Arsenal announces pre-season game in Malaysia
Arsenal Ladies won their 11th FA Cup!!
Arsenal melangkah pada pentas final ini tanpa khidmat dua pemain berpengalaman iaitu Faye White merangkap kapten pasukan dan Jayne Ludlow merangkap penolong kapten pasukan akibat kecederaan serius.. Namun kedua-dua pemain penting Arsenal ini berada di bangku simpanan untuk memberikan dorongan kepada pemain-pemain Arsenal Ladies yang lain..
"Some of the football she can play is frightening.. I think that is summed up by the way she took her goal.." Itulah yang dikatakan pengurus pasukannya tentang Little.. Atikah turut mengakuinya kerana Kim Little cukup mengkagumkan dan hakikat beliau masih muda dan mempunyai bakat yang cukup besar.. Wonder when she gonna be chosen as Women's Player Of The Year cause she well deserves it..








Wenger - I'll fight very hard to keep Cesc
"I will fight very hard to keep him here.. You have always to fight when you have a player of that quality, you must always fight to keep your players, of course.. What guarantees you that if you go somewhere else you will win trophies?.. The biggest pride for a captain is to be committed to his club and deliver trophies with his team.."
"A player who changes his club every time he is frustrated or when he doesn’t win a trophy, goes nowhere.. I believe the quality of sports life is to be committed to your club and not just to move out when it does not go as well as you expected.. Cesc Fabregas played 22 games this season out of 38 and we expect him to play between 30 and 38. That will make a huge difference to our efficiency [next season] as well.."
Wenger mengakui beliau akan menyenaraikan Miyaichi di dalam skuadnya untuk kempen pra musim nanti untuk menyaksikan lebih rapat aksi pemain Jepun ini yang telah menerima respon positif sejak menyertai Arsenal dan di pinjamkan ke Feyenoord.. Dan jika Wenger berpuas hati, beliau akan cuba untuk menyelesaikan work permit Miyaichi.. Apa-apa pun x sabar nak menyaksikan kelibat Miyaichi semasa pra musim nanti..
Sementara itu selepas kapten pasukan Cesc Fabregas disahkan tidak akan beraksi perlawanan akhir musim ini menentang Fulham, Samir Nasri, Gael Clichy dan Abou Diaby berada di dalam keraguan untuk aksi menentang Fulham ahad ini dengan mereka bertiga akan melalui ujian kecergasan minit akhir sebelum sebarang keputusan dibuat Wenger.. Harap-harapnya Clichy dan Nasri akan cergas sepenuhnya untuk beraksi ahad ini.. Adios..
Thomas Vermaelen set to play against Aston Villa
So itu berita baik bukan?? Harapnya kali ini Wenger mengotakan janjinya selepas Wenger memberitahu fans Arsenal yang Gooners cukup mengkagumkan sepanjang musim ini dan Wenger harap Gooners semuanya akan terus berada di dalam pasukan dan bangga dengan pasukan dan Wenger juga memberitahu fans Arsenal perlu terus mempercayai pemain-pemain Arsenal sekarang ini..
Sementara itu Paul Merson baru-baru ini mendedahkan yang semasa tempohnya di Highbury, Arsenal telah memberikan beliau sesuatu dan disuntik oleh 'yellowy product' semasa berkhidmat dengan Arsenal sehingga ada ura-ura memberitahu yang Wenger dan Arsenal terbabit dengan perkara yang melanggar peraturan..
Wenger pantas membalas pertanyaan ini dengan menegaskan Arsenal sama sekali tidak terlibat dengan barang-barang terlarang dan menjelaskan setiap tahun sebanyak 20 kali doping control dilakukan Arsenal untuk memastikan pemain-pemainnya bebas dari sebarang barang terlarang da nsetakat ini tiada seorang pemain Arsenal yang disahkan positif..
Wenger turut menegaskan yang staf perubatan Arsenal hanya memberikan vitamin c, multivitamins, magnesium ataupun calsium kepada pemain-pemainnya.. Dan Wenger turut memberitahu beliau tidak pernah memaksa mana-mana pemainnya mengambilnya jika mereka tidak mahu mengambilnya..
Wenger dengan lantangnya memberitahu yang jika benarlah kenyataan ini tunjukkan buktinya.. Dan Wenger juga memberitahu jika mereka jumpa seorang pemain yang mengakui yang Wenger memaksanya disuntik untuk bermain satu perlawanan tidak kiralah berapa besar pun perlawanan tersebut, beliau akan meletak jawatan.. Adios..
Arsenal Ladies lepaskan peluang


Namun jangan risau kerana sebaik sahaja video tersebut dikeluarkan kita akan lihat gol pelik apakah yang diberitahu mereka.. Tinggal dua minit sahaja lagi memisahkan Arsenal dengan 3 mata penuh untuk menyaksikan Ladies merapatkan jurang 2 mata dengan Birmingham yang seri 0-0 dengan Liverpool berkecai selepas tandukan gol penyamaan dari kapten Bristol dan bekas pemain Arsenal, Yorston..
Ini bermakna Ladies ketinggalan 4 mata di belakang Birmingham Ladies dengan Arsenal Ladies masih mempunyai 1 perlawanan di dalam tangan.. Namun jelas sekali jika Ladies berjaya mengutip 3 mata penuh pada perlawanan semalam di mana Birmingham telah mencatatkan keputusan seri kali kedua berturut-turut mereka, Ladies pastinya akan mendahului liga sebelum musim diberhentikan seketika untuk memberikan ruang kepada Women's World Cup..
Namun apa yang menjadi persoalan ialah Ladies sejak akhir-akhir ini kerap kali melakukan kesilapan-kesilapan mudah sehingga menyaksikan mereka terlepas mata penting semasa tewas 2-1 kepada Birmingham Ladies dan semasa seri 2-2 dengan Bristol Academy semalam.. Itu tidak termasuk lagi semasa tewas 5-2 secara agregat kepada Olympique Lyonnais dalam UEFA Women's Champions League..


Tanpa perlu diselindung lagi jelas sekali pemain Arsenal Ladies tidak lagi mahu merasai kekecewaan pada final FA Women's Cup seterusnya memastikan mereka menjulang piala tersebut buat kali ke-11.. So Ladies good luck for next week and please don't make a same mistake again.. Adios!!
Nasri not going anywhere
Ejen Nasri telah menyangkal sebarang dakwaan yang Nasri akan berhijrah ke mana-mana pasukan memandangkan beliau sedang dalam perbincangan dengan Arsenal tentang kontrak lanjutan dengan dijangkakan musim panas ini Nasri akan menandatangani kontrak baru.. So Nasri tidak akan ke mana-mana..
Namun dalam masa yang sama Seaman mengakui buat masa ini ianya masih terlalu awal untuk Szczesny sementara Fabianski pula masih belum menunjukkan sepenuhnya apa yang mampu dilakukannya.. So nampaknya posisi penjaga gol numbor satu Arsenal akan disaing di antara dua rakan baik, Fabianski dan Szczesny selepas Almunia semakin lama semakin disisihkan..
Mancini oh Mancini jangan haraplah Fabregas akan meninggalkan Arsenal dan pergi ke Man. City.. Duit bukan segala-galanya.. Jika Fabregas pergi musim panas ini hanya satu tempat sahaja di tujunya iaitu Barcelona.. Fabregas sendiri mengakuinya yang jika suatu hari nanti beliau akan meninggalkan Arsenal hanya Barcelona menjadi destinasinya..
Dan Fabregas juga pernah menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan bermain di mana-mana kelab England lain selain Arsenal.. So Mancini in your dreamlah nak dapatkan Fabregas.. Jangan ingat jika sebelum ini Wenger senang-senang je lepaskan Adebayor dan Toure ke sana Wenger akan lakukan perkara yang sama jugak dekat Fabregas.. Adios..
Fabregas, Nasri out Vermaelen in
Fabregas gagal untuk pulih dari kecederaan semasa sesi latihan sebelum perlawanan menentang MU begitu juga Nasri yang mengalami kecederaan hamstring akan diketepikan dari perlawanan ini bersama-sama Abou Diaby yang masih mengalami kecederaan betis.. Andrei Arshavin dan hero menentang MU yang lalu iaitu Aaron Ramsey dijangka mengisi kekesongan tersebut..
Ini bermakna kunjungan Arsenal ke Stadium Britannia kali ini akan menyaksikan Ramsey bermain di tempat di mana beliau hampir sahaja tidak boleh bermain lagi selepas diterjah keras Ryan Shawcross dan juga kemungkinan kembalinya semula gandingan di antara Laurent Koscielny dan Vermaelen..
Gol voli daripada Jordan Nobbs pada minit ke-27 untuk gol pertamanya di liga untuk Arsenal dan juga satu lagi gol voli daripada penyerang sensasi Ladies, Ellen White pada minit ke-35 sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh untuk Ladies bagi memastikan Birmingham tidak mampu duduk senang.. Atikah postkan highlights game tersebut di sini.. Adios!!
Arsenal 2011/2012 kit!!
Subscribe to:
Posts (Atom)