01 September 2011

Welcome to Arsenal


Hari terakhir pintu perpindahan dibuka menyaksikan Arsene Wenger membuat sejumlah 5 perjanjian.. Dengan 3 nama besar di bawa masuk pada hari perpindahan.. Wenger mengotakan janjinya kepada peminat dan harapnya ianya akan membawa maksud kebangkitan Arsenal.. So di sini mari kita mengenali dan mengetahui pemain-pemain baru Arsenal yang di bawa masuk sepanjang pintu perpindahan dibuka tempoh hari..

Carl Jenkinson merupakan pembelian pertama Arsene Wenger musim panas ini.. Pembelian pernilai 1 juta pound ini di bawa masuk Wenger untuk menjadi back up Bacary Sagna.. Peminat utama Arsenal ini baru berusia 19 tahun ini memilih jersi bernombor 25 sebagai nombor jersinya di Arsenal..

Gervinho merupakan pembelian bernilai 10 juta pound.. Emmanuel Eboue telah meminta Wenger membeli Gervinho dan Gervinho telah memilih nombor 27 sebagai nombor jersinya selepas Eboue meninggalkan pasukan.. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan pembelian bintang pertama Wenger pada musim panas dan gandingannya dengan RVP dan TW14 akan menjadi ancaman terbesar pihak lawan..

Musim sejuk yang lalu menyaksikan Wenger menafikan sebagai perpindahan untuk pemain berusia 17 tahun ini.. Namun musim panas ini tawaran bernilai 15 juta pound Arsenal untuk Alex Oxlade-Chamberlain telah diterima dan Chamberlain akan menyarung jersi bernombor 15 di Arsenal yang pernah dipakai Denilson yang kini dipinjamkan ke Santos..

Arsenal kemudiannya membawa penyerang Costa Rica berusia 19 tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.. Namun selepas permit kerja untuk Campbell ditolak FA England, Arsenal telah melepaskan Campbell ke bekas kelab Laurent Koscielny, FC Lorient secara pinjaman semusim..

Sehari sebelum perpindahan ditutup tawaran bernilai 5 juta pound Arsenal untuk striker dan kapten Korea Selatan, Chu Young Park telah diterima AS Monaco iaitu bekas kelab Wenger.. Park merupakan penyarung baru jersi nombor 9 Arsenal yang telah kosong sejak Eduardo berhijrah ke Shaktar Donestk..

Sebelum pintu perpindahan ditutup Arsenal telah mengesahkan perjanjian untuk pemain bek kiri Brazil, Andre Santos selepas Armand Traore mengesahkan perpindahannya ke QPR.. Pembelian 6 juta pound berusia 28 tahun ini telah diberikan jersi nombor 11 yang pernah dipakai kapten skuad semasa, Robin Van Persie..

Dari musim lepas lagi peminat Arsenal menunggu kehadiran Per Mertesacker.. Kini Arsenal telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan berusia 26 tahun ini dengan nilai 9 juta pound.. Mertesacker berdepan tugas berat apabila diberikan jersi bernombor 4 yang sebelum ini disarung Cesc Fabregas dan Patrick Viera..

Selepas Wenger gagal dengan bidaan bernilai 11 juta poundnya ke atas Marvin Martin, Arsenal telah membida Mikel Arteta dengan nilai 10 juta pound yang akhirnya diterima David Moyes selepas beberapa kali Moyes menolaknya.. Arteta yang bersetuju dengan kontrak 4 tahun dan potongan gaji mungkin akan menyarung jersi nombor 8.. Buat masa ini belum ada sebarang pengesahan..

Perpindahan secara pinjaman pemain ini tidaklah begitu mengembirakan peminat Islam Arsenal.. Yossi Benayoun telah di bawa masuk ke Arsenal secara pinjaman semusim.. Suka ataupun tidak harapnya Benayoun mampu mencipta impak bersama pasukan kesayangan kita..

Harapnya pemain-pemain baru ini mampu menggantikan pemain yang meninggalkan pasukan.. Bagi Atikah ini adalah salah satu musim perpindahan paling sibuk Arsenal.. So good luck to all new signing!!

0 comments:

Post a Comment