23 February 2010

Ireland milik Arsenal musim depan??

Atikah mulakan artikel ini dengan berita penyerang berusia 17 tahun England iaitu Benik Afoebe telah mengesahkan kesetiaannya bersama Arsenal selepas menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Arsenal di mana ianya disaksikan oleh Arsene Wenger..

Afoebe yang mula menyertai akademi Arsenal sejak berusia 8 tahun beraksi cemerlang musim ini selepas menjaringkan 12 gol dalam hanya 17 perlawanan musim ini bersama skuad simpanan Arsenal..

Bendtner yang dahulunya tidak beberapa digemari fan Arsenal mungkin telah menukar persepsi mereka selepas menampilkan aksi cemerlang sejak separuh masa kedua musim lepas.. Walaupun tidak menjaringkan gol Bendtner masih boleh memberikan bantuan semasa bertahan dalam corner dan juga membantu rakan sepasukannya..

Bendtner memastikan dia masih berada di prestasi hampir terbaiknya setelah berehat hampir 3 bulan selepas menjalani pembedahan hernia.. Bendtner yang baru sahaja berusia 22 tahun diakui masih perlu banyak belajar dan mengimprovekan dirinya setiap masa untuk memastikan dia muncul sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia..

Selepas dipuji Wenger atas aksi cemerlangnya membantu Arsenal menang 2-0 menentang Sunderland, Bendtner mahu menunjukkan yang Wenger cukup tepat mempercayainya selama ini dengan menampilkan aksi memukau di atas padang..

Gilles Sunu yang baru-baru ini dipinjamkan ke Derby di mana kontraknya bersama Arsenal akan tamat hujung musim ini dilaporkan semakin hampir menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Sunu diakui merupakan salah seorang penyerang yang cukup berbakat dan pernah dipanggil Wenger untuk bersama skuad utama Arsenal musim ini..

Pemain bek berusia 18 tahun iaitu Rhema Obed diberikan lampu hijau oleh jurulatih skuad belia Arsenal untuk meninggalkan Arsenal sebaik sahaja tamat musim ini walaupun merupakan seorang pertahanan yang baik..

Namun atas beberapa kesilapan dan beberapa kali menampilkan aksi yang kurang menyakinkan telah membuatkan Liam Brady menolak kemungkinan melanjutkan kontrak Obed.. Obed dijangka akan menyertai Leeds sebaik kontraknya bersama Arsenal tamat bulan Mei ini..

Arsene Wenger dilaporkan akan meneruskan pemerhatian terhadap Stephen Ireland musim panas ini selepas Ireland dilaporkan tidak gembira di Eastland selepas kerap dipinggirkan sejak akir-akhir ini..

Ireland sejak musim panas lepas lagi berjaya menarik perhatian Wenger sebelum membuat keputusan kekal di Eastland.. Ireland diakui beraksi cemerlang musim lepas dan agak tenggelam musim ini selepas Man. City dibanjiri pemain bertaraf bintang..

Namun kommitmennya semasa bermain mungkin merupakan salah satu faktor Wenger jatuh cinta dengan aksi Ireland selain bakat yang Ireland ada.. Namun Arsenal akan menentang Tottenham jika berminat mendapatkan khidmat Ireland.. Namun ianya masih lagi khabar angin yang Atikah x dapat nak mengesahkan jika Wenger betul-betul berminat membawa Ireland ke Emirates musim panas ini.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment