Team news
Sementara itu Arsene Wenger mengesahkan yang beliau masih berada di dalam pasaran perpindahan pemain.. Namun Wenger mahu peminat bersabar sebelum sebarang pemain disahkan menyertai Arsenal walaupun jelas sekali Wenger tidak mempunyai banyak masa lagi untuk melengkapkan perpindahan mana-mana pemain.. Adios..
Injury news
Rosicky jelas sekali masih belum pulih sepenuhnya semasa Wenger memulakan Rosicky pada perlawanan menentang Udinese dan kini Wenger terpaksa berhadapan dengan kemungkinan Rosicky tidak akan cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang Liverpool.. Wenger memberitahu media yang beliau akan membuat keputusan lewat sama ada mahu menurunkan Rosicky ataupun tidak..
Ianya diikuti pula di bahagian bek kiri Arsenal.. Kieran Gibbs disahkan akan berehat selama 10 ke 12 hari kerana masalah hamstring sementara Armand Traore berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Liverpool esok dengan Wenger akan membuat keputusan minit-minit akhir sama ada mahu menurunkan Traore ataupun tidak..
Namun bagi Atikah Carl Jenkinson telah menunjukkan prestasi yang bagus di bahagian bek kiri pada perlawanan menentang Udinese tempoh hari walaupun pada beberapa minit pertama beliau agak bergelut untuk menyesuaikan diri.. Dengan Thomas Vermaelen lebih baik kekal bergandingan dengan Laurent Koscielny memandangkan Johan Djourou juga di dalam keraguan walaupun Wenger berharap Djourou boleh beraksi esok.. Adios!!
Arsenal VS Benfica
Sementara kapten pasukan Fabregas dijangka tidak akan cukup cergas untuk perlawanan pembukaan minggu depan selepas baru sahaja menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.. Hakikat perlawanan terakhir Fabregas adalah pada bulan April menyaksikan Wenger tidak mahu mengambil tindakan terburu-buru dengan Fabregas kali ini..
Andrei Arshavin
Maroune Chamakh
Johan Djourou
Lukasz Fabianski
Emmanuel Frimpong
Carl Jenkinson
Ryo Miyaichi
Armand Traore
Ignasi Miquel
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Bacary Sagna
Alex Song
Wojciech Szczesny
Robin Van Persie
Thomas Vermaelen
Gervinho
Sebastien Squillaci
Henri Lansbury
Berikut adalah senarai pemain yang dibawa Wenger ke Portugal.. Perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 2.40 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport channel 811.. Sementara itu Wenger berharap peminat akan bersabar sedikit dengan berita tentang pemain baru.. Namun Wenger berharap minggu depan akan ada berita baik..
Arsenal Ladies 4-0 Lincoln Ladies
Arsenal Ladies bangkit daripada kekalahan perit 3-1 ke atas musuh tradisi Everton Ladies dengan kejayaan membenam Lincoln Ladies 4-0 dengan Arsenal Ladies mendominasi keseluruhan permainan dengan Ladies bernasib baik Everton berjaya menumbangkan Birmingham Ladies 3-2 pada satu lagi perlawanan untuk menyaksikan Ladies bakal mendahului liga hujung minggu ini jika mereka berjaya menang esok..
Perlawanan ini menyaksikan Jayne Ludlow kembali memakai lilitan kapten pasukan setelah sekian lama tugas tersebut diberikan kepada Katie Chapman.. Laura Harvey sekali lagi merehatkan kapten pasukan, Faye White mungkin untuk memastikan Faye bebas dari sebarang kecederaan untuk perlawanan penting esok yang bakal menentukan kejuaraan liga..
Selepas cubaan demi cubaan dilakukan Ladies berjaya dipatahkan penjaga gol Lincoln akhirnya pada minit ke-21 Ladies mendahului juga melalui tandukan Julie Fleeting yang gagal untuk dikeluarkan daripada garisan gol tepat pada masanya oleh pertahanan Lincoln..
Passing Danielle Carter yang berjaya menemui Kim Little pada minit ke-39 menyaksikan Little melakukan aksi yang boleh Atikah katakan tipikal Little dengan beliau mudah memperdayakan barisan pertahanan Lincoln dan penjaga gol mereka sebelum merembat cantik bola ke penjuru gawang untuk gol kedua Ladies..
Seminit kemudiannya crossing Katie Chapman yang terkena pertahanan Lincoln menuju tepat kepada Carter yang cukup cemerlang menghuru-harakan pertahanan Lincoln pada perlawanan tersebut.. Carter melakukan voli cantik yang menyaksikan penjaga gol Lincoln terkedu di mana Carter yang sebelum ini menjaringkan dua gol cantik semasa menentang Chelsea menyifatkan gol tersebut adalah gol terbaik sepanjang kariernya..
10 minit sebelum tamat perlawanan Kim Little sekali lagi menunjukkan skil tahap dunianya dengan beliau bijak menewaskan pertahanan Lincoln sebelum merembat daripada luar kotak penalti yang gagal dijangkau penjaga gol Lincoln untuk gol keempat Ladies dan menutup aksi dominan pasukan Arsenal Ladies..Namun perlawanan esok akan menjadi lebih sukar dan kepentingan untuk pasukan Ladies mencatatkan kemenangan memang tidak mampu dikatakan.. Ladies perlu menang ke atas pendahulu liga Birmingham esok untuk mendahului liga dengan kelebihan 1 mata dan 1 perlawanan di dalam tangan dengan hanya 4 perlawanan lagi berbaki (termasuk perlawanan esok)..
Ladies sebelum ini telah dikecewakan semasa menentang Birmingham di tempat sendiri dengan Laura Harvey pastinya berharap pemain seperti Faye White, Jayne Ludlow dan Katie Chapman mampu membantu pasukan mencatatkan kemenangan penting dengan pemain muda, Danielle Carter berharap beliau mampu sekali lagi mengegarkan jaring dan seterusnya membantu pasukan mencatatkan kemenangan.. So good luck kepada skuad Arsenal Ladies..
Arsenal Ladies 3-0 Chelsea
Namun misi Ladies tidak akan menjadi mudah memandangkan Everton terbukti sering mengecewakan skuad Arsenal Ladies dan tidak pernah memberikan kerja mudah kepada Ladies mencatatkan kemenangan.. Dengan Everton turut mencatatkan dua kemenangan sejak musim bermula semula, perlawanan ini pastinya cukup sengit.. Apa-apa good luck Ladies!!
Diaby undergoes surgery
Walau apa-apa pun sejujurnya Atikah masih tidak puas hati dengan Chamakh.. Atikah perlu akui beliau cukup bagus semasa memegang bola namun cukup teruk semasa cuba melakukan percubaan menggunakan kakinya.. Dan kadang-kadang Chamakh membuat keputusan yang bodoh di depan pintu gol semasa beliau mempunyai peluang untuk skor.. Harapnya Chamakh mampu jadi lebih baik musim depan..
Jika ada pasukan yang berkongsi mata peraturan pembezaan gol akan digunakan sebelum menggunakan peraturan siapa yang menjaringkan lebih banyak gol.. Namun jika masih sama kedua-dua pasukan akan dikira pemenang.. Dan pada kejohonanan kali ini seramai 11 pemain boleh berada di bangku simpanan namun hanya 6 pemain dibenar ditukarkan.. Dan siapa yang menerima kad merah sama ada secara langsung atau menerusi dua kad kuning, pemain tersebut akan digantung sehingga tamat kejohanan.. Adios..
Berita buruk daripada Walcott dan Henderson
Menurut Wenger lagi kecederaan tersebut adalah kecederaan lama yang di alami Walcott selepas diterjah keras Dean Whitehead bulan Februari yang lalu yang mana menyaksikan Walcott sejak itu keluar masuk dari pasukan Arsenal akibat kecederaan tersebut.. Harapnya staf perubatan Arsenal mampu memastikan Walcott cergas sepenuhnya pada permulaan musim nanti..
Henderson disahkan mengalami kecederaan lutut yang teruk.. Kecederaan yang sama dialami Emmanuel Frimpong musim lalu.. Henderson dijangka berehat sekurang-kurangnya selama 6 bulan akibat kecederaan tersebut.. Harapnya pemain berusia 19 tahun ini akan kembali pulih secepat yang mungkin dan seterusnya terus membuktikan keupayaannya..
Henderson membuat debutnya pada perlawanan ulangan menentang Leyton Orient di mana beliau beraksi selama 90 minit dan membantu pasukan menang 5-0 dengan Henderson telah menarik perhatian peminat-peminat Arsenal pada perlawanan tersebut walaupun beliau tidak menjaringkan sebarang gol ataupun mencipta sebarang peluang..
Penjaga gol berusia 20 tahun itu dibawa masuk kelab League Two itu secara pinjaman setelah Tony Roberts bersara iaitu jurulatih penjaga gol akademi Arsenal.. So semoga berjaya kepada Shea dalam tempoh pinjamannya ke kelab League Two tersebut.. Dan ini membawa maksud skuad simpanan Arsenal akan mempunyai penjaga gol nombor satu yang baru..
Ini memungkinkan peminat Arsenal untuk menyaksikan aksi penjaga gol yang pernah dipanggil skuad utama Argentina pada Jun lalu dengan lebih dekat lagi..Bekas penjaga gol Independiente yang bakal berusia 19 tahun pada September ini pastinya akan menggunakan peluang ini untuk memberikan tekanan kepada penjaga gol skuad utama..
P/S : Andrei Arshavin berharap beliau mampu menjaringkan 15 gol musim depan..
Arsenal Ladies 3-0 Liverpool
Laura Harvey membuat keputusan untuk meletakkan kapten pasukan Faye White di bangku simpanan dengan memberikan kepercayaan kepada Ciara Grant dan Gilly Flaherty di bahagian tengah pertahanan.. Jayne Ludlow yang pulih daripada kecederaan turut berada di bangku simpanan sementara Rachel Yankey, Ellen White dan Steph Houghton terus memulakan aksi di atas padang..
10 minit pertama menyaksikan Liverpool hampir-hampir mendahului hanya untuk menyaksikan tandukan Suzanne Lappin meliar.. Sejurus selepas itu Ladies bangkit dan Kim Little menewaskan 3 pertahanan hanya untuk menyaksikan rembatannya sedikit tersasar.. Kim Little selepas itu melorongkan bola kepada Rachel Yankey hanya untuk menyaksikan rembatan Yankey diselamatkan penjaga gol Liverpool yang tengah on form..
Namun pada minit ke-35 Danielle Gibbons tewas juga.. Gibbons gagal menangkap kemas tendangan padu Little dan bola terus ke kaki Julie Fleeting.. Penyerang prolifik Arsenal itu tidak mensia-siakan sebarang peluang untuk memastikan pasukan mendahului 1-0 pada babak pertama perlawanan..
Pada minit ke-60 selepas pemain terbaik perlawanan, Jordan Nobbs menghuru-harakan pertahanan Liverpool, rembatan Yankey yang terkena pertahanan Liverpool berjaya menewaskan penjaga gol Liverpool untuk memberikan pendahuluan 2-0 kepada Arsenal dengan 3 mata semakin hampir milik Ladies..
Ellen White yang menjaringkan gol pertama di Piala Dunia dilihat cukup tidak bertuah pada perlawanan ini selepas tandukannya berjaya diselamatkan penjaga gol selepas menerima hantaran cantik daripada Jayne Ludlow.. Namun White dan Little bekerjasama untuk gol ketiga pasukan..
Hasil hantaran satu dua bersama Ellen White, Kim Little mudah menewaskan Daniella Gibbons dalam pertarungan one on one.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 3-0 Liverpool.. Kemenangan Birmingham pada satu lagi perlawanan menyaksikan Ladies masih ketinggalan 4 mata di belakang Birmingham dengan Ladies bermain kurang 1 perlawanan berbanding Birmingham..
Esok bakal menyaksikan pertarungan derby London di antara Arsenal Ladies dan Chelsea Ladies.. Pada perlawanan terdahulu Ladies menang tipis 1-0 hasil daripada jaringan Gilly Flaherty.. Ladies perlu menang perlawanan ini untuk terus memberikan tekanan kepada Birmingham dan nasib baik kepada Ladies perlawanan ini akan berlangsung di tempat sendiri..
So tahniah kepada skuad Arsenal Ladies dan good luck untuk perlawanan esok.. Di sini Atikah postkan highlights video Arsenal Ladies vs Liverpool.. Anda patut tengok terutama sekali kelincahan Kim Little yang bagi Atikah merupakan Cesc Fabregas Arsenal Ladies.. Memang cukup mengkagumkan melihat kehebatan pemain Scotland berusia 21 tahun itu.. Adios..
P/S : Chelsea mempunyai 4 bekas pemain Arsenal Ladies.. Iaitu penyerang Helen Lander, pemain tengah Lara Fay, pertahanan Leanne Champs dan penjaga gol, Sarah Quantrill..
Jay Emmanuel-Thomas ke Ipswich Town
Arsenal FC dan Ipswich Town masing-masing telah mengesahkan perjanjian bernilai 1 juta pound telah pun di capai untuk khidmat Emmanuel-Thomas atau lebih dikenali sebagai JET dikalangan peminat The Gunners.. Menurut spy Atikah pemergian JET adalah disebabkan masalah disiplin dan attitudenya.. Namun ianya hanyalah khabar angin.. Entah benar ataupun tidak..
JET disebut-sebut sebagai penyerang prolifik Arsenal pada masa akan datang namun hanya mampu membuat 5 pernampilan sahaja bersama Arsenal dengan 4 daripadanya daripada bangku simpanan.. Dan JET gagal untuk menjaringkan sebarang gol namun persembahannya sudah cukup memikat Gooners..
Perpindahan secara pinjaman JET ke Cardiff City bersama-sama Aaron Ramsey musim lepas berakhir dengan sedikit kegagalan selepas beliau hanya beraksi 9 perlawanan dan hanya menjaringkan 2 gol sementara Ramsey menunjukkan belangnya di bekas kelabnya itu sebelum pulang semula ke Arsenal dan muncul hero semasa menentang Manchester United..
"Obviously it came to the stage in my career at Arsenal where I needed to be playing games.. I had a decision to make and Ipswich seemed the right place for me.. I had a good time at Arsenal and I'm going to miss all the boys but my future is about me and I needed to move on.. I was impressed with what Paul Jewell had to say - and the team he is building.. I know he is looking to bring in more players and it is the club's ambition to get in the Premier League.. That's my goal as well, to play in the Premier League with Ipswich.."
Itulah kenyataan yang dikeluarkan Jay Emmanuel-Thomas selepas disahkan sebagai pemain Ipswich Town.. Walau apa-apa pun semoga berjaya kepada JET.. Patutlah Arsene Wenger bawak Benik Afobe ke Jerman berbanding Jay Emmanuel-Thomas.. Hmm.. Well seorang pergi muncul seorang lagi prospek kan??
Sementara itu muncul khabar angin yang Arsenal akan kehilangan seorang lagi pemain iaitu Emmanuel Eboue.. Dilaporkan Arsenal dan Besiktas (sebenarnya Galatasary.. Sorry) telah mempersetujui nilai perpindahan sebanyak 4 juta pound untuk Eboue.. Buat masa ini Atikah tidak akan merasmikan ataupun menafikan berita ini.. Selagi Arsenal FC tidak mengesahkannya Atikah tegaskan sekali lagi yang ini hanyalah khabar angin..
Namun jika benarlah Eboue akan meninggalkan Arsenal Atikah yakin sebahagian besar peminat Arsenal akan merindui pemain versatil ini.. Namun jika Eboue pergi ini membawa maksud yang Carl Jenkinson akan menjadi back up Bacary Sagna.. Dan selepas menyaksikan aksinya dengan dekat tempoh hari Atikah yakin beliau lebih daripada bagus untuk menjadi back up Sagna..
Namun pemergian Eboue pastinya dirindui.. Keazamannya untuk meningkat selepas diboo peminat sendiri patut dicontohi kesemua pemain Arsenal.. Eboue bukan sahaja membuatkan rakan-rakan sepasukannya ketawa namun juga peminat-peminat setia Arsenal.. Harapnya ianya hanyalah rumors.. Tidak lebih daripada itu.. Adios..
Gervinho complete Arsenal move
Denilson berkemungkinan besar tidak akan ke Jerman selepas Arsene Wenger mengesahkan Denilson akan dipinjamkan ke Brazil selama semusim.. Denilson yang menyifatkan perpindahannya itu akan membuatkannya sedih kerana akan meninggalkan Arsenal dijangka akan meninggalkan Arsenal secara pinjaman tidak lama lagi dengan Sao Paulo dijangka menjadi destinasi Denilson.. Sebaik sahaja Arsenal mengesahkannya Atikah akan beritahu..
So welcome to the Gunners Gervinho.. Harapnya selepas ini Wenger membawa masuk satu atau dua pemain lagi.. Setakat ini Atikah gembira dengan pengambilan Carl Jenkinson dan sudah semestinya Gervinho.. So selepas ini Gary Cahill ataupun Christopher Samba?? Walau sesiapa pun pastikan mereka bagus untuk Arsenal.. Dan jangan lupa seorang yang bernama besar.. Adios!!
Review : Arsenal Ladies first half of the season
Musim panas menyaksikan Vic Akers selaku General Manager Arsenal Ladies membawa masuk 3 pemain berbakat muda England diketuai oleh bekas pelatih Arsenal Ladies sendiri iaitu Ellen White yang berkelana ke Leeds untuk mengisi posisi yang ditinggalkan lagenda Ladies, Kelly Smith di bahagian serangan.. Steph Houghton di bawa masuk untuk mengisi kekosongan di bek kanan Arsenal selepas pemergian Alex Scott.. Walaupun secara hakikatnya Houghton telah menjadi sasaran Akers sejak 3 musim yang lalu..
Sementara Jordan Nobbs di bawa masuk mungkin untuk mengisi kekosongan Katie Chapman sebelum Katie mengumumkan kepulangannya semula ke Arsenal Ladies sebaik sahaja kontraknya bersama Chicago Red Stars tamat.. Selain itu Ladies membuat keputusan untuk membenarkan beberapa bekas tonggak ataupun back up tonggak pemain utama mereka yang berprofil tinggi untuk berhijrah..
Ianya diketuai oleh kapten Bristol Academy sekarang ini, Corrine Yorston, penyerang, Gemma Davison (yang melakukan pernampilan terakhirnya pada bulan November semasa kemenangan 4-1 Arsenal Ladies ke atas Rayo Vallecano) dan Helen Lander.. Dua pemain skuad simpanan dan separuh utama iaitu penjaga gol nombor 3, Sarah Quantrill dan penyerang muda Ruesha Littlejohn turut dibenarkan berpindah sebelum bermulanya musim baru yang akan lebih mencabar dari sebelum ini..
Permulaan Women Super League format baru ini hanya akan disepak mula pada bulan April dengan Ladies turut perlu mara ke final Piala FA untuk menempah tiket ke Women's Champions League musim depan berbanding sebelumnya perlu berada di top 2 di dalam kedudukan liga.. Namun malang buat skuad Ladies kerana jadual Champions League bermula seperti kebiasaannya iaitu pada bulan September untuk Round of 32..
Ini menyaksikan Ladies menentang ZFK Masinac semasa mereka sedang bercuti dengan ini memaksa pasukan melakukan beberapa perlawanan persahabatan untuk memastikan tahap kecergasan pemain.. Ladies mula agak goyah apabila hanya mampu mencatatkan kemenangan 3-1 di Serbia.. Seminggu kemudiannya Ladies menunjukkan mengapa mereka pernah memenangi kejohanan Eropah pada tahun 2007 selepas membelasah ZFK Masinac di tempat sendiri 9-0.. Ladies mara ke peringkat kalah mati dengan agregat 12-1..
Peringkat kalah mati menyaksikan Ladies akan ke Sepanyol untuk menentang Rayo Vallecano.. Dengan hanya mengharapkan perlawanan persahabatan untuk kekal cergas jelas sekali ianya mengundang padah kepada Ladies apabila mereka tewas 2-0 di tangan Rayo di Madrid.. Namun seminggu kemudiannya Ladies melakukan come back terbaik dalam sejarah di hadapan peminat sendiri dengan menundukkan Rayo 4-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 4-3..
Bulan Mac menyaksikan Arsenal Ladies akan melalui kempen Piala FA dengan misi mencari tiket ke final untuk bukan sahaja memperoleh tempat ke Champions League musim depan namun juga untuk membalas dendam kekalahan pentas akhir mereka ke atas Everton musim lepas.. Namun Ladies berpeluang membalas dendam ke atas Everton di perinkat kalah mati dan mereka melakukannya dengan kemenangan 2-0..
Pada bulan tersebut juga menyaksikan Arsenal Ladies menentang wakil Sweden Linkoping pada peringkat suku akhir Champions League.. Selepas hanya mampu seri 1-1 di Boreham Wood, skuad Arsenal Ladies hanya cukup bertuah untuk mara ke separuh akhir selepas mengikat Linkoping 2-2 di tempat lawan untuk mara dengan kelebihan jaringan di tempat lawan..
Arsenal Ladies meneruskan ketidak tentuan prestasi mereka semasa peringkat suku akhir Piala FA yang menyaksikan Ladies bangkit untuk menang 3-2 ke atas Sunderland di masa tambahan untuk seterusnya menempah tiket ke separuh akhir Piala FA.. April menjadi lebih sukar kepada skuad Arsenal Ladies yang akan menentang finalis Champions League musim lepas iaitu Lyon..
Perlawanan pertama di tempat lawan menyaksikan Ladies tewas 2-0.. Beberapa hari selepas itu Ladies memulakan sepak mula FA WSL dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Chelsea di tempat lawan.. Namun selang 3 hari selepas itu Ladies menangis kekecewaan selepas tewas tipis 3-2 kepada Lyon pada perlawanan kedua di tempat sendiri yang menyaksikan impian mereka untuk menjulang UEFA Women's Champions League di final yang akan berlangsung di Craven Cottage musnah atas kekalahan 5-3 secara agregat..
Ladies yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kekecewaan tumpas di separuh akhir Champions League hanya mampu mencatatkan kemenangan 1-0 di tempat sendiri ke atas Bristol Academy.. Namun 3 hari kemudiannya menyaksikan Ladies mara bergaya ke final Piala FA selepas membelasah Barnet 5-0 di separuh akhir.. Ini menyaksikan Ladies layak ke Champions League musim hadapan dan mampu untuk bangkit dari kekecewaan musim ini di pentas Eropah..
Namun 4 hari selepas itu Ladies tewas 2-1 ke atas Birmingham City semasa mereka mampu untuk menakluki carta liga dengan kemenangan.. Namun Ladies bangkit dan terus memberi tekanan kepada Birmingham dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Lincoln City dan 3-0 ke atas Doncaster Rovers sebelum diikat 2-2 dengan Bristol Academy..
Final Piala FA menandakan berakhirnya separuh musim pertama kempen musim baru dengan Ladies bersiap sedia untuk menentang Bristol yang 2 minggu sebelum itu mengikat mereka 2-2 di dalam saingan liga.. Namun misi Ladies untuk membalas dendam kekecewaan mereka di final Piala FA musim lalu menyaksikan Bristol tidak akan mempunyai misi mudah untuk melakukan kejutan..
Dan ianya terbukti dengan kemenangan selesa 2-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy dengan Ladies menunjukkan mengapa mereka masih lagi menjadi pasukan England paling berjaya dan paling digeruni.. Inilah cara terbaik untuk menamatkan separuh musim pertama kempen.. Tiada lagi cara yang baik.. Yeah mungkin dengan kejayaan di final Champions League namun disebabkan mereka gagal untuk mara ke pentas final ini sajalah cara terbaik untuk menamatkannya..
Separuh musim pertama menyaksikan penolong kapten pasukan Jayne Ludlow terlepas hampir kesemua perlawanan akibat kecederaan Achilles dengan kali terakhir aksinya bersama skuad Arsenal Ladies adalah pada perlawanan menentang Rayo Vallecano di Madrid yang menyaksikan Ladies tewas 2-0 semasa diketuai Ludlow.. Ludluow dijangka kembali pulih semasa separuh musim kedua..
Kapten pasukan Faye White juga mempunyai masalah kecederaan sepanjang musim baru ini selepas beliau mengalami kecederaan lutut yang teruk pada bulan April semasa kemenangan 1-0 Arsenal Ladies ke atas Bristol Academy.. Ini menyaksikan Ladies kehilangan khidmat kapten pasukan mereka dan Faye turut hanya mampu melihat Katie Chapman menjulang Piala FA berbanding beliau.. Faye akan kembali mempimpin Ladies sebaik musim kedua bermula selepas berjaya pulih dari kecederaan sebelum bermulanya Piala Dunia tempoh hari..
Sementara itu Ellen White, Steph Houghton dan Jordan Nobbs berjaya menjadi tonggak utama pasukan dengan Ellen terutamanya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelly Smith dengan dalam semua kejohanan setakat ini, Ellen telah menyumbat 12 gol untuk menjadi penjaring terbanyak Ladies setakat ini..
Nobbs turut memberikan petunjuk beliau cukup berbakat dengan 2 gol sumbangannya setakat ini sementara Houghton kebal di bek kanan Arsenal.. Namun kembalinya Katie Chapman telah menyaksikan Ladies kembali mendapat semula kepingan jigsaw yang hilang semasa perpindahan Katie ke United States..
Sejak kembali menyarung jersi Arsenal pada bulan November, Katie telah menjaringkan 3 gol dengan 2 gol daripadanya merupakan gol penting semasa Ladies mara hingga ke peringkat separuh akhir Champions League.. Kecederaan yang menimpa Faye White dan Jayne Ludlow menyaksikan Katie Chapman mengetuai Arsenal menjulang kejuaraan Piala FA..
Disebalik kemunculan nama-nama baru seperti Ellen, Nobbs dan Houghton di bilik persalinan Arsenal, Kim Little masih lagi menjadi pemain terbaik Arsenal Ladies dengan paling tidak akan dilupakan ialah aksinya di final Piala FA.. Rachel Yankey dan Julie Fleeting khususnya memberitahu kehadiran Nobbs, White dan Houghton langsung tidak menjejaskan mereka..
So good luck kepada skuad Arsenal Ladies pada separuh musim kedua.. Harapnya Ladies berjaya memintas Birmingham Ladies di puncak liga untuk seterusnya menakluk bola sepak wanita England sekali lagi..
Arsenal Ladies back in action
Sumbangan keempat-empat mereka teramat-amat penting disamping Kim Little dan bekas pemain skuad England, Katie Chapman untuk memberi tekanan kepada Birmingham Ladies yang kini mendahului liga 4 mata di hadapan Arsenal dengan Arsenal Ladies mempunyai satu perlawanan di dalam tangan dan satu perlawanan menentang mereka.. So good luck Ladies and cannot wait for the game!!
P/S : Piala dunia wanita akan tamat pada awal pagi hari Isnin di mana USA akan menentang Jepun di peringkat akhir..
Subscribe to:
Posts (Atom)