28 March 2011

Arsenal Ladies 3-2 Sunderland Ladies

Dengan minggu antarabangsa sedang berjalan, tidak banyak berita daripada kem Arsenal kecuali dari kem Arsenal Ladies.. Ladies yang baru-baru ini mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir Champions League sekali lagi mengesahkan tempat mereka di separuh akhir Piala FA setelah berjaya menundukkan Sunderland Ladies 3-2 di waktu tambahan..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-21 untuk menyaksikan Ladies ketinggalan 1-0 di separuh masa pertama.. Namun 2 minit selepas separuh masa kedua bermula, Ellen White menanduk masuk hantaran dari Rachel Yankey untuk menyamakan kedudukan.. Ellen White kemudiannya mencipta gol kedua Ladies di mana disudahkan oleh penyerang prolifik Ladies, Julie Fleeting pada minit ke-78..

Namun Sunderland meyamakan kedudukan 2 minit selepas itu untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.. 2 minit selepas masa tambahan bermula, Ellen White merembat masuk gol kemenangan Arsenal menerusi satu gerakan balas.. Namun Sunderland berusaha keras untuk menyamakan kedudukan hanya untuk mereka dikecewakan dengan kecekapan dan ketangkasan penjaga gol Ladies, Emma Byrne..

Arsenal Ladies telah diundi menentang Barnet Ladies pada 24 April ini dengan Ladies akan menentang Liverpool Ladies ataupun Bristol City Ladies pada perlawanan akhir nanti.. Anyway tahniah kepada skuad Arsenal Ladies!! Adios!!

0 comments:

Post a Comment