Emirates Cup 2011
Arsenal akan menentang Boca Juniors pada hari pembukaan Emirates Cup iaitu pada 30 Julai selepas perlawanan di antara New York Red Bulls dan Paris St Germain sebelum menentang New York Red Bulls keesokan harinya selepas perlawanan di antara Paris ST Germain dan Boca Juniors.. Adios!!
Good Luck Ladies!!

Namun Ladies dilihat agak tempang untuk perlawanan ini walaupun secara dasarnya Ladies masih menjadi pasukan pilihan.. Namun 2 gol dalam 2 perlawanan liga setakat ini bukanlah satu rekod yang baik memandangkan Birmingham telah menjaringkan sejumlah 9 gol dalam 3 perlawanan liga.. Namun kedua-dua pasukan telah menunjukkan yang pertahanan mereka cukup kental kerana kedua-duanya masih belum ditembusi lawan..

P/S : Arsenal Ladies patut dapatkan penalti!! Jelas sekali Ellen White dikasari di dalam kotak penalti..
Who Wenger should sale this summer??
Almunia telah mengetepikan saingan Jens Lehmann semasa musim 2007/2008.. Ianya bukanlah perkara yang mudah memandangkan Lehmann merupakan lagenda The Gunners.. Namun sejak musim lepas Almunia telah menunjukkan penurunan prestasi secara mendadak.. Peminat Arsenal cuba bersabar dengannya namun tahap kesabaran fans Arsenal dengan Almunia semakin tipis..
Ini mungkinlah masanya untuk Wenger melepaskan Almunia musim panas ini dengan kontrak Almunia hanya tinggal setahun sahaja lagi pada musim panas ini.. Pemergian Almunia akan membenarkan Lukasz Fabianski, Wojciech Szczesny dan Vito Mannone bersaing untuk jersi nombor 1 Arsenal.. Dan ketiga-tiga mereka lebih dari bagus untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Almunia..
Squillaci bukanlah pemain utama yang benar-benar perlu di jual Wenger musim panas ini.. Kerana mungkin musim depan Squillaci akan menunjukkan keupayaan sebenarnya.. Namun ini juga tidak membawa maksud yang Wenger tidak perlu membeli pemain pertahanan baru kerana pemain pertahanan Arsenal cukup teruk beberapa musim ini.. Dan Wenger juga mengakuinya so Wenger belilah pemain pertahanan berkualiti musim panas ini!!

Musim ini telah menunjukkan Diaby cukup bodoh dan bermain tanpa menggunakan kepalanya seperti musim-musim yang lalu.. Sehinggakan kapten dan penolong kapten pasukan cukup marah dengan Diaby sehingga Van Persie berbalah dengan Diaby di bilik persalinan kerana kebodohan Diaby sendiri..
Diaby mungkin pemain pilihan Wenger namun sedarlah Wenger selagi Diaby ada di Arsenal dan selagi beliau terus menerus selfish dan bermain tanpa menggunakan otaknya, Diaby tidak patut berada di Arsenal.. Dalam masa sesaat sahaja Diaby boleh muncul hero kepada zero selepas itu.. Wenger juallah Diaby dan beli pemain tengah baru..
Rosicky semakin di mamah usia.. Atikah tidak ragui kemampuan Rosicky namun jika Wenger terus meletakkan Rosicky sebagai pilihan terakhirnya, buat apa kita simpan Rosicky.. Pemergiaannya akan menyedihkan peminat Arsenal namun pemergian Rosicky akan membuka ruang untuk Wenger membeli pemain baru ataupun mungkin membenarkan pemain muda yang lain beraksi seperti Conor Henderson yang menyerlah pada debutnya untuk Arsenal..
Bendtner ada ciri-ciri untuk menjadi penyerang prolifik Arsenal.. Namun jika beliau lebih banyak bermain di sebelah kanan lebih baiklah Wenger menjualnya dan membeli seorang penyerang yang serba boleh.. Dan Chamakh.. Di manakah Chamakh yang menjadi penyerang prolifik Arsenal pada awal musim yang lalu??
Anyway.. Wenger perlu menjual sekurang-kurang 2-3 orang pemain di dalam senarai ini dengan of courselah pilihan Atikah ialah Almunia, Diaby dan Denilson.. Wenger PERLU membeli pemain baru musim panas ini dan juga dalam masa yang sama jangan melupakan pemain-pemain skuad simpanan Arsenal seperti Henri Lansbury, Conor Henderson, Emmanuel Frimpong, Ignasi Miquel, Craig Eastmond dan Jay Emmanuel-Thomas..
Namun Piala Carling dan Piala FA selalu menjadi pentas untuk mereka.. So untuk EPL dan Champions League Arsenal perlukan pemain-pemain bintang untuk memastikan Arsenal berjaya memenangi kejuaraan musim depan.. Arsenal memang improve musim ini namun masih kekurangan mentaliti kemenangan dan ketiadaan pemain back up yang berkualiti sekali lagi memusnahkan Arsenal.. Wenger please make Arsenal fans happy this summer transfer window..
The different between first team and Ladies

Sejujurnya kedua-dua pasukan Arsenal ini tidak banyak beza pun.. Arsenal Ladies telah ditubuhkan oleh Vic Akers yang cukup rapat dengan skuad utama Arsenal dan kedua-dua pasukan berkongsi penaja jersi dan sebagainya dan malahan Ladies pernah menggunakan gelanggang Highbury dan Emirates..
Kedua-duanya dibimbing oleh pengurus yang cukup berwibawa dan cukup suka berexperiment dengan pemain-pemain muda dan kedua-dua pasukan telah kehilangan beberapa tonggak utama sejak kebelakangan ini.. Cuma membezakan mereka mungkin Ladies memang sudah digeruni di England dan diakui sebagai pasukan terbaik England sementara Arsenal lelaki cuba untuk bangkit setelah zaman Theirry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Viera berlalu..
Dan satu lagi ialah pasukan Arsenal lelaki terpaksa di bina semula sementara skuad Ladies masih dibina di sekeliling pemain-pemain tonggak mereka.. Dan juga mentaliti kemenangan dan kekuatan mental antara dua pasukan.. Namun Atikah rasa apa yang menyebabkan skuad lelaki Arsenal gagal digeruni seperti skuad Ladies mereka adalah ketidak mahuan Arsene Wenger berbelanja..


Arsenal Ladies turut mengalami masalah kecederaan namun yang membezakan mereka dengan skuad utama ialah mereka mempunyai pemain back up yang lebih dari bagus untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sementara skuad lelaki Arsenal pula sebaliknya.. Dan juga faktor pasukan lelaki sering mengharapkan kepada pemain-pemain tertentu untuk memberikan 3 mata penuh kepada pasukan..



Itu sudah semestinya bermaksud mereka mempunyai lebih banyak pengalaman dan mengenali pasukan mereka dengan lebih lagi.. Atikah rasa Wenger perlu buat seperti skuad Ladies buat.. Beli pemain bintang dan pemain yang mampu menjadi hero pasukan dan juga Wenger perlu membaiki masalah kekuatan mental pasukan.. Tidak lupa juga pemain yang berpengalaman untuk membimbing pemain-pemain muda.. Dan pastikah pemain berpengalaman itu cukup berkualiti bukannya macam Squillaci..
Atikah akui EPL dan WSL merupakan liga yang lain namun ianya tetap sama.. Arsenal Ladies bagaikan Manchester United di EPL.. Mereka sering menjadi pasukan pilihan walaupun di Eropah kadang-kadang Ladies lebih kepada pasukan underdog walaupun telah menangi kejohanan tersebut pada tahun 2007..


Jika Wenger sekali lagi berdegil pada musim panas ini memang Atikah tidak tahu nak buat apa lagi.. Arsenal memang ada pasukan yang cukup berbakat namun bakat tidak cukup untuk memenangi kejuaraan kerana kita perlu ada kekuatan mental dan pemain-pemain yang mampu mengubah perlawanan di masa yang tidak dijangka.. So Wenger please add superstar on the team this summer!!

Arsenal Ladies through to Final!!







Arsenal Ladies pastinya mahu membawa pulang semula FA Women's Cup yang dilepaskan mereka musim lepas kepada Everton Ladies selepas tewas tipis 3-2 untuk menyaksikan Ladies tewas buat pertama kalinya di final dalam 11 kejayaan mereka mara ke final FA Women's Cup di mana turut menyaksikan mereka gagal menjulang piala tersebut buat kali kelima berturut-turut..
So sekali lagi Ladies menunjukkan winning mentality mereka.. Atikah rasa pasukan Arsenal lelaki kena belajar pasal winning mentality dengan pasukan Ladies.. Kerana sekali lagi Arsenal lelaki menunjukkan kelemahan mentaliti mereka sementara skuad Arsenal Ladies menunjukkan kekuatan mentaliti mereka.. Anyway tahniah Arsenal Ladies!!
Wenger about Diaby injury and summer transfer
Namun seperti kebiasaannya Atikah rasa Wenger tidak akan sibuk musim panas ini walaupun diberikan dana yang banyak.. Ini turut di akui Wenger sendiri yang mengesahkan walaupun beliau menerima dana yang banyak beliau tidak rasa yang beliau akan sibuk pada musim panas ini selepas beliau masih berpuas hati dengan para pemainnya..
Oh Wenger.. Atikah tidak kisah kalau kita tidak beli penjaga gol baru memandangkan kita sudah ada Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone dan kita juga boleh memanggil Jens Lehmann pada bila-bila masa bila diperlukan.. Namun kita perlukan seorang pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang..
Terutama sekali pemain pertahanan seperti Sebastien Squillaci langsung tidak menarik perhatian sejak beliau menyertai Arsenal.. Dengan masa depan Nicklas Bendtner sekali lagi dalam keraguan Wenger mungkin patut mencari seorang penyerang yang cukup prolifik terutama sekali selepas Marouane Chamakh terus hilang selepas permulaan cemerlang musim ini..
Terutama sekali dengan Robin Van Persie seperti biasa pasti tidak akan lari dari masalah kecederaan.. Mungkin bahagian tengah Arsenal sudah cukup bagus tapi mungkin Wenger patut menjual Denilson dan Diaby.. Denilson musim ini gagal untuk menjadi pengganti yang bagus apabila Alex Song cedera dan Diaby pula terus menerus mensia-siakan skillnya..
Arsenal Ladies 1-0 Bristol Academy

Ladies menerima kunjungan Bristol Academy yang baru sahaja menewaskan Liverpool 3-0 untuk mara ke final FA Women's Cup dengan mereka dijangka akan menentang Arsenal Ladies jika Ladies berjaya menewaskan Barnet Ladies hujung minggu ini menerima perkhabaran baik selepas skuad Ladies Arsenal dirundung masalah kecederaan pemainnya..
Ladies terpaksa beraksi tanpa khidmat dua pemain tonggak mereka yang pastinya dirindui iaitu Kim Little yang mengalami kecederaan hamstring dan Jayne Ludlow yang masih dihantui dengan masalah kecederaan Achilles.. Gilly Flaherty yang mengalami kecederaan hujung minggu lalu pula berada di bangku simpanan selepas berjaya pulih tepat pada masanya..

Ladies dijangka akan beraksi tanpa khidmat kapten pasukan mereka untuk satu tempoh yang lama memandangkan kecederaan yang di alami Faye White jelas teruk dan dengan hakikat beliau mempunyai rekod yang agak buruk dengan kecederaan pastinya menyaksikan Ladies akan beraksi tanpa khidmat kapten dan penolong kapten pasukan mereka..


PFA Award Winner
"It is my first full season and it is a massive award, especially from my fellow players.. It is amazing.. I am very proud to be the fifth recipient from Arsenal, it is good to keep this history going.. Arsenal is a good club for bringing youngsters through and they keep proving it so I would like to thank the manager as well.."
Kemenangan tersebut telah dipertikaikan ramai orang memandangkan berapa sangatlah aksi memukau yang ditunjukkan Bale sepanjang musim ini berbanding calon pilihan Samir Nasri.. Ini bagaikan satu lagi kekejaman kepada Arsenal selepas tahun lepas Fabregas di nafikan kemenangan PFA Young Player of the Year walaupun jelas sekali Fabregas lebih berhak menerimanya daripada James Milner..
So tahniah kepada Sagna, Nasri dan Wilshere.. Sayang Nasri tidak memenangi anugerah PFA Player of The Year walaupun jelas sekali beliau berhak menerimanya.. Namun biasalah semuanya anti Arsenal.. Mereka x nak bagi Arsenal sapu bersih anugerah tu.. Wilshere menang pun mungkin sebab dia hero baru England.. Kalau x silap2 diaorang bagi dekat orang lain.. Adios..
Subscribe to:
Posts (Atom)