09 March 2012

Arsenal Ladies announced big signing!!

Arsenal Ladies yang menghabiskan kebanyakan masa mereka melihat pesaing mereka menandatangani pemain baru untuk merampas kejuaraan treble yang di menangi Arsenal Ladies musim lepas tidak hanya duduk diam selepas liga WPS di United States disahkan digantung untuk sekurang-kurangnya musim ini dengan memastikan khidmat dua pemain lagenda mereka kembali menyertai pasukan untuk menambahkan lagi kekuatan skuad yang dikendalikan Laura Harvey..

Berita mengejutkan di United States telah menyaksikan peminat setia Arsenal Ladies dapat merasai kepulangan penyerang prolifik dan hero di final UEFA Women's Cup pulang semula ke pangkuan pasukan selepas tidak dapat dinafikan betapa istimewanya Arsenal Ladies untuk duo England ini..

Namun Arsenal Ladies mengambil masa sebelum mengesahkan kepulangan dua pemain lagenda ini selepas mereka pulang dari tugas antarabangsa bersama England Ladies yang berada di tempat keempat Cyprus Cup walaupun kedua-dua pemain ini telah menjalani latihan bersama pasukan sejak kembalinya mereka ke England..

Kelly Smith yang telah menjaringkan 100 gol daripada hanya 112 pernampilan untuk pasukan daripada tahun 2005 hingga 2009 merupakan pemain yang cukup disegani di England dan dianggap sebagai pemain wanita England terbaik dan pernah berada di Top 5 pemain wanita terbaik dunia beberapa kali dalam kariernya bersama Arsenal Ladies.. Kelly yang selesa menyarung jersi bernombor 8 di Arsenal telah diberikan jersi bernombor 23 memandangkan jersi lamanya digunakan oleh Jordan Nobbs..

Sementara Alex Scott lebih dikenali kerana gol tunggalnya untuk Arsenal semasa kemenangan ke atas UMEA IK di final Piala Eropah pada tahun 2007 untuk melengkapkan 4 trofi dimenangi dalam tempoh semusim semasa meraikan ulang tahun ke 20 penubuhan Arsenal Ladies.. Posisi bek kanan Arsenal tidak lagi sama semasa pemergian Alex dengan Gilly Flaherty (yang lebih banyak menghabiskan masa di posisi bek tengah) dan Steph Houghton sering digilirkan untuk posisi tersebut.. Alex yang tahun lepas menghabiskan masa bersama skuad Ladies semasa jelajah di Jepan secara pinjaman akan menyarung jersi bernombor 22 memandangkan jersi nombor 2 digunakan oleh Houghton..

Arsenal Ladies yang bersedia untuk perlawanan Piala FA dalam tugas mengekalkan Piala FA yang dimenangi mereka musim lepas dapat menggunakan khidmat Kelly dan Alex selepas perpindahan mereka tepat pada masanya untuk dibenarkan beraksi dan mereka juga akan membantu Arsenal Ladies di peringkat suku akhir Champions League minggu depan di mana Ladies mahu mara ke pentas akhir selepas mara sehingga ke separuh akhir musim lepas..

Dalam tempoh 1 tahun lebih Arsenal Ladies telah mengesahkan kepulangan 3 pemain lagenda mereka daripada Unites States di mana pada November 2010, Katie Chapman pulang ke pangkuan pasukan selepas hanya setahun berkelana di US dan kini kepulangan duo Alex Scott dan Kelly Smith pastinya memberikan amaran bahawa Arsenal Ladies masih mahu mengekalkan kejayaan treble mereka dan membawa pulang semula Piala Eropah untuk memastikan kejayaan 4 trofi dalam tahun ke 25 penubuhan mereka..

Kepulangan Kelly Smith dan Alex Scott bukan sahaja mengembirakan peminat-peminat setia Arsenal Ladies namun mengembirakan pemain-pemain dan pengurus pasukan serta Vic Akers sendiri.. Akers semestinya telah memainkan peranan penting tentang kepulangan semula Kelly dan Alex dan ini adalah kenyataan Akers selepas Arsenal.com mengesahkan kepulangan duo lagenda ini..

"Kelly and Alex have both grown up with the Club so it feels like they’re coming home now and we’re delighted to be welcoming them back. They are players of exceptional quality and will be a huge boost to the whole squad ahead of the new season. For them to return in time for our FA Cup tie on Sunday and next Wednesday’s Champions League match with Gothenburg is a major bonus too. We’re really looking forward to seeing the pair back in action in the season ahead."

Pengurus pasukan Laura Harvey pula mengalukan kepulangan dua lagenda ini untuk membantu pemain-pemain muda dan melepaskan mereka daripada bebanan yang dipikul mereka dan mengakui kehadiran mereka sedikit sebanyak memberikan impak besar kepada pemain sedia ada pasukan yang kebanyakannya tidak beraksi dengan dua pemain ini kecuali di pentas antarabangsa..

"The younger players had to step up a bit last year and had a lot of pressure at times so to bring in experienced heads like Kelly and Alex will take the pressure off and allow them to flourish a bit more. They have been around training for the past couple of months and the girls have learnt a lot off them. I'm sure they will learn a lot more over the course of the season. I'm really pleased to welcome them back. It has been a home from home for them really. To have them back at the Club is fantastic and we hope they can push on from where they left off."

"Alex is a renowned international full back and recently got into the World XI from the World Cup. She is a modern full back, she loves to bomb on and has high energy levels. She can play higher up the pitch, she's good technically and will offer an experienced head in the defence. Kelly speaks for herself really - she is one of the most talented players ever to play the game. It has been tough for her over the past few years with injuries but we hope we can keep her injury-free and give her a platform to finish off her career on a high."

Kapten pasukan Arsenal Ladies dan England yang cukup mengenali dua pemain ini mengakui kepulangan dua pemain ini bakal memberikan pasukan tenaga tambahan untuk pasukan meraih kejayaan di pentas Eropah sekali lagi di mana kali terakhir mereka memenanginya adalah pada tahun 2007 dan sejak itu keputusan di separuh akhir musim lepas adalah yang terbaik dicatatkan Ladies..

"They are international players and have had that experience in Europe with us, but also in World Cups and European Championships. They have learned extra things in America that they can bring back. They have been training with us since they have been back in the country and you can see the other players looking at them and watching the way they prepare and train. It is a great to have them back."

Sementara itu Alex Scott yang mengakui menerima tawaran daripada beberapa kelab di Jerman dan Sweden memberitahu Arsenal Ladies tidak menunggu lama untuk memberikannya panggilan telefon tentang kesudian mereka menerima kepulangan semula Alex Scott dan hakikat Alex mengakui beliau mempunyai darah 'Gooners' tidak berfikir banyak untuk menyertai kembali pasukan yang disertainya sejak kecil..

"There was interest from a couple of clubs in Germany and Sweden. Arsenal were on the phone quickly though, and every time that I came back home I normally trained with the Club anyway. It was a bit of a no-brainer for me to come back. It is a proud moment for me to be back. I have got Arsenal blood running through me, I support the Club and the men's team as well, so it is going to be emotional but a proud day [to pull on the shirt again]."

"I think there are more younger girls in the squad than when I was here before, but equally they have the same experience because they are all internationals, whether it is for the Under-23 national team or the senior team. They have the hunger and desire to win trophies, so the spirit and winning mentality is still there and that is great."

Kelly Smith pula yang kembali menyarung jersi Arsenal buat kali ketiga menandatangani kontrak setahun bersama Arsenal Ladies memberitahu mahu memenangi kejuaraan liga FAWSL (satu-satunya kejuaraan yang belum dimenangi Kelly dan Alex) menjadi matlamat utamanya dan mengakui Arsenal Ladies yang sudah berubah sejak kali terakhir beliau menyarung jersi the Gunners masih tidak kehilangan mentaliti untuk mencatatkan kejayaan..

"I am really delighted to have re-signed for the Club that I love and have a passion for. Obviously I played for Arsenal for three years before I went Stateside, but I am delighted to be back in the red and white. I had a great time in America and it was a good learning experience. Arsenal have changed a bit [since she last played for the Club] and made some new additions but they remain a major force in women's football."

"We are still winning trophies, they won the treble last year when many people expected them to fail at the last. There is experience in the side, and a number of girls who know the system inside and out, so there is a lot of stability. The main goal for me now is to win the league. You obviously want to win everything that you enter, but the league is always the main one. It proves you are the best over the course of the season."

Alex Scott dan Kelly Smith mengakui yang mereka telah menandatangani kontrak selama beberapa minggu namun terpaksa menutup mulut mereka sehingga pengesahan rasmi di buat dan turut mengakui pemain-pemain Arsenal Ladies turut tidak mengetahui akan perkara ini namun mereka dapat merasakan beberapa pemain sudah mengesyakinya.. So welcome back Kelly Smith dan Alex Scott!!

0 comments:

Post a Comment