27 September 2012

Team News : Vermaelen back Szczesny still injured

Thomas Vermaelen yang terlepas perlawanan menentang Manchester City minggu lepas kerana selesema disahkan Arsene Wenger akan kembali mengetuai pasukan dalam London derby menenentang Chelsea. Namun gandingan Vermaelen masih belum diketahui sama ada Per Mertesacker mahupun Laurent Koscielny akan dipertaruhkan.

Vito Mannone disahkan akan mengekalkan tempatnya selepas Wojciech Szczesny disahkan Wenger terpaksa berehat 2 ke 3 minggu lagi kerana kecederaan buku lali. Lukasz Fabianski juga disahkan Wenger masih belum pulih daripada kecederaan bahu yang dialaminya. Ini menyaksikan Damien Martinez dijangka akan terus mengekalkan tempatnya di bangku simpanan.

Wenger turut mengesahkan Bacary Sagna telah kembali menjalani latihan penuh namun tidak akan turut serta pada perlawanan menentang Chelsea. Tomas Rosicky pula menurut Wenger lagi 2 minggu sebelum kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan. Wenger turut menafikan Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong akan turut serta dalam perlawanan menentang Chelsea.

Wenger bagaimanapun mengesahkan Wilshere akan beraksi bersama skuad U-21 Arsenal menentang West Brom hari Isnin nanti dengan Wilshere dijangka beraksi selama 60 minit bersama pasukan U-21 Arsenal bimbingan Terry Burton. Adios.

0 comments:

Post a Comment