The different between first team and Ladies
Okay seriously.. Arsenal First Team skuad tewas 2-1 sementara pada masa yang sama Arsenal Ladies membedil Barnet 5-0 untuk menempah tiket ke peringkat akhir Piala FA dan juga tiket ke kejohanan Eropah musim depan.. Sepanjang kemarau trofi di Emirates Stadium, Boreham Wood dilimpahi dengan trofi-trofi kejuaraan Arsenal Ladies termasuklah kejohanan Eropah..Sejujurnya kedua-dua pasukan Arsenal ini tidak banyak beza pun.. Arsenal Ladies telah ditubuhkan oleh Vic Akers yang cukup rapat dengan skuad utama Arsenal dan kedua-dua pasukan berkongsi penaja jersi dan sebagainya dan malahan Ladies pernah menggunakan gelanggang Highbury dan Emirates..
Kedua-duanya dibimbing oleh pengurus yang cukup berwibawa dan cukup suka berexperiment dengan pemain-pemain muda dan kedua-dua pasukan telah kehilangan beberapa tonggak utama sejak kebelakangan ini.. Cuma membezakan mereka mungkin Ladies memang sudah digeruni di England dan diakui sebagai pasukan terbaik England sementara Arsenal lelaki cuba untuk bangkit setelah zaman Theirry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Viera berlalu..
Dan satu lagi ialah pasukan Arsenal lelaki terpaksa di bina semula sementara skuad Ladies masih dibina di sekeliling pemain-pemain tonggak mereka.. Dan juga mentaliti kemenangan dan kekuatan mental antara dua pasukan.. Namun Atikah rasa apa yang menyebabkan skuad lelaki Arsenal gagal digeruni seperti skuad Ladies mereka adalah ketidak mahuan Arsene Wenger berbelanja..
Arsenal telah kehilangan Henry, Bergkamp, Lehmann, Viera dan banyak lagi pemain sejak memenangi kejuaran Piala FA 2005.. Namun tiada sebarang pembelian bernama besar yang dilakukan Wenger kecuali Andrei Arshavin dan Samir Nasri dan mungkin juga Maroune Chamakh musim panas lalu..
Namun kehilangan Karen Carney, Kelly Smith dan Alex Scott pada bulan Mac 2009 dan Katie Chapman pada bulan Mac tahun berikutnya barulah benar-benar memberikan kesukaran kepada mereka.. Namun kebijaksanaan Vic Akers membawa masuk beberapa pemain bintang pasukan lain untuk memberikan kekuatan kepada skuad Ladies memastikan mereka terus dominan di England..Arsenal Ladies turut mengalami masalah kecederaan namun yang membezakan mereka dengan skuad utama ialah mereka mempunyai pemain back up yang lebih dari bagus untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan sementara skuad lelaki Arsenal pula sebaliknya.. Dan juga faktor pasukan lelaki sering mengharapkan kepada pemain-pemain tertentu untuk memberikan 3 mata penuh kepada pasukan..
Ladies telah menunjukkan setiap seorang pemain mereka mampu menjadi hero pasukan termasuklah penjaga gol mereka yang pastinya akan di kenang sebagai hero mereka keranan memastikan pemain terbaik wanita dunia, Marta gagal menembusi gawangnya semasa membantu Arsenal Ladies memenangi UEFA Women's Cup pada tahun 2007..
Membezakan lagi Ladies dengan skuad utama ialah Ladies mempunyai pemain-pemain seperti Emma Byrne, Faye White, Ciara Grant, Jayne Ludlow, Katie Chapman, Julie Fleeting, Yvonne Tracy dan Rachel Yankey untuk membimbing pemain-pemain muda mereka dan memberikan kelebihan kepada skuad Ladies dari segi pengalaman..
Kebanyakan pemain skuad Arsenal Ladies telah berada di dalam pasukan cukup lama malahan lebih lama dari pemain-pemain skuad Arsenal sekarang ini.. Atikah betul-betul maksudkannya kerana pemain Ladies paling lama berkhidmat ialah kapten pasukan mereka iaitu Faye White sejak dari 1996!!Itu sudah semestinya bermaksud mereka mempunyai lebih banyak pengalaman dan mengenali pasukan mereka dengan lebih lagi.. Atikah rasa Wenger perlu buat seperti skuad Ladies buat.. Beli pemain bintang dan pemain yang mampu menjadi hero pasukan dan juga Wenger perlu membaiki masalah kekuatan mental pasukan.. Tidak lupa juga pemain yang berpengalaman untuk membimbing pemain-pemain muda.. Dan pastikah pemain berpengalaman itu cukup berkualiti bukannya macam Squillaci..
Atikah akui EPL dan WSL merupakan liga yang lain namun ianya tetap sama.. Arsenal Ladies bagaikan Manchester United di EPL.. Mereka sering menjadi pasukan pilihan walaupun di Eropah kadang-kadang Ladies lebih kepada pasukan underdog walaupun telah menangi kejohanan tersebut pada tahun 2007..
Dan Atikah cukup mengkagumi kekuatan mental skuad Ladies.. Mereka mampu menang 1-0 dan mampu memberikan saingan kepada pasukan gergasi Eropah lain walaupun mereka dijangka mudah untuk ditewaskan.. Ladies langsung tidak menyerah kalah walaupun ketinggalan 3-0 dan 5-0 secara agregat dan akhirnya mereka tewas 5-2 dan hampir-hampir sekali lagi melakukan comback terbaik dalam sejarah bola sepak..
Ladies juga berjaya membuat comeback terbaik dalam sejarah bola sepak wanita apabila menang 4-3 secara agregat walaupun tewas 2-0 pada perlawanan timbal balik pertama.. Itulah apa yang diperlukan skuad lelaki Arsenal.. Kekuatan mental.. Dan perlukan bintang baru di dalam pasukan dan malahan lambakan pemain bintang dalam pasukan..Jika Wenger sekali lagi berdegil pada musim panas ini memang Atikah tidak tahu nak buat apa lagi.. Arsenal memang ada pasukan yang cukup berbakat namun bakat tidak cukup untuk memenangi kejuaraan kerana kita perlu ada kekuatan mental dan pemain-pemain yang mampu mengubah perlawanan di masa yang tidak dijangka.. So Wenger please add superstar on the team this summer!!
Terutama sekali di bahagian pertahanan yang sejak beberapa musim ini cukup kritikal.. Sebab utama Ladies mampu mencatatkan kejayaan 1-0 adalah kerana kekentalan pemain pertahanan mereka walaupun di akui kadang-kadang pertahanan mereka juga tidak berapa stabil namun kebanyakan masanya pertahanan mereka cukup cemerlang terutama sekali semasa mereka mendahului.. Adios!!
2 comments:
die coment ape?? nk taw gak..haha
28.4.11Post a Comment