Major Blast from Fabregas

Semangat pemain Arsenal yang bersedia memalukan Porto di gelanggang sendiri awal pagi ini agak terjejas selepas kapten pasukan, nadi utama pasukan iaitu Cesc Fabregas terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan hamstring.. Dan Wenger mengakui dia tidak boleh merisikokan Fabregas untuk perlawanan ini.. Dan berharap Fabregas akan kembali semasa menentang Hull City hujung minggu ini..

Namun Campbell disahkan kembali dan akan bergandingan bersama Vermaelen selepas Gallas masih gagal pulih dari kecederaan betisnya dan juga akan terlepas aksi hujung minggu ini.. Berita baiknya dengan ketiadaan Fabregas, Song akan kembali selepas digantung perlawanan namun akan diketepikan pada perlawanan hujung minggu ini..

Perlawanan Arsenal menentang Porto akan disiarkan secara langsung pada pukul 3.40 pagi ini di Astro ESPN.. Walaupun tanpa Fabregas.. Atikah yakin Arsenal masih mampu memenangi perlawanan ini.. Diharap dengan aksi yang semakin bagus dari Walcott dan Nasri mampu membantu Arsenal menewaskan Porto..

ALMUNIA
SAGNA-----CAMPBELL-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----SONG-----NASRI
WALCOTT-----BENDTNER-----ARSHAVIN

Mungkin Eboue, Eduardo, Denilson dan juga Rosicky akan mencelah masuk dalam kesebelasan utama malam ini.. Ianya bergantung siapakah yang Wenger pilih untuk membarisi permulaan pasukan pada perlawanan awal pagi ini.. Atikah rasa skuad Arsenal tetap bagus walaupun tanpa Fabregas..

Dengan Arshavin kembali ke dalam pasukan.. Walcott semakin menunjukkan kemajuan.. Nasri kembali ke prestasi terbaiknya.. Diaby semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.. Dengan Song kembali memperkuatkan jentera tengah.. Tiada alasan langsung untuk tewas kerana ketiadaan Fabregas..

Kita bolehla dikatakan mempunyai misi mudah iaitu sekurang-kurangnya hanya menang 1-0 awal pagi ini.. Asalkan kita tidak melepaskan sebarang gol kita akan mudah melangkah ke peringkat seterusnya asalkan kita jaringkan gol walaupun satu gol..

Tapi Atikah lebih selesa jika kita berjaya memalukan mereka.. Kerana Porto terlebih berlagak bila menang 2-1 hari itu.. Atikah target kita menang 4-0.. Come on Arsenal.. You can do it!!.. Adios!!
Read More

Theo Walcott Story

Disebalik aksi memukaunya bersama Arsenal hujung minggu lalu selepas menampilkan aksi hambar semasa mewakili England, ada sebuah cerita yang agak kelakar sebelum Walcott membantu Arsenal menumpaskan Burnley 3-1..

Walcott sebenarnya terlepas bas yang dinaiki rakan sepasukannya untuk ke hotel pasukan sehari sebelum perlawanan menentang Burnley di Emirates Stadium.. Namun nasibnya baik apabila pengurus peralatan Arsenal Paul Johnson tidak mengikut bas tersebut.. Jadi bolehla Walcott menumpangnya untuk ke hotel pasukan..

"I was late for the bus so I had to get a car to the hotel so that’s why I was pointing to a watch (apabila dia meraikan golnya semasa menentang Burnley).. It was Paul Johnson I ran over to because he was waiting for me in the car.. I wasted a bit of his time.. I probably will get a fine but I’ll take it.. I shouldn’t be late but I just got caught in traffic.. Maybe it will be forgotten about now.."

Mungkin ramai yang kecewa dengan aksi hambar Bendtner di hadapan pintu gol semasa menentang Burnley minggu lepas.. Namun Bendtner gagal mengecewakan Arsene Wenger yang memuji aksi Bendtner pada keseluruhan permainan.. Walaupun Wenger agak terkilan dengan Bendtner yang mempersia-siakan peluang..

""I was pleased with two things.. His overall game was quite good. Of course I'm not pleased he missed his chances.. The second thing was the crowd was at a certain point wobbling a bit but then they turned for him and that's good.. If they turned against him, for a striker that causes a problem.."

"Maybe what turned it around was that he had that shot on the keeper [after showing great persistence to keep the ball].. It's true when you are 194 [pounds] like he is you cannot be short and sharp like a smaller player.. But he will be a good player.."

Atikah juga kagum dengan aksi Bendtner sepanjang perlawanan kecuali semasa dia gagal menjaringkan gol apabila mempunyai 4 peluang keemasan.. Tetapi jelas sekali dia berusaha untuk memastikan dia menjaringkan gol selepas melepaskan peluang tersebut..

Namun dia cukup kurang bernasib baik di hadapan pintu gol pada perlawanan tersebut.. Harap-harap lepas ini Bendtner akan lebih tajam dan tenang di hadapan pintu gol.. Jika Bendtner berjaya melakukannya, ianya tidak mustahil untuk dia kembali menjaringkan gol.. Adios!!
Read More

Wenger merisikokan Fabregas

Semalam pasukan Arsenal Ladies berjaya menewaskan Blackburn Ladies 4-1 untuk mendahului carta liga buat pertama kalinya musim ini.. Untuk post match sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..
Arsene Wenger dilaporkan bersedia merisikokan Fabregas yang kini mengalami kecederaan hamstring semasa menentang Burnley sabtu lalu untuk memimpin pasukan menewaskan FC Porto awal pagi rabu ini..

"I'm ready to take the gamble.. But if there is more than a 50 per cent chance of his hamstring going I will not take it.. You look at the Fabregas numbers and they are amazing - 14 goals and 15 assists.. He's a fantastic player with fantastic attitude and commitment.."

"And what people forget, an unbelievable work-rate, too.. This season he has taken a big step forward, massive.. At 22 years of age he has matured.." Apa-apa pun ianya banyak bergantung dengan scan yang akan dilakukan pada hari ini..

William Gallas pula dijangka sekali lagi akan diketepikan selepas masih gagal mengatasi masa kecederaan betisnya.. Atikah akan mengesahkan segala berita kecederaan terkini sebaik sahaja staf perubatan Arsenal dan Wenger mengesahkannya.. Adios!!
Read More

Kemenangan untuk Rambo



Arsenal berjaya menewaskan Burnley 3-1 hasil gol dari Fabregas, Walcott dan juga Arshavin.. Sebelum perlawanan ini pemain-pemain Arsenal memakai t-shirt 'Get Well Soon Aaron' dan stadium juga dipenuhi dengan banner seperti 'One Aaron Ramsey' dan juga 'Do It For Rambo!'..

Arsenal mendahului pada minit ke-34 selepas through ball cantik dari Nasri berjaya ditolak kemas Fabregas untuk menewaskan Jensen.. Namun 4 minit kemudian Fabregas terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan hamstring.. Masih belum dapat dipastikan bila Fabregas akan kembali..

Theo Walcott yang dikritik semasa mewakili England yang lalu datang ke Arsenal dengan menampilkan aksi yang semua fan Arsenal tunggu selama ini.. Shoot on target, passing cantik dan larian yang memukau.. Tidak dapat disangkal lagi Walcott merupakan man of the match pada perlawanan semalam..

Selepas Arsenal diikat kedudukan.. Theo Walcott merembat cantik ke penjuru hasil gerakan individunya bersama passing dari Bendtner pada minit ke-60 untuk memastikan Arsenal kembali mendahului..

Arshavin pula kembali menjaringkan gol selepas meledak gol ketiga Arsenal selepas menerima hantaran dari Eduardo sebelum merembat menewaskan Jensen di gawang Burnley untuk 3 mata penuh yang pasti pada masa kecederaan..

Nicklas Bendtner beraksi cemerlang semalam kecuali nasib malangnya di hadapan pintu gol.. Jika Bendtner lebih tajam dan tenang di hadapan pintu gol pasti fan akan melihat Arsenal membelasah mudah Burnley.. Atikah harap Bendtner akan kembali tajam dan tenang di hadapan pintu gol untuk membantu Arsenal memalukan Porto selepas ini.. Adios!!
Read More

Khabar dari Aaron Ramsey

Semalam Arsenal Ladies telah membedil musuh setempat Arsenal, Tottenham Hotspurs 10-0 untuk mara ke pusingan akhir London County Cup.. Untuk post match kemenangan yang cukup membanggakan ini sila lawati blog Arsenal Ladies Malaysia..

Ini pula ialah kenyataan rasmi dari Aaron Ramsey selepas kejadian yang pasti dia mahu lupakan.. "I remember what happened clearly and after the tackle went in I saw that my leg was broken and hanging at an angle.. I have seen images of the aftermath of the collision again but I don’t want to dwell too much on the challenge as I can’t change what has happened.."

"It is difficult for me to take everything in at the moment.. I thought I had been progressing well this season, so of course this is a real setback.. It is very hard to take but I am young and have time on my side.. I had an operation last weekend and while it will take time for my leg to heal, I am determined and focussed on overcoming this injury and hope to be back fitter and stronger than before.."

"I have been overwhelmed by the terrific support I have received from so many people including fans from many different football clubs.. In particular, I would like to thank the medical team here at Arsenal for their efforts as well as the staff at both hospitals.. Glenn Whelan was especially kind and I really appreciated his immediate assistance on the pitch as well as the medical support from Stoke City.. I also want to say thanks to Arsenal for helping my family this week.."

"Last but certainly not least I have been blown away by the fantastic messages of support from the Arsenal fans. I am proud to be an Arsenal player and your support has been incredibly touching.. Finally, I want to wish my teammates all the best for the remainder of the season.. I know that we are capable of winning a trophy and I will be backing them all the way.."

Arsenal akan menanti kunjungan Burnley di Emirates Stadium malam ini dengan perlu menang perlawanan ini untuk terus mencerahkan peluang menjulang trofi liga untuk dihadiahkan kepada Aaron Ramsey dan juga memenangi perlawanan ini untuk Aaron Ramsey menurut Emmanuel Eboue.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pada pukul 10.55 malam..

Arshavin dan Denilson disahkan akan kembali dengan Diaby juga disahkan baru sebentar tadi yang dia juga akan turut serta pada perlawanan ini.. Namun Campbell disahkan gagal pulih dari kecederaan groinnya dan mempunyai peluang 50-50 untuk kembali semasa menentang Porto minggu depan..

Gallas awal-awal lagi telah disisihkan selepas masih bergelut dengan kecederaan betisnya.. Ini bermakna Silvestre akan bergandingan bersama Vermaelen di benteng pertahanan Arsenal malam ini.. Dengan Song pula digantung 2 perlawanan semasa menentang Burnley (malam ini) dan Hull City minggu depan.. Vela pula gagal cergas jadi dia juga akan dipinggirkan..

ALMUNIA
SAGNA-----SILVESTRE-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----EDUARDO

Itulah barisan kesebelasan utama yang Atikah rasa akan diturunkan Wenger.. Apa-apa pun Atikah harap Arsenal berjaya menang perlawanan ini untuk terus memberikan cabaran kepada Chelsea dan MU.. Adios!!
Read More

New Injury News

Cesc Fabregas muncul sebagai pemain terbaik bulanan Arsenal buat kali ke lima berturut-turut selepas memenangi undian sebanyak 41.4% undian mengatasi adiknya Aaron Ramsey yang dicalonkan peminat telah menerima undian sebanyak 16.5% mengatasi Thomas Vermaelen 12%..

Fabregas juga mendominasi pemain terbaik bulan Februari edisi blog Atikah selepas menerima undian sebanyak 41% mengatasi Vermaelen dan Bendtner yang berkongsi kedudukan di tempat ke-2 yang menerima undian sebanyak 23%.. Diaby di tempat ketiga dengan undian sebanyak 8% mengatasi Song 6%..

Denilson (kecederaan betis) dan Arshavin (hamstring) dijangka akan kembali membarisi skuad Arsenal semasa menentang Burnley esok.. Namun Diaby berdepan kemungkinan akan disisihkan sekali lagi selepas peluangnya untuk bersama pasukan hanya 50-50 selepas mengalami kecederaan lutut.. William Gallas pula disahkan akan terus diketepikan selepas masih gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan betisnya..

Sementara pengantinya, Campbell berada di dalam keraguan untuk diturunkan selepas mengalami kecederaan groin.. Sama ada Campbell akan bergandingan dengan Vermaelen atau tidak esok, ianya akan ditentukan sebelum perlawanan.. Carlos Vela pula dijangka tidak akan turut serta selepas mengalami masalah kecergasan selepas mewakili skuad kebanggsaan Mexico..

Emmanuel Eboue telah menyuarakan pendapatnya kepada rakan sepasukannya untuk memenangi perlawanan menentang Burnley untuk Ramsey bukan seperti Wenger, Ivan Gazidis dan Bendtner yang mahu memenangi kejuaraan liga untuk Ramsey..

"After the [Stoke] game we didn't see Aaron because he went straight to the hospital.. I am so, so disappointed about what happened.. Sometimes in football these things happen but we want to play always for him.."

"Burnley is a very difficult game for us, we know that.. But we will try our best to win it for Aaron Ramsey.. The result against Stoke was good for us and we will try our best to give everything on the pitch when we play.."

Arsene Wenger pula menegaskan yang dia tidak mahu meletakkan sebarang terikh tertentu bilakah Aaron Ramsey akan kembali bersama pasukan.. "It is too far away to set any realistic deadline.. Let’s let him heal.."

"The good news is the surgery went well and it is not a career-threatening injury.. But it is two breaks and to get back to your best you need not only to practice again but you need time to recover your co-ordination.. He is a young boy and he will recover from this but it is a bad injury.."

"He is as low as you can be when this happens to you and you are flying.. Of course we were all very sad and very down after what happened to him.. The one thing we can do now is give him all the support it takes.. Also this gives us one more reason to fight [for the title] until the end.. We want to do it for him.."

Dilaporkan seramai lebih kurang 300 peminat Arsenal telah menghantar surat kepada Ryan Shawcross atas terjahan kerasnya terhadap Aaron Ramsey.. Namun bukan untuk memarahinya.. Namun peminat Arsenal tersebut bersimpati dengan nasib Shawcross yang jelas tidak sengaja menerjah keras Ramsey.. Ini ialah apa yang dikatakan Tony Pulis mengenai surat dari 300 peminat Arsenal tersebut..

"Ryan has had nigh on 300 emails from Arsenal supporters sympathising with him and expressing their respect for his reaction coming off the pitch..
I think that's absolutely fantastic when people are getting slaughtered at times.. The attitude of the Arsenal supporters has been brilliant.." Adios!!
Read More

Sokongan Ray Parlour dan Gilberto Silva

Lagenda Arsenal, Ray Parlour yakin Aaron Ramsey yang melalui musim terbaiknya musim ini mampu kembali ke prestasi asalnya dan meneruskan developmentnya sebaik sembuh dari kecederaan yang di alaminya sekarang ini..

"I am sure he will be fine.. Robert Pires did his cruciate while I was at Arsenal and came back.. Aaron has a strong body and a strong character for a 19-year-old.. He’ll have to work hard on his fitness of course but I am sure he’ll be OK.."

Parlour yang beraksi di jentera tengah Arsenal sebanyak 466 kali mengakui dia cukup terpikat dengan aksi Aaron Ramsey.. "I rate him really highly.. He is an excellent player who can be big for Arsenal in the future.. He has gone up a standard this season.. I have been really impressed by him this season.."

Ray Parlour juga yakin yang Arsenal mampu memenangi kejuaraan liga musim ini.. "Arsenal have a great chance without a doubt.. They have a great run-in.. I feel Arsenal have to win all their next six games to do it but they are winnable.. And for me a lot may depend on the Man United v Chelsea game next month.."

Gilberto Silva yang berada di Emirates Stadium semalam untuk perlawanan persahabatan skuad Brazil telah memberikan sokongannya kepada pemain muda Arsenal, Aaron Ramsey.. Gilberto mahu Ramsey bersabar dengan tempoh pemulihannya dan menegaskan yang Ramsey akan dijaga dengan baik sekali di Arsenal..

"I am very sorry for him because he is such a young and talented player.. I wish him all the best for a very good recovery.. But it is very good here at Arsenal with Arsène Wenger and the medical staff because they do not rush the player.. They give them time to recover.. I hope he is patient because it is not going to be easy.."

"I had a back problem a few years ago and the best way is to be patient and be with your family.. It is the kind of thing you cannot change so only do the rehabilitation with the physio when you are able to.. The most important thing is to be patient.."

"He doesn't have to rush.. He has time because he is only 19.. He has plenty of time to recover and it is very important for him to have a good recovery.. If he rushes himself to be back too quickly, maybe he will have a setback in his recovery.."

"He needs to be strong, especially mentally.. He must not think 'I am young and I have this injury' because he will be back.. He just needs to be patient and stay positive.."Adios!!
Read More

Melo gantikan Ramsey??

Dengan Aaron Ramsey dijangka terlepas aksi sehingga 6 ke 9 bulan akibat mengalami kecederaan double fracture di kaki kanannya selepas diterjah keras Ryan Shawcross minggu lepas, Wenger dilaporkan bersedia membawa masuk Melo ke Arsenal untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Aaron Ramsey..

Namun jika Wenger mahu mendapatkan Melo, ianya mungkin menyaksikan Wenger terpaksa membayar wang berkali ganda kepada Juventus jika Melo berjaya beraksi cemerlang semasa di Piala Dunia nanti..

Sementara itu Ivan Gazidis menegaskan yang Arsenal tidak akan meminta sebarang ganti rugi selepas apa yang berlaku terhadap Aaron Ramsey.. "We are not thinking about that.. It’s devastating for the club, what happened.. I still feel a little bit of the heart was ripped out of the club.. We are all thinking about him and getting him back as quickly as we can.."

Ivan Gazidis juga sempat menegaskan sebarang khabar angin yang mengatakan kapten pasukan, Cesc Fabregas semakin hampir meninggalkan Arsenal musim panas ini sama sekali tidak betul.. Ianya tidak lebih dari mainan akhbar, blogger dan yang sepertinya..

Abou Diaby memberikan berita gembira selepas dilihat mula menjalani latihan selepas mengalami kecederaan lutut semasa menentang FC Porto.. Namun peluangnya untuk beraksi menentang Burnley masih 50-50.. Adios!!
Read More

Berita baik dari Djourou

Johan Djourou mengakui proses pemulihannya berjalan lancar dan dia berharap dapat kembali berlatih bersama rakan sepasukan sebelum tamatnya kempen musim ini.. Ianya memang berita yang baik walaupun kehilangan Djourou tidak dirasai sangat seperti kehilangan Van Persie dan Kieran Gibbs dan kini Aaron Ramsey..

Namun kembalinya pemain pertahanan muda berbakat ini sudah semestinya mampu mencetuskan kegembiraan di kem Arsenal.. Apa-apa pun Atikah harap Djourou akan kembali semula secepat yang mungkin kerana dia tetap anggota penting skuad Arsenal..

Tomas Rosicky menegaskan yang Shawcross tidak patut dipersalahkan atas kecederaan Aaron Ramsey.. Dan menambah yang pengadil perlu lebih melindungi pemain.. Kenyataannya ini mesti mengundang sedikit kemarahan dari fan Arsenal yang mahu Shawcross digantung 10 perlawanan sekurang-kurangnya..

"I think you cannot blame the player (Shawcross) or to tell that he wanted to break his leg, of course not.. But it’s always against us.. The teams operate aggressively against us, that’s no problem for us, I think everybody copes with that but I think we have to be more protected from the referees.."

"Because if you see, for example, how many fouls the opponents can do against us, five, six and after that it’s a yellow card, we are making one or two fouls and we’ve got immediately yellow cards.. So we have to be more protected as well.. (I) just have to wish him a speedy recovery because he’s a great talent and such a young age.. Of course, it’s not easy.."

Tomas Rosicky juga mengakui Aaron Ramsey boleh menggunakan dirinya dan juga Eduardo untuk pembakar semangat untuknya kembali selepas kecederaan tersebut.. Rosicky yang baru kembali selepas bergelut dengan tahap kecederaannya sehingga kariernya dalam persoalan bangkit semula dengan cemerlang.. Dan Eduardo menerima nasib yang lebih malang dari Ramsey namun kembali semula dengan cemerlang..

"I think he can see that, he’s two team-mates like Eduardo and me, we were out for a long time as well.. So he can see that there are two examples that made it as well, so he’s got it in front of his eyes.. I’m sure that he will be back because he is obviously even younger than us, so the healing hopefully will be quicker for him.." Adios!!

Read More

Aaron Ramsey bersemangat

Pengurus pasukan kebangsaan Wales, John Toshack yang turut menerima tamparan hebat dengan kecederaan Ramsey melaporkan yang dia ada bercakap dengan Ramsey selepas pembedahan dengan Ramsey jelas sekali bersemangat untuk kembali..

"It is a horrific injury, it makes you want to vomit.. It was a sad, unfortunate incident.. I spoke to him this morning and he seems in decent spirits but it is a blow for the player, the club and us.. All we can do now is hope for a speedy, successful recovery, but obviously it is going to be a long one.. The information we have got is that he is as comfortable as can be expected and he seemed in surprisingly decent spirits when I spoke to him.."

Pemain Stoke City, Glenn Whelan yang muncul pemain pertama yang menenangkan Ramsey selepas terjahan tersebut memberitahu apakah antara fator dia menenangkan Aaron Ramsey sewaktu itu semasa kesemua pemain masih lagi terkejut..

"The lad was in a lot of distress and we just wanted the medics and the physios to get on as soon as possible.. He kept wanting to look at his leg but I could see how bad it was and I wouldn’t let him. He was in shock.."

"I told him just to think about something else and hold on until the ambulancemen arrived and they could do their job.. It was very hard for me to see a fellow professional in that much pain.. You don’t ever want to see that but I just wanted to keep him calm for as long as possible.."

"In situations like that, players from both sides come together for the player.. I saw and heard the tackle when it happened.. He’s a good lad and we all just want to see him recover as quickly as possible.."

GET WELL SOON AARON RAMSEY.. WE WILL MISS YOU!!
Read More

Wenger - Ramsey is our inspiration now

Semalam Atikah telah pun melaporkan yang Bendtner bersedia memenangi kejuaraan liga untuk Aaron Ramsey kini giliran Wenger pula yang mengakui dia mahukan pasukannya memenangi kejuaraan liga untuk Aaron Ramsey..

"It will be tight until the end.. But this group is so strong mentally and have a unity so this will give us one more reason to fight until the end and do it for him.. We had some other problems two years ago.."

"But on Saturday we had a midfield of Nasri, Fabregas, Ramsey, Song, Eboue.. They have an average of 20 or 21-years-old. Up front, Bendtner is 21-years-old.. At their age, to handle the game like they did is absolutely remarkable.."

Siapakah pemain terbaik bulan Februari pilihan anda?? Ada 5 persaingan sahaja kali ini untuk memenangi anugerah pemain terbaik bulan Februari ini.. Anda boleh mengundinya di ruangan undian anda untuk memilih siapakah pemain terbaik bulan Februari versi blog Atikah..

Thomas Vermaelen dicalonkan kali ini atas aksi memukaunya di bahagian pertahanan Arsenal selepas ketiadaan Gallas yang masih lagi diselebungi masalah kecederaan.. Vermaelen telah menjaringkan 1 gol sepanjang bulan Februari lepas semasa menentang Stoke City untuk gol ke-8nya sepanjang musim ini..

Cesc Fabregas terus menerus dicalonkan selepas terus menampilkan aksi konsisten bersama skuad Arsenal dan berjaya mengelakkan daripada sebarang kecederaan.. Fabregas berjaya menjaringkan 2 gol pada bulan Februari di mana kedua-dua gol tersebut menerusi sepakan penalti.. Setakat ini sahaja Fabregas telah menjaringkan 16 gol untuk Arsenal..

Abou Diaby hanya beraksi beberapa perlawanan sahaja bersama Arsenal sepanjang bulan Januari sebelum bergelut dengan kecederaan.. Namun ianya tidak menghalang untuk namanya dicalonkan sebagai sebagai pemain terbaik bulanan Arsenal selepas muncul hero di Emirates semasa menentang Liverpool.. Dan telah menjaringkan 7 gol setakat ini..

Alex Song pula terus menampilkan aksi terbaiknya semasa melindungi back 4 Arsenal.. Namun sayangnya Song terpaksa disisihkan semasa menentang Burnley dan Hull City bulan ini selepas digantung..

Nicklas Bendtner yang baru kembali pada bulan Februari selepas mengalami kecederaan selama 3 bulan, terus memberikan impak positif dalam skuad Arsenal.. 2 gol telah dijaringkannya untuk merekodkan 5 gol sudah dijaringkannya musim ini.. Adios!!

GET WELL SOON AARON RAMSEY!!
Read More

Kami akan menang EPL for Ramsey -Bendtner-

Nicklas Bendtner telah menyuarakan hasratnya untuk membantu Arsenal menjulang trofi kejuaraan EPL dan menghadiahkannya kepada Aaron Ramsey yang terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali keretakkan di tulang kering dan tulang betisnya selepas diterjah keras Ryan Shawcross..

"Secara jujurnya saya tidak peduli dengan gol saya dan kemenangan.. Aaron merupakan salah seorang dari kawan baik saya dan semua keprihatinan saya bersamanya.. Ianya merupakan kecederaan yang cukup mengerikan.."

Bendtner yang merupakan pemain yang cukup hampir dengan kejadian tersebut mengakui tackle tersebut agak gila namun ianya bukanlah kerana hasad dengki.. "Saya berdiri bersebelahan dengan Aaron apabila ianya berlaku.. Dan secara tiba-tiba tiada sebarang keraguan dia telah mematahkan kakinya.."

Ianya cukup teruk.. Betul-betul tackle gila dari Ryan Shawcross.. Dan dia betul-betul menerjah keras Aaron.. Saya tidak percaya yang sesiapa saja dengan sengaja mahu membuat kecederaan kepada pemain lain, rakan profesional.. Tetapi cara dia melakukan terjahan tersebut out of control dan ianya tidak akan ke mana-mana.."

"Sepanjang saya melihat di atas padang, kesemua pemain dari kedua-dua pasukan terkejut.. Begitu juga dengan saya.. Kerana semua orang boleh melihatnya berapa teruknya kejadian tersebut.. Thomas Sorenson datang kepada saya, dan kami berdua cukup terkejut.."

"Selepas perlawanan kami diberitahu yang Aaron mungkin akan diketepikan dalam tempoh 6 ke 9 bulan.. Dan saya rasa ianya cukup menyedihkan untuk Aaron.. Aaron terlalu muda.. Saya fikir tentang bertapa teruknya perasaan saya semasa diketepikan selama 3 bulan kerana kecederaan groin.."

"Dan ianya jauh lebih teruk untuk Aaron.. Tetapi sekarang ini kami akan pergi dan memenangi kejuaraan liga untuk Aaron.."

Kenapa semua orang asyik cakap kaki Ramsey patah walaupun doktor mengesahkan yang tulang kering dan betis Ramsey hanya retak.. Keretakkan yang serius.. Kakinya yang terkulai tersebut boleh membawa banyak makna seperti bad dislocation..

Kalau kita asyik cakap kakinya patah dan ianya benar-benar berlaku macam mana?? So cuba dengar apa yang doktor cakap.. Ianya hanya fracture.. Adakah dalam kamus fracture itu membawa masuk patah?? Tidak.. Ianya hanya retak.. So pleaselah berhenti cakap yang kaki Ramsey patah..

Patah dan retak jauh sekali berbeza.. Dan tulang yang retak jauh lebih cepat sembuh berbanding tulang yang patah.. Dan dengan usia Ramsey yang masih muda tulangnya boleh sembuh lebih cepat dari yang dijangka.. Adios!!

Read More

Berita baik dari Ramsey

Aaron Ramsey membawa berita baik selepas pembedahan yang dijalani berjalan lancar dengan doktor telah mengesahkan tulang betis dan tulang kering kaki kanannya hanya retak dan pembedahan telah dilakukan untuk membaiki keretakkan tersebut..

Namun staf perubatan Arsenal tidak mahu memberikan sebarang harapan untuk Ramsey kembali semula musim ini dengan Ramsey dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini.. Dan doa setiasa mengiringi Ramsey supaya cepat sembuh..

Berita ini sudah semestinya menceriakan kem dan peminat Arsenal kerana tulang kaki Ramsey tidak patah.. Atikah rasakan yang jika semuanya berjalan lancar mungkin masih ada kemungkinan dia kembali semula musim ini..

Namun bagi Atikah biarlah Ramsey mengambil masanya untuk kembali sembuh.. Kerana sudah semestinya kita tidak mahu terdapat sebarang komplikasi dengan kecederaan Ramsey ini.. Apa-apa pun setiap doa tetap akan mengiringi Aaron Ramsey dalam tempoh pemulihannya..

Atikah sekali lagi nak menegaskan kepada sesiapa yang memarahi Shawcross atas kecederaan Ramsey tolonglah hentikan.. Kerana Shawcross jelas sekali tidak sengaja kerana ianya merupakan 50-50 challenge dan Ramsey bernasib malang sewaktu itu.. Dan Wenger sendiri menganggap yang pergantungan 3 perlawanan cukup melampau untuk Shawcross..

Ianya seperti kes musim lepas di mana rakan baik Cesc Fabregas, Xabi Alonso secara tidak sengaja menackle keras Fabregas dalam pertarungan 50-50 challenge.. Namun Fabregas bernasib baik kerana dia tidak memerlukan pembedahan dengan keretakkan di tulangnya itu kerana keretakkan tersebut tidak terlalu serius..

Berita terakhir ialah dilaporkan Arsenal berada di peringkat akhir perundingan untuk mendapatkan khidmat Chamakh musim depan secara percuma selepas Ivan Gazidis melakukan perbincangan dengan ejen Chamakh.. Namun dijangka tiada sebarang pengesahan dari Arsenal sehingga tamat musim ini jika perbincangan berjalan lancar kerana mahu menghormati majikan Chamakh sekarang ini.. Adios!!
Read More

Fabregas mahukan perlindungan

Cesc Fabregas yang jelas masih lagi bersedih dengan apa yang berlaku kepada Aaron Ramsey menyuarakan ketidak puasan hatinya dengan pengadil yang kurang mempertahankan pemain-pemain Arsenal selepas dalam tempoh 5 tahun sudah 3 pemain Arsenal yang patah kaki!!

"In five years I've seen three of them, Abou (Diaby), Eduardo and now Aaron.. What can I say? It's difficult.. You could say we are not protected enough.. We are sometimes victims.. I'm not complaining, football is like that.. There are things that are a little too much but three times in five years is a little bit too much.."

Pada musim 2006/2007 di mana Diaby membuat debut musim pertamanya bersama Arsenal mengalami kecederaan serius iaitu kakinya patah dan buku lalinya terseliuh semasa dia berpeluang cerah untuk beraksi di pentas akhir Champions League.. Namun Diaby berjaya kembali semula walaupun pada mulanya dia menampilkan aksi yang mengecewakan..

Namun Eduardo mengalami patah kaki yang jauh lebih hebat berbanding apa yang Ramsey alami sekarang ini.. Eduardo mengalami kecederaan patah tulang betis dan open dislocation pada buku lali kirinya di ST Andrews pada 23 Februari 2008!! Namun Eduardo berjaya pulih dari kecederaan yang mampu memusnahkan kariernya itu..

Hanya 5 hari selepas peristiwa hitam yang berlaku kepada Eduardo 2 tahun lalu berulang kembali kini kepada bintang muda Arsenal, Aaron Ramsey.. Menurut Wenger tulang kaki Ramsey mengalami keretakkan yang teruk dan bagi pandangan Atikah kakinya yang terkulai tersebut mungkin disebabkan dislocation (terseliuh)..

Namun jika dibandingkan dengan kecederaan serius Eduardo dahulu, sejujurnya kecederaan Eduardo jauh lebih parah apabila tulang betis Eduardo terpaksa dimasukkan besi dan tackle yang Eduardo alami jauh lebih kasar..

Mungkin Fabregas terlupa yang musim lalu hampir sahaja Almunia menjadi mangsa seterusnya selepas Eduardo selepas diterjah keras Diouf musim lepas.. Namun Almunia jelas sekali bergelut dengan kesakitan di buku lalinya selepas itu walaupun buku lalinya tidak patah..

Dan beberapa bulan lepas pemain bek kiri Arsenal iaitu Kieran Gibbs ditackle pemain Standart Liege sehingga tulang metatarsal Gibbs retak.. Dan sebanyak 2 pembedahan terpaksa dilalui Gibbs dan disahkan akan terlepas aksi sepanjang baki musim ini..

Dalam perlawanan peringkat antarabangsa pula Van Persie menjadi mangsa selepas diterjah keras Chiellini pada bulan November lalu di mana ligamen buku lali Van Persie koyak teruk sehingga memaksa Van Persie menjalani pembedahan dan dijangka kembali bulan April ini..

Memang benar kata Fabregas.. Pemain Arsenal jelas sekali kurang mendapat perlindungan yang sewajarnya dari pengadil.. Atikah harap selepas ini pengadil lebih melindungi pemain Arsenal dan pemain-pemain bola sepak yang lain sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.. FIFA, UEFA dan FA negara masing-masing juga mungkin patut mengambil serius perkara ini dalam bab melindungi pemain sebelum perkara yang tidak mahu kita lihat berlaku.. Adios!!

GET WELL SOON AARON RAMSEY!!
Read More