Ladies lose but proud of them!!

Arsenal Ladies telah dihampakan oleh Lyon untuk mara ke pusingan akhir UEFA Women's Champions League selepas tewas 5-2 secara agregat.. Ladies tewas 3-2 pada perlawanan second leg walaupun berusaha keras untuk melakukan comeback terbaik dalam sejarah bola sepak.. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kali ini.. Perlawanan ini juga Ladies kehilangan Gilly Flaherty akibat kecederaan yang diharapnya tidaklah terlalu serius..

Sebelum perlawanan bermula Ladies telah dikejutkan dengan kecederaan minit-minit akhir pemain utama mereka, Kim Little (ala-ala Fabregas Arsenal Ladies) akibat kecederaan.. Ianya jelas sekali bakal memberikan masalah besar kepada pasukan terutama sekali mereka telah pun kehilangan Jayne Ludlow.. Namun Ladies langsung tidak menunjukkan perasaan gentar mereka..

Jordan Nobbs hampir sahaja memastikan Arsenal mendahului seawal 19 saat masa bermula hanya untuk melihat percubaannya berjaya ditepis sedikit penjaga gol Lyon.. Namun selepas itu Lyon mula mengucar kacirkan pertahanan Ladies sehingga menyaksikan Emma Byrne berhempas pulas mengawal gawangnya namun masih gagal menyelamatkan gawangnya daripada 3 kali di bocori pada separuh masa pertama..

Arsenal Ladies cuba bangkit pada separuh masa kedua walaupun jelas sekali ianya mustahil untuk mereka mengubah keputusan tersebut.. Laura Harvey telah membawa masuk penyerang prolifik Ladies, Julie Fleeting dengan mengeluarkan Danielle Carter dan jelas sekali keputusan tersebut membuahkan hasil dengan Fleeting menjaringkan gol untuk memberikan sedikit harapan kepada Ladies..

Ellen White cuba merapatkan jurang dengan menjaringkan gol kedua pasukan namun ianya agak terlambat untuk melakukan come back selepas hanya 5 minit sahaja lagi masa tinggal.. Namun walau apa-apa pun Atikah bangga dengan pasukan Arsenal Ladies yang semangat berjuang mereka tidak pernah pudar walaupun jelas sekali mereka langsung tiada peluang untuk melakukan come back dan memenangi perlawanan tersebut..

Kini Ladies perlu menumpukan perhatian untuk mara ke final FA Women's Cup untuk slot ke UEFA Women's Champions League musim depan.. Kerana Ladies akan hadir musim depan dengan semangat yang baru dan cara permainan yang lebih improve dan lebih berpengalaman dan misi yang sama iaitu kembali membawa pulang kejuaraan Eropah yang di menangi mereka pada tahun 2007.. Proud of you Ladies!!
Read More

Szczesny set to be on goal

5 minggu yang dahulu Wojciech Szczesny memeningkan kepala Arsene Wenger selepas mengalami kecederaan di jarinya yang dijangka akan menamatkan musimnya lebih awal.. Namun hari ini Szczesny telah kembali menjalani latihan dan hanya selangkah sahaja lagi dari memulakan perlawanan menentang Liverpool hujung minggu ini..

Szczesny akan menjalani ujian kecergasan sebelum perlawanan dan Wenger sendiri tidak menolak kemungkinan Jens Lehmann akan kembali berada di bangku simpanan.. Wenger turut mengakui beliau tidak akan merisikokan Manuel Almunia yang telah kembali menjalani semula latihan untuk perlawanan hujung minggu ini..

Satu lagi berita baik ialah kembalinya gandingan mantap Laurent Koscielny dan Johan Djourou setelah sebulan Djourou berehat selepas menjalani pembedahan kecil ke atas bahunya.. Alex Song juga bersedia sepenuhnya untuk membantu bahagian pertahanan Arsenal dari serangan Luis Suarez dan Andy Carroll selepas disahkan Wenger yang Song cergas sepenuhnya..

Thomas Vermaelen yang berehat hampir keseluruhan aksi musim ini dijangkakan Wenger akan kembali semula ke dalam pasukan Arsenal selepas seminggu menjalani latihan penuh.. Namun tiada masa yang pasti bila Vermaelen akan kembali semula mengukuhkan bahagian pertahanan Arsenal yang jelas merindui kelibat Verminator yang kali terakhir beraksi untuk Arsenal pada bulan Ogos yang lalu..

Namun disebalik semua itu, Arsenal disahkan akan menerima kunjungan Liverpool hujung minggu ini tanpa kelibat Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Aaron Ramsey yang masing-masing masih gagal untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan.. Selain daripada itu tiada sebarang masalah kecederaan besar dan setakat ini hanya Lukasz Fabianski sahaja yang pasti tidak akan lagi kembali beraksi musim ini..

Sementara itu esok Arsenal Ladies akan menerima kunjungan Lyon untuk second leg Women's Champions League semi final di mana mereka akan berhadapan ujian getir untuk mara ke final Champions League yang akan berlangsung di London bulan depan selepas tewas 2-0 pada first leg 2 minggu yang lalu..

Namun Ladies akan kembali memperoleh khidmat Gilly Flaherty yang muncul hero Arsenal pada perlawanan menentang Chelsea tempoh hari dari pergantungan perlawanan dan juga Niamh Fahey yang turut kembali dari pergantungan perlawanan.. Namun Ladies masih akan beraksi tanpa khidmat penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow yang masih bergelut dengan kecederaan Achilles..

Arsenal Ladies dijangka akan berjuang habis-habisan untuk sekali lagi merekodkan kemenangan mengkagumkan untuk mara ke pusingan seterusnya.. Ladies pernah berada di situasi ini pada bulan November yang lalu.. Mereka menerima kunjugan Rayo Vallecano dengan kekalahan 2-0 namun berjaya menumpaskan mereka 4-1 untuk mara ke suku akhir dan mencatatkan sejarah sebagai comeback terbaik..

Namun perlawanan ini agak berbeza dengan perlawanan sebelum ini kerana Lyon bukanlah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.. Mereka merupakan finalis musim lalu yang hanya tumpas di final semasa penentuan sepakan penalti.. Namun Ladies telah menunjukkan character tidak mudah mengalah mereka.. Jadi harapnya dengan bantuan penyokong Arsenal, mereka mampu melakukan satu lagi comback terbaik untuk mara ke final Champions League.. Go Ladies!!
Read More

Djourou, Szczesny & Vermaelen set to boost Arsenal

Disebalik kesedihan yang menyebulungi kem Arsenal dengan berita kematian Danny Fiszman yang banyak berjasa kepada Arsenal di belakang tabir terutama sekali dengan pembinaan Emirates Stadium, Arsenal dijangka akan menerima berita baik semasa menerima kunjungan Liverpool hujung minggu ini..

Wojciech Szczesny dijangka akan kembali semula ke pangkuan pasukan selepas pulih sepenuhnya dari kecederaannya.. Namun beliau akan menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu.. Mengikuti Szczesny adalah tonggak utama bahagian pertahanan Johan Djourou yang sebelum ini dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini..

Denilson dan Alex Song juga dijangka akan memberikan berita baik di kem Arsenal sebelum perlawanan menentang Liverpool hujung minggu ini di mana perlawanan tersebut pastinya mahu dimenangi Arsenal untuk menghadiahkannya kepada Danny Fiszman yang cukup berjasa kepada Arsenal walaupun dari belakang tabir..

Menambahkan lagi berita baik ialah pemain pertahanan yang cukup dirindui peminat Arsenal, Thomas Vermaelen kini telah mula menjalani latihan penuh selepas berjaya akhirnya pulih dari kecederaan achilles yang menghantuinya sepanjang musim ini.. Namun masih belum dapat dipastikan bila Verminator akan kembali ke dalam pasukan memandangkan agak lama Vermaelen hanya menyaksikan perlawanan di tepi padang..

Jens Lehmann dijangka akan terus mengawal gawang Arsenal hujung minggu ini selepas Manuel Almunia masih lagi bergelut dengan kecederaan buku lali yang di alaminya semasa memanaskan badan sebelum perlawanan menentang Blackpool tempoh hari.. Emmanuel Eboue juga dijangka terus kekal di posisi bek kanan selepas Bacary Sagna masih gagal pulih dari kecederaan lutut yang di alaminya..

Sementara itu Arsenal Ladies yang memulakan kempen Women's Soccer League telah berjaya mengutip 3 mata penuh untuk memastikan misi mereka memenangi kejohanan format baru ini dan mempertahankan gelaran sebagai pasukan wanita terbaik England selepas berjaya menundukkan musim tradisi Arsenal, Chelsea Ladies 1-0..

Arsenal Ladies yang masih merasai kekalahan 2-0 di tangan Lyon pada first leg separuh akhir Champions League di Perancis tempoh hari dilihat sukar menyesuaikan diri dengan padang baru yang dilaporkan kurang memuaskan.. Namun Gilly Flaherty yang tidak dikawal semasa sepakan penjuru yang di ambil Kim Little, berjaya memastikan Arsenal mengutip 3 mata penuh..

So tahniah Ladies.. Harapnya mereka akan berjaya melakukan keajaiban sekali lagi semasa menerima kunjungan Lyon di Boreham Wood hujung minggu ini untuk memastikan tempat mereka ke peringkat akhir Champions League yang akan dijalankan di Craven Cottage.. So congratz and good luck Ladies!! Adios..
Read More

Jack Wilshere not going anywhere!!

So Manchester City berharap untuk sekali lagi melakukan pembelian besar dengan mereka mensasarkan Captain Jack Sparrow Arsenal, Jack Wilshere selepas dilaporkan mereka bersedia menyediakan sejumlah 40 juta pound untuk khidmat Wilshere dan bersedia mengandakan dua kali ganda gaji yang diterima Wilshere..

Namun Wilshere is not going anywhere.. Ini respon Jack di laman Twitternya tentang perkara ini.. 'People asking if im going city? I dont kiss the Arsenal badge then leave <3 this club in my heart!'.. Man. City.. Kekayaan dan duit tidak akan pernah dapat membeli pemain Arsenal.. That's a facts!! Dan duit juga tidak akan dapat membuatkan Wenger menjual pemain pentingnya..

Anyway.. Sebelum Atikah lupa lagi pasal perkara ini baik Atikah beritahu.. Robin Van Persie dan Abou Diaby dilaporkan bergaduh di bilik persalinan semasa half time menentang Blackpool tempoh hari akibat kebodohan Diaby menerima kad kuning yang tidak sepatutnya.. Tiada sebarang komen dari RVP, Diaby mahupun Arsene Wenger sendiri tentang perkara ini..

Bukan hanya penolong kapten, Van Persie sahaja yang mengamuk dengan Diaby akan kad kuning yang tidak sepatutnya beliau dapat itu.. Kapten pasukan dan pemain yang paling dihormati sekali di kem Arsenal, Cesc Fabregas dilihat turut marah akan perkara tersebut selepas dilihat beliau mengatakan sesuatu kepada Diaby semasa Diaby dilayangkan kad kuning..

Namun bagi Atikah apa yang dilakukan dua orang pemain paling berpengaruh itu ada betulnya.. Diaby sepatutnya tidak patut melakukan kesalahan tersebut.. Atikah yakin bukan hanya RVP dan Fab4 sahaja yang sakit hati dengan tindakan Diaby itu.. Peminat Arsenal yang menyaksikan perlawanan tersebut juga pastinya sakit hati.. Adios!!
Read More

Kroenke to give Wenger 40 million pound!!

Stan Kroenke yang semakin hampir untuk mengambil alih Arsenal dengan nilai 500 juta pound dilaporkan memberikan lampu hijau untuk Arsene Wenger berbelanja besar musim panas ini selepas spy Atikah melaporkan yang Kroenke bersedia untuk memberikan Wenger sejumlah besar 40 juta pound untuk mengukuhkan pasukan..

Setakat ini hanya sebanyak 27% saham sahaja lagi yang belum berjaya di ambil alih oleh Kroenke memandangkan Alisher Usmanov masih berkira-kira sama ada mahu menjual sahamnya ataupun tidak selepas dilaporkan dua percubaan Usmanov untuk menghalang Kroenke mengambil alih Arsenal gagal..

Ian Wright iaitu lagenda Arsenal turut bersetuju dengan pengambilalihan Arsenal oleh Stan Kroenke.. Namun semuanya masih belum disahkan lagi yang Kroenke telah sah mengambil alih Arsenal walaupun ianya telah disahkan yang Kroenke telah membuat tawaran rasmi untuk mengambil alih Arsenal.. Atikah akan terus mengupdatekan perkara ini lagi nanti..

Sementara itu Jack Wilshere memberitahu yang kemunculan ke-200 Jens Lehmann untuk Arsenal pada saat-saat akhir selepas Manuel Almunia mengalami kecederaan buku lali semasa memanaskan badan, membuatkan Arsenal ada seorang penolong pengurus pasukan di atas padang memandangkan Lehmann terus menerus menjerit dan malahan membuat ucapan semasa di bilik persalinan..

"He was brilliant.. He was only called in ten minutes before kick-off but it was great to have him around.. He’s been there, done it all and was part of the ‘Invincibles’ so he knows what it takes to win the title.. And we want to be like the ‘Invincibles’ too.. He was a bit like an assistant manager on the pitch.. He was telling us what it is like and was giving a team-talk at half time.. He is so passionate, you could see that. He was screaming and shouting at everyone.. I remember him being a bit crazy and a bit of a character before.. But he looks after himself and is great to learn from.. He’s 41 and he’s got a better body than me!"

Walaupun dilihat Jens Lehmann telah berjaya memberikan fans Arsenal sedikit kelegaan walaupun beliau hampir sahaja dilayangkan kad merah tempoh hari, ianya masih belum mampu untuk mengelakkan krisis penjaga gol Arsenal daripada berulang lagi sekali terutama sekali dengan kecederaan terbaru ke atas Manuel Almunia..

Almunia berada di dalam keraguan untuk cergas sepenuhnya semasa menentang Liverpool hujung minggu ini.. Ini menyaksikan hanya Lehmann sahaja penjaga gol Arsenal yang cergas sepenuhnya.. Namun Wojciech Szczesny disahkan Wenger semakin hampir untuk kembali.. Harapnya kehilangan Almunia hujung minggu ini akan menyaksikan kembalinya semula Szczesny.. Adios!!
Read More

Stan Kroenke to take over Arsenal

Kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Blackpool semalam merupakan perlawanan ke-300 kapten pasukan, Cesc Fabregas di dalam jersi Arsenal dan ini apa yang di tweet Fabregas '300 games for Arsenal today with a very important victory. I look back and i see so many great things. But i look at the future and i see... Even greater things. Thank you very much for making me feel so special all those years. Now i want more. Let's fight untill the end!'

Ini pastinya merupakan salah satu petanda yang kapten pasukan Arsenal ini tidak akan ke mana-mana musim panas ini terutama sekali dengan Arsenal dijangka akan di ambil alih oleh Stan Kroenke yang telah membuat tawaran rasmi untuk membeli Arsenal secara rasminya setelah sekian lama ura-ura yang beliau akan mengambil alih Arsenal..

Billionair US ini cukup di alu-alukan kehadirannya untuk mengambil alih Arsenal bukan sahaja dari peminat setia Arsenal namun juga Arsene Wenger dan pengerusi Arsenal, Peter Hill-wood yang dijangka akan terus bersama Arsenal walaupun dengan pengambilalihan Stan Kroenke.. Berikut apa yang dikatakan Wenger tentang perkara ini..

"I have worked with Stan Kroenke at board meetings over the past couple of years and I believe he has the best interests of Arsenal at heart. He understands the Club’s heritage and traditions and our ambition to run the Club in a way which protects our long term future." Well jika Wenger rasa ianya merupakan sesuatu yang bagus untuk kelab mengapa tidak??

"The Board of Directors and I consider it a key responsibility to protect the ethos and spirit of the Club. Mr Kroenke, although relatively new to Arsenal, has shown himself to be a man who values and respects the history and traditions of this very special Club that we cherish. We are confident that he will be a safe custodian of its future." Itu pula komen dari Peter Hill-wood..

Kroenke yang menyifatkan Arsene Wenger sebagai seorang pengurus yang menakjubkan dilaporkan sekiranya pengambilalihan ini berjalan dengan lancar, tiada sebarang perubahan drastik akan dilakukan dengan beliau akan terus meneruskan perancangan-perancangan yang telah dibuat.. Pasal bajet perpindahan?? Hmm.. Walaupun si Kroenke nie bagi duit 100 juta pun dekat Wenger, si Wenger nie bukannya nak guna pun..

Anyway Atikah akan updatekan lagi berita ini sebaik sahaja ianya telah disahkan yang Stan Kroenke secara rasminya mengambil alih Arsenal.. Namun apa yang pasti Arsenal telah mengesahkan yang Kroenke telah membuat tawaran rasmi dan jika segalanya berjalan lancar, ianya akan diselesaikan tidak lama lagi.. Adios!!
Read More

Injury news and PFA nomination

Cesc Fabregas telah disahkan Arsene Wenger yang Fabregas akan kembali memakai armbandnya pada perlawanan menentang Blackpool pada hari ahad ini selepas disahkan cergas sepenuhnya untuk memulakan perlawanan walaupun mungkin akan ada sedikit keraguan sama ada Fabregas akan terus kembali ke prestasi terbaiknya selepas kerap kali bergelut dengan kecederaan hamstring pada musim ini yang menyaksikan Wenger teragak-agak untuk menurunkan Fabregas..

Aaron Ramsey juga berkemungkinan besar akan mengikut jejak langkah Fabregas selepas berjaya pulih daripada kecederaan groin yang di alaminya walaupun terdapat sedikit keraguan sama ada Wenger akan menurunkan Ramsey atau tidak.. Namun apa yang pasti Arsenal akan turun tanpa Alex Song yang sekali lagi mengalami masalah di bahagian lututnya namun dijangka sempat pulih pada perlawanan penting menentang Liverpool minggu depan..

Wnger juga tidak pasti sama ada dapat untuk menurunkan Theo Walcott ataupun tidak semasa menentang Blackpool hujung minggu ini selepas Wenger mengesahkan yang Walcott sekali lagi mengalami masalah dengan buku lalinya.. Hero Arsenal semasa menentang Blackpool tempoh hari ini akan menjalani ujian kecergasan lewat sebelum dapat dipastikan sama ada beliau akan turut serta atau tidak..

Namun berita paling buruk ialah Wenger telah mengesahkan yang Jens Lehmann sekali lagi di atasi oleh Manuel Almunia.. Ugh.. Bukannya Atikah tidak percaya dengan Almunia tapi dua game terakhirnya iaitu menentang West Bromwich Albion dan Blackburn Rovers cukup goyah.. Almunia masih cenderung untuk kerap kali melakukan kesilapan bodoh terutamanya gagal untuk menyelamatkan bola mudah..

Sementara itu Samir Nasri telah di calonkan sebagai PFA Player of The Year award.. Nasri yang di ura-urakan akan memenangi anugerah ini hasil daripada aksi memukaunya musim ini bakal menerima tentangan sengit daripada Charlie Adam, Gareth Bale, Scott Parker, Carlos Tevez, Rafael Van Der Vaart dan Nemanja Vidic.. Nasri turut dicalonkan untuk anugerah PFA Young Player of The Year..

Jack Wilshere yang dilaporkan akan menjadi ayah nanti turut dicalonkan untuk anugerah PFA Young Player of The Year yang dilaporkan Gareth Bale menjadi pilihan untuk memenangi anugerah ini namun dengan Wilshere semakin lama semakin menunjuk taringnya dijangka berpeluang untuk mengatasi cabaran dari Seamus Coleman, Joe Hart, Javier Hernandez dan Nani..

Sementara itu esok skuad Arsenal Ladies akan beraksi di UEFA Women's Champions League semi final first leg di Perancis menentang Olympique Lyonais.. So good luck Ladies!! Sayangnya tiada live untuk perlawanan ini memandangkan perlawanan EPL disiarkan mengatasi perlawanan UEFA Women's Champions League.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Blackburn Rovers

Robin Van Persie telah disahkan cergas sepenuhnya untuk beraksi pada perlawanan menentang Blackburn Rovers malam nanti.. Nicklas Bendtner juga memberikan Arsenal kelegaan selepas Bendtner turut pulih dari kecederaannya namun Aaron Ramsey disahkan akan terlepas perlawanan ini akibat kecederaan groin..

Manuel Almunia pula telah disahkan Arsene Wenger untuk memulakan perlawanan menentang Blackburn mengatasi Jens Lehmann selepas Wenger menyifatkan Almunia berada di tahap terbaiknya semasa menjalani latihan dengan Lehmann pula semakin bagus setiap hari namun hakikat beliau sudah 41 tahun dan sudah 7 bulan tidak beraksi, Wenger tidak mahu terus menurunkan Lehmann..

ALMUNIA
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
SONG-----WILSHERE
WALCOTT-----FABREGAS-----NASRI
VAN PERSIE

Berikut ialah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Namun Wenger berkemungkinan akan meletakkan Walcott di bangku simpanan terlebih dahulu selepas sebulan tidak beraksi akibat kecederaan buku lali yang di alaminya sebelum final Piala Carling.. Namun dengan Andrei Arshavin semakin berada di tahap terbaiknya, sudah semestinya ianya tidak akan menjejaskan pasukan walaupun jelas kepantasan Walcott pasti ditagih Arsenal..

So perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 12.30 malam nanti dengan ianya akan disiarkan secara langsung di Astro SuperSport 3 ataupun channel 817.. Adios!!
Read More

Fab4 and TW14 return while RVP doubtful

Cesc Fabregas dan Theo Walcott seperti yang dijangkakan pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring dan buku lali yang dialami mereka.. Turut menyertai mereka ialah Alex Song dan Abou Diaby yang kedua-duanya pulih dari kecederaan lutut dan groin.. Ianya pastinya merupakan berita yang cukup baik untuk Arsenal walaupun keempat-empat mereka masih belum dapat dipastikan sama ada akan berada di barisan permulaan ataupun tidak pada perlawanan esok..

Namun duo penyerang, Robin Van Persie dan Nicklas Bendtner berada dalam keraguan untuk beraksi pada perlawanan menentang Blackburn Rovers esok.. Van Persie yang mengalami kecederaan lutut akan menjalani ujian hari ini namun Arsene Wenger yakin RVP akan cergas sepenuhnya memandangkan ianya hanyalah lebam.. Begitu juga dengan Bendtner..

Kapten termuda Wales, Aaron Ramsey akan turut mengikuti jejak Bendtner dan RVP selepas beliau turut mengalami kecederaan groin semasa aksi antarabangsa.. Wenger akan membuat keputusan nanti sama ada mereka bertiga akan turut serta esok ataupun tidak.. Namun apa yang pasti Denilson akan terlepas perlawanan esok akibat kecederaan kaki.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies 3-2 Sunderland Ladies

Dengan minggu antarabangsa sedang berjalan, tidak banyak berita daripada kem Arsenal kecuali dari kem Arsenal Ladies.. Ladies yang baru-baru ini mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir Champions League sekali lagi mengesahkan tempat mereka di separuh akhir Piala FA setelah berjaya menundukkan Sunderland Ladies 3-2 di waktu tambahan..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-21 untuk menyaksikan Ladies ketinggalan 1-0 di separuh masa pertama.. Namun 2 minit selepas separuh masa kedua bermula, Ellen White menanduk masuk hantaran dari Rachel Yankey untuk menyamakan kedudukan.. Ellen White kemudiannya mencipta gol kedua Ladies di mana disudahkan oleh penyerang prolifik Ladies, Julie Fleeting pada minit ke-78..

Namun Sunderland meyamakan kedudukan 2 minit selepas itu untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.. 2 minit selepas masa tambahan bermula, Ellen White merembat masuk gol kemenangan Arsenal menerusi satu gerakan balas.. Namun Sunderland berusaha keras untuk menyamakan kedudukan hanya untuk mereka dikecewakan dengan kecekapan dan ketangkasan penjaga gol Ladies, Emma Byrne..

Arsenal Ladies telah diundi menentang Barnet Ladies pada 24 April ini dengan Ladies akan menentang Liverpool Ladies ataupun Bristol City Ladies pada perlawanan akhir nanti.. Anyway tahniah kepada skuad Arsenal Ladies!! Adios!!
Read More

Congratulations Ramsey!!

Aaron Ramsey yang sedang bersiap sedia untuk kemunculan pertamanya bersama skuad kebangsaan Wales sejak pulih dari kecederaannya telah menerima khabar gembira daripada pengurus pasukan Wales, Gary Speed yang membuat keputusan untuk memberikan kalungan armband Wales kepada Rambo..

Ini bermakna Ramsey akan mengetuai Wales pada perlawanan menentang England esok di mana pertembungan tersebut pastinya makin menarik dengan Jack Wilshere akan menentang Aaron Ramsey.. Ramsey dijangka akan terus mengekalkan armband tersebut buat satu tempoh yang panjang memandangkan kapten Wales sebelum ini, Craig Bellamy acap kali dihimpit dengan kecederaan..

So Rambo tahniah!! Atikah yakin yang Ramsey akan menjadi seorang kapten yang bagus untuk Wales.. Mungkin selepas ini Ramsey akan menjadi kapten Arsenal pula.. Siapa yang tahu?? Ramsey ada segala ramuan untuk menjadi seorang kapten yang bagus walaupun beliau akan berusia 20 tahun 90 hari semasa mengetuai Wales untuk menjadi kapten termuda Wales.. So tahniah and good luck Rambo!!

Sementara itu penyerang muda berbakat skuad simpanan Arsenal berusia 19 tahun, Luke Freeman telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Atikah harap nanti kita dapat menyaksikan persembahan Freeman di dalam skuad utama Arsenal memandangkan beliau seorang penjaring prolifik untuk skuad simpanan Arsenal.. Adios!!
Read More

Arsenal ladies through to semi final!!

Arsenal Ladies sekali lagi melakukan dramtik come back untuk mara ke pusingan separuh akhir UEFA Women's Champions League selepas bangkit dua kali dari ketinggalan untuk mengikat pasukan Sweden, Linkoping 2-2 untuk mara ke peringkat seterusnya dengan gol tempat lawan selepas Ladies seri 1-1 di laman sendiri..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-16 selepas Linda Sallstrom sekali lagi berjaya menundukkan Emma Byrne.. Namun Rachel Yankey memastikan kedudukan terikat 1-1, 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.. Ladies sekali lagi ketinggalan selama 57 mini perlawanan namun Katie Chapman yang muncul hero Arsenal Ladies sebelum ini sekali lagi muncul sebagai hero..

Rembatan padu jarak jauh Chapman sudah cukup untuk beliau muncul hero Arsenal Ladies sekali lagi dengan hanya 11 minit sahaja lagi perlawanan untuk berakhir.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 2-2 Linkoping.. Namun Arsenal mara ke pusingan separuh akhir menentang Olympique Lyon dengan gol di tempat lawan..

Arsenal Ladies sudah semestinya mahu mara ke pusingan akhir UEFA Women's Champions League selepas siri dramatik comeback mereka dan juga hakikat final Champions League akan diadakan di Craven Cottage dan hakikat sudah hampir 4 tahun Arsenal Ladies gagal untuk membawa pulang semula trofi Champions League..

Apa-apa pun good luck kepada pasukan Ladies.. Pastikan final menjadi milik kita!! Dan Arsenal lelaki pulak, apa kata menang trofi EPL tahun ini untuk memastikan Ladies tidak memalukan pasukan lelaki sekali lagi.. Go Gunners!! Make all of us proud!!
Read More

Wenger looking on emergency loan deal

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Wojciech Szczesny dijangka akan disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan yang di alaminya tempoh hari dengan Szczesny masih belum mampu untuk mengerakkan jarinya.. Hasrat untuk Wenger memanggil semula Vito Mannone untuk menjadi pengganti kepada Manuel Almunia tidak kesampaian akibat Mannone turut mengalami kecederaan..

Mannone yang mengalami kecederaan paha kini sedang menjalani rawatan di Arsenal dan turut menjalani latihan di Arsenal namun Mannone dijangka akan turut disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan.. Dengan Lukasz Fabianski turut akan disisihkan sehingga tamat musim hanya penjaga gol skuad simpanan sahaja yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Szczesny..

James Shea kini sedang dipinjamkan ke Southampton dengan Wenger jelas tidak berhasrat untuk memanggilnya pulang memandangkan tempoh pinjamannya akan tamat bulan ini dengan tinggal hanya Damian Martinez sebagai calon berpotensi untuk berada di bangku simpanan.. Namun Wenger telah menegaskan yang beliau mencari penjaga gol berpengalaman untuk menjadi back up Almunia yang kini merupakan penjaga gol no. 1 Arsenal semula..

Di sini Atikah menyenaraikan beberapa nama penjaga gol yang berkemungkinan akan menyertai Arsenal secara pinjaman kecemasan.. Namun ini hanyalah penjaga gol yang beraksi di England sahaja.. Dan ini juga hanyalah pandangan Atikah sahaja.. Dengan calon utama Shay Given mengalami kecederaan jadi Atikah terpaksa mencari penjaga gol yang agak kurang popular..

Calon utama Atikah ialah Tim Krul.. Penjaga gol nombor dua Newcastle United yang berusia 22 tahun.. Tidak payahlah Atikah bercerita panjang tentang penjaga gol muda Belanda ini.. Tengok sahajalah persembahannya semasa Arsenal tewas 1-0 ke atas Newcastle tahun lalu.. Ianya sudah cukup untuk kita mengetahui Krul sememangnya sesuai di jadikan back up Almunia ataupun mengambil tempat Almunia..

Brian Jensen yang berusia 35 tahun yang turut dikenali sebagai 'The Beast' ini sememangnya cukup berpengalaman.. Jensen mempunyai susuk badan yang cukup tegap dan beliau tidak gentar untuk mengambil bola dari kaki pemain lawan.. Nama timbangannya juga sudah cukup untuk memberitahu mengapa Wenger perlu dapatkan khidmat Jensen walaupun beliau sudah berusia 35 tahun..

Chris Kirkland dilaporkan merupakan penjaga gol pilihan utama yang mahu di bawa masuk Wenger.. Namun penjaga gol berusia 29 tahun ini bukanlah pilihan Atikah dan bagi Atikah kerana Kirkland mempunyai sejarah yang cukup buruk dengan masalah kecederaan hingga membuatkan prestasinya turun naik.. Cukuplah dengan apa yang Almunia berikan.. Jangan ditambahkan lagi dengan Kirkland..

Thomas Sorensen yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pada musim perpindahan bulan Januari tahun lepas dijangka akan akhirnya menyertai Arsenal dalam masa terdekat ini.. Sorensen kini bukan lagi pilihan utama Stoke City dengan usianya sudah mencecah 34 tahun, Sorensen pastinya tidak akan menolak peluang untuk menyertai Arsenal walaupun untuk seketika..

Itu sahajalah calon-calonnya.. Atikah bersetuju jika Wenger membawa masuk sama ada Tim Krul ataupun Thomas Sorensen.. Namun walau siapa pun yang dibawa masuk Wenger, harapnya akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.. Begitu juga jika Wenger membuat keputusan untuk memberikan kepercayaan kepada penjaga gol skuad simpanan.. Adios!!
Read More