28 September 2012

Post Match : Arsenal Ladies 3-0 Barcelona

Arsenal Ladies melalui mimpi indah dalam saingan Champions League musim ini apabila diundi menentang pendatang baru Barcelona Ladies. Arsenal yang telah berjaya mara ke peringkat suku akhir 10 tahun berturut-turut serta telah mara ke separuh akhir dalam 2 edisi sebelum ini dan turut menjadi calon pasukan pilihan luar Jerman dan Perancis yang mampu menjulang Champions League dan tidak termasuk juara tahun 2007, undian tersebut dijangka tidak menjadi sukar.

Namun jadual perlawanan yang padat telah menyaksikan pengurus pasukan Laura Harvey perlu menggilirkan para pemainnya. Namun Laura turut mengingatkan pemainnya supaya tidak dibuai mimpi bermain di Mini Estadia yang dapat dilihat bayangan Camp Nou. Keputusan tewas 2-0 dan seri 1-1 di Sepanyol sejak 2 musim lalu di tangan Rayo Vallecano telah menyaksikan Ladies sedar ianya bukan menjadi perlawanan yang mudah.

BYRNE
SCOTT-----GRANT-----FLAHERTY-----HOUGHTON
NOBBS-----CHAPMAN-----LITTLE
WHITE-----BEATTIE-----YANKEY

Laura Harvey sekali lagi mengetepikan penolong kapten pasukan, Jayne Ludlow dari permulaan kesebelasan utama untuk memberikan ruang kepada on form Jordan Nobbs. Ini telah menyaksikan Katie Chapman meneruskan tugasnya sebagai kapten pasukan. Niamh Fahey yang direhatkan telah menyaksikan Steph Houghton diletakkan di posisi bek kiri. Jennifer Beattie pula beraksi di bahagian tengah serangan sambil diapit oleh Ellen White dan Rachel Yankey.

Gandingan Ciara Grant dan Gilly Flaherty sekali lagi dipertaruhkan di bahagian tengah pertahanan selepas Harvey sebelum ini beberapa kali memecahkan gandingan tersebut hanya untuk memastikan Steph Houghton mempunyai peluang untuk beraksi. Kim Little pula seperti biasanya dijangka mencipta ruang dan peluang kepada rakan sepasukannya.
Arsenal diasak hebat Barcelona dan telah dipaksa bertahan hampir keseluruhan separuh masa pertama. Pemain nombor 10 Barcelona, Sonia telah mengucar kacirkan bahagian pertahanan Arsenal. Namun kekebalan Emma Byrne dipintu gol telah menyaksikan Barcelona gagal untuk menjaringkan gol. Peluang demi peluang yang disia-siakan Barcelona jelas telah memakan diri mereka.
Arsenal dalam sepakan penjuru kedua mereka telah menyaksikan Kim Little yang mengambil sepakan penjuru tersebut bijak mencari rakan senegaranya, Jennifer Beattie yang kemudiannya menanduk masuk bola untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-31. Beattie hampir memastikan kedudukan menjadi 2-0 namun peluang cantiknya dipersia-siakan. Tamat separuh masa pertama Arsenal mendahului 1-0.
Terdapat sedikit kerisauan pada separuh masa kedua namun apa sahaja yang diperkatakan Laura Harvey jelas menjadi selepas Arsenal mendominasi separuh masa kedua dan cukup bagus mematahkan serangan demi serangan Barcelona. Minit ke 55 telah menyaksikan Jordan Nobbs merembat masuk bola daripada luar kotak penalti selepas beliau menyedari penjaga gol Barcelona terperangkap di luar posisi.
Free kick yang diambil Steph Houghton pada minit ke-67 gagal ditangkap kemas penjaga gol Barcelona sebelum bola muntah tersebut disudahkan oleh Katie Chapman untuk memastikan Arsenal membawa pulang bekalan selesa untuk perlawanan 2nd leg di Borehamwood minggu depan. 

Perlawanan ini juga menyaksikan Katie Chapman menjerit kemarahan apabila pemain Barcelona mula mengikut jejak langkah pasukan lelaki mereka apabila mula mendiving selepas Arsenal jelas mendominasi perlawanan dan semakin selesa mematahkan serangan demi serangan Barcelona. Tamat perlawanan Arsenal 3-0 Barcelona.

Kini Arsenal Ladies akan memberikan tumpuan penuh mereka pada perlawanan hari Ahad ini selepas perlawanan menentang Doncaster dijangka menjadi perlawanan mereka mengesahkan kejuaraan FA WSL mereka. Laura Harvey telah pun menekankan betapa pentingnya mereka menang liga semasa menentang Doncaster berbanding pada perlawanan getir menentang pasukan di tempat kedua, Birmingham City di perlawanan terakhir musim. Adios.

0 comments:

Post a Comment