16 February 2010

Injury update

Okey Atikah nak mulakan artikel ini dengan kemenangan skuad simpanan Arsenal semalam yang menewaskan skuad simpanan Chelsea 2-1.. Arsenal mendahului pada minit ke-35 melalui penyerang muda Luke Freeman yang menjaringkan gol ke-15nya musim ini.. Gilles Sunu menjarakkan ruang dengan menjaringkan gol ke-3nya musim ini pada minit ke-75..

Namun pemain tengah Chelsea Nemanja Matich berjaya menembusi gawang yang di kawal James Shea pada minit ke-76 untuk merapatkan jurang.. Namun Arsenal berjaya mengekalkan keputusan untuk melonjak ke tangga teratas liga skuad simpanan..

Nacer Barazite yang menunjukkan aksi menarik bersama Arsenal selama ini seakan-akan akan diberikan peluang untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal musim ini selepas Barazite tidak dipinjamkan.. Namun peluangnya tertutup selepas mengalami kecederaan bahu yang menyaksikannya dipinggirkan selama 4 bulan..

Barazite kembali semasa Arsenal menang 1-0 ke atas Stoke City pada 10 Februari yang lalu di mana dia menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan tersebut.. Barazite jelas sekali kecewa kerana kecederaannya memaksanya hanya menyaksi rakan sepasukannya diberikan peluang beraksi bersama skuad utama terutama sekali Craig Eastmond..

Atikah harap selepas ini Barazite kembali ke tahap terbaiknya dan sudah semestinya tiada yang mustahil untuk Wenger memanggilnya selepas Barazite sering kali memberikan aksi yang terbaik setiap kali diturunkan bersama skuad utama..

William Gallas berdepan kemungkinan akan terlepas aksi menentang FC Porto selepas mengalami kecederaan tulang belakang.. Sol Campbell akan dipilih mengisi kekosongan Gallas jika Gallas gagal melepasi ujian kecergasan sebelum perlawanan..

Sementara itu Arshavin dan Song terus memberikan berita buruk selepas sampai semalam kedua-duanya gagal untuk menjalani latihan bersama pasukan selepas mengalami kecederaan hamstring dan juga kecederaan lutut.. Arshavin sendiri mengakui dia berkemungkinan akan terlepas aksi menentang Porto dan dijangka kembali semasa menentang Sunderland..

Namun dengan kecederaan Arshavin, Eduardo sudah semestinya menjadi harapan untuk mengetuai jentera serangan Arsenal semasa menentang Porto.. Sementara Denilson pula sudah semestinya akan mengisi kekosongan yang mungkin akan ditinggalkan Song semasa kunjungan ke Portugal.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment