Arsenal Ladies complete their treble!!

Hujung minggu lalu merupakan hari yang terbaik untuk peminat setia The Gunners.. Pasukan lelaki Arsenal kembali beraksi cara Arsenal semula dan Robin Van Persie menjaringkan gol ke-100nya dan semalam skuad Arsenal Ladies menepis peluang mereka untuk meraih treble selepas membenam Birmingham Ladies 4-1 di final Continental Cup untuk membalas dendam kekalahan skuad lelaki The Gunners pada final Piala Carling yang lalu..

Arsenal Ladies turun bukan sebagai pasukan pilihan walaupun telah meraih kejayaan double iaitu Piala FA dan kejuaraan liga.. Ianya kerana pasukan yang bakal ditentang mereka pada final adalah satu-satunya pasukan yang menumpaskan Arsenal sepanjang musim ini dan satu-satunya pasukan yang gagal ditumpaskan Arsenal Ladies.. Namun Ladies berharap pengalaman mereka beraksi pada pentas final bakal memberikan kelebihan kepada mereka..

Arsenal Ladies dipaksa bekerja keras oleh penyerang-penyerang Birmingham namun ketangkasan penjaga gol Emma Byrne yang sebelum ini direhatkan pada perlawanan suku akhir dan separuh akhir mengecewakan barisan penyerang The Blues sambil dibantu kekebalan benteng pertahanan walaupun tanpa kelibat kapten pasukan Faye White yang mengalami kecederaan.. Namun kehadiran Katie Chapman sudah cukup untuk membantu bahagian pertahanan daripada mudah dibocori..

Walaupun ditekan pasukan Birmingham, Arsenal Ladies yang mengambil pendahuluan pada minit ke-26 menerusi gol daripada penyerang sensasi, Ellen White yang cukup cemerlang setiap kali beraksi menentang Birmingham.. Ianya hasil daripada deflection daripada pemain pertahanan Birmingham yang terkena palang hasil percubaan deras Katie Chapman.. Bola terus menuju kepada Ellen yang tiada masalah menumpaskan penjaga gol dalam situasti one on one..

30 saat kemudian Arsenal Ladies membuktikan mengapa mereka pasukan terbaik England selepas menjaringkan gol kedua hasil daripada tandukan padu kapten pasukan pada perlawanan tersebut iaitu, Jayne Ludlow yang menerima hantaran cantik daripada pemain muda yang semakin meningkat naik, Danielle Carter..

Gol pantas tersebut jelas mengejutkan pemain Birmingham sehingga kapten pasukan The Blues iaitu bekas pemain Arsenal Ladies, Laura Basset memanggil rakan sepasukannya dan memberikan kata-kata semangat di tengah padang.. Namun Arsenal Ladies kekal bertahan dan mengekalkan pendahuluan 2-0 pada separuh masa pertama..

Arsenal Ladies tidak lagi mahu pandang kebelakang dan hasil gol cantik Rachel Yankey pada minit ke-65 menerusi free kick walaupun terkena sedikit kepala Rachel Williams, ianya sudah cukup untuk memberikan tekanan kepada Birmingham dan meletakkan Arsenal hanya menunggu masa untuk ditabalkan sebagai juara..

Namun pemain gantian Isobell Christiansen yang baru masuk hanya beberapa saat menghidupkan peluang kepada Birmingham untuk melakukan comeback apabila menjaringkan gol pada minit ke-72 di mana penjaga gol Arsenal mendakwa beliau dikasari oleh Chirstiansen.. Namun pengadil menafikannya walaupun jelas ramai yang terkejut kerana kebiasaannya penjaga gol sering diberikan perlindungan oleh pengadil..

6 minit sebelum separuh masa kedua tamat, Rachel Yankey memusnahkan terus impian Birmingham dan terus mentabalkan Arsenal sebagai juara hasil daripada gol voli cantik Yankey yang berkemungkinan gol terbaik musim.. Yankey dan rakan sepasukannya membuat keputusan meraikan gol tersebut dengan menuju ke arah pengurus pasukan mereka Laura Harvey..

Semua orang yang menyaksikan perlawanan ini mengakui perlawanan ini cukup tegang.. Pada masa kecederaan dan hanya beberapa minit dipisahkan daripada Arsenal ditabalkan juara berlakunya pergaduhan di mana pemain Arsenal yang diketuai Jayne Ludlow, Rachel Yankey dan Kim Little bergaduh bersama-sama Chelsea Weston, Laura Basset dan Rachel Williams..

Ianya dilaporkan berpunca daripada Rachel Yankey dan Chelsea Weston yang cukup tegang sepanjang perlawanan di mana Rachel pernah menolak Chelsea sehingga Chelsea berlanggar dengan ad board dan terpaksa menerima rawatan..Namun ianya tidak tamat sampai begitu sahaja sehingga pengadil memberi amaran keras kepada Rachel Yankey dan Chelsea Weston..

Namun semasa pengadil bercakap dengan Rachel dan Chelsea, Rachel Williams telah bertindak menolak Kim Little yang menyaksikan Williams dilayangkan kad kuning kedua perlawanan selepas perbuatannya disaksikan penjaga garisan.. Namun full respect kepada Kimmy yang langsung tidak cuba menjatuhkan badannya walaupun ditolak Williams..

Walaupun perlawanan dicemari dengan insiden pada masa kecederaan, ianya tidak mampu menjejaskan kegembiraan pemain-pemain Arsenal Ladies meraih treble mereka sejak tahun 2009 dan treble pertama Laura Harvey bersama pasukan dalam musim penuh pertamanya sebagai pengurus pasukan dan lebih manis kebanyakan pemain-pemain Ladies sekarang tidak pernah merasai kejayaan meraih treble sebelum ini..

Disebalik insiden di antara pemain sayap kiri, Rachel Yankey dan bek kanan Bimringham, Chelsea Weston.. Persembahan mengkagumkan Rachel telah cukup untuk beliau menerima anugerah pemain terbaik perlawanan hasil daripada 2 gol cantik daripadanya dan persembahan-persembahan mengkagumkan sepanjang perlawanan..

So tahniah kepada pasukan Arsenal Ladies atas kejayaan mereka meraih treble dan membuktikan sekali lagi yang mereka adalah pasukan yang perlu ditumpaskan dan pasukan yang tidak gentar membuktikan kehebatan mereka pada setiap perlawanan.. Dan good luck kepada pasukan Arsenal Ladies yang akan terbang ke Belarus untuk perlawanan menentang FC Bobruichanka untuk perlawanan pertama UEFA Women's Champions League 29 September ini..
Read More

Berita buruk daripada Jack Wilshere

Peminat Arsenal pastinya tidak akan gembira mendengar berita baru daripada Jack Wilshere.. Arsenal FC telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang kegagalan Wilshere untuk pulih daripada kecederaan buku lali yang di alaminya telah menyaksikan pakar-pakar bersepakat yang Wilshere perlukan pembedahan..

Wilshere bakal menjalani pembedahan pada hari Isnin nanti.. Untuk berapa lama Wilshere akan diketepikan tiada siapa yang tahu.. Sehingga pembedahan dilakukan barulah pasukan perubatan Arsenal dapat mengetahui berapa lama yang diperlukan Wilshere.. So get well soon Wilshere.. You already been miss..

Sementara itu Arsene Wenger telah mengesahkan yang Arsenal bakal menjalankan perbincangan dengan tiga tonggak utama tentang kontrak baru dengan Robin Van Persie, Theo Walcott dan Alex Song untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.. Namun Atikah menjangkakan ketiga-tiga mereka tiada masalah untuk menandatangani kontrak baru terutama sekali RVP.. Adios..
Read More

Injury news

Tomas Rosicky mengetuai berita baik daripada kem Arsenal apabila Arsene Wenger mengesahkan Rosicky bersama-sama kapten pasukan Wales, Aaron Ramsey cergas sepenuhnya untuk perlawanan menentang Bolton untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Yossi Benayoun selepas Benayoun yang menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal tempoh hari mengelami kecederaan yang menyaksikan beliau bakal diketepikan selama satu minggu..

Bacary Sagna yang terpaksa dibawa keluar pada perlawanan menentang Blackburn Rovers minggu lepas akibat kecederaan dijangka akan mengambil kepada posisi bek kanan daripada Carl Jenkinson selepas Wenger menjangkakan Sagna akan cergas sepenuhnya untuk perlawanan esok.. Namun Wenger kehilangan Johan Djourou untuk tempoh satu minggu kerana kecederaan sementara Sebastien Squillaci hanya akan pulih dari kecederaan minggu depan..

Peminat Arsenal dijangka bakal menyaksikan gandingan Per Mertesacker dan Thomas Vermaelen tidak lama lagi selepas Wenger mengesahkan Vermaelen bakal kembali selepas minggu antarabangsa nanti selepas menjalani pembedahan di buku lalinya.. Abou Diaby dijangka turut kembali selepas minggu antarabangsa nanti.. Adios..
Read More

Bad Luck or Bad Play?

“Ah,nasib je tu. Kalau tak,tak menang”

“Dah tak boleh pakai defend ni,kena kasik Vermaelen gak”

“Adoi,camne nak menang season dgn Liga Juara ni”

“Arsenal ni dah tak boleh pakai agaknye”



Tu antara ayat-ayat yang aku dengar masa tengok game Arsenal semalam. Honestly,memang aku kecewa,sama kecewa dengan fan2 Arsenal kat situ. Aku duduk satu meja dengan 2 orang Chinese, and ni dari apa yang kitorang bincang.

DEFEND LEMAH

Kalau tengok game semalam, defend banyak lemah dari segi tackle and block bola. Koscielny Nampak macam still tak boleh nak defend gaya EPL. EPL banyak main bola through pass. So,covering tu memang sangat penting. Koscielny memang bagus. Tapi aksi dia tak konsisten. Seorang defend kena tenang, baru boleh kawal bahagian defensive. Santos Nampak boleh main dengan tenang dan rileks. Pass dia pun banyak yang lepas, dan boleh jadi pengganti Clichy. Djourou? Hmm,seperti biasa,ada masa dia boleh perform,ada masa dia buat silap. 1 mistake can lead to a goal. Memang kita tak boleh salahkan individu. Tapi,silap2 tu kita boleh Nampak secara jelas. Harap sangat Vermaelen.



HILANG FOKUS

Lepas je own goal yang 1st ,Arsenal macam hilang focus sekejap. Player Blackburn boleh menyelit dan defend macam lupe nak marking player. Szczesny pun macam sekejap2 off position.” Gervinho bagus dari segi gelecek. Tapi,dia tak boleh all time nak main solo” kata2 Chinese tu semalam,nama dia Chern. Chern komplen kat aku,”I rasa Wenger tu lembut sangat la. U tengok Ferguso, kalau Man Utd tertinggal 2-0 pun,diorang still boleh kejar. Sebab diorang tau Ferguson mesti mengamuk kalau kalah. Tapi Wenger? Tak habis2 nak backup player. Mana boleh macam tu. Sampai bila nak manjakan player. Henry mau keluar,dia bagi. Semua player mau keluar,dia bagi saja. Tahun ni,Arsenal susah mau dapat top 4”. Dengar kata Chern tu, macam betul jugak. Bila Arsenal dah tertinggal, sepatutnya player kena lagi fokus. Lepas Chamakh sumbat gol, aku harap sangat dapat seri. Tapi,hampa…



Van Persie macam biasa, tetap bersemangat walaupun muka nampak kecewa. Sesuai untuk jadi kapten. Lepas Walcott masuk, nampak yang memang dia berusaha nak jaringkan gol.



Aku pun tak nak cakap panjang2. Memang kecewa. Blackburn tu,dulu pasukan belasahan Arsenal je..

p/s : Feel free to comment,and give your own opinion.

Read More

Pre match : Arsenal VS Swansea City

Minggu antarabangsa sering memeningkan peminat Arsenal dan Arsene Wenger sendiri dengan masalah kecederaan yang menimpa.. Namun kali ini pemain seperti Theo Walcott dan Robin Van Persie tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mengetuai jentera serangan Arsenal.. Kieran Gibbs turut akan kembali dan dijangka akan mengambil posisi bek kiri malam ini..

Ianya disebabkan pemain baru, Andre Santos masih belum cergas sepenuhnya.. Namun tiada siapa yang tahu jika Wenger mahu memberikan debut kepada Santos malam ini.. Namun Atikah berharap beliau hanya berada di bangku simpanan memandangkan jika beliau belum cergas sepenuhnya so tidak perlu untuk merisikokan apa-apa memandangkan Gibbs telah pun kembali..

Disebalik kehilangan Thomas Vermaelen, Abou Diaby dan Jack Wilshere untuk sekurang-kurangnya sebulan lagi, Wenger turut berdepan dengan masalah kecederaan Tomas Rosicky yang mengalami kecederaan lutut kanan semasa bermain bersama Republik Czech.. Rosicky yang menunjukkan kerja kerasnya sepanjang musim ini setakat ini dijangka terlepas perlawanan ini.. Namun Wenger menjangkakan Rosicky akan bersedia minggu depan..

Sementara Ryo Miyaichi dilihat tidak akan berada di dalam pasukan malam ini selepas mengalami kecederaan dengan Miyaichi dijangka akan kembali dalam pasukan hari Isnin atau Selasa depan.. Namun selain itu Mikel Arteta, Per Mertesacker dan Yossi Benayoun dilihat bersedia untuk membuat debut mereka malam ini di stadium Emirates..

Sementara itu Arsenal telah mengesahkan yang skuad Arsenal Ladies akan turut berada di Emirates stadium malam ini.. Arsenal meneruskan tradisi mereka dengan pasukan wanita apabila pasukan Arsenal Ladies bakal menjulang trofi Women Super League mereka di Emirates stadium malam ini semasa half time.. Di mana Atikah pasti akan diturut serta oleh general manager mereka iaitu Vic Akers yang merupakan kit manager first team..

Arsenal Ladies yang bakal berhadapan Lincoln Ladies esok pada peringkat separuh akhir Continental Cup pastinya bakal menaikkan semangat pemain-pemain.. Begitulah harapan pengurus pasukan Laura Harvey apabila ditanya mengenai peluang meraikan kejayaan menjulang kejuaraan liga mereka di hadapan berpuluh ribu peminat the Gunners..

Anyway good luck untuk Arsenal malam ini.. Kutip 3 mata penuh dan harapnya dengan kehadiran pasukan Arsenal Ladies bersama-sama trofi kejuaraan mereka bakal menaikkan motivasi pemain lelaki Arsenal untuk mencatatkan kejayaan yang tidak putus-putus seperti Arsenal Ladies yang sekarang ini sedang dalam misi memenangi kejuaraan treble mereka.. Adios!!

P/S : Game malam ini pukul 10 malam live di Astro SuperSport channel 811
Read More

Congratulations Arsenal Ladies!!


2 jam sebelum Arsenal first team memulakan perlawanan menentang Manchester United minggu lepas, Arsenal Ladies memulakan perlawanan dengan misi mencatatkan kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka untuk Piala FAWSL pertama.. Kekalahan ataupun seri bukanlah perkara yang dicari Ladies.. Walaupun menentang Liverpool dilihat senang diatas kertas namun semua pemain Arsenal kekal fokus dengan misi mereka..

Jika semua peminat setia Arsenal berpendapat Kim Little akan sekali lagi memenangi liga untuk Arsenal Ladies, Rachel Yankey menunjukkan keupayaan sebenarnya seterusnya memastikan kemenangan liga pertama Arsenal Ladies di FAWSL yang baru diperkenalkan musim ini.. 2 gol daripada pemain sayap veteran ini memang mengejutkan namun persembahannya tempoh hari cukup mengkagumkan..

Kesemua pemain Arsenal Ladies termasuk bos mereka, Laura Harvey mengakui memenangi FAWSL akan menjadi kejuaraan terbesar sepanjang karier mereka.. Trio kapten Arsenal Ladies Jayne Ludlow, Katie Chapman dan Faye White yang telah memenangi segala-galanya di Arsenal Ladies termasuk kejuaraan Eropah turut mengakui akan perkara ini terutama sekali ini merupakan kali pertama Ladies sukar untuk mendominasi liga sepanjang musim..

Skuad Laura Harvey telah menunjukkan yang Laura merupakan seorang pengurus yang berwibawa setelah Vic Akers melepaskan jawatannya.. Juara Piala FA seterusnya mengesahkan tiket ke Champions League musim depan dan kemudiannya semi finalist Champions League dan juara FAWSL membuktikannya.. Walaupun sejujurnya beberapa pemain senior pasukan lebih tua daripada pengurus mereka..

Selepas kemenangan FAWSL, kapten pasukan, Faye White telah menyasarkan treble untuk pasukannya dengan Piala FA Continental yang pertama kali dianjurkan bakal bermula pada minggu ini dengan Ladies sekali lagi akan menentang Liverpool sebelum final pada 25 September ini.. So good luck Ladies!! Dan percaya tak anda jika Atikah katakan selama 15 tahun Faye White di Arsenal, sejumlah 31 piala telah dijulang kapten lagenda Ladies ini?? Hebat bukan..

Seperti yang diberitahu Faye White kesemua pemain melakukan tugas mereka masing-masing.. Namun Ladies pastinya akan berterima kasih kepada penjaga gol utama pasukan mereka, Emma Byrne yang telah beberapa kali menyelamatkan mata pasukan terutama sekali sewaktu menentang Liverpool tempoh hari.. Dalam 14 perlawanan liga hanya 9 gol dilepaskan Emma dengan sejumlah 9 clean sheet dicatatkan Emma..

Hujung minggu lalu merupakan hari yang mengembirakan di kem Arsenal Ladies setelah mereka meraikan Golden Haul Of Trophies.. Kejayaan mereka memenangi Piala FAWSL telah menyaksikan Arsenal Ladies mencipta rekod dengan 50 kejuaraan liga dalam 24 tahun pernubuhan mereka setelah ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Arsenal first team kit manager, Vic Akers..

Salah satu kejuaraan tersebut adalah kejuaraan Eropah yang dikenali sebagai UEFA Women's Cup pada tahun 2007 dengan Ladies mencipta sejarah sebagai pasukan England pertama yang memenanginya dan pasukan luar dari Jerman dan Scandinavia yang menjulang piala tersebut.. Seterusnya menyaksikan Ladies melengkapkan Quadruple pada tahun tersebut semasa mereka menyambut ulang tahun ke-20 mereka..

Iaitu kejuaraan Liga, Piala FA, Piala Liga dan kejuaraan Eropah tanpa penyerang prolifik, Kelly Smith yang dilayangkan kad merah sebelum final.. Dan lebih manis mereka memenangi trofi tersebut menentang juara bertahan Umea IK yang mengandungi pemain terbaik dunia Marta dan rata-rata pemain mereka ialah pemain Profesional dan mereka merupakan sebuah kelab professional sementara Ladies hanya semi-professional dan pemain mereka mempunyai kerja mereka sendiri..

Kejuaraan terbaru mereka Piala FAWSL yang melengkapkan kejuaraan ke-50 mereka dalam hanya tempoh 24 tahun penubuhan mereka merupakan piala yang paling berprestij dikalangan pemain-pemain Arsenal Ladies kerana mereka mengetahui liga baru langsung tidak akan memberikan mereka mendominasi England sekali lagi..

Arsenal Ladies turut mencatatkan nama sebagai pemenang terakhir kejuaraan FA Women's Champions League yang dimana mereka memenanginya sebanyak 12 kali dengan 9 kali dalam 10 tahun yang lepas dan 7 kali berturut-turut dari tahun 2004 sehingga 2010 di mana dalam tempoh tersebut Arsenal Ladies telah mencatatkan rekod tanpa kalah selama 5 tahun daripada 16 Oktober 2003 hingga 29 Mac 2009.. 13 kejuaraan dalam tempoh 17 tahun..

Tahun ini juga menyaksikan Arsenal Ladies menjulang kejuaraan ke-11 Piala FA mereka.. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas Ladies telah 7 kali menjulang Piala FA dengan 4 kali berturut-turut dari tahun 2004 hingga 2009 sebelum mereka kehilangan kejuaraan tersebut pada tahun 2010 kepada musuh tradisi, Everton Ladies.. 11 kejuaaran dalam tempoh 16 tahun..

Tahun 2009 menyaksikan melengkapkan kejuaraan kesepuluh mereka untuk Piala Liga di mana ianya merupakan perlawanan terakhir untuk duo, Kelly Smith dan Alex Scott sebelum melangkah pergi meninggalkan pasukan untuk ke United States.. 5 kejuaraan dalam tempoh 9 tahun yang lepas.. Dan 10 kejuaraan dalam tempoh 17 tahun..

Menjuarai 5 kali (termasuk 1 berkongsi) Piala Komuniti.. 3 kali berturut-turut dari musim 2006/2007 sehingga 2008/2009.. 4 kejuaraan dalam tempoh 6 tahun.. Dengan 10 lagi trofi datang dari kejuaraan London County Cup.. 7 kejuaraan sejak 11 tahun yang lepas dengan sejumlah 10 trofi dalam tempoh 16 tahun dan 5 kali berturut-turut dari tahun 2007 sehingga 2011.. So tahniah Ladies and I'm so proud of them!!
Read More

Welcome to Arsenal


Hari terakhir pintu perpindahan dibuka menyaksikan Arsene Wenger membuat sejumlah 5 perjanjian.. Dengan 3 nama besar di bawa masuk pada hari perpindahan.. Wenger mengotakan janjinya kepada peminat dan harapnya ianya akan membawa maksud kebangkitan Arsenal.. So di sini mari kita mengenali dan mengetahui pemain-pemain baru Arsenal yang di bawa masuk sepanjang pintu perpindahan dibuka tempoh hari..

Carl Jenkinson merupakan pembelian pertama Arsene Wenger musim panas ini.. Pembelian pernilai 1 juta pound ini di bawa masuk Wenger untuk menjadi back up Bacary Sagna.. Peminat utama Arsenal ini baru berusia 19 tahun ini memilih jersi bernombor 25 sebagai nombor jersinya di Arsenal..

Gervinho merupakan pembelian bernilai 10 juta pound.. Emmanuel Eboue telah meminta Wenger membeli Gervinho dan Gervinho telah memilih nombor 27 sebagai nombor jersinya selepas Eboue meninggalkan pasukan.. Pemain berusia 24 tahun ini merupakan pembelian bintang pertama Wenger pada musim panas dan gandingannya dengan RVP dan TW14 akan menjadi ancaman terbesar pihak lawan..

Musim sejuk yang lalu menyaksikan Wenger menafikan sebagai perpindahan untuk pemain berusia 17 tahun ini.. Namun musim panas ini tawaran bernilai 15 juta pound Arsenal untuk Alex Oxlade-Chamberlain telah diterima dan Chamberlain akan menyarung jersi bernombor 15 di Arsenal yang pernah dipakai Denilson yang kini dipinjamkan ke Santos..

Arsenal kemudiannya membawa penyerang Costa Rica berusia 19 tahun dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan.. Namun selepas permit kerja untuk Campbell ditolak FA England, Arsenal telah melepaskan Campbell ke bekas kelab Laurent Koscielny, FC Lorient secara pinjaman semusim..

Sehari sebelum perpindahan ditutup tawaran bernilai 5 juta pound Arsenal untuk striker dan kapten Korea Selatan, Chu Young Park telah diterima AS Monaco iaitu bekas kelab Wenger.. Park merupakan penyarung baru jersi nombor 9 Arsenal yang telah kosong sejak Eduardo berhijrah ke Shaktar Donestk..

Sebelum pintu perpindahan ditutup Arsenal telah mengesahkan perjanjian untuk pemain bek kiri Brazil, Andre Santos selepas Armand Traore mengesahkan perpindahannya ke QPR.. Pembelian 6 juta pound berusia 28 tahun ini telah diberikan jersi nombor 11 yang pernah dipakai kapten skuad semasa, Robin Van Persie..

Dari musim lepas lagi peminat Arsenal menunggu kehadiran Per Mertesacker.. Kini Arsenal telah berjaya mendapatkan pemain pertahanan berusia 26 tahun ini dengan nilai 9 juta pound.. Mertesacker berdepan tugas berat apabila diberikan jersi bernombor 4 yang sebelum ini disarung Cesc Fabregas dan Patrick Viera..

Selepas Wenger gagal dengan bidaan bernilai 11 juta poundnya ke atas Marvin Martin, Arsenal telah membida Mikel Arteta dengan nilai 10 juta pound yang akhirnya diterima David Moyes selepas beberapa kali Moyes menolaknya.. Arteta yang bersetuju dengan kontrak 4 tahun dan potongan gaji mungkin akan menyarung jersi nombor 8.. Buat masa ini belum ada sebarang pengesahan..

Perpindahan secara pinjaman pemain ini tidaklah begitu mengembirakan peminat Islam Arsenal.. Yossi Benayoun telah di bawa masuk ke Arsenal secara pinjaman semusim.. Suka ataupun tidak harapnya Benayoun mampu mencipta impak bersama pasukan kesayangan kita..

Harapnya pemain-pemain baru ini mampu menggantikan pemain yang meninggalkan pasukan.. Bagi Atikah ini adalah salah satu musim perpindahan paling sibuk Arsenal.. So good luck to all new signing!!
Read More

I Still Love Arsenal. I Don't Care About The Score.

Kalah dan menang,adat perlawanan. Besar atau kecil keputusannya, tetap adat perlawanan. Tak kisah la 8 ke, 10 ke, 15 ke, aku still akan sokong Arsenal :)


So,post kali ni, just nak bincang tentang game tu, from my perspective.

First, dari apa yang aku nampak, defend memang sangat lemah. Player Man Utd senang2 je through pass bola kat member2 dia, dan yang paling ketara adalah tiada deep cover or senang kata marking opponent player. Sorang player Man Utd, sampai 2 orang yang jaga, then opponent player senang2 slip belakang player Arsenal. Sangat jelas kelihatan kat situ. Memang tak dinafikan, semua player defend muda2 belaka. Tapi, defend Man Utd pun muda2. Player Man Utd senang2 je buat try, tapi effort player Arsenal untuk block tu tak berapa nampak.



Second, tiada sefahaman. Berapa kali van Persie sebab kebanyakan position yang dia expect orang akan pass bola kat dia, tapi tak sampai. Dan bola tu pegi jauh lak tu. Arsenal try main short pass and through pass, tapi tak sefahaman menyebabkan bola senang hilang dari possession.

Third, taktik senang sangat player Man Utd baca. Kalau tengok kat game tu, banyak through pass yang cuba dibuat, player Man Utd dapat intercept senang2. And we lack of through pass melalui atas, kebanyakan nak lalu bawah. Kalau tengok cara Man Utd, bila through pass dari bawah tak jadi, diorang pass lalu atas. Tapi, memang diakui kebanyakan pass2 tu daripada Rooney. Rooney tu dah macam advanced playmaker lak, or dia memang position tu kat. Kita memang perlukan seorang player macam Rooney. Honestly, memang kagum dengan Rooney masa game tu semalam.

Fourth, Szczesny memang sangat down dari 1st gol lagi. Maybe, dia pun tak yakin dengan barisan defend yang ada. So, moral dia memang jelas nampak sangat rendah, and sebabkan dia rasa gelabah. If ada Vermaelen, maybe dia akan rasa selamat sikit.


Van Persie memang sesuai jadi seorang kapten. Walaupun Arsenal dah ketinggalan jauh, tapi dia tetap melawan sehingga dia digantikan. 110% Respect to Robin van Persie.


Sebagai seorang fan Arsenal, aku tetap sokong Arsenal, walaupun ramai orang kata Arsenal di ambang kejatuhan sekarang ni, and untuk dapat top four tu, macam mustahil untuk Arsenal. Hope, Wenger dapat bawak masuk player2 yang dapat berikan impak yang besar kepada Arsenal, seperti Aguero kepada Man City, Young kepada Man Utd, dan Juan Mata kepada Chelsea. We need a player that can give us hope for this season..

P/S : Hope yang lain pun jangan marah2 sangat, jangan emosional sangat, macam brader yang aku nampak kat McD semalam =.=' Kita yang kat Malaysia,tak perlulah terlampau fanatik sangat k.. Yang kat UK tu, aku nampak dalam tv semalam,sampai tutup muka. Memang patutlah. Tu kelab bola negara dia, and maybe tempat lahir dia. Season still peringkat awal lagi :)

Read More

Perpindahan Nasri : Baik atau Buruk?

Ok,ni 1st post sebagai author kat blog Atikah Arsenal ni. Thanks untuk Atikah sebab bagi peluang untuk jadi author di blog dia.

Fokus post aku ni,tak lain dan tak bukan,sebab perpindahan Nasri,ikut tajuk entry la kan. Awal2 aku inform, ni hanya pendapat peribadi, sebagai seorang fan Arsenal.



Perpindahan Nasri ke Manchester City memang tak mengejutkan ramai fan Arsenal, sebab dia pun banyak buat hal sebelum ni, antaranya tak nak sign kontrak baru walaupun Wenger dah offer kat dia dengan kenaikan gaji. Tapi, nampaknya gaji kat Man City yang lebih tinggi jadi pilihan dia. Itu adalah antara faktor kenapa Nasri pergi ke Man City.

Faktor kedua, disebabkan Fabregas ke Barcelona, satu-satunya player yang dilabel World Class di Arsenal, telah pun keluar. Pada pendapat Nasri, Arsenal tidak mempunyai harapan selepas Fabregas meninggalkan Arsenal.


Faktor ketiga, Man City mempunyai lebih ramai World Class player, diantaranya Aguero, Carlos Tevez, David Silva dan Yaya Toure yang dikatakan akan dilabelkan sebagai World Class player berdasarkan prestasinya pada musim lepas. Balotelli? Sorry to say, perangai dia bukan World Class player.



Faktor keempat, Nasri telah mendedahkan bahawa Patrick Viera, yang juga merangkap coach di Man City, telah memujuk dia untuk berpindah ke Man City. Yela, Viera tu pun sama2 main France dengan dia dulu.

If Wenger paksa Nasri stay untuk satu season lagi, Nasri mungkin akan menjadi duri dalam daging kepada Arsenal. Dengan keadaan dia tak komited kepada Arsenal, Arsenal mungkin akan kehilangan Nasri kepada Man Utd secara percuma, if Wenger berkeras suruh Nasri stay for another season.

Pada pendapat aku, perpindahan Fabregas dan terkini, Nasri keluar dari Arsenal, bukanlah satu disaster kepada Arsenal. Probably, bahagian midfield Arsenal akan jadi lemah, tambahan Wilshere tengah injured sekarang ni. Tapi, kalau ada siapa2 yang pernah tengok Chamberlain dan Miyaichi main, 2 orang ni dah boleh gantikan Fabregas dan Nasri. Chamberlain sangat perform ketika di Southampton. Dan Miyaichi sememangnya banyak membantu ketika dia bermain di Feyenoord. Fan Arsenal di UK melabelkan Miyaichi sebagai 'New Ronaldinho' disebabkan kelincahan dan vision yang ada pada dia. Boleh tengok play style dua2 player ni kat YouTube.




Perlu atau tak Wenger beli player baru? Kalau ikut aku, Wenger perlu beli player baru. At least, one big name, and the other one, talented pun dah cukup, macam Gervinho. Kenapa Wenger kena masukkan sorang big name ke dalam Arsenal? For morale booster. Sangat penting untuk player buat masa ni. Sayangnya, Juan Mata dah pergi ke Chelsea. Kalau tak, maybe Arsenal boleh sign dia, and he is one of the big names for now, tambahan umur dia masih muda lagi. If tak nak bawak nama besar, tapi talented macam Gervinho dan Chamberlain pun dah ok. Gervinho pun dapat man of The Match untuk game lawan Udinese semalam. Tapi, macam aku kata tadi, morale booster tu pun penting. Dapat loan Kaka ke, beli Benzema ke, jadi la tu. Tapi dua2 tak nak pergi Arsenal. Dah biasa dengan makanan Spanish kot.

Arsenal mendapat hampir 60 juta Euro hasil jualan Nasri dan Fabregas. Wenger perlu membawa masuk sekurang-kurangnya 2 orang player lagi untuk membantu Arsenal menang title season ni. Setakat ni, belum ada berita kuat lagi yang mengatakan Arsenal akan beli mana2 player. Tapi, kalau ikut kata Wenger, dia akan beli beberapa player terutama bahagian tengah sebelum transfer window tutup. So, kita tunggu je la berita gembira.

P/S : Tahniah kepada Arsenal coz menang 2-1 dengan Udinese, and well done for Szczesny for the great job. Fabregas pun berdebar tengok game tu (baca kat dalam twitter) :D


Read More