gawang Fabianski semasa latihan di mana semasa Fabianski cuba untuk menyelamatkan sepakan tersebut, beliau telah mencederakan dirinya..

Szczesny mengakui beliau sedikit sebanyak bertanggungjawab atas kecederaan Fabianski namun menegaskan perkara ini langsung tidak menjejaskan persahabatan di antara mereka berdua dan Fabianski turut tidak menyalahkan Szczesny atas kecederaannya itu.. Ini ialah pengakuan dari Szczesny..

"I indirectly [injured Lukasz Fabianski] but I didn’t really injure me [because] he could have let the shot in.. But yes, I did take a shot on goal and he injured himself making the save to my shot.. So I’m a little bit responsible for it but I don’t think he blames me for it.. [Competing with each other] feels weird if I’m honest because we are good friends, talk to each other but when it comes to football we have a very good competition, I don’t feel sorry for him if I have to take his spot and he doesn’t feel sorry for me if I’m on the bench.. It’s weird but it doesn’t affect our friendship.."

Hmm.. Szczesny oh Szczesny.. Ia pun nak jadi pilihan utama janganlah sampai cederakan si Fabianski yang menjadi salah seorang pemain paling meningkat Arsenal musim ini.. Haha.. Tapi apa-apa pun semoga Fabianski cepat sembuh dan harapnya Szczesny x buat benda ini lagi.. Kerana untuk berjaya setiap pasukan perlu ada dua penjaga gol berwibawa.. Tapi mungkin benda nak jadi, nak buat macam mana kan??

Namun walau apa-apa pun Atikah seronok tengok banyak persaingan secara sihat di dalam kem Arsenal.. Dengan perkara inilah baru boleh Arsenal bertambah bagus.. Sementara itu Robin Van Persie disahkan sebagai pemain terbaik Arsenal bulan Januari dengan menewaskan kapten pasukan, Cesc Fabregas dan pemenang sebelum ini, Samir Nasri..

Walaupun Nasri tewas di tangan Van Persie sebagai pemain terbaik Arsenal pada bulan Januari, Nasri telah berjaya memenangi anugerah PFA Fans Player of the month buat kali ketiga berturut-turut.. So tahniah Nasri.. Wenger telah memberitahu yang perbincangan untuk knotrak lanjutan Nasri hanya akan dibincangkan pada musim panas nanti..

Atikah menjangkakan tiada sebarang masalah untuk menyaksikan Nasri terus kekal di Arsenal selepas ejen Nasri memberitahu yang Nasri cukup gembira di Arsenal dan cukup kagum dengan atmosfhera di dalam pasukan Arsenal.. Ayah Nasri turut menegaskan yang Nasri gembira di Arsenal dan ini telah memberikan petunjuk yang Nasri akan menandatangani kontrak lanjutan pada musim panas nanti..

Laurent Koscielny yang telah menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan sejak akhir-akhir ini sehingga beberapa peminat mula mengatakan yang Koscielny mungkin Tony Adams yang baru telah menerima panggilan pertamanya untuk skuad kebangsaan Perancis yang diuruskan Laurent Blanc.. So tahniah Koscielny!!

Sementara itu sedikit berita kecederaan.. Alex Song disahkan akan terlepas perlawanan menentang Newcastle United malam ini namun Theo Walcott disahkan bersedia untuk aksi menentang Newcastle.. Namun Samir Nasri akan terus disisihkan selama 3 minggu namun ianya dijangka Arsenal tidak akan mengalami masalah kehilangan khidmatnya jika Andrei Arshavin beraksi seperti mana beliau beraksi sewaktu menentang Everton tempoh hari.. Sementara itu Thomas Vermaelen akan kembali semula ke dalam pasukan dalam tempoh 3 ke 4 minggu lagi.. Adios..
Read More