What A Dramatic Comeback Ladies!!

Arsenal Ladies mencipta sejarah selepas dramatik comeback daripada Ladies malam semalam memastikan Arsenal Ladies berjaya mara ke peringkat suku akhir UEFA Champions League buat kali kesembilan berturut-turut di dalam misi yang cukup mustahil.. Namun Ladies menunjukkan mengapa mereka adalah salah satu pasukan terbaik sehingga menjulang kejuaraan ini pada tahun 2007 selepas mencatatkan kemenangan bersejarah 4-3 secara agregat..

Arsenal Ladies berdepan cabaran getir untuk kembali selepas tewas 2-0 di Madrid memulakan perlawanan dengan cemerlang di hadapan peminat sendiri di mana penjaga gol Rayo dua kali terpaksa menyelamatkan percubaan merbahaya Arsenal Ladies.. Namun jaringan cantik dari Rachel Yankey telah berjaya mengurangkan defisit sewaktu perlawanan baru memasuki minit ke-11..

Penyerang prolifik Arsenal, Julie Fleeting yang baru di bawa masuk memastikan Arsenal kembali hidup apabila percubaan merbahaya Kim Little gagal diselamatkan dengan kemas oleh penjaga gol Rayo selepas bola muntah terus ke kaki Fleeting yang memastikan ianya terus ke gawang gol Rayo..

Hantaran cantik dari Kim Little dipastikan Ciara Grant ianya tidak akan disia-siakan seperti sebelum ini selepas beliau melompat setinggi yang boleh untuk menanduk masuk gol pendahuluan kepada Arsenal untuk memastikan Arsenal berada selangkah sahaja lagi sebelum mara ke suku akhir buat kali kesembilan berturut-turut..

Namun penyerang Rayo berjaya menumpaskan penjaga gol Ladies Emma Byrne yang berjanji akan memastikan gawangnya tidak dibocori dan beraksi di tahap terbaiknya selepas mengecewakan di Sepanyol telah diperdayakan oleh pemain Rayo untuk memastikan Rayo akan berada di laluan tepat menjadi pasukan Sepanyol pertama mara ke suku akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan..

Untuk menyukarkan lagi misi skuad Arsenal Ladies, pemain pertahanan Gilly Flaherty telah dilayangkan kad merah 8 minit sebelum perlawanan tamat.. Ianya jelas menyukarkan selepas pemain Rayo lebih banyak bertahan dan percubaan demi percubaan skuad Arsenal Ladies telah diselamatkan di antara penjaga gol Rayo ataupun pemain pertahanan mereka..

Namun seperti sudah ditakdirkan 5 minit masa kecederaan yang dihadiahkan telah menyaksikan Katie Chapman yang beraksi perlawanan pertamanya di gelanggang sendiri selepas kembali semula ke Arsenal Ladies setelah berkelana di United States selama hampir setahun menjaringkan gol kemenangan skuad Ladies pada minit-minit akhir masa kecederaan..

Gol kemenangan itu telah memastikan skuad Arsenal Ladies mara suku akhir buat kali kesembilan dan kemenangan ini juga memastikan skuad Arsenal Ladies mencipta sejarah dengan comeback dramatik mereka.. So tahniah Ladies.. 19 November ini akan menyaksikan siapa lawan mereka yang seterusnya..

Read More

Pre Match : Arsenal VS Wolves

Arsenal akan berkunjung ke Molineux Stadium dengan misi kembali mencatatkan kemenangan selepas minggu pertama di bulan November dihiasi dengan keputusan yang mengecewakan.. Perlawanan ini akan bermula pada 3.45 pagi di mana tiada siaran langsung akan disiarkan.. Anda boleh lepak di FB Atikah di mana Atikah akan berikan link streaming sebelum perlawanan..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----DJOUROU-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----WILSHERE
WALCOTT-----CHAMAKH-----NASRI

Inilah bayangan kesebelasan utama perlawanan ini.. Kemungkinan tidak banyak perubahan akan dilakukan Wenger.. Namun apa yang pasti Wenger telah memberitahu yang Fabregas akan kembali ke prestasi terbaiknya semula selepas kecederaan hamstring yang membelenggunya telah pun pulih sepenuhnya.. Untuk update berita kecederaan klik sini.. Adios!!
Read More

Samir Nasri pemain terbaik bulan Oktober

Samir Nasri yang beraksi cemerlang sepanjang bulan Oktober telah disahkan muncul sebagai pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Oktober setelah Nasri mengutip sejumlah 48.2% undian daripada peminat Arsenal seluruh dunia.. Gol Nasri di Eastland juga telah memenangi anugerah gol terbaik bulan Oktober.. So tahniah Nasri you well deserves it..

Alex Song yang menjaringkan 3 gol sepanjang bulan Oktober termasuk menjadi hero pada perlawanan menentang West Ham dimana Song turut terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan berada di tangga kedua di belakang Samir Nasri selepas mengutip sejumlah 25.4% undian daripada peminat Arsenal di seluruh dunia..

Lukasz Fabianski yang muncul pemain terbaik pada perlawanan menentang Chelsea dan Manchester City berada di tangga ketiga pemain terbaik bulanan selepas mengutip undian sebanyak 15.2% selepas siri persembahan cemerlang pada bulan Oktober sebelum ianya dicemari dengan tindakan kurang bijak dari Fabianski pada perlawanan menentang Newcastle minggu lepas.. Adios!!
Read More

Vermaelen suffers injury set-back

Thomas Vermaelen yang kembali menjalani latihan memberikan berita buruk kepada kem Arsenal selepas Vermaelen telah mencederakan kembali kecederaan achillesnya yang baru pulih.. Ini telah memaksa Arsenal menghantar Vermaelen berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut kecederaan Vermaelen.. Ini adalah kenyataan Wenger..

"We don’t have good news about Thomas Vermaelen.. He had a little set-back yesterday in training and he has to see specialists again.. I don’t know where we go with Thomas time-wise but at the moment he can not play.. I can’t give you any time scale at all.. On the scan his Achilles is completely clear but as soon as he stays out for a while it tightens up and he has pain. We don’t know the source of his pain.."

Samir Nasri yang mengalami kecederaan betis pada perlawanan menentang Newcastle yang lalu akan kembali semula ke pangkuan pasukan selepas kecederaan yang di alaminya tidak teruk di mana ianya telah memaksa Wenger mengeluarkan beliau dan membawa masuk Andrei Arshavin pada perlawanan tersebut..

Arsene Wenger yang mempetaruhkan Robin Van Persie yang baru kembali pada perlawanan menentang Newcastle United tempoh hari disahkan staf perubatan Arsenal yang RVP akan turut serta bersama pasukan menentang Wolves.. Ini adalah kenyataan Wenger.. " Robin Van Persie had only one training session before Sunday.. He gets sharper everyday.. Yesterday he had some pain because it was the first time he had played.. But today he was better already.. In a few days he will be alright.."

Abou Diaby pula akan menjalani pemeriksaan lanjut sama ada pada hari rabu atau khamis ini untuk memastikan bila beliau akan kembali ataupun Diaby terpaksa berjumpa doktor pakar sekali lagi tentang kecederaan berulang buku lali yang di alaminya selepas diterjah keras pemain Bolton, Paul Robinson..

Sementara itu tiada sebarang berita tentang Manuel Almunia.. Adakah Wenger sebenarnya sudah terlupa yang beliau ada seorang lagi penjaga gol yang bernama Manuel Almunia?? Hmm.. Entahla.. Atikah sebenarnya pelik x akan kecederaan siku Almunia teruk sangat.. Patah ke?? Hmm.. Entahla.. Hanya Almunia sahaja yang tahu..

Sementara itu Arsenal akan merindui aksi agresif dan kelibat Laurent Koscielny untuk perlawanan menentang Wolves dan Everton hujung minggu ini selepas tentangan Arsenal tentang kad merah yang diterima Koscielny telah ditolak FA England.. Oh dalam masa yang sama tiada sebarang berita tentang Aaron Ramsey.. Adios!!
Read More

Laurent Koscielny appeal dismissed

Arsenal diberikan tamparan hebat selepas tentangan yang di kemukakan Arsenal kepada FA England untuk kad merah yang diterima Laurent Koscielny telah ditolak oleh FA England.. Ini bermaksud Koscielny akan terlepas perlawanan menentang Wolves dan juga Everton minggu ini.. Ianya cukup tidak adil.. Ini kali kedua permohonan Arsenal ditolak.. Musim lepas tentang kes Thomas Vermaelen.. Berikut ialah kenyataan FA England..

"At a Regulatory Commission hearing today, a claim for wrongful dismissal from Arsenal’s Laurent Koscielny was dismissed.. As a result, Koscielny will serve a two-match suspension with immediate effect as this was his second dismissal of the season.. Koscielny was dismissed for denying an obvious goal scoring opportunity against Newcastle on November 7.." Adios!!
Read More

Fabregas on his injury

Cesc Fabregas yang bergelut dengan kecederaan hamstring misterinya sejak awal musim ini sehingga gagal memberikan persembahan cemerlang untuk Arsenal walaupun sebelum itu menampilkan inspirasinya kepada Arsenal sebelum kecederaan hamstringnya ini kembali menghantui kapten pasukan dan pemain inspirasi Arsenal ini.. Ini komen Fabregas tentang masalah kecederaannya..

"The good news is there is no tear on the hamstring, nothing.. It's just a little bit of fluid, but it keeps coming back.. It's outside the muscle, the 'skin' of the muscle.. It's not really a muscle injury, it's fluid that keeps coming back and it's very annoying.. We are working on it, looking at my hips because they are always very tight.."

"We have to work on it but also understand that I am 23-years-old and I've played many, many games..
Soon I will play my 200th Premier League game as well as nearly 60 for the national team and 60 in the Champions League.. So that's a lot of games for my age and I have to take care of myself.."

Well apa-apa pun Atikah harap Fabregas akan berjaya melepasi masalah kecederaannya ini seperti yang dilakukan staf perubatan Arsenal terhadap Nicklas Bendtner dan Tomas Rosicky.. Kerana inspirasi Fabregas cukup ditagih pemain Arsenal kerana jika Arsenal mahu memenangi liga Fabregas perlu cergas 200% untuk memastikan Arsenal menamatkan 5 musim tanpa trofi kejuaraan..

Sementara itu Jack Wilshere mengakui yang beliau cukup terkejut dengan betapa banyaknya perlawanan yang diberikan Wenger terhadapnya memandangkan beliau memberitahu masih banyak lagi pemain yang cukup berkualiti di hadapannya yang turut boleh mengisi tempatnya di kesebelasan utama..

"At the start of the season I could have been going to Bolton for another year, but when I spoke to the boss about it he said he wanted to keep me and he showed faith in me.. Obviously I wanted to play games for Arsenal but there was a bit of me that thought there were so many good players here and I didn't expect to play so often.. But the boss is good like that - when you play and are playing well he’ll keep you in there.."

Atikah memang cukup respek gila si Wilshere ini.. Si Szczesny dan Mannone patut belajar macam Wilshere.. Jangan terus buat andaian terburu-buru yang Wenger x percayakan merekalah dan sebagainya.. Hmm.. Macam manalah nanti bila Ramsey kembali eh?? Sebab musim lepas Ramsey pun macam Wilshere jugak..

Habislah pening kepala Wenger fikirkannya.. Bahagian serangan pun sama.. Walcott tengah on form.. Bendtner dah kembali.. Chamakh dengan kerja kerasnya dan Van Persie yang sudah semestinya penyerang terbaik Arsenal.. X lupa juga Vela dan Emmanuel-Thomas yang cukup bagus.. hmm.. Adios!!
Read More

Arsenal appeal Koscielny red card

Arsenal FC telah memberikan tentang kepada kad merah yang diterima Laurent Koscielny pada perlawanan menentang Newcastle yang lalu.. FA England juga telah mengesahkan yang mereka telah menerima tentangan Arsenal tentang kad merah Koscielny itu.. Ianya akan didengar hari ini sama ada Koscielny akan menerima pergantungan 3 perlawanan ataupun sebaliknya..

Ini ialah kenyataan dari FA England.. "The FA can confirm that Arsenal FC have today submitted a claim of wrongful dismissal, following the dismissal of Laurent Koscielny for the denial of an obvious goalscoring opportunity.. Koscielny was sent off in his side’s fixture against Newcastle United FC on 7 November.. The claim will be heard by an Independent Regulatory Commission on Tuesday 9 November.."

Ini pula kenyataan Wenger tentang kad merah yang diterima Koscielny.. "It’s not a sending off because it wasn’t a clear goalscoring opportunity and he was not the last man.. Squillaci was covering him so I don’t think it was a red card.." Atikah setuju Koscielny sepatutnya tidak dilayangkan kad merah..

Sebab itulah Atikah x pernah suka dengan corak pengadilan Mike Dean.. Ianya sepatutnya hanya kad kuning.. Atikah rasakan cukup tidak adil memberikan kad merah kepada Koscielny.. Cukup tidak adil.. Atikah harap Arsenal menang dalam tentangan ini kerana Koscielny merupakan pertahanan yang boleh diharapkan mengisi kekosongan Vermaelen..

Tolonglah sebabnya Atikah x nak lagi tengok si Djourou main.. Djourou nie bukannya x bagus tapi musim ini persembahannya di bahagian pertahanan cukup tidak memuaskan melakukan kesilapan dan alpa menjaga pemain lawan.. Koscielny pula memang cukup bagus.. Tengok sahajalah persembahannya.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Newcastle United

Malam ini Arsenal akan melayan kunjungan Newcastle United yang tumpas di tangan Arsenal pada perlawanan Piala Carling yang lalu.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro ESPN pukul 9.25 malam ini.. Dan Arsenal tolonglah menang.. Bukannya apa hari ini Hari Jadi Atikah so you better win!!

Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal dengan Wilshere akan kembali selepas menamatkan pergantungan perlawanannya sementara Denilson, Song dan Arshavin kembali ke dalam pasukan selepas pulih dari kecederaan masing-masing.. Namun Diaby dan Vermaelen akan turut disisihkan sementara Van Persie telah kembali menjalani latihan penuh namun mungkin tidak akan menyertai pasukan hari ini..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----WILSHERE
WALCOTT-----CHAMAKH-----NASRI

Okey itu sajalah pre match artikel.. Sebab Atikah nak enjoy my birthday while it last.. haha.. Adios!!
Read More

Fab4 kembali & Injury update

Cesc Fabregas akan kembali mengetuai pasukan selepas ditinggalkan di London pada kempen Eropah tempoh hari akibat kecederaan hamstring.. Fabregas akan turut disertai Andrei Arshavin, Alex Song dan Denilson yang kembali ke pangkuan pasukan selepas turut ditinggalkan akibat kecederaan masing-masing..

Robin Van Persie yang dipanggil ke dalam skuad Belanda untuk perlawanan persahabatan di mana telah menaikkan kemarahan Wenger telah disahkan kembali menjalani latihan penuh hari ini.. Namun Kieran Gibbs masih disisihkan dan Thomas Vermaelen juga dijangka akan kembali menjalani latihan semula dalam beberapa hari lagi..

Abou Diaby yang telah menaikkan kemarahan segelintir fans Arsenal dengan kenyataan terbarunya akan terselamat dari peminat Arsenal selepas beliau masih gagal pulih dari kecederaan buku lali yang menghantuinya sejak musim ini.. Wenger memberitahu beliau telah memanggil dua orang doktor bedah untuk melihat tahap kecederaan Diaby namun mereka perlu bersabar terlebih dahulu.. Adios!!
Read More

Fabianski - Focus, hard work got me through

Kelahiran semula penjaga gol Arsenal, Lukasz Fabianski telah melegakan peminat Arsenal selepas siri persembahan cemerlang dari Fabianski sejak perlawanan di Serbia sewaktu menentang Partizan Belgrade sehingga di anugerahkan pemain terbaik perlawanan.. Fabianski turut memenangi MOTM pada perlawanan menentang Chelsea dan juga Manchester City..

Fabianski turut berada di laluan tepat diundi sebagai top 3 pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Oktober.. Fabianski memberitahu yang kejayaan ini berpunca hasil dari fokus dan kerja keras.. Inilah apa yang dikatakan the Arsenal reborn goalkeeper, Lukasz Fabianski tentang kejayaannya dari Flappyhandski ke Happyhandski..

"Even when there was a difficult time for me I was always focused on my job or I was always working hard.. That is the only way I think you can achieve something.. Of course I have been through a difficult period but that's life, that's football.. You have to just keep working hard and hopefully it will pay off.. I always say my only thing is to keep working hard, to try to play as best as I can and try to help the team.."

"I think the reason maybe why he said it was because he saw me every day in the training ground.. Maybe he had a reason to say that.. Everyone is supporting each other no matter if they were supporting me.. Every time, every single game we try to support each other so that is the spirit of the team.. I just want to stay focused. That is the main thing for me, to keep working hard. If there is a possibility to play, I'll just try to play as best I can.."

Namun apa yang pasti Fabianski perlu terus kekal konsisten untuk mendapatkan semula 100% kepercayaan peminat Arsenal.. Kerana segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak.. Apa yang perlu Fabianski lakukan terus berada di atas dari musim ini hinggalah ke musim-musim hadapan.. Dengan itu Arsenal tidak perlu membeli penjaga gol bertaraf dunia kerana Arsenal sendiri mempunyai penjaga gol sebagus penjaga gol terbaik dunia..

Sementara itu skuad Arsenal Ladies turut terjebak dalam minggu kempen Champions League yang mengecewakan selepas skuad bimbingan Laura Harvey ini tumpas 2-0 di tangan Rayo Vallecano di Madrid yang hanya musim ini berjaya melepasi pusingan kalah mati berbanding Arsenal Ladies sudah bermusim lamanya mudah melepas pusingan kalah mati..

Kembalinya tonggak jentera tengah, Katie Chapman dan penyerang prolifik, Julie Fleeting ke dalam pasukan tidak banyak membantu selepas skuad Arsenal Ladies terpaksa terbang ke Madrid, Sepanyol tanpa khidmat kapten pasukan yang juga tonggak pertahanan pasukan, Faye White yang dilaporkan mengalami kecederaan..

Ianya jelas memberikan impak kepada pasukan Arsenal Ladies selepas beberapa kali terperangkap dengan serangan balas dari Rayo Vallecano.. Namun apa yang pasti skuad Arsenal Ladies boleh bangkit kembali pada perlawanan timbal balik di Boreham Wood minggu depan.. Kerana skuad Arsenal Ladies memang cukup kental di hadapan penyokong sendiri..

Dan harapnya juga Faye White akan kembali ke pangkuan pasukan terutama dalam misi getir skuad Arsenal Ladies kembali dari ketinggalan 2-0.. Apa-apa pun good luck untuk mereka minggu depan dan juga harapnya Arsenal dari pasukan lelaki ke wanita boleh bangkit selepas kempen mengecewakan di Eropah minggu ini.. Adios!!
Read More

Wenger nafikan kenyataan Szczesny

Arsene Wenger menafikan kenyataan terbaru dari Wojciech Szczesny mengenai perbincangan kontraknya.. Ini komen Wenger.. "I don’t understand the statement because we are talking.. So I’m quite surprised when I read statements like that.. This statement is not true.. The quotes are supposed to be from the agent not Szczeseny and we are talking to the agent so I cannot understand where this statement comes from..I expect the matter to be resolved shortly.."

Jadi nampaknya fans Arsenal tidaklah perlu risau untuk kehilangan khidmat Szczesny pada musim sejuk ataupun musim panas depan.. Kerana ianya dilihat perbincangan masih berjalan dan Arsenal masih berada di landasan yang tepat untuk mengekalkan khidmat penjaga gol berbakat besar ini.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Shaktar Donestk

Arsenal berkunjung ke Ukraine untuk menentang Shaktar Donetsk untuk pusingan kedua peringkat kumpulan Champions League.. Malangnya perlawanan ini tidak akan disiarkan secara langsung.. Astro ESPN hanya akan menyiarkannya secara tertunda pada pukul 5.30 pagi ini iaitu selepas perlawanan secara langsung di antara Chelsea dan Spartak Moscow tamat..

Arsenal terbang ke Ukraine tanpa khidmat kapten pasukan, Cesc Fabregas yang ditinggalkan Wenger di London di atas langkah berjaga-jaga selepas kecederaan hamstring Fabregas kembali lagi dan jelas Fabregas cukup bergelut dengan kecederaan tersebut sehingga menyaksikan beliau gagal beraksi cemerlang semasa perlawanan menentang West Ham hujung minggu lalu.. Namun Wenger menegaskan Fabregas akan kembali pada perlawanan hujung minggu ini..

Alex Song yang mengalami kecederaan betis dilaporkan turut tidak ke Ukraine begitu juga dengan Andrei Arshavin yang mengalami masalah dan dijangka turut tidak ke Ukraine.. Denilson yang pastinya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Song juga memberikan Wenger pening kepala selepas Denilson mengalami kecederaan groin..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
ROSICKY-----EASTMOND-----WILSHERE
WALCOTT-----CHAMAKH-----NASRI

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Namun Atikah tegaskan Atikah tidak pasti sama ada Song, Arshavin dan Denilson ditinggalkan bersama-sama Fabregas di London kerana Atikah hanya diberitahu mereka bertiga akan menjalani ujian perubatan terlebih dahulu untuk lihat sama ada akan ikut serta atau tidak.. Adios!!
Read More

Panas!! Abou Diaby salahkan peminat!!!!

Kenyataan terbaru Abou Diaby pastinya akan membuatkan fans Arsenal kembali membencinya setelah perasaan benci kepadanya masih belum pudar walaupun Diaby berjaya menampilkan aksi cemerlang.. Atikah x nak beritahu apa yang Diaby katakan.. Biarlah anda sendiri baca apa yang dikatakan Abou Diaby..

"We’ve got into this bad habit for a little while now.. Unfortunately, when it comes to the big games we have trouble playing our game the way we should.. Yet, we have a good team. All the ingredients are there for us to have lots of success.. But it’s true that there’s something missing to take the next step.. That’s maybe what we are missing.. The supporters of the club don’t put us under enormous pressure.. "

"Maybe this could be explained by the fact our record isn’t catastrophic.. Sure, we haven’t won a trophy since 2005, but we’re always in the top three and because of this the club is in the Champions League every season.. We’ve always done well, we reached the final in 2006 and we’re regularly in the quarter finals.. So there is still a consistency to our performances.. But it’s imperative that we are able to take the next step to finally win trophies.."

Really Diaby?? Atikah yakin ramai fans Arsenal tengah panas gila saja dengar kenyataan Diaby ini.. Kau tahu x Diaby bertapa malunya fans Arsenal apabila Arsenal kalah?? Sewaktu Arsenal tewas 3-2 ke atas WBA hanya Tuhan sahaja tahu bertapa malunya semua fans Arsenal menerima hakikat Arsenal tumpas di kelab kerdil di hadapan peminat sendiri dan di Emirates Stadium??

Walaupun Arsenal jelas kalah adakah semua fans meluru keluar dan hilang harapan untuk melihat Arsenal bangkit?? TIDAK!! Kami malah semakin bersemangat memberikan semangat kepada pemain Arsenal.. Namun apa yang kami dapat?? Hanya malu.. Sesungguhnya fans Arsenal lebih dahagakan kejayaan dari pemain!!

Kerana pemain boleh bertukar kelab dan menang trofi dengan pasukan lain.. Namun die hard gooner x boleh melakukannya.. Kami terpaksa bersabar dan terus mempertahankan Arsenal.. Namun apa yang kami dapat?? Tidak dihargai oleh pemain sendiri.. Kau pergilah tanya si Fabregas, Wilshere, Van Persie, Henry, Pires dan Eduardo sendiri dan banyak lagi..

Eduardo sendiri terharu dengan sambutan peminat Arsenal.. Kalau nak cakap Eduardo ini setaraf Henry ke Bergkamp ke x lah sangat.. Namun sambutan peminat semasa kepulangannya bagaikan pulangnya seorang wira Arsenal yang telah lama menghilang.. Adakah itu x cukup lagi bukti bertapa kami Gooners sering bersama Arsenal semasa suka dan duka??

Diaby apa yang kau cakapkan ini memang tidak dapat di maafkan.. Jadi secara rasminya mulai hari ini kaulah pemain yang Atikah benci.. Atikah x akan pernah maafkan kau walaupun kau skor 50 gol sekalipun sewaktu menentang pasukan gergasi dan walaupun kau penyebab Arsenal menang trofi..

Kerana apa yang dikatakan kau sesuatu yang langsung tidak boleh diterima.. So siapa bersama Atikah dalam membenci Abou Diaby dan tidak akan memaafkannya selama-lamanya walaupun beliau membuat permohonan maaf terbuka atau apa-apa pun.. Kerana apa yang dikatakannya ini langsung tidak boleh dimaafkan.. Adios!!

P/S: Kadang-kadang mmg Atikah kecewa dgn fans Arsenal yg x cukup bising di stadium.. Namun sejujurnya semua fans Arsenal semuanya sering berada di belakang Arsenal.. Jadi agak tidak adil untuk salahkan peminat kerana kegagalan Arsenal menang trofi.. Namun still I HATE YOU DIABY!!
Read More

Jack Wilshere sign long term contract!!

Jack Wilshere telah disahkan menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal hari ini selepas Wilshere bersetuju menerima peningkatan gaji yang mendadak dari 15 ribu pound seminggu ke 50 ribu pound seminggu di dalam kontrak jangka masa panjang untuk memastikan tiada tawaran akan dikemukakan kepada Jack Wilshere pada musim perpindahan nanti..

Berikut ialah kenyataan Arsene Wenger selepas Wilshere komited bersama Arsenal.. "It's such great news that Jack has committed his long-term future to the Club. Jack is a fantastic footballer with a huge amount of potential, and we have all seen with his performances so far that he is a very gifted player, who could be an extremely influential player at the top level of the game.. At still only 18 years of age, there is still so much more to come from him and we're all excited by the fact that Jack Wilshere will be an Arsenal player for years to come.."

Ini pula apa yang dikatakan Wilshere selepas memberikan komitmen kepada Arsenal.. "Arsenal Football Club has been like a second home for me and my family since I was nine years old. To be offered a new contract means everything to me.. At this point in my career, when I'm only 18 years old and still learning so much about the game and myself, this is the perfect club, the perfect team-mates, the perfect fans, the perfect backroom staff and most importantly, the perfect manager to help continue that.."

"I've got a long way to go before I can become the player I dream of becoming and I'm sure I'll keep making the odd mistake, but it is a massive help for me having a special manager like Arsène Wenger and so many quality team-mates and the unbelievable Arsenal fans around me.. I believe there is a lot more to come from me.."

"I've been at the Club for almost ten years already, so I would like to thank everyone that has been part of getting me this far, especially people like Liam Brady, Roy Massey and all his staff at the Hale End Academy.. Also Neil Banfield, Steve Bould, Academy Coach Steve Leonard, Academy Scout Bob Arber, Assistant Head of Youth Development David Court, all the backroom staff, Arsène Wenger, all my team-mates and, of course, my family.."

Arsene Wenger mungkin berjaya memujuk prospek muda berbakat besar, Jack Wilshere menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal.. Namun Wenger perlu berkerja keras untuk memastikan bakal penjaga gol nombor satu Arsenal pada masa hadapan, Wojciech Szczesny terus kekal di Arsenal selepas Szczesny masih belum memberikan komitmennya kepada kelab..

Szczesny yang telah menerima tawaran dari Arsenal telah membuat keputusan menangguhkan keputusan untuk memberikan komitmen kepada kelab walaupun mengakui beliau berminat untuk kekal di Arsenal.. Namun beliau mahu lihat jika beliau mempunyai peluang di Arsenal dan mempunyai tempat di Arsenal.. Ini ialah kenyataan Szczesny..

"There was some offers, but I am not interested right now.. It's not that I don't want to extend the contract, I just don't want to hold talks at this point.. I have enough money to live and I can't complain about that, but I will only be happy if I play.. Everything depends on how many games I play.. I admit that I want to play at Arsenal as long as they want me.. If I can earn my place in goal I won't even consider any other offers.."

Kadang-kadang perangai Szczesny ini cukup menyakitkan hati Atikah.. Namun menurut siapa ntah Atikah dah lupa perangai Szczesny ini sebijik macam ayahnya dulu.. Namun apa-apa pun Atikah faham perasaan Szczesny.. Atikah x rasa dia terlalu kisah berada di belakang Fabianski yang tengah on form..

Kerana sesungguhnya Fabianski merupakan rakan baiknya dan Szczesny sendiri menjadi salah seorang penyokong Fabianski.. Namun mungkin beliau sedar yang Manuel Almunia akan kembali mengambil tempatnya dan beliau kembali terkeluar dari senarai.. Atikah harap Wenger dapat cari jalan untuk memastikan Szczesny kekal di Arsenal..

Kerana kehilangan pemain sebaik Szczesny ialah sesuatu yang tidak patut berlaku.. Mungkin dengan penjualan Manuel Almunia yang dilihat tidak akan boleh beraksi di tahap terbaiknya mungkin akan membuatkan Szczesny membuat keputusan melanjutkan kontraknya.. Wenger patut bertindak pantas kerana kontrak Szczesny akan tamat pada musim panas tahun hadapan.. Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS West Ham

Arsenal yang masih segar dengan kemenangan ke atas Man. City dan Newcastle United tempoh hari pastinya mahu mengekalkan rentak kemenangan ini dengan perlawanan menentang pasukan yang bergelut, West Ham United di Emirates Stadium untuk terus mengasak pendahulu Chelsea.. Perlawanan ini akan disiarkan pada pukul 10 malam di Astro ESPN channel 812..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----NASRI
WALCOTT-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Berikut ialah bayangan barisan kesebelasan hari ini.. Fabianski bakal mengambil kembali posisinya sementara Koscielny akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih dari kecederaan.. Tidak banyak perbezaan dengan skuad Arsenal minggu lepas menentang Man. City dan Newcastle United tempoh hari..

Okey sedikit berita daripada perlawanan ini.. Arsene Wenger berharap yang Wojciech Szczesny akan menandatangani kontrak lanjutan selepas kontrak tersebut telah pun diberikan hanya menunggu Szczesny menandatanganinya.. Menurut Wenger lagi dengan beliau dan Szczesny sendiri mahu kekal di Arsenal Wenger berharap tiada masalah untuk melanjutkan kontrak Szczesny yang akan tamat musim panas ini..

Selepas Szczesny, Wenger juga mahu Jack Wilshere menandatangani kontrak lanjutan.. Namun Atikah lihat tiada masalah untuk Arsenal melanjutkan kontrak Wilshere namun mungkin sedikit masalah dengan Szczesny yang pastinya mahu beraksi lebih.. Namun dengan temu bual bersama Szczesny baru-baru ini dilihat tiada sebarang sebab menunjukkan Szczesny kecewa dan mahu meninggalkan pasukan, Arsenal pastinya akan terus menerima khidmat Szczesny..

Sementara itu terdapat juga khabar angin Arsenal telah menyerahkan kontrak lanjutan kepada Samir Nasri dan Andrei Arshavin.. Namun tiada sebarang pengesahan di buat sama ada Nasri dan Arshavin telah menerima kontrak lanjutan tersebut.. Atikah akan updatekan apa-apa berita lagi selepas ini.. Adios!!
Read More

Arsenal Ladies Friendly Match Result

Arsenal Ladies yang mengatur perlawanan pemanas badan sebelum perlawanan suku akhir Champions League minggu depan di Sepanyol, berjaya mengatur dua perlawanan iaitu menentang Colchester United semalam dan juga Watford pada hari ahad ini.. Di sini Atikah beritahu keputusan perlawanan pertama pemanas badan Arsenal Ladies menentang Colchester United..

Arsenal Ladies terpaksa mengatur perlawanan pemanas badan ini disebabkan musim bola sepak wanita England hanya akan dimulakan pada bulan Mac namun musim bola sepak melalui musim ini dengan format baru liga namun kempen di Eropah masih seperti biasa.. Jadi skuad Arsenal Ladies terpaksa menjalani beberapa perlawanan persahabatan untuk mengekalkan tahap kecergasan..

Namun ianya dilihat tidak menganggu skuad Arsenal Ladies walaupun kurangnya perlawanan kompetitif sebelum bersaing di peringkat tertinggi.. Ianya di buktikan dengan keupayaan mereka mara ke suku akhir Champions League dan juga keupayaan mereka menampilkan aksi cemerlang pada setiap perlawanan persahabatan mereka..

Perlawanan semalam juga tidak terkecuali di mana Arsenal Ladies menyambut kepulangan semula penyerang prolifik, Julie Fleeting yang baru pulih dari kecederaan dan perlawanan ini juga menyaksikan Katie Chapman yang kembali ke pangkuan pasukan selepas hampir setahun berkelana di US..

Separuh masa pertama bermula dengan cemerlang selepas hantaran cantik dari Rachel Yankey yang bijak membawa bola dari sebelah kiri kepada Kim Little menyaksikan nadi utama pasukan ini mudah menolak masuk bola melepasi penjaga gol seawal minit ke-12..

Pemain baru, Jordan Nobbs meneruskan aksi cemerlangnya dengan rembatan padunya yang hanya mampu ditepis kepada Julie Fleeting yang membuktikan mengapa Atikah dan peminat-peminat Arsenal Ladies mengatakan beliau ialah penyerang prolifik Arsenal apabila mudah meletakkan gol ke gawang Colchester pada minit ke-27 untuk memastikan Arsenal mendahului 2-0 sebelum bermulanya separuh masa kedua..

Katie Chapman menunjukkan apa yang Arsenal Ladies hilang dan rindu semasa ketiadaan beliau apabila Chapman memastikan beliau kembali ke Arsenal dengan jaringan gol selepas meledakkan voli cantik melepasi penjaga gol Colchester.. Julie Fleeting mengesahkan kemenangan 4-0 Arsenal menerusi sepakan penalti.. Adios!!
Read More

Injury Update

Kieran Gibbs yang mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan menentang Newcastle United tempoh hari sekali lagi akan diketepikan selepas terpaksa berehat beberapa minggu akibat kecederaan medial knee ligament strain.. Gibbs akan melalui scan esok namun Wenger menjangkakan Gibbs terpaksa berehat beberapa minggu sebelum boleh kembali beraksi..

Manuel Almunia telah disahkan hanya akan kembali mungkin dalam tempoh satu ke dua minggu lagi akibat kecederaan siku.. Ini bermaksud yang dua penjaga gol Poland yang beraksi cemerlang akan terus kekal di atas padang dan di bangku simpanan dengan Lukasz Fabianski akan kembali mengambil tempat dari Wojciech Szczesny untuk perlawanan menentang West Ham esok..

Abou Diaby yang kehilangannya menjadi tanda tanya akhirnya terjawab juga selepas Wenger mengesahkan yang Diaby mengalami kecederaan buku lali sekali lagi.. Diaby tidak akan kembali pada perlawanan ini begitu juga dengan Jack Wilshere yang akan menjalani pergantungan perlawanan terakhirnya esok sebelum kembali semula minggu depan..

Arsene Wenger turut mengesahkan yang Aaron Ramsey dan Robin Van Persie akan kembali menjadi latihan penuh bersama rakan sepasukan pada minggu depan namun mereka berdua perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan terutama sekali Aaron Ramsey yang berehat sejak penghujung bulan Februari yang lalu..

Impian fans Arsenal untuk melihat gandingan Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny musnah apabila buat masa ini Vermaelen masih belum dapat dipastikan bila akan kembali selepas kecederaan achilles yang dialami Vermaelen semasa minggu antarabangsa masih belum pulih kerana kecederaannya itu cukup lambat untuk pulih sepenuhnya..

Wenger juga mengesahkan Arsenal tidak kehilangan mana-mana pemain kecuali Kieran Gibbs semasa perlawanan menentang Manchester City dan Newcastle United yang lalu.. Ini bermakna Wenger akan menurunkan barisan yang hampir sama pada perlawanan menentang West Ham esok .. Itu sahajalah berita terkini kecederaan Arsenal.. Adios!!
Read More