17 February 2010

Pre Match : Arsenal VS FC Porto

Arsenal kini di Portugal untuk perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati Champions League bertemu FC Porto.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung awal pagi ini pada pukul 3.40 pagi ini di mana Astro ESPN akan menyiarkannya..

Namun 4 orang tonggak utama Arsenal dijangka terlepas perlawanan ini dengan hanya William Gallas yang mempunyai peluang 50-50 untuk menyertai pasukan yang akan menentang Porto dengan Arshavin, Song dan juga Almunia disahkan akan disisihkan selepas masing-masing mengalami kecederaan..

Gallas mengalami kecederaan betis dengan Campbell sedang di dalam keadaan bersiap sedia untuk mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Gallas.. Arshavin pula mengalami kecederaan hamstring dengan dijangka kembali semasa menentang Sunderland.. Namun Eduardo dan Carlos Vela disahkan kembali selepas mengalami kecederaan.. Namun Eduardo perlu membuktikan tahap kecergasannya terlebih dahulu sebelum kembali..

Song pula mengalami kecederaan lutut di mana dia sudah semestinya akan disisihkan dengan Denilson sudah semestinya akan mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Song.. Namun berita buruk ialah Almunia terseliuh jarinya pada saat-saat akhir dengan Lukas Fabianski akan mengambil alih tanggungjawab sebagai benteng akhir Arsenal pada perlawanan ini di mana ini merupakan perlawanan Champions League pertama Fabianski musim ini..

FABIANSKI
SAGNA-----CAMPBELL/GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----DENILSON-----DIABY
NASRI-----BENDTNER-----EDUARDO/ROSICKY

Atikah harap Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan selesa pada perlawanan ini untuk memudahkan sedikit kita semasa menanti kunjungan mereka di Emirates Stadium.. Atikah predict kita menang 2-0..

Aksi cemerlang Luke Freeman membantu skuad simpanan Arsenal menang 2-1 ke atas skuad simpanan Chelsea telah mengundang pujian dari jurulatih skuad simpanan Arsenal Neil Banfield.. Penyerang berusia 17 tahun ini telah pun menjaringkan gol ke-13nya musim ini dalam 15 perlawanan untuk skuad simpanan dan belia Arsenal musim ini..

Sejak tiba pada tahun 2008, ini merupakan musim terbaik Freeman yang sejak kehadirannya di akademi Arsenal.. Freeman menyertai Arsenal dengan banyak pujian dan harapan dilemparkan kepadanya contohnya seperti sebagai salah seorang prospek penyerang masa hadapan Arsenal..

Dengan aksi memukaunya sepanjang musim ini ianya tidak mustahil cepat atau lambat Arsene Wenger akan mula memberikan perhatian kepada Luke Freeman dan memberikannya peluang beraksi atau turut serta bersama skuad utama.. Buat pengetahuan anda, Luke Freeman merupakan penyerang kelahiran England..

Semalam bekas pengurus skuad Arsenal Ladies yang kini memegang jawatan sebagai General Manager Arsenal Ladies dan First Team Kit Manager iaitu Vic Akers menerima OBE dari Prince of Wales.. Dalam tempoh 22 tahunnya bersama skuad Arsenal Ladies, sebanyak 32 trofi dijulangnya.. Dan membimbing pasukan Arsenal yang memenangi kejuaraan Eropah tahun 2007 di mana buat pertama kalinya pasukan dari British memenanginya..

Vic Akers juga merupakan orang penting yang menubuhkan pasukan Arsenal Ladies pada 1987 dan membimbing pasukan Arsenal Ladies muncul sebagai salah satu pasukan yang paling dihormati, digeruni dan paling berjaya dalam sejarah bola sepak British.. Tahniah Vic Akers dan terima kasih kerana menjadikan Arsenal Ladies sehebat sekarang ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment