Arsenal bid Sebastien Squillaci

Laman web Sevilla telah mengesahkan yang Arsenal telah mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat pertahan tengah berusia 30 tahun, Sebastian Squillaci yang tidak beraksi bersama pasukannya Sevilla pertengahan minggu ini selepas Squillaci sedang mempertimbangkan tawaran kelab lain dan juga untuk mengelakkan beliau tidak boleh beraksi bersama kelab barunya di kejohanan eropah..

Namun Sevilla agak keberatan untuk menerima tawaran Arsenal yang mungkin kurang daripada harga Squillaci yang diletakkan nilai sebanyak 8 juta pound.. Atikah akan terus memerhatikan dan mengikuti perkembangan ini dan harap-harap Squillaci mampu menyertai Arsenal minggu ini memandangkan Wenger cukup meminati pemain kebangsaan perancis ini..

Walaupun Atikah agak kecewa disebabkan Squillaci bukanlah nama besar di dalam arena bola seapk, namun harapnya pengalamannya mampu membantu.. Namun apa-apa pun ianya lebih baik beliau daripada tiada langsung kan?? So Atikah harap sangat yang perjanjian mampu dicapai minggu ini walaupun peluang untuk menyaksikan pertahanan baru beraksi hujung minggu ini cukup tipis..

Sementara itu Fulham dilaporkan bersedia menerima tawaran bernilai 2 juta pound Arsenal untuk khidmat Mark Schwarzer yang dinilai mereka sebanyak 4 juta pound.. Namun dengan syarat Carlos Vela akan pergi ke Craven Cottage selepas mereka menilai Vela dengan harga sebanyak 2 juta pound sahaja!!

Oh come on!! Harga Vela di dalam game pun hampir bernilai 15 juta pound.. Atikah rasa harga Vela memang sesuai sebanyak itu.. Beliau masih muda, pantas, ada bakat dalam mencipta peluang dan merbahaya di hadapan pintu gol dan cukup arif dengan sepakan voli.. Namun apa yang pasti Wenger sama sekali tidak akan membenarkan Vela mungkin sebagai pinjaman ya..

Namun itupun tipis memandangkan semasa kempen Piala Dunia dan pra musim Vela cukup menyinar selepas musim lepas cukup mengecewakan dengan masalah kecederaan dan bergelut untuk berada di prestasi terbaiknya.. Namun, spy Atikah menjangkakan yang Squillaci dan Schwarzer mungkin akan menjadi pemain terbaru Arsenal selewat-lewatnya minggu depan..

Apa-apa pun biarlah masa yang menentukan apa yang akan berlaku dan siapa yang akan di bawa masuk Wenger.. Sementara itu, Armand Traore semakin hampir untuk menyertai Benfica selepas ejennya mengakui kliennya cukup berminat dengan perpindahan ke Portugal selepas mengetahui yang Benfica kini mengadakan perbincangan bersama Arsenal.. Adios!!
Read More

Arsenal minat untuk dapatkan Asamoah

Menurut ejen Kwandwo Asamoah, pemain tengah berusia 21 tahun Udinese ini telah menarik minat Arsenal.. Namun ejen Asamoah menegaskan masih tiada sebarang tawaran konkrit untuk khidmat pemain yang dinilaikan Udinese sebanyak 30 juta euro ini.. Namun Atikah rasa itu sahaja apa yang Arsenal akan buat tunjukkan minat dan tidak akan mengemukakan sebarang tawaran..

Kerana pemain pertahanan Arsenal yang kritikal sekarang ini.. Namun spy Atikah terus memberitahu yang masih tiada sebarang perjanjian akan berlaku di antara Arsenal dan mana-mana pemain pertahanan tengah selain dari kemungkinan perjanjian Mark Schwarzer yang mungkin akan dipersetujui minggu ini..

Sementara itu Spy Atikah melaporkan yang Leeds United berminat untuk mendapatkan khidmat Henri Lansbury yang baru sahaja dinaikkan pangkat ke dalam skuad utama Arsenal walaupun masih belum disahkan laman web rasmi Arsenal walaupun beliau dan 4 lagi pemain telah pun mengambil gambar bersama skuad utama Arsenal untuk musim 2010/2011..

Lansbury cemerlang semasa pinjamannya di Watford musim lepas.. Namun Atikah rasa lebih baik Lansbury kekal di Arsenal musim ini.. Lansbury cemerlang sepanjang kempen pra musim.. Namun segala-galanya akan bergantung kepada Wenger sama ada mahu melepaskan Lansbury secara pinjaman mahupun tidak.. Adios!!
Read More

Nasri bakal terlepas aksi selama sebulan

Laman web rasmi Arsenal telah mengesahkan yang Samir Nasri bakal terlepas aksi selama sebulan selepas terpaksa menjalani pembedahan kecil di bahagian lututnya hari ini selepas mengalami kecederaan meniscal yang dialaminya semasa menentang Liverpool hujung minggu lepas..

Ini pastinya membuatkan fans Arsenal bersedih kerana Nasri kini berada di prestasi terbaiknya walaupun beliau masih gagal untuk mengalas tugas berat menjadi perencana Arsenal di bahagian tengah semasa ketiadaan kapten pasukan, Cesc Fabregas.. Apa-apa pun mari kita berharap supaya tiada sebarang komplikasi akan berlaku semasa pembedahan nanti..

Spy Atikah telah memberitahu yang presiden Cagliari telah mengesahkan yang Arsenal dan beberapa kelab lain telah pun membuat tawaran terhadap penjaga gol mereka iaitu Federico Marchetti namun tiada satu kelab pun yang bersedia membayar sejumlah 12 juta pound untuk khidmat penjaga gol nombor satu Itali itu di Piala Dunia selepas kecederaan Gianlugi Buffon..

Sementara itu Arsenal telah berjaya mendapatkan playmaker berusia 15 tahun VFB Stuggart, Serge Gnarby dengan Arsenal akan membayar 100 ribu pound kepada Stuggart.. Gnarby hanya akan menyertai Arsenal pada tahun 2011 selepas beliau genap berusia 16 tahun.. Gnarby telah memikat Steve Bould semasa ujian latihan selama 10 hari di Arsenal..

Gnarby bagaikan Fabregas yang baru kerana beliau mampu meledakkan banyak gol.. Beliau mampu beraksi di bahagian kanan mahupun sebagai shadow striker dan juga merupakan pemain tengah menyerang yang cukup kreatif.. Mari kita harap suatu hari nanti beliau mampu mengegar Arsenal seperti mana Fabregas mengegar Arsenal dahulu..

Gnarby boleh beraksi untuk German mahupun Ivory Coast.. Menurut spy Atikah, Gnarby akan menjalani latihan bersama Arsenal semasa Bundesliga bercuti semasa musim sejuk nanti untuk menyesuaikan diri dengan suasana di North London sebelum bersedia menyahut cabaran di akademi Arsenal.. Adios!!
Read More

Armand Traore ke Benfica ??

Sebelum Atikah mulakan artikel tentang rumours baru yang spy Atikah baru dapat, Atikah nak kongsikan sedikit berita gembira selepas Young Boys telah menewaskan Tottenham Hotspurs 3-2 pada perlawanan pertama peringkat kelayakan.. Haha.. Sekarang ini semua fans Arsenal tengah sebut nama Young Boys!! Young Boys.. Harap-harap Spurs kalah minggu depan supaya mereka tahu mereka x akan pernah boleh kalahkan atau mencapai tahap Arsenal..

Armand Traore semakin hampir untuk meninggalkan Arsenal untuk menyertai gergasi Portugal, Benfica selepas Arsenal telah pun membenarkan Benfica berbincang dengan Traore walaupun Arsenal dan Benfica masih belum mencapai kata persetujuan mengenai nilai perpindahan Traore.. Menurut spy Atikah, Arsenal mahukan 2 juta pound serta mendapat keuntungan besar jika Traore dijual..

Benfica memberikan tawaran cukup menarik kepada Traore dengan memberikan peluang untuk Traore beraksi di posisi kegemarannya, iaitu sebagai sayap kiri.. Arsenal sebelum ini telah menolak tawaran dari kelab Perancis di Ligue 2 untuk melepaskan Traore meninggalkan Arsenal secara pinjaman..

Namun perjanjian ini mungkin hanya berlaku jika Traore bersetuju meninggalkan Arsenal mahupun jika Wenger bersedia melepaskan Traore dengan spy Atikah turut melaporkan yang Benfica juga berminat untuk mendapatkan beliau secara pinjaman mungkin untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Angel Di Maria..

Atikah rasa Traore mungkin patut meninggalkan Arsenal namun mungkin juga tidak.. Traore bagus cuma beliau masih perlu improve untuk bertahan di mana beliau semasa menyerang cukup bagus dan mempunyai passing yang cemerlang.. Cuma semasa bertahan sahaja beliau agak hambar..

Namun Atikah rasa beliau patut diberikan peluang sekali lagi di Arsenal untuk membuktikan kehebatannya di posisi bek kiri dan memberikan cabaran kepada Clichy dan Gibbs.. Beliau masih muda dan mempunyai potensi walaupun beliau diatasi Kieran Gibbs yang sebaya dengannya.. Atikah akan berikan perkembangan terkini tentang perkara ini sebaik ada berita terbaru.. Adios!!

P/S : Spy Atikah boleh mengesahkan yang Johan Djourou telah kembali semula menjalani latihan untuk memberikan saingan kepada Nordtveit mahupun Song untuk bergandingan dengan Vermaelen pada perlawanan Blackpool selepas Koscielny digantung satu perlawanan akibat dua kad kuning berserta kad merah semasa menentang Liverpool hujung minggu lepas..
Read More

Fabianski mahu tawan kembali hati peminat

Lukasz Marek Fabianski ataupun Lukasz Fabianski cukup tahu beliau dikritik hebat fans Arsenal.. Namun beliau tidak pernah bersuara mahupun memberikan komen tentang perkara itu.. Namun baru-baru ini Fabianski bersuara dan mendedahkan misinya untuk kembali memenangi hati fans Arsenal..

Fabianski yang menyertai Arsenal pada 26 Mei 2007 daripada kelab Poland, Legia Warsaw dengan jumlah yang tidak didedahkan telah mengkagumkan fans Arsenal pada musim-musim pertamanya dan menaikkan namanya lagi dengan melakukan aksi menyelamat paling menakjubkan pada perlawanan Piala Carling menentang Wigan pada 11 November 2008 dan aksi menyelamat tersebut telah diundi sebagai nombor 4 terbaik dalam sejarah Arsenal..

Namun selepas itu Fabianski lebih kerap dikenali sebagai penjaga gol yang cenderung melakukan kesilapan berprofil tinggi.. Namun Fabianski sebenarnya ada potensi cuma beliau lebih cenderung untuk tidak mengeluarkan potensi sebenarnya akibat ketahanan mental dan fizikalnya cukup lemah.. Ini ialah kenyataan dari Fabianski..

"As a player you have to prove you deserve a chance.. I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder.. But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected.. Then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful.."

Atikah rasa ianya tidak mustahil memandangkan Emmanuel Eboue pernah melakukannya musim lepas.. Beliau kerap kali diejek namun akhirnya nama beliau mula dinyanyikan fans Arsenal dan mula menjadi pemain kesayangan fans Arsenal.. Bendtner juga melakukannya.. Beliau kerap dikritik kerana mempersiakan peluang dan akhirnya mula membentuk menjadi hero baru Arsenal.. Begitu juga dengan Diaby yang makin lama makin mengukuhkan namanya di hati fans Arsenal..

Atikah rasa inilah masanya Fabianski buktikan potensi sebenarnya.. Buktikan kepada dunia yang beliau cukup layak untuk bersama Arsenal.. Cukuplah cakap-cakap kosong darinya.. Kali ini biar aksi di atas padang yang menjawab dan membalas segala pertanyaan dan kritikan fans Arsenal.. Come on Fabianski.. You can do it.. Show it to the world!!!

Jadi Atikah harap apabila Fabianski diberikan peluang musim ini, apa kata kita lihat aksinya.. Adakah segala kata-katanya ada benarnya.. So Atikah harap kita berikan Fabianski peluang terakhir musim ini.. Jika beliau tetap gagal Atikah berjanji, Atikah sendiri akan pergi jumpa Wenger supaya suruh dia lepaskan Fabianski jika masih tiada impak positif ditunjukkan dari Fabianski..

So mari kita berikan peluang terakhir untuk Fabianski musim ini.. Berikan beliau peluang untuk mengotakan janji-janjinya.. Berikan beliau peluang yang sama kita berikan kepada Eboue, Diaby dan Bendtner sehingga mereka membuktikan yang mereka cukup layak untuk menyarung jersi Arsenal dan beliau patut dihormati fans Arsenal dan nama beliau perlu dinyanyikan fans Arsenal dan semat nama mereka di hati fans Arsenal.. Adios!!
Read More

David Seaman: Mark Schwarzer and Shay Given are worth a try

Wallpaper skuad Arsenal 2010/2011 telah pun dikeluarkan laman web rasmi Arsenal.. Untuk download sila ke link ini.. Okey David Seaman seperti kebiasaannya membuka mulutnya untuk memberikan pandangan terhadap barisan penjaga gol Arsenal dan spekulasi yang melibatkan penjaga gol.. Kali ini Seaman memberikan pandangan tentang Schwarzer dan Given..

"Lukasz Fabianski has a great future, but I think Arsenal need to look at bringing in a ‘keeper who’s going to calm the defence down and be consistent.. Neither keeper [Almunia or Fabianski] ended last season very well so the speculation to going to be there.. And if the likes of Schwarzer and Given are available, then I think Arsene Wenger has to be looking at them.."

Manuel Almunia dua hari lepas iaitu selepas perlawanan Arsenal menentang Liverpool akhirnya membuka suara yang beliau cukup tidak senang dengan spekulasi yang sedang berlaku sekarang ini dan memberikan petunjuk yang beliau akan meninggalkan Arsenal jika Wenger membeli penjaga gol baru..

"To be honest, it is so difficult to concentrate because Arsenal is a big club and speculation is always in the news and everywhere.. The only thing I can do is keep working because I have a contract here and I have to do what the manager wants from me.. I have not spoken to him.. If somebody comes in, I will have to talk about my future at Arsenal.. That is it.. I cannot talk now, because the talking would be for nothing.."

"I have to work and if one day I am not good for Arsenal, I will talk.. That is no problem. I am very happy here.. The only news I have is from third parties - people at the training ground. When I go out and when I come back from training, I switch off.. I try to live in a bubble and give all my attention to my wife.."

"Every morning when I go out training, it is the time to think about football.. But the rest of the day is the time to switch off.. It is not easy, though.. Every time you go out, people are around you who are football fans.. But you have to be polite to everybody and smile.."

"I don’t see anything else outside of Arsenal.. It will be very difficult to play for another team in England if it wasn’t Arsenal. Spain would also be difficult.. But I am 33 years old and only have a few more years left in football.. I would like to enjoy them.. I am a keeper who enjoys playing.."

Namun dalam masa yang sama juga Atikah rasa Almunia patut dihormati kerana beliau sanggup berhenti bermain bola sepak daripada menandatangani kontrak dengan kelab EPL yang lain dan x sanggup kembali ke Sepanyol jika bukan untuk kelab pertamanya Osasuna.. Bagi Atikah Almunia cukup bagus untuk Arsenal jika beliau di prestasi terbaiknya..

Mark Schwarzer telah pun mengadakan perbincangan dengan Mark Hughes, perkara ini telah pun diakui Hughes.. Namun Fulham mahukan 4 juta pound untuk khidmat Schwarzer di mana Arsenal hanya bersedia membayar 2.5 juta pound sahaja.. Namun menurut laporan Arsenal akan mengadakan perbincangan dengan Fulham semalam dan menjangkakan yang perjanjian akan diselesaikan hujung minggu ini..

Schwarzer langsung tidak menyembunyikan hasratnya untuk menyertai Arsenal.. Namun sama ada Arsenal boleh mencapai kata persetujuan dengan Fulham atau tidak akan menjadi titik penentu perjanjian ini.. Namun adakah Wenger sebenarnya cukup-cukup memerlukan penjaga gol baru daripada seorang lagi pemain pertahanan tengah??

Sementara itu Manchester City mungkin cukup maklum yang Wenger berkemungkinan memerhatikan perkembangan Shay Given dengan mereka sedia untuk mengemukakan tawaran kontrak yang cukup lumayan untuk mengelakkan Given daripada meninggalkan Eastland.. Namun adakah ianya cukup??

Namun Atikah rasa sejujurnya Wenger patut risaukan barisan pertahanan tengahnya.. Koscielny akan terlepas aksi hujung minggu ini menentang pendatang baru Blackpool yang mengejutkan Wigan 4-0 minggu lepas.. Atikah rasa pemain pertahanan tengah yang patut Wenger beli sekarang ini.. Bukannya penjaga gol.. Jika Almunia boleh kekalkan dan improve lagi prestasi dia dari minggu lepas, Arsenal boleh menang piala dengan Almunia di gawang gol.. Adios!!
Read More

Stewart Robson back up Almunia

Manuel Almunia terud dipertahankan bekas pemain Arsenal.. Yang terbaru ialah bekas kapten pasukan Arsenal, Stewart Robson.. Laporan semakin hangat diperkatakan yang Schwarzer akan ke Arsenal selewat-lewatnya hujung minggu ini selepas dilaporkan Arsenal bersedia mengemukakan tawaran baru hari ini.. Namun Robson memberitahu yang Almunia jauh lebih bagus daripada Schwarzer..

"I don't see that Schwarzer, the player that everybody's talking about, is a better goalkeeper than Almunia.. I think Almunia's a better goalkeeper than Schwarzer.. Shay Given is a very good shot-stopper, but most of the criticism of Arsenal's goalkeepers is that they don't come for crosses or haven't been dominant in the air.. Shay Given's not that goalkeeper.. He's a very good goalkeeper, we all know that, but he's more of a shot-stopper than someone who's going to dominate his penalty area.."

Robson juga menegaskan yang Arsenal boleh memenangi kejuaraan liga dengan mengunakan khidmat Almunia walaupun beliau diasak penjaga gol muda Arsenal.. "
I think Arsenal can win the Premier League with Almunia in goal.. He gets a lot of criticism, but I think he's unfairly treated. He was understudy to Jens Lehmann and had to wait a long time, but I don't think he's as bad as many Arsenal supporters are making out.."

"
I'm not sure Fabianski's good enough.. People tell me he's going to be a great goalkeeper, but he's made so many mistakes in his short career at Arsenal that it will be very difficult to win the fans back over and win the press back over.. Mannone had a good spell last year and saved Arsenal on a couple of occasions. He played brilliantly against Fulham, but he did make two high-profile mistakes.."

"
One against Birmingham, which didn't cost Arsenal, and one when Arsenal were 2-0 up against West Ham and he palmed a free-kick back into the path of Carlton Cole.. It cost Arsenal two points on that occasion. He's probably got a bit to do.. I don't think he'll play too many games for Arsenal.. I still think Almunia is by far and away the best keeper Arsenal have got on their books.."

Robson juga menegaskan yang Almunia perlu meminta lebih perlindungan daripada bahagian pertahanannya.. Dan juga beliau mengesa Wenger mengubah cara Arsenal bertahan.. "I still think Arsenal can win the league, but they need to improve a couple of defensive frailties that they've got.."

"
One is when balls get played over the top and they play too high an offside line - and the other is when they're defending set plays.. That's where they've let goals in over the last three or four years and I see in pre-season that they're still doing those same things.. It happened again against Liverpool.."

"There were a couple of situations in the first half where they tried to play too high an offside line, there was no pressure on the ball and the ball got played in and one ball could beat the whole of the back four.. It's not just about buying players; you have to have a defensive strategy.."

"Arsene Wenger
has got a philosophy of how they play. They play good football, they can open up teams and they're as good as Spain or as Barcelona football-wise.. But they're not as good as those teams defensively because they have a strategy about pressing the ball and showing teams out wide when they need to.. I can't see where that's happening at Arsenal.."

Atikah cukup setuju dengan apa yang dikatakan Stewart Robson ini.. Sekarang ini bukannya penjaga gol Arsenal punya masalah semata-mata.. Pemain pertahanan Arsenal juga patut dipersalahkan terutama sekali semalam.. Arsenal perlukan cara lain untuk bertahan.. Arsenal dah ada pertahanan yang bagus cuma strateginya yang tidak bagus.. Adios!!
Read More

Reina penyelamat Arsenal

Bukan Arshavin yang muncul hero Arsenal kali ini.. Dan juga bukan Chamakh ataupun pemain Arsenal yang lain.. Namun penjaga gol yang dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal Pepe Reina telah menjaringkan gol sendiri untuk memastikan Arsenal mengutip 1 mata selepas gagal menggunakan peluang menentang 10 orang pemain Liverpool..

ALMUNIA
SAGNA----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY
EBOUE-----WISLHERE-----NASRI-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Manuel Almunia nampaknya berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal dan Wenger telah mendedahkan persaingan di antara Almunia dan Fabianski untuk posisi tersebut namun dimenangi Almunia kerana beliau lebih berpengalaman dan tahu apa yang perlu dilakukan.. Van Persie berada di bangku simpanan namun kapten, Fabregas diketepikan kerana sakit dan juga kerana beliau belum bersedia untuk bersaing lagi (menurut Wenger)..

Separuh masa pertama Arsenal mendominasi perlawanan namun permainan keras Liverpool telah menyaksikan tidak banyak peluang dicipta Arsenal.. Hanya seminit sebelum tamat separuh masa pertama, Koscielny telah melahirkan kerisauan daripada fans Arsenal selepas beliau terpaksa diusung keluar oleh pegawai perubatan selepas terjahan lambat dan keras Joe Cole terhadap Koscielny..

Ianya menyaksikan Joe Cole dilayangkan kad merah memandangkan pengadil melihat dengan jelas kejadian tersebut dan berada tidak jauh dari tempat kejadian.. Ianya telah diprotes pemain Liverpool namun dipersetujui pemain Arsenal memandangkan Koscielny dilihat berkemungkinan mengalami patah atau retak tulang kakinya..

Namun segala kerisauan tersebut hilang selepas Koscielny kembali ke padang walaupun agak bergelut untuk kembali ke tahap terbaiknya sebelum terjahan tersebut.. Hanya seminit babak kedua dimulakan Arsenal telah dikejutkan dengan gol pembukaan daripada David Ngog.. Liverpool terus mengasak sehinggalah Wenger membawa masuk Rosicky dan Walcott.. Barulah Arsenal kembali mendominasi..

Namun Arsenal terus dikecewakan walaupun RVP di bawa masuk untuk mencipta peluang dan gol untuk Arsenal.. Reina terus menerus cemerlang di gawangnya sementara Almunia sekali sekala menyelamatkan keadaan untuk memastikan Arsenal terus mempunyai peluang.. Akhirnya pada minit ke-90 Pepe Reina yang dicabar Chamakh tertewas sehingga menyaksikan beliau menjaringkan gol sendiri..

Koscielny yang diakui cukup bernasib baik mampu meneruskan perlawanan selepas shin padnya menyelamatkan dirinya daripada kecederaan teruk tidak cukup bernasib baik selepas dilayangkan kad kuning kedua pada masa kecederaan untuk menyaksikan aksi cemerlang dan agresivenya pada debutnya telah sedikit sebanyak tercalar..

Namun kesuluruhannya Koscielny cemerlang dengan memastikan pemain Liverpool sukar untuk mencipta peluang selepas menunjukkan aksi cemerlang.. Namun Arshavin dilihat tidak banyak membantu namun menurut Wenger Arshavin agak kepenatan memandangkan beliau baru sahaja kembali dari Rusia untuk tugas antarabangsa..

Namun berdasarkan perlawanan ini, Almunia dan barisan pertahanan beraksi cemerlang walaupun Clichy mudah diratah Johnson dan Kuyt.. Namun bahagian tengah telah menunjukkan kurangnya kreativiti untuk menembusi benteng pertahanan Liverpool sementara tiada apa yang mampu dilakukan Chamakh memandangkan beliau gagal menerima hantaran..

Apa yang pasti lagi cepat Fabregas kembali lagi bagus.. Kerana jelas sekali Nasri dan Wilshere masih belum cukup bagus untuk diberikan tanggungjawab mengerakkan jentera tengah.. Dan Atikah juga lihat yang Rosicky dilihat telah kembali ke prestasi terbaiknya selepas cemerlang selepas dibawa masuk dan hampir sahaja menjaringkan gol hanya untuk melihat rembatannya diselamatkan Reina.. Adios!!
Read More

Luke Freeman Injured!!

Penyerang berbakat besar Arsenal yang kini dipinjamkan ke Yeovil Town dikejarkan ke hospital selepas diterjah keras pemain Bristol Rovers pada perlawanan ketiga beliau bersama Yeovil Town sebelum tamat separuh masa pertama.. Freeman dikhuatiri mengalami retak tulang kakinya selepas terjahan tersebut cukup keras dan teruk serta ianya merupakan terjahan daripada belakang..

Freeman yang menyinar di Yeovil Town telah disahkan tidak mengalami sebarang retak di tulang kakinya.. Ianya pastinya melegakan fans Arsenal yang cukup mengikuti perkembangan Freeman dan juga fans Yeovil Town.. Namun keputusan tahap serius kecederaannya hanya akan diketahui minggu depan..

Atikah harap kecederaannya tidak serius memandangkan beliau cukup berbakat besar dan Atikah cukup berharap dapat melihat kelibatnya bersama skuad utama Arsenal musim depan selepas mendapatkan sebanyak mungkin pengalaman di Yeovil Town.. Adios!!! -GET WELL SOON FREEMAN-
Read More

Pre Match : Liverpool VS Arsenal

Arsenal akan berkunjung ke Anfield hari ini untuk membuka kem en 2010/2011 dengan tanpa kelibat kemungkinan 8 pemain selepas Djourou, Bentdner dan Ramsey sah akan terlepas aksi pembukaan menentang Liverpool sementara Diaby, Denilson, Song, Fabregas dan Van Persie berada dalam keraguan kerana tidak cergas walaupun telah menjalani latihan penuh..

Dan dalam berita lain juga Wenger telah memberitahu siapa penjaga gol yang dipilihnya malam ini menentang Liverpool akan menjadi penjaga gol nombor satunya.. Beliau juga tidak menolak kemungkinan memilih Szczesny walaupun mengakui ianya merupakan satu pertaruhan memandangkan Szczesny tidak mempunyai sebarang pengalaman di pentas EPL..

"The goalkeepers are great, all ready to play.. I just wait for my decision and you will get it soon.. The guy who plays on Sunday will be No 1.. It is never for definite but it will be a consequence of what I have seen in pre-season.. He has not played one game in the Premier League.. I believe he has huge quality but I believe it would be a great gamble to play him.. Man United play with a goalkeeper who is 40 years old and Chelsea with a keeper with seven years in the Premier League. You need experience at the back.."

Atikah sendiri tidak pasti apa barisan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Apa-apa pun mari kita tunggu malam ini untuk melihat siapa yang akan diturunkan Wenger dan siapa yang berjaya menjadi penjaga gol nombor satu Arsenal.. Malam ini siaran langsung di Astro SuperSports 3 saluran 817 pada pukul 10 malam.. Adios!!

P/S: Siapa yang tiada saluran 817 mungkin decoder anda tidak diupdatekan lagi kerana memang sebelum ini x ada saluran tersebut.. Tapi entah dah berapa hari dah saluran tersebut dah ada..
Read More

Shay Given to Arsenal ??

Shay Given disisihkan Roberto Mancini walaupun telah kembali cergas dari kecederaan bahu yang dialaminya di stadium Emirates musim lepas.. Ini telah menguatkan lagi dakwaan kemungkinan Given akan menyertai Arsenal di mana Atikah akan suka hati menyambut kehadirannya kerana Given barulah penjaga gol bertaraf dunia yang telah berusia untuk memberikan tunjuk akjar kepada barisan penjaga gol muda Arsenal..

Namun jika benar Wenger berminat untuk mendapatkan tandatangan Given, Arsenal terpaksa bersaing dengan Celtic yang mengalami masalah serius di bahagian penjaga gol selepas Artur Boruc meninggalkan Celtic untuk ke Fiorentina.. Namun semuanya masih rumours.. Apa yang pasti tiada sebarang tawaran lagi dari Arsenal kepada Man. City untuk khidmat Given namun mungkin pernah kepada Joe Hart..

Atikah akan pastikan spy Atikah mengikuti sebarang berita terkini tentang rumours ini.. Jika ada sebarang berita terbaru Atikah akan postkan di sini.. Sebelum itu Atikah sahkan yang game Arsenal VS Liverpool esok di Anfield akan disiarkan pada Astro Supersport 3 iaitu saluran astro 817 pada pukul 10 malam.. Adios!!
Read More

Arsène Wenger signs contract extension

Arsenal dengan senang hatinya telah mengesahkan yang Arsene Wenger telah pun menurunkan tandatangannya ke kontrak lanjutan yang telah ditawarkan Arsenal sebelum perlawanan pembukaan musim menentang Liverpool esok di Anfield.. Berita ini pastinya mengembirakan fans Arsenal dengan tanpa keraguan lagi Wenger akan terus kekal di Arsenal sampai beliau bersara mengikut kenyataan Wenger sebelum ini..

"My heart belongs to Arsenal and my desire is to see this team win silverware.. My commitment and drive are as strong and fresh as ever.. Signing a new deal means that I can see this talented group of players reach their potential.. Trust me, they are ready to deliver.. With my staff and players we are in front of an exciting challenge and we are looking forward to achieving much success.."

Pengurusi Arsenal, Peter Hill-wood turut gembira dengan perkembangan ini.. "We are thrilled that Arsène has signed an extension to his contract. He has masterfully transformed this football club over the last 14 years and the exciting and compelling football we play under his stewardship is admired the world over.. Arsène is a very talented man and we believe the young, exciting team he has nurtured over the past five years will reward his and the fans’ patience with silverware.." Adios!!
Read More

Pat Jennings back up Manuel Almunia

Soerang lagi lagenda penjaga gol Arsenal, Pat Jennings yang menyertai Arsenal daripada Tottenham Hotspurs selepas Spurs menganggap beliau sudah tua dan melepasi zaman kemuncaknya namun akhirnya berakhir dengan fans Arsenal mengundinya dikalangan top 10 pemain terbaik sepanjang zaman Arsenal..

Jennings memback up keputusan Wenger untuk terus meletakkan kepercayaan terhadap Manuel Almunia dan juga memback up Almunia kerana beliau percaya yang Almunia mampu menyinar di gawang Arsenal musim baru yang bermula hari ini.. Beliau turut menambah ketidak yakinannya terhadap Lukasz Fabianski namun yakin jika Fabianski mampu mengurangkan kecenderungannya terhadap melakukan kesilapan, beliau mampu beraksi dalam kesebelasan utama.... Berikut ialah kenyataan Jennings..

"I don’t think anything has changed at Arsenal regarding their goalkeeping situation.. I think Manuel Almunia is a good goalkeeper and any mistakes that he has made have been magnified.. You look at Petr Cech.. He’s regarded as one of the best, if not the best, in the league and he made mistakes last season.."

"When you are successful and win things the mistakes are forgotten about.. If you aren’t successful then you’re vilified.. You only have to look at Robert Green in the World Cup, he’s been ostracised and I know what it feels like, but that’s what happens when you’re a goalkeeper.."

"I wouldn’t be worried about Almunia. It’s what’s behind him that I’m not sure about. Luckasz Fabianski has made mistakes when he’s been in and it will be hard for him if he has to come back into the first-team.. I know he’s well thought of at Arsenal though and if he does come back in he’ll have to cut out the errors if he’d going to have a chance long-term.." Adios!!
Read More

Impian Denilson (yang pasti anda suka)

Denilson mendedahkan impiannya pada musim baru ini.. Apa yang pasti fans Arsenal pasti berharap impiannya itu akan menjadi kenyataan kerana impian tersebut cukup menarik dan anda semua pasti gembira jika ianya berlaku.. Tarikh 28 Mei 2011 di stadium Wembley beliau mahu Arsenal bergembira dengan pemain Tottenham Hotspurs duduk kecewa tewas kepada Arsenal pada Final Champions League..

"Yes that would be special, to play Tottenham in the Champions League final... and beat them!! Because I don't like Tottenham. At Arsenal, NO ONE likes Tottenham.. I knew that after only four weeks of coming here, even though I was a teenager from another country, from another continent.."

"It was one of the first things they taught me here - the other players, the coaches, the manager and especially the fans.. And now I have been here for four years, I have experienced it for myself.. Now I understand it.. We don't like them and they don't like us.. When we play them it is crazy - on and off the ball.. It's a big, big rivalry and I love it.. It's very intense - to me it's just like Brazil and Argentina.."

"If you are Brazil, you would rather beat Argentina than win the World Cup.. If you are Arsenal you would rather beat Tottenham than anyone else, even Manchester United or Chelsea.. So to defeat them in the Champions League final would be the ultimate victory.."

Denilson juga mengakui pasukan Arsenal agak terkejut dengan pencapaian Spurs musim lepas namun menegaskan yang Spurs tidak akan boleh menewaskan Arsenal.. " It's true they shocked me last season, they did much better than I thought.. So, yes, we have to take them very seriously now.. In football, you know anything can happen but I still cannot believe they will achieve more than us.. That's not going to happen and I am very confident about that.."

Denilson, seperti pemain-pemain Arsenal yang lain dan juga Wenger menegaskan yang kemarau trofi kejuaraan Arsenal perlu ditamatkan.. "Last season, there was a lot of talk about Arsenal having too many young players and that's why we didn't win anything.. But to me it should never be an explanation to say you failed because you are young.. You can't use age as an excuse.. To me it is about belief, about confidence, about ability.."

"Most of the players at this club are internationals, that means they are top players and top players should perform.. Look at Mezut Ozil for Germany in the World Cup finals - he is just 21 but proved himself against the best in the world in the biggest tournament in the world.. Now we need to step up to the challenge too and I am sure we will have a successful season.. And Denilson is quick to explain the reasons behind his bold predictions.."

"Firstly, it is great news that Cesc Fabregas is staying.. He is our captain, our leader and if he had left it would have caused a big problem for Arsenal.. We have also signed Marouane Chamakh. He has already shown in pre-season what he can do, he looks a real quality player who will score a lot of goals.. "

"I am also excited about Jack Wilshere and Kieran Gibbs.. They have both just been picked by England which shows how well they have done already.. But I think this season they will be even better - they will have more experience and they will use that to Arsenal's advantage.."

Denilson juga berjanji mahu memberikan lebih banyak sumbangan kepada pasukan Arsenal.. "I need to be more consistent and score more goals - and I believe I will.. In the past I was hampered by injuries which disrupted my form and my confidence.. But I am fit again now and keen to make even more of an impact this term.. "

"If I play my best for Arsenal, I have a real chance of achieving my ultimate ambition and playing for Brazil at next year's Copa America and then in the World Cup in 2014 in my homeland.. Now that would be special.."

Penyebab kepada keyakinan Wenger tersebut ialah kerana Wenger yang dijangka akan meletakkan tandatangannya di atas kontrak lanjutan tidak lama lagi.. "No one here can imagine Arsenal without Arsene Wenger.. He's so important to us. More important to Arsenal than even the biggest player.."

"He finds so many young players, then brings them here and helps them grow, helps them learn how to play great football, beautiful football.. No other manager does what he does - they don't bring young players through like him.. They go out and buy ready-made players, players who are at the top already.."

"But the boss discovers new players from nowhere and turns them into stars.. He believes in giving young players their opportunity and his record is amazing.. Now his young players are more experienced than ever and that's why I believe this season we will get better and better and why I believe this season we will be winning one of the big titles.."

Read More

Arsenal close to signing Arsene Wenger

Arsenal semakin hampir untuk melanjutkan kontrak pengurus paling berjaya dan paling lama berkhidmat dalam sejarah Arsenal iaitu Arsene Wenger selepas Wenger mengakui masa depannya akn terjawab tidak lama lagi dan memberikan petunjuk yang beliau masih mahu bersama Arsenal selagi pengurusan Arsenal berpuas hati dengan kerjanya..

Arsene Wenger juga sempat memberikan berita baik daripada Aaron Ramsey yang diakui Wenger cukup tidak sabar untuk kembali beraksi.. Menurut Wenger minggu lepas Ramsey telah mula berlari dan perkembangannya itu jelas cukup positif selepas Wenger mengakui Ramsey akan kembali semula pada bulan November ini..

Wenger juga sekali lagi memberikan petunjuk tidak akan ada penjaga gol baru akan dibawa masuk selepas menegaskan sekali lagi yang beliau berpuas hati dengan barisan penjaga golnya dan juga memberitahu yang beliau masih belum membuat sebarang keputusan tentang situasi penjaga golnya selepas mengakui beliau tiada sebarang idea siapa akan beraksi esok..

Wenger juga memberitahu yang kesemua pemainnya telah menjalani latihan kembali tidak termasuk Ramsey dan Bendtner.. Namun Denilson, Song, Diaby, RVP dan Fabregas mungkin akan turut serta selepas mengakui mereka boleh beraksi esok namun mungkin bukan sebagai kesebelasan utama selepas Wenger mengakui mereka masih belum cergas..

Arsene Wenger juga menegaskan yang Cesc Fabregas masih cintakan Arsenal walaupun beliau turut mengakui yang Fabregas berada dalam dilema.. Namun segala rumours perpindahannya tidak sama sekali menjejaskan perasaan cinta Fabregas terhadap Arsenal dan Wenger turut yakin yang Fabregas akan tunjukkan rasa cintanya terhadap Arsenal..

"Cesc has been very good and, despite all of the stories, his love for the Club was never under threat.. You could understand he was torn between Barcelona and staying here, but he really deeply loves the Club and I could prove that to you.. His attitude has been completely spot-on.."

Adakah fans Arsenal akan melihat kelibat kapten pasukan ini esok?? Mungkin ya mungkin tidak.. Jika ya mungkin hanya di bangku simpanan.. X sabar Atikah tunggu esok.. Harap-harap Fabregas beraksi dan menunjukkan kepada dunia walau apa pun yang dikatakan media rasa cinta dan komitemennya terhadap Arsenal tidak pernah berubah.. Adios!!
Read More

Injury & Barazite news

Belum lagi kempen EPL bermula Arsenal telah dilanda masalah kecederaan dengan 4 pemain termasuk Aaron Ramsey tidak akan berkunjung ke Anfield akibat kecederaan sementara 4 pemain lagi termasuk Fabregas dan RVP dalam keraguan untuk beraksi menentang Liverpool akibat kurang cergas..

Johan Djourou merupakan pemain terbaru yang menyertai senarai tersebut selepas mengalami kecederaan hamstring.. Nicklas Bendtner masih lagi bergelut dengan kecederaan berulangnya sementara Aaron Ramsey masih menjalani proses pemulihan.. Alex Song yang terlepas kempen pra musim ini pula dalam keraguan akibat kecederaan betis..

Denilson (abdominal) akan menjalani ujian kecergasan sekali lagi esok untuk mengetahui sama ada beliau akan turut serta atau tidak.. Abou Diaby telah kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan betis dan dijangka akan menyertai skuad berkunjung ke Anfield.. Andrei Arshavin yang mengalami kecederaan otot minggu lepas disahkan telah pulih dan Arshavin akan bersedia mengegar Anfield sekali lagi..

Namun Fabregas dan Van Persie masih belum dipastikan akan diturunkan selepas Wenger mengakui beliau masih lagi memikirkan untuk membawa kapten dan penolong kapten pada kunjungan di Anfield..

Berita baik tentang Aaron Ramsey selepas Arsene Wenger telah mengesahkan yang fans Arsenal boleh menantikan kepulangan semula Ramsey di atas padang pada bulan November ini.. Sementara itu Wenger juga menjangkakan yang Bendtner berkemungkinan akan terlepas aksi selama 4 minggu akibat kecederaan groin..

Sementara itu sedikit berita yang mengecewakan ialah Arsenal kini diambang kehilangan pemain berbakat, Nacer Barazite setelah cemerlang pada ujian bersama kelab gergasi Scotland, Rangers.. Rangers juga dilaporkan cukup berminat untuk membawa Barazite ke Scotland selepas beliau cemerlang pada perlawanan ujian semalam..

Apa-apa pun semoga berjaya Barazite dan Atikah sejujurnya kecewa kerana Wenger tidak banyak memberikan beliau peluang.. Nacer Barazite diakui pemain yang cukup bagus namun masalah kecederaan sering melandanya mungkin akibat beliau merupakan seorang pemain Belanda.. Adios!!
Read More

Latest Mark Schwarzer rumours

Berita terbaru tentang Mark Schwarzer ialah spy Atikah memberitahu yang Schwarzer mahu pulang ke London secepat yang mungkin selepas beraksi bersama Australia dalam perlawanan persahabatan untuk melakukan perjumpaan dengan Mark Hughes supaya membenarkan beliau pergi meninggalkan Fulham untuk menerima tawaran Arsenal..

Semalam Fulham telah menafikan yang Schwarzer telah meminta dilepaskan selepas dilaporkan Schwarzer menghantar email mahu meninggalkan Fulham untuk cabaran baru bersama Arsenal untuk beraksi di pentas eropah dan beraksi bersama kelab elit sebelum beliau mengantung sarung tangannya..

Namun segalanya masih rumours dan selagi Fulham tidak membuat kenyataan rasmi yang Schwarzer diletakkan di dalam senarai perpindahan selagi itulah ini hanya rumours.. Walau ianya berlaku sekali pun kita masih x pasti sama ada Wenger masih berminat membawa Schwarzer selepas Almunia dilihat kembali ke prestasi terbaiknya.. Adios!!
Read More