28 April 2010

Pemain terbaik bulan April

Siapakah pilihan anda untuk pemain terbaik bulan April.. Anda boleh mengundinya di ruangan Undian Anda.. Tapi sebelum anda mengundi Atikah akan senaraikan calon-calonnya dan kenapa anda perlu mengundi mereka..

Adakah Bendtner akan mempertahankan anugerah yang dimenanginya bulan lepas?? Atikah rasa ya, dia boleh.. Bendtner menjaringkan 3 gol.. 1 gol penting semasa menentang Wolves.. 1 gol menentang Barca di mana Arsenal hampir memenangi jika bukan kerana Messi dan 1 gol semasa menentang Spurs untuk meneruskan rekod cemerlangnya semasa menentang Spurs..

Theo Walcott terus mengekalkan rentak terbaiknya bersama Arsenal bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kesebelasan utama namun juga hampir menempah tiket ke Afrika Selatan.. 1 gol pada bulan ini semasa menentang Wigan.. Namun aksinya di bahagian sayap kanan sepanjang bulan April mampu untuknya memenangi anugerah Pemain terbaik bulan April..

Sol Campbell menampilkan aksi yang cukup mantap di bahagian pertahanan Arsenal sepanjang bulan April semasa ketiadaan 2 tonggak utama pertahanan, Thomas Vermaelen dan William Gallas yang mengalami kecederaan.. Campbell cukup berpeluang untuk memenangi anugerah ini atas aksi cemerlangnya di pertahanan Arsenal..

Gael Clichy terus menampilkan aksi konsistennya di bek kiri Arsenal..

Samir Nasri menampilkan aksi cemerlang di bahagian midfield Arsenal walaupun x secemerlang Fabregas menjana enjin Arsenal..

Pemain yang dinanti-nantikan kemunculan semulanya selepas kecederaan.. Pemangku kapten pasukan, Van Persie hampir sahaja membawa Arsenal sekurang-kurangnya seri semasa menentang Spurs jika bukan kerana aksi cemerlang penjaga gol Spurs.. RVP mungkin berehat lama, namun dia masih mampu beraksi cemerlang untuk Arsenal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment