Team News

Arsene Wenger telah memberikan berita baik daripada Mikel Arteta yang terpaksa diusung padang semasa menentang Liverpool minggu lepas akibat dilanggar dari belakang oleh Jordan Henderson.. Arteta disahkan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang Newcastle hari Isnin ini selepas kecederaannya disahkan tidak teruk walaupun beliau diusung padang dan diberikan bantuan pernafasan..

Aaron Ramsey yang telah diketepikan hampir 3 minggu akibat kecederaan buku lali yang dialaminya semasa menentang Sunderland disahkan kembali untuk merebut tempatnya daripada on form Tomas Rosicky.. Theo Walcott disahkan akan terus mengisi posisi sayap kanan selepas kecederaan yang di alaminya semasa menentang AC Milan tidaklah serius..

Namun terdapat sedikit keraguan di posisi bek kiri selepas Kieran Gibbs mengalami kecederaan dan Gibbs berada di dalam keraguan untuk beraksi menentang Newcastle hari Isnin ini.. Wenger mengakui Andre Santos mungkin akan kembali mengisi posisi bek kiri jika Gibbs gagal pulih sepenuhnya.. Namun Wenger hanya akan membuat keputusan pada saat akhir memandangkan Santos baru sahaja kembali menjalani latihan penuh..

Yossi Benayoun yang terlepas perlawanan menentang AC Milan akibat kecederaan berada di dalam keraguan untuk kembali pada perlawanan menentang Newcastle.. Adios..
Read More

Good News and Bad News

Thierry Henry yang telah pulang ke United States pastinya meninggalkan ruang di dalam pasukan Arsenal.. Namun Gervinho yang kembali menyertai pasukan selepas mewakili Ivory Coast di Piala Negara Afrika pastinya tiada masalah untuk mengisi ruang yang ditinggalkan Kind Henry.. Arsene Wenger mengesahkan Gervinho telah kembali dan dilihat tiada masalah untuk kembali diturunkan semasa menentang Sunderland di pusingan ke-5 Piala FA..

Menambahkan lagi berita baik, Carl Jenkinson telah kembali menjalani latihan penuh dan Jenkinson dilihat tiada masalah untuk kembali semula sebagai pemangku Bacary Sagna di bek kanan Arsenal tidak lama lagi..

Namun berita buruk diterima daripada Laurent Koscielny yang mengalami kecederaan lutut semasa menentang AC Milan.. Berita baiknya imbasan menunjukkan kecederaan yang di alami Koscielny tidak teruk dan Koscielny dijangka bersedia untuk kembali minggu depan.. Ini bermakna Thomas Vermaelen akan bergandingan dengan Johan Djourou pada perlawanan menentang Sunderland..

Namun berita lebih buruk diterima daripada pembelian musim panas Wenger iaitu Per Mertesacker yang berkemungkinan terlepas baki musim selepas Wenger mengesahkan Mertesacker menjalani pembinaan semula ligamen buku lali kanannya dan bakal diketepikan untuk satu tempoh yang lama.. Adios..
Read More

Latest Team News

Arsenal yang bersiap sedia untuk menentang AC Milan pada awal pagi Khamis ini terpaksa terbang ke Itali tanpa kelibat pertahanan tinggi lampai, Per Mertesacker yang mengalami kecederaan buku lali.. Mertesacker yang tiba-tiba jatuh semasa mengawal bola semasa menentang Sunderland tempoh hari kini berada di negara kelahirannya, Jerman..

Selepas kecederaan tersebut, Mertesacker terus pulang ke Jerman untuk menjalani pemeriksaan sebelum pulang semula ke London untuk menjalani imbasan.. Namun imbasan tidak memberikan sebarang berita gembira untuk kem Arsenal dan Mertesacker kini pulang semula ke Jerman untuk berjumpa pakar sebelum sebarang keputusan di ambil..

Menurut beberapa laporan Mertesacker kini akan dirawat oleh staf perubatan skuad kebangsaan Jerman.. Namun Mertesacker yang tweet gambar buku lalinya yang bengkak teruk dilihat bakal berehat untuk satu tempoh yang lama jika Mertesacker perlu menjalani pembedahan.. Harap-harapnya ianya tidaklah terlalu teruk dan get well soon Mertesacker!!

Jack Wilshere yang berada di dalam keraguan untuk kembali semula pada baki musim ini disahkan peluangnya masih cerah selepas Wilshere kembali menjalani proses pemulihan daripada kecederaan buku lalinya selepas beberapa kali tertangguh akibat masalah demi masalah yang melanda.. Ini menyaksikan Wenger bertegas untuk bersabar dengan Wilshere berbanding cuba mendesak Wilshere untuk kembali secepat yang mungkin..

Dengan kecederaan yang melanda Per Mertesacker, ini telah menyaksikan Wenger akan membuat keputusan sama ada bakal menurunkan Kieran Gibbs di posisi bek kiri ataupun Francis Coquelin selepas Wenger menegaskan Thomas Vermaelen akan bergandingan dengan Laurent Koscielny pada perlawanan menentang Milan..

Wenger menegaskan Gibbs sudah bersedia secara fizikal dan mental namun Wenger bakal membuat keputusan nanti sama ada mahu menurunkan Gibbs dalam kesebelasan utama ataupun tidak memandangkan kali terakhir Gibbs beraksi adalah pada bulan Oktober dan Gibbs juga tidak beraksi semasa skuad simpanan Arsenal menewaskan Wolves 3-0 semalam untuk persediannya kepulangannya di posisi bek kiri..

Gandingan Koscielny dan Vermaelen akan dipertaruhkan Wenger pada awal pagi Khamis ini dengan Vermaelen mengakui beliau gembira untuk kembali semula ke posisi kegemarannya selepas mendedahkan kekecewaannya dengan prestasinya semasa menjadi bek kiri bidan terjun Arsenal akibat kecederaan yang melanda Gibbs, Andre Santos dan malahan Francis Coquelin..

Di sini Atikah akan menyenaraikan pemain-pemain yang terbang ke Milan.. Untuk posisi penjaga gol, seperti kebiasaannyaWojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski di senaraikan dengan Szczesny akan meneruskan tugasnya mengawal gawang Arsenal sementara Fabianski akan memanaskan bangku simpanan..

Untuk posisi pertahanan akan diketuai oleh Verminator dan Koscielny.. Wenger turut membawa bek kanan, Bacary Sagna, bek kiri, Kieran Gibbs sementara Johan Djourou akan memanaskan bangku simpanan dengan pemain serba boleh, Francis Coquelin turut dibawa Wenger..

Di bahagian tengah Wenger membawa Aaron Ramsey, Tomas Rosicky, Mikel Arteta, Alex Song sambil ditemani pemain sayap Theo Walcott, Andrei Arshavin, Yossi Benayoun dan Alex Oxlade-Chamberlain..

Di posisi penyerang, Wenger hanya membawa dua penyerang iaitu kapten pasukan, Robin Van Persie dan lagenda, Thierry Henry yang akan beraksi perlawanan terakhirnya untuk Arsenal pada awal pagi Khamis ini dengan Maroune Chamakh dan Park Chu Young masing-masing ditinggalkan di London..

Arsenal yang menjalani latihan di London Colney sebelum terbang ke Milan telah menerima lawatan oleh Mr. Arsenal iaitu Tony Adams yang berada di padang latihan sambil ditemani oleh pengurus skuad bawah 18 tahun Arsenal, Steve Bould sebelum kemudiannya berjumpa kawan lamanya tidak lain tidak bukan iaitu King Henry..
Read More

Team News : Gibbs, Chamakh, Jenkinson & Frimpong

Arsenal telah menerima semula kepulangan Marouane Chamakh yang pulang daripada tugas antarabangsanya bersama Morocco yang menyaksikan Chamakh beraksi 2 perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol dan turut mengalami kecederaan yang mengetepikannya dari perlawanan menentang Gabon pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.. Ini membawa maksud Chamakh yang sudah pun match fit akan berada dalam pasukan namun Wenger mengesahkan masih belum membuat keputusan sama ada Chamakh akan berada di dalam pasukan semasa menentang Sunderland..

Wenger turut mengakui beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada bakal menurunkan Kieran Gibbs semasa menentang Sunderland.. Gibbs yang masih belum match fit sepenuhnya sebelum ini di jangka akan beraksi bersama skuad simpanan terlebih dahulu pada hari Isnin ini menentang Wolverhamptom Wanderers.. Namun Wenger bakal membuat keputusan esok sebelum perlawanan..

Seperti yang Atikah laporkan sebelum ini, Wenger telah mengesahkan Carl Jenkinson telah pun mula berlari dengan Wenger mengesahkan Jenkinson tidak jauh daripada kembali menjalani latihan penuh.. Dengan Wenger menjangkakan Jenkinson akan kembali menjalani latihan penuh dalam tempoh 2 minggu lagi..

Andre Santos yang sebelum ini menjalani pembedahan di Brazil dan berehat di kampung halamannya dilihat telah kembali ke London Colney dengan beliau dilihat bersiap sedia untuk proses pemulihannya dengan staf perubatan Arsenal.. Namun Wenger tidak memberikan sebarang berita tentang Santos..

Emmanuel Frimpong yang dipapah keluar dari padang semasa menentang QPR telah selamat menjalani pembedahan di lutut kanannya selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) semasa challenge bola 50-50 dengan kapten QPR, Joey Barton.. Wenger mengesahkan Frimpong akan kembali semula pada musim luruh nanti iaitu Oktober 2012.. Adios!!
Read More

Team News

Arsene Wenger telah mengesahkan satu-satunya pemain yang berada di dalam keraguan untuk diturunkan pada perlawanan malam ini ialah Alex Oxlade-Chamberlain yang mengalami kecederaan lutut.. Namun ianya bukannya sesuatu yang serius dan jika tiada sebarang masalah Chamberlain dilihat bakal diturunkan pada perlawanan malam ini..

Sementara itu Kieran Gibbs disahkan tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Blackburn malam ini dengan Thomas Vermaelen akan mengisi bek kiri selepas Wenger menegaskan Gibbs perlukan perlawanan dengan skuad simpanan terlebih dahulu memandangkan Gibbs tidak beraksi sejak bulan Oktober..

Carl Jenkinson pula dilihat telah mula menjalani latihan bersama-sama dengan jurulatih kecergasan Arsenal, Marcs Svensson.. Ini satu lagi berita yang mengembirakan dengan full back Arsenal semakin kembali semula ke pangkuan pasukan selepas satu tempoh yang lama Arsenal beraksi tanpa full back sebenar..

Arsene Wenger telah mengesahkan yang beliau memikirkan untuk merehatkan kapten pasukan, Robin Van Persie pada perlawanan menentang Blackburn malam ini memandangkan jika RVP beraksi pada perlawanan malam ini, ini bakal menjadi perlawanan ketiganya dalam satu minggu.. Dan Wenger turut mengakui beberapa pemain lain juga mungkin bakal direhatkan..

Arsene Wenger telah mengesahkan kepulangan semula Marouane Chamakh dari Piala Negara Afrika namun menegaskan tidak akan menurunkan Chamakh jika Van Persie direhatkan dengan Theo Walcott berkemungkinan akan melihat impiannya tercapai apabila Wenger mengakui beliau memikirkan untuk meletakkan TW14 di posisi serangan tengah walaupun turut mempunyai opsyen menurunkan Park Ju Young ataupun Theirry Henry.. Adios
Read More

Welcome to Arsenal Thomas Eisfeld

\
Selepas mendapatkan khidmat Thierry Henry secara pinjaman 2 bulan pada pintu perpindahan Januari, Arsene Wenger mengesahkan khidmat pemain tengah menyerang berusia 19 tahun, Thomas Eisfeld menjadi rekrut terakhirnya pada hari terakhir jendela pintu perpindahan.. Eisfeld mungkin bukan pilihan yang mampu mengembirakan fans Arsenal namun inilah Wenger tipikal signing..

Skuad peninjau Arsenal telah memerhatikan aksi Eisfeld di Borrusia Dortmund dengan lebih dekat musim ini dengan Eisfeld telah memastikan aksi beliau mengkagumkan skuad peninjau Arsenal dengan 6 gol dan 6 bantuan gol daripada hanya 12 perlawanannya untuk skuad bawah 19 tahun Borrusia Dortmund..

Arsenal yang bersetuju dengan pampasan bernilai 600 ribu pound untuk mendapatkan khidmat Eisfeld yang akan tamat kontraknya pada penghujung musim ini dengan Wenger menyifatkan ianya akan memberikan Eisfeld masa untuk membiasakan dirinya di Arsenal dengan ini dilihat sebagai petunjuk kemasukan Eisfeld bukan sekadar hanya untuk bermain untuk skuad simpanan Arsenal untuk beberapa musim..

Eisfeld yang menandatangani kontrak jangka masa panjang dengan Arsenal terpaksa melalui ujian kecergasan ketat yang dilakukan pasukan perubatan Arsenal memandangkan Eisfeld pernah koyak ligamen lututnya pada 2009.. Namun Eisfeld yang pernah menjadi kapten pasukan Jerman bawah 15 tahun telah berjaya melepasinya untuk memastikan beliau menjadi milik Arsenal..

Eisfeld yang tidak pernah berjaya muncul untuk skuad utama Borrusia Dortmund berkata selepas perpindahannya, "Saya berasa amat bangga telah ditandatangani untuk Arsenal. Ini adalah kelab yang hebat, dengan ramai pemain yang hebat, dan saya amat gembira untuk menyertai Arsenal."

"
Ia merupakan satu penghormatan sebenar untuk menjadi rakan sepasukan dengan pemain-pemain hebat di Arsenal, dan juga latihan setiap hari dengan pemain seperti Tomas Rosicky -. Yang saya menonton permainannya di Dortmund sejak kecil. Saya akan memberikan segalanya yang saya ada di sini dan melakukan yang terbaik untuk membuat pengurus, pemain dan peminat gembira."

Eisfeld yang telah pun turun berlatih bersama rakan-rakan sepasukan barunya jelas sekali cukup dikagumi Arsene Wenger yang berkata, "
Thomas adalah seorang pemain yang kami suka untuk beberapa lama. Kami telah memerhatikannya secara rapat musim ini, di mana beliau telah cemerlang untuk pasukan belia Dortmund."

"
Dia masih muda tetapi telah membuktikan kepada kami bahawa beliau boleh main, bahawa dia mempunyai sikap dan keupayaan teknikal untuk menjadi tambahan yang berharga untuk skuad kami. Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan beliau kepada kelab dan menantikan sumbangan beliau dalam musim yang mendatang."

Wenger turut menambah, "Beliau adalah seorang prospek yang muda dengan bakat bola sepak yang baik.. Beliau mempunyai bahan-bahan yang baik yang boleh membenarkan beliau untuk mengintegrasikan ke dalam kualiti pasukan kami - asas teknik, pergerakan yang baik dan kemahiran. Kami percaya bahawa dia mempunyai peluang untuk mengembang di sini.."

"
Berapa banyakkah aksi pasukan utama bergantung kepada beliau.Pada asasnya, kami merancang untuk mendapatkan dia pada akhir musim ini tetapi kami mendapat sedikit lebih awal kerana dia berada di akhir kontrak. Kami akan menggunakan tempoh ini untuk penyesuaian."

Harapnya Thomas Eisfeld akan menjadi prospek masa hadapan Arsenal dan Atikah tidak sabar menantikan aksinya untuk skuad utama.. Harapnya beliau akan mengegarkan skuad simpanan Arsenal dan seterusnya mengegarkan skuad utama Arsenal dan menjadi pengganti jangka masa panjang Tomas Rosicky.. Adios..
Read More

Good news from Kieran Gibbs

Arsene Wenger akhirnya boleh menarik nafas lega selepas dua beknya bersedia untuk diturunkan tidak lama lagi.. Kieran Gibbs kembali menjalani latihan penuh selepas dua kali menjalani pembedahan namun Gibbs dijangka memerlukan 1 hingga 2 minggu latihan penuh lagi sebelum kembali bersedia untuk diturunkan sementara Wenger akan memikirkan kemungkinan menurunkan Sagna pada perlawanan menentang Bolton memandangkan Sagna masih belum match fit lagi..

Johan Djourou juga telah kembali menjalani latihan semula selepas mengalami kecederaan hamstring semasa menentang Manchester United tempoh hari.. Thierry Henry dan Mikel Arteta pula bersedia sepenuhnya untuk beraksi menentang Bolton awal pagi Khamis ini dan Wenger turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan terbaru melanda kem Arsenal namun Wenger akan memantau perkembangan pemain-pemainnya selepas perlawanan yang agak fizikal menentang Aston Villa tempoh hari..

Sementara itu Ryo Miyaichi sempat menjalani latihan bersama skuad utama Arsenal sebelum pergi ke Bolton selepas Arsene Wenger bersetuju melepaskan Miyaichi menyertai Bolton Wanderers secara pinjaman sehingga penghujung musim ini.. Miyaichi tidak akan membuat debutnya pada perlawanan menentang Arsenal awal pagi Khamis ini.. Adios..
Read More

Bad news from Jack Wilshere

Semalam telah menyaksikan Bacary Sagna kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan dan ini sudah semestinya bukan sahaja mengembirakan Arsene Wenger yang sebelum ini terpaksa menurunkan bek kanan bidan terjun namun pastinya turut mengembirakan fans Arsenal..

Mikel Arteta dan Thierry Henry yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan betis turut diakui Wenger semakin hampir untuk kembali menjalani latihan penuh.. Kieran Gibbs pula diakui Wenger akan kembali menjalani latihan penuh semula pada hari Isnin ini.. Ini bermakna Thomas Vermaelen akan terus mengisi posisi bek kiri pada perlawanan Piala FA hari Ahad ini..

Johan Djourou pula dijangka terlepas perlawanan Piala FA menentang Aston Villa selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.. Ini bakal menyaksikan Nico Yennaris ataupun Francis Coquelin yang kembali semula selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan bakal mengisi posisi bek kanan ataupun Wenger akan meletakkan Coquelin di bek kiri dan Laurent Koscielny di bek kanan dengan Vermaelen bergandingan dengan Per Mertesacker di bahagian tengah pertahanan Arsenal..

Lukasz Fabianski pula dijangka memanaskan semula bangku simpanan ataupun mengambil alih tugas mengawal gawang dari Wojciech Szczesny selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang di alaminya bulan lepas dan telah membuat penampilan bersama skuad simpanan pada 24 Januari tempoh hari semasa mereka tewas 1-0 ke atas Fulham di mana Fabianski telah menampilkan aksi yang agak cemerlang..

Disebalik kepulangan semula Fabianski, Arteta, Henry, Coquelin, Gibbs dan Sagna yang menyaksikan Wenger mula-mula berkira-kira untuk menurunkan mereka pada perlawanan menentang Aston Villa pada hujung minggu ini ataupun perlawanan menentang Bolton minggu depan terdapat berita yang tidak akan disenangi peminat mahupun Wenger, pemain dan staf perubatan Arsenal sendiri..

Terdapat satu lagi setback kepada proses pemulihan Jack Wilshere di mana Wilshere terpaksa berjumpa pakar sekali lagi untuk menentukan sampai beliau terpaksa menangguhkan proses pemulihannya.. Ini pastinya berita terakhir yang mahu diterima peminat Arsenal dan di kem Arsenal sendiri.. Adios
Read More

Team news

Masalah di bahagian pertahanan pastinya mahu diperbaiki Arsene Wenger untuk mengelak berulangnya sekali lagi kekalahan 8-2 di Emirates Stadium pada hari Ahad ini.. Namun Thomas Vermaelen dilihat masih gagal untuk pulih daripada kecederaan betisnya dan Wenger yang masih mengharapkan kejutan daripada Verminator akan menyaksikan Vermaelen dengan lebih dekat dan mungkin Vermaelen bakal menjalani ujian sebelum sebarang keputusan dibuat..

Ketiadaan Mikel Arteta semasa kekalahan kepada Swansea tempoh hari dilaporkan menjadi punca kekalahan tersebut dan pastinya fans Arsenal berharap Arteta sempat pulih daripada kecederaan betis yang di alaminya.. Namun Wenger telah menolak peluang pemain Sepanyol tersebut untuk beraksi menentang MU dengan Arteta mungkin hanya akan kembali semasa menentang Aston Villa di Piala FA minggu depan..

Sementara itu Thierry Henry akan menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum disenaraikan pada perlawanan menentang Manchester United selama mengalami kecederaan betis.. Atikah harap Henry mampu untuk disenaraikan pada perlawanan ini kerana pengaruh Henry cukup penting dan beliau masih lagi tajam dalam 2 perlawanannya untuk Arsenal setakat ini..

Proses pemulihan Jack Wilshere yang dilihat sedikit terganggu selepas berlakunya keradangan di tulangnya dan telah kembali berlari semula.. Namun Wilshere masih beberapa minggu lagi daripada kepulangan semula bersama skuad Arsenal.. Sementara itu Bacary Sagna dan Kieran Gibbs dilaporkan Wenger hanya 2 dan 3 minggu lagi daripada kembali semula beraksi..

Francis Coquelin disahkan akan terlepas perlawanan ini selepas masih belum menjalani latihan penuh.. Namun Coquelin dijangka kembali semula pada perlawanan menentang Aston Villa.. Carl Jenkinson pula telah kembali berlari selepas kecederaan belakang yang dialaminya telah membantutkan perkembangannya di Arsenal.. Jenkinson seperti Wilshere beberapa minggu lagi daripada kembali beraksi..

Andre Santos menjalani proses pemulihan daripada pembedahan buku lali dengan lancar sekali dan masih mengikut jadual dengan Santos dijangka 2 bulan lagi sebelum kembali.. Hanya Lukasz Fabianski sahaja yang disahkan Wenger kembali cergas dan dijangka mengambil semula tempatnya di bangku simpanan daripada Manuel Almunia..

Arsene Wenger telah sekali lagi menolak kemungkinan menjual Andrei Arshavin apabila menyifatkan dengan masalah kecederaan yang di alami.. Beliau sama sekali tidak akan melepaskan pemain berbakat seperti Arshavin pergi.. Sejujurnya Arshavin masih bagus.. Cuma dia perlu perbaiki atitudnya.. Main secara Arsenal..

Dan Robin Van Persie telah menafikan laporan yang Arsenal telah menandatangani anaknya, Shaqueel yang cukup berbakat.. Namun RVP mengakui Shaqueel menjalani latihan bersama skuad akademi Arsenal dan Arsenal telah membuat tawaran untuk melanjutkan lagi tempoh latihan Shaqueel dalam seminggu..

Namun Van Persie mengakui beliau masih belum menerima tawaran tersebut dan masih memikirkannya namun tidak menafikan yang beliau gembira membawa anaknya menjalani latihan bersama Arsenal dan dibimbing oleh jurulatih yang cukup disanjung tingginya.. Adios..
Read More

Team News & FA WSL schedule 2012

Arsene Wenger telah mengesahkan Francis Coquelin yang cukup cemerlang beraksi di bek Arsenal akan diketepikan selama 3 minggu akibat kecederaan hamstring.. Hasil aksi cemerlang Coquelin telah menyaksikan beliau diberikan kontrak lanjutan jangka masa panjang bersama Arsenal namun Coquelin terpaksa diketepikan dan ini pastinya bakal memeningkan Wenger.. Walaupun Wenger mengakui Coquelin mungkin akan kembali semasa perlawanan Piala FA menentang Aston Villa..

Untuk menambahkan masalah.. Laurent Koscielny, Sebastien Squillaci dan Johan Djourou yang kembali dari pergantungan perlawanan hanya pemain Arsenal yang benar-benar cergas selepas Per Mertesacker tidak sihat bersama-sama Tomas Rosicky dan Wenger masih belum membuat sebarang keputusan tentang perkara tersebut..

Ini mungkin menyaksikan Nico Yennaris bakal membuat debutnya di liga Perdana sementara Ignasi Miquel bakal mengisi kekosongan di bek kiri.. Berita baik dari full back Arsenal ialah Carl Jenkinson telah mula kembali menjalani latihan sementara Thomas Vermaelen diharap dapat kembali semasa perlawanan menentang Manchester United minggu depan..

Sementara itu Arsene Wenger mengakui yang beliau masih bekerja keras untuk mencari pemain full back yang boleh di bawa masuk secara pinjaman.. Namun dalam masa yang sama Wenger telah menolak kemungkinan membawa masuk pemain Chelsea, Salomon Kalou, pemain muda Manchester United, Ravel Morrison dan penyerang Anderlecht, Matias Suarez dan turun menafikan Marouane Chamakh akan dijual pada bulan ini..

Sementara itu Arsenal Ladies yang baru-baru ini telah mengesahkan perlawanan persahabatan mereka menentang Colchester United dan Gillingham bulan depan telah menerima jadual untuk FA WSL yang bakal bermula pada bulan Mac depan.. Ladies yang cukup senyap di pasaran perpindahan bakal menerima kunjungan musuh ketat Everton Ladies FC pada perlawanan pembukaan..

Sementara itu perlawanan akhir musim bakal menyaksikan Arsenal Ladies berkunjung ke gelanggang naib juara FA WSL musim lalu, Birmingham City Ladies dengan ianya berkemungkinan bakal menjadi perlawanan penentu kejuaraan liga selepas persaingan sengit Arsenal Ladies dan Birmingham Ladies yang berakhir Arsenal Ladies mengekalkan kuasa mereka dengan memenangi treble.. Adios..
Read More

Welcome back Thierry Henry!!

Arsenal.com akhirnya mengesahkan kepulangan semula lagenda dan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab, Thierry Henry melalui pinjaman selama 2 bulan dan Henry akan membuat debutnya menentang Leeds United pada hari Isnin ini pada pusingan ketiga Piala FA dengan kapten pasukan, Robin Van Persie akan direhatkan dan Henry pastinya lebih daripada mampu untuk mengisi kekosongan RVP walaupun Henry dilihat telah melepasi zaman kemuncaknya..

Dengan jersi bernombor 14 telah pun diberikan kepada Theo Walcott, Henry bakal menyarung jersi bernombor 12 yang sebelum ini disarung oleh Carlos Vela.. Henry dilihat sering memakai baju bernombor 12 sepanjang tempohnya berlatih bersama pasukan.. Sebelum ini Arsenal berharap untuk menurunkan Henry pada perlawanan simpanan menentang Sunderland, namun kertas kerja baru disiapkan oleh kelab Henry, New York Red Bulls hari ini..

Ini menyaksikan Henry boleh beraksi menentang Leeds walaupun Arsene Wenger berkemungkinan besar tidak akan menurunkan Henry sebagai kesebelasan utama pada perlawanan tersebut memandangkan Henry telah lama tidak beraksi pada perlawanan kompetitif..

Namun kepulangan semula lagenda Arsenal ini pastinya bakal membantu pasukan walaupun Henry tidak lagi dizaman kemuncaknya.. Kehadiran Henry pastinya bakal menyaksikan pemain-pemain Arsenal lebih bersemangat untuk meneruskan kedudukan mereka di top 4 di saingan liga..

Henry memberitahu yang apabila tawaran muncul daripada Arsenal, beliau tidak mampu menolaknya walaupun semasa menyertai New York Red Bulls, Henry memberitahu karier beliau di Eropah telah pun berakhir.. Henry dijangka membuat pernampilan terakhirnya semasa perlawanan North London Derby menentang Tottenham Hotspurs..

Apa-apa pun selamat kembali Henry!!
Read More

Team news

Perlawanan Piala FA menentang Leeds United pada Isnin ini akan menyaksikan Arsene Wenger merehatkan Robin Van Persie sementara Gervinho pula akan terbang untuk perlawanan Piala Negara Afrika bakal terlepas perlawanan ini dengan beberapa pemain utama dilihat akan terus diturunkan Wenger..

Keputusan Wenger untuk memberikan rehat kepada RVP bakal menyaksikan Park Chu Young dan Marouane Chamakh bakal menjadi pilihan Wenger untuk mengetuai barisan serangan Arsenal.. Chamakh dilihat akan terus bersama pasukan sehingga perlawanan menentang Leeds sebelum mula melaporkan diri di kem pasukan Morroco untuk Piala Negara Afrika..

Sementara itu Thomas Vermaelen yang mengalami kecederaan betis semasa menang 1-0 ke atas QPR disahkan akan terlepas perlawanan menentang Leeds United dengan Vermaelen dilihat hanya akan kembali pada perlawanan liga Perdana menentang Swansea City pada 15 Januari nanti..

Sementara itu Johan Djourou yang dibuang padang pada perlawanan menentang Fulham bakal menjalani pergantungan perlawanannya menentang Leeds di saingan Piala FA.. Dengan Djourou dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan groin yang dialaminya, Djourou pastinya mahu mengunakan peluang tersebut untuk pulih sepenuhnya..

Kecederaan yang melanda barisan pertahanan menyaksikan Wenger semakin kekurangan pilihan.. Dengan Francis Coquelin dilihat berjaya beraksi cemerlang sebagai bek kiri walaupun ianya bukanlah posisi beliau, Wenger berkemungkinan bakal memanggil Ignasi Miquel dan mungkin juga Nico Yennaris untuk membantu..

Sedikit berita tentang Bacary Sagna, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs.. Wenger mengakui ketiga-tiga mereka melalui proses pemulihan yang berjalan dengan cukup lancar namun paling cepat pun mereka akan kembali adalah beberapa minggu lagi dengan Sagna dilihat bakal menjadi pemain pertama diantara mereka yang akan kembali terlebih dahulu..

Sementara itu Arsene Wenger menegaskan tiada sebarang perjanjian dengan pemain baru sedang berlaku sekarang ini namun Wenger tidak menafikan kemungkinan akan ada pemain baru datang.. Terutama sekali pemain pertahanan menerusi perjanjian secara pinjaman.. Sementara itu Theirry Henry masih belum akan membuat debutnya semula di dalam jersi Arsenal selepas masih belum mendapat pelepasan dari New York Red Bulls..
Read More