20 October 2010

Arsenal 5-1 Eduardo

Arsenal mengekalkan rekod baik di pentas Eropah selepas sekali lagi mudah menundukkan pasukan lawan.. Perlawanan ini menyaksikan Arsene Wenger membenarkan Cesc Fabregas mengetuai pasukan untuk memanaskan badan sebelum bertemu, Man. City hujung minggu ini.. Namun sejujurnya perlawanan ini lebih tertumpu kepada kembalinya semula Eduardo Da Silva..

FABIANSKI
EBOUE-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
SONG-----WILSHERE
ROSICKY-----FABREGAS-----NASRI
CHAMAKH

Arsenal mula mendahului seawal minit ke-19 selepas kesilapan daripada penjaga gol Shaktar Donestk menyaksikan Djourou menolak bola dari beliau kepada Song yang mudah sahaja menjaringkan gol di gawang yang terbuka luas.. Song yang cukup cemerlang terutama sekali pada separuh masa pertama sekali lagi cemerlang..

Song melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan padang kepada Samir Nasri yang tidak dikawal.. Nasri dengan mudah sekali merembat kencang melepasi penjaga gol Shaktar Donestk untuk gol kedua Arsenal pada minit ke-42.. Iaitu 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama.. Tamat separuh masa pertama Arsenal 2-0 Shaktar Donestk..

Arsenal telah dihadiahkan sepakan penalti setelah Johan Djourou di kasari di kotak penalti.. Fabregas pastinya tidak akan mensia-siakan peluang ini setelah merembat kencang ke gawang gol untuk gol ketiga perlawanan dan untuk gol yang dihadiahkan Fabregas kepada maknya.. Hanya beberapa minit selepas itu, Wenger mengeluarkan Fabregas dan membawa masuk Denilson..

Bekas penyerang the gunners, Eduardo Da Silva turut di bawa masuk dan peminat Arsenal di stadium Emirates telah berdiri dan memberikan tepukan yang cukup gemuruh kepada Eduardo yang pulang kembali ke Emirates Stadium.. Fans Arsenal turut membawa banner yang tertulis 'WELCOME HOME EDUARDO'..

Jack Wilshere akhirnya menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di pentas eropah dan juga gol pertamanya musim ini setelah melakukan gerakan cantik satu dua dengan Tomas Rosicky yang mengambil armband Arsenal setelah kapten pasukan, Cesc Fabregas dibawa keluar..

Samir Nasri yang selalu cemerlang pada babak-babak akhir perlawanan cemerlang setelah melakukan chip cantik kepada Chamakh yang tidak offside sebelum menolak masuk melepasi penjaga gol Shaktar Donestk.. Yang kelakarnya Chamakh terlebih dahulu melihat penjaga garisan sebelum menjaringkan gol tersebut..

Untuk melengkapkan pesta gol Arsenal.. Bekas penyerang Arsenal, Eduardo berjaya menewaskan pertahanan dan penjaga gol Arsenal untuk memberikan peluang kepada fans Arsenal melepaskan rindu melihat gol Eduardo dan menyambut gol yang dijaringkan Eduardo.. Tamat perlawanan Arsenal 5-1 Shaktar Donestk..

Okey perlawanan ini cukup didominasi Arsenal dan kesemua pemain Arsenal beraksi dengan cemerlang dengan Arsenal bagaikan diberikan kuasa baru dengan kehadiran Fabregas.. Fabregas tidaklah terlalu menyerlah namun Fabregas masih berbisa.. Apa-apa pun rumusan Atikah ialah Arsenal beraksi dengan cukup cemerlang terutama sekali separuh masa kedua.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment