Wenger about injury and Almunia
Arsene Wenger sekali lagi menegaskan yang beliau akan membuat keputusan minit-minit akhir sama ada untuk membawa kapten pasukan, Cesc Fabregas ke Manchester ataupun meninggalkan beliau.. Dengan Wenger menegaskan yang beliau tidak akan memperjudikan tahap kecergasan Fabregas sekali lagi walaupun menentang Manchester United..Namun Thomas Vermaelen, Abou Diaby dan Manuel Almunia masih akan terus diketepikan akibat kecederaan.. Bercakap tentang Manuel Almunia, Wenger telah mengeluarkan kenyataan dan menafikan segala berita-berita yang sedang hangat tentang Almunia akan dijual dan sebagainya.. Ini adalah laporan terperinci..
Kerana hakikatnya, Almunia bukanlah seorang penjaga gol yang tidak bagus.. Cuma entahla, kenapa dia melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya terutama sekali bagi seorang penjaga gol berpengalaman sepertinya.. Namun tiada yang mengejutkan kalau si Mark Schwarzer tu pun boleh buat kesilapan bodoh walaupun ada pengalaman di peringkat antarabangsa.. Adios..
0 comments:
Post a Comment