05 December 2010

Samir Nasri led Arsenal to win!!

Akhirnya keputusan buruk Arsenal di gelanggang sendiri di dalam saingan liga tamat juga selepas Arsenal yang diketuai Samir Nasri berkerja keras memastikan Arsenal mengutip 3 mata penuh selepas berhempas pulas memastikan anak-anak buah Mark Hughes pulang hampa.. Namun kemenangan ini dibayangi dengan kecederaan serius Laurent Koscielny..

FABIANSKI
SAGNA-----SQUILLACI-----KOSCIELNY------CLICHY
ROSICKY-----SONG-----WILSHERE
NASRI-----CHAMAKH-----ARSHAVIN

Arsenal membuka tirai jaringan pada minit ke-14 selepas hantaran dari Andrei Arshavin kepada Samir Nasri yang cukup cemerlang pada perlawanan ini telah memperdayakan dua pemain pertahanan Fulham sebelum melepaskan rembatan padu melepasi Mark Schwarzer yang tidak kurang hebatnya pada perlawanan ini..

Namun pada minit ke-30 Kamara menyamakan kedudukan selepas perlanggaran di antara Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny di mana menyaksikan Koscielny mengalami kecederaan kepala yang serius sehingga terpaksa diusung keluar padang dan digantikan dengan Johan Djourou selepas gagal untuk bangun walaupun sebelum itu beliau mentabahkan diri bangun untuk menghalang Fulham menjaringkan gol..

Separuh masa kedua Fulham terus bersemangat untuk mencipta kemenangan pertama mereka ke atas Arsenal di gelanggang Arsenal namun Samir Nasri yang jelas cukup merbahaya menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-75 selepas Van Persie yang dibawa masuk mengantikan Rosicky melorongkan bola kepada Nasri yang memperdayakan Schwarzer sebelum melepaskan rembatan..

Fulham terus mengasak walaupun dengan kemasukan Theo Walcott, Arsenal gagal menambahkan jaringan dan Fulham beberapa kali hampir menyamakan kedudukan hanya untuk Lukasz Fabianski yang berada di prestasi terbaiknya menyelamatkan beberapa percubaan dan menumbuk bola keluar dari kawasan bahaya.. Tamat perlawanan Arsenal 2-1 Fulham..

Berakhirnya perlawanan ini Arsenal berada di puncak liga dengan 1 mata di hadapan Manchester United dan 2 mata di hadapan Chelsea selepas Chelsea seri 1-1 dengan Everton sementara MU pula akan ada satu perlawanan di dalam tangan selepas perlawanan mereka menentang Blackpool di tunda akibat salji tebal..

Update tentang Laurent Koscielny.. Arsene Wenger mengesahkan yang Koscielny mengalami concussion.. Sejauh mana tahap seriusnya dan berapa lama Koscielny akan disisihkan masih belum diketahui namun menurut khabar angin, Koscielny bakal diketepikan selama 3 minggu.. Apa-apa pun get well soon Koscielny!! Adios!!

0 comments:

Post a Comment