06 September 2012

Get to know : Young Guns Goalkeepers

Dalam artikel ini Atikah mahu perkenalkan anda semua dengan pemain-pemain akademi Arsenal. Atikah akan mulakan dengan posisi penjaga gol. Buat masa ini seramai 4 penjaga gol di akademi Arsenal yang disenaraikan di laman web rasmi Arsenal iaitu James Shea, Damian Martinez, Reice Charles-Cook dan Josh Vickers.

James Shea bukanlah nama yang begitu asing di kalangan peminat. Penjaga gol kelahiran Islington berusia 21 tahun ini sudah beberapa kali dipanggil Arsene Wenger untuk menjadi back up penjaga gol pasukan utama setiap kali berlakunya kecederaan. Masih lagi belum membuat debut untuk pasukan utama Arsenal walaupun bukan secara kompetitif Shea dianggap seorang lagi penjaga gol berbakat dari akademi Arsenal.

Merupakan sebahagian daripada tonggak pasukan muda Arsenal yang memenangi FA Youth Cup dan Premier League Academy pada tahun 2009, Shea merupakan penjaga gol pilihan utama skuad simpanan Arsenal sejak Wojciech Szczesny dipanggil menyertai skuad utama. Namun sejak dipanggil pulang daripada pinjamannya dari Dagenham & Redbridge pada Disember 2011, Shea telah kehilangan tempatnya kepada Damian Martinez.

Memulakan musim ini telah menyaksikan Shea berada di belakang Martinez pada perlawanan U-21 Arsenal kendalian Terry Burton. Namun kad merah yang diterima Martinez pada perlawanan pertama menyaksikan Shea tidak menoleh kebelakang lagi apabila mengambil peluang tersebut untuk mengukuhkan kembali tempatnya.

Shea menampilkan aksi yang cukup menyakinkan dan hanya melepaskan satu gol dalam 3 perlawanan U-21 setakat ini dan gol tersebut adalah menerusi sepakan penalti bukannya daripada set pieces ataupun open play. Persembahan Shea jelas telah menarik perhatian Terry dan pujian melangit telah dilemparkan daripada jurulatih skuad U-21 dan U-19 Arsenal ini kepada Shea yang pernah dipanggil Fabio Capello untuk berlatih bersama-sama pasukan senior England selepas kecederaan yang dialami oleh David Stockdale.

Damian Martinez merupakan penjaga gol Argentina yang dibeli Arsenal pada Ogos 2010 daripada Independiente. Mengukuhkan kedudukannya sebagai gol pilihan utama skuad simpanan semasa James Shea dipinjamkan ke Dagenham & Redbridge dan kemudiannya turut dipanggil Arsene Wenger untuk menjadi back up penjaga gol utama Arsenal dengan musim ini telah menyaksikan Martinez dipanggil dua kali untuk berada di bangku simpanan.


Ianya mungkin atas faktor Martinez dilayangkan kad merah pada perlawanan pertama U-21 yang menyaksikan beliau digantung perlawanan. Martinez turut pernah dipanggil skuad senior Argentina namun setakat ini masih belum membuat sebarang kemunculan untuk Argentina. Satu lagi prospek penjaga gol masa hadapan Arsenal. Khabar angin turut bertiup kencang yang Wenger bersedia untuk mempromosikan Martinez jika Lukasz Fabianski dan Vito Mannone meninggalkan pasukan.

Namun buat masa ini Martinez masih perlu bersaing dengan James Shea sebelum memikirkan tentang cara menentang barisan penjaga gol pasukan utama Arsenal yang diketuai oleh Wojciech Szczesny, Fabianski dan Mannone. Dengan Shea dilihat kembali mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga gol pilihan utama untuk skuad U-21, penjaga gol berusia 20 tahun ini perlu memenangi kembali tempatnya sebaik pulang daripada pergantungan perlawanan.

Reice Charles-Cook merupakan penjaga gol utama skuad U-18 musim lalu. Merupakan graduan akademi Arsenal, pemain kelahiran Lewisham, South London berusia 18 tahun ini merupakan seorang lagi prospek penjaga gol. Namun Reice dilihat masih mempunyai perjalanan yang jauh sebelum mengetuk pintu skuad utama dengan James Shea dan Damian Martinez masing-masing bersaing untuk menarik perhatian Arsene Wenger.

Baru sahaja menandatangani kontrak professionalnya bersama Arsenal, Reice pastinya akan diberikan masa dan peluang untuk membuktikan kemampuannya. Tidak mustahil suatu hari nanti Reice mampu menjadi penjaga gol pilihan utama Arsenal kelahiran tempatan (England khususnya) sejak David Seaman melakukannya jika beliau mampu meneruskan peningkatannya di bawah bimbingan Terry Burton.

Josh Vickers kini akan berlatih sepenuh masa bersama pemain akademi Arsenal selepas menyinar semasa masih lagi merupakan seorang 'schoolboy' apabila bermain untuk skuad U-16 Arsenal sehingga beberapa kali dipanggil skuad U-18 Arsenal. Vickers dijangka akan menjadi pilihan utama skuad U-18 Arsenal kendalian Pat Holland musim ini.

Penjaga gol berusia 17 tahun ini juga dijangka akan turut serta dengan U-19 Arsenal dalam saingan NextGen Series. Seperti Reice, peminat Arsenal dilihat tidak akan dapat menyaksikan kelibat Vickers bersama skuad utama dalam masa terdekat ini. Namun mengetahui sifat Arsene Wenger, tiada yang mustahil.
Itu sahajalah penjaga gol akademi yang disenaraikan di laman web rasmi Arsenal. Namun menurut laporan Arsene Wenger telah menandatangani penjaga gol berusia 17 tahun Macedonia, Dejan Iliev daripada kelab division 3 Macedonia, Belasica. Dengan faktor beliau masih lagi belum disenaraikan di kalangan pemain akademi Arsenal dilaporkan kerana masih menunggu pelepasan daripada FIFA.

Dengan Arsenal terpaksa meminjam penjaga gol muda Reading, Stuart Moore selepas kecederaan yang melanda Reice Charles-Cook dan Jash Vickers pada suatu ketika, Dejan dilihat akan menjadi back up kepada kedua-dua penjaga gol tersebut. Tidak banyak yang diketahui tentang Dejan Iliev namun apa yang pasti harapnya beliau akan menjadi seorang lagi prospek cerah untuk posisi penjaga gol. Adios.

0 comments:

Post a Comment