26 April 2010

Fab4 dan Verminator terbaik !!


Cesc Fabregas mungkin tewas dalam anugerah pemain muda dan pemain terbaik tahunan PFA.. Namun Fabregas tersenarai di dalam XI terbaik PFA.. 19 gol dan 15 bantuan gol sudah cukup untuk Fabregas mengatasi Frank Lampard mahupun pemain tengah yang lain..

Thomas Vermaelen pula mengatasi ramai nama besar di bahagian pertahanan untuk berada bersama Richard Dunne di dalam XI terbaik PFA.. Vermalen menjaringkan 8 gol dengan 7 darinya di EPL untuk muncul pemain pertahanan paling banyak jaringkan gol..

Tahniah kepada Cesc Fabregas dan Thomas Vermaelen.. Atikah yakin Fabregas akan muncul pemain terbaik tahunan Arsenal musim ini dengan Vermaelen akan berada di tempat kedua.. Namun siapa di tempat ketiga?? Atikah menjangkakan Nicklas Bendtner mahupun Andrei Arshavin..

Cesc Fabregas tak akan kemana-mana Gunners semua.. Jika benar apa yang spy Atikah laporkan ini.. Fans Arsenal boleh menarik nafas lega yang Fabregas akan kekal lebih lama lagi.. Spy Atikah melaporkan Fabregas semakin hampir terus memanjangkan kontraknya selepas pengurusan Arsenal bersedia memberikan gaji bertaraf dunia kepada Fabregas..

Jika gaji Fabregas sebelum ini ialah 80 ribu pound seminggu kini gajinya akan meningkat kepada 110 ribu pound seminggu.. Dan Fabregas juga boleh mendapatkan sehingga 3 juta pound untuk bonus sahaja.. Sumber dari pengurusan Arsenal berkata, "Arsenal cukup terdesak untuk mengekalkannya.. Dia muncul sebagai ketua dan nadi Arsenal di generasi baru Arsenal.. Statusnya sama seperti yang dipegang Henry dahulu.."

Jika ini benar.. Fabregas pastinya kekal.. Walaupun Henry pergi semasa dia menerima habuan yang lebih banyak dari apa yang Fabregas akan terima.. Namun itu bukannya sebab untuk fans Arsenal masih risau.. Henry pergi selepas menang segala-galanya kecuali Champions League.. Atikah yakin Fabregas akan kekal dan memastikan dirinya menjulang setiap piala yang dianjurkan untuk muncul kapten Arsenal pertama melakukannya.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment