Arsenal reveal 2011/2012 Away Kit

Ladies and gentleman inilah jersi away baru Arsenal musim depan!! Cantik bukan?? Check this out..

Ini pula jersi away goalkeeper musim depan..

Anyway mari kita ke berita lain pula.. Dan of courselah ianya berkaitan tentang kapten pasukan Cesc Fabregas..

Arsenal telah menolak tawaran 27 juta pound daripada Barcelona dengan Arsenal sekali lagi menegaskan jika Barca tidak mahu membayar harga yang dimahukan iaitu sekitar 35 ke 40 juta pound Fabregas tidak akan ke mana-mana.. Barca yang baru sahaja melengkapkan pembelian Alexis Sanchez berharap untuk mendapatkan diskaun dalam nilai perpindahan Fab4..

Ianya telah menyaksikan Barca sedang cuba memujuk Fabregas untuk melakukan protes.. Pemain Arsenal dijadualkan untuk kembali menjalani latihan hari ini dengan Barca berharap Fabregas tidak akan hadir.. Come on Barca on your dream.. Kerana sumber terdekat dengan Fabregas memberitahu yang Fabregas tidak akan sama sekali memaksa perpindahannya ke Barca..

Fabregas yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan betapa gembiranya beliau di Arsenal pastinya tidak akan melakukan perkara seperti itu memandangkan beliau cukup mengetahui betapa besarnya jasa Arsenal dan Arsene Wenger khususnya dalam kariernya.. Jadi Fab4 tidak akan melakukannya sama sekali..

Okay honestly Barca.. Cukup-cukuplah dengan cara kotor untuk mendapatkan Fabregas.. Nakkan dia bayarlah 40 juta pound.. Bila Arsenal dapatkan pemain muda mereka secara betul mereka kata secara kotor.. Cara yang mereka buat ini betullah eh?? Nak buat report pun semuanya sebelah Barca..
Read More

Why Fab4 still important

Peminat Arsenal terus menerus berdebat tentang perlukah Arsenal menjual kapten pasukan, Cesc Fabregas.. Atikah malas nak berdebat dengan anda semua memandangkan anda semua sudah tahu apa yang Atikah akan katakan tentang perkara ini.. Di sini Atikah postkan sebab-sebab mengapa Francesc Fabregas Soler masih penting untuk Arsenal walaupun beliau tidak on top form..

3 perlawanan pada bulan Ogos menyaksikan Arsenal mencatatkan keputusan seri tanpa kelibat Fabregas di atas padang mahupun di bangku simpanan.. Namun Arsenal berjaya mencatatkan 2 kemenangan selepas itu di mana Fab4 datang dari bangku simpanan semasa menang 6-0 ke atas Blackpool dan berada di kesebelasan utama semasa menang 2-1 ke atas Blackburn di mana kedua-dua gol yang dijaringkan semasa Fabregas di atas padang..

September menyaksikan Arsenal melalui 6 perlawanan dengan Arsenal menang 4 perlawanan, tewas sekali dan seri sekali.. Kehadiran Fabregas menyaksikan Arsenal mencatatkan 2 kemenangan dan 1 seri sementara tanpa Fab4 Arsenal tewas sekali dan menang 2 kali.. Perlawanan menentang Bolton menyaksikan Arsenal menang 4-1 dan Fabregas menjadi sumber inspirasi kemenangan Arsenal dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan..

Perlawanan menentang Braga yang berkesudahan Arsenal menang besar 6-0 telah menyaksikan Fabregas menyumbat 2 gol dan sekali lagi meninspirasikan kemenangan ini dan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.. Perlawanan menentang Sunderland yang berkesudahan seri 1-1 menyaksikan Fabregas menjaringkan gol pembukaan sebelum di bawa keluar akibat kecederaan sebelum peminat menyaksikan Darren Bent menjaringkan gol penyamaan..

Bulan Oktober menyaksikan Arsenal menang 5 perlawanan dan tewas 1 perlawanan daripada 6 perlawanan.. Arsenal menang 4 perlawanan dengan kehadiran Cesc Fabregas.. Arsenal menang 5-1 ke atas Shaktar Donest dengan Fabregas turut menjaringkan 1 gol.. Arsenal kemudiannya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Man. City..

Fabregas datang dari bangku simpanan semasa menang 4-0 ke atas Newcastle dengan hantaran cantiknya kepada Bendtner menyaksikan Arsenal dihadapan 3-0.. Kemenangan 1-0 ke atas West Ham turut menyaksikan Fab4 berada di atas padang..

8 perlawanan pada bulan November menyaksikan Arsenal menang 4 kali dan tewas 4 kali.. Tanpa Fabregas Arsenal tewas sekali dan menang 2 kali.. Namun kekalahan 1-0 ke atas Newcastle adalah disebabkan kesilapan penjaga gol dan barisan pertahanan.. Sementara kekalahan 3-2 ke atas Spurs telah dijejaskan dengan keputusan pengadil dan kekalahan 2-0 ke atas Braga menyaksikan Arsenal melepaskan 2 gol semasa Fabregas di bawa keluar..

Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wonderars dengan kehadiran Fabregas.. Arsenal kemudiannya mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Everton dengan Fabregas menjaringkan satu gol..

5 perlawanan pada bulan Disember menyaksikan Arsenal menang 3 kali, seri sekali dan tewas sekali.. Tanpa Fabregas Arsenal telah mencatatkan 2 kemenangan dan 1 seri.. Fabregas datang dari bangku simpanan semasa Arsenal telah pun ketinggalan 1-0 di belakang MU.. Namun Fabregas menjaringkan satu gol semasa kemenangan 3-1 ke atas Chelsea..

Bulan Januari menyaksikan Arsenal mengharungi 9 perlawanan dengan 6 kemenangan, 2 seri dan satu kekalahan dengan Fabregas bermain kesemua perlawanan.. Fabregas datang dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol penyamaan semasa seri 1-1 dengan Leeds.. Fabregas menyumbat satu lagi gol semasa menang 3-0 ke atas Ipswich dan 2-1 ke atas Huddersfield di mana Fabregas menjaringkan gol kemenangan dan beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan..

7 perlawanan pada bulan Februari menyaksikan Arsenal menang 4 perlawanan, 2 seri dan satu tewas.. Tanpa Fabregas, Arsenal tewas sekali di perlawanan paling penting musim ini iaitu final Piala Carling dan sekali seri semasa Wenger membiarkan Fabregas memanaskan bangku simpanan.. Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol, Fabregas telah melakukan 1 hantaran yang membuahkan gol..

5 perlawanan pada bulan Mac menyaksikan Arsenal menang sekali, seri dua kali dan tewas dua kali.. Fabregas hanya main sekali sahaja iaitu semasa kekalahan 3-1 ke atas Barcelona di Nou Camp dengan ianya dipenuhi kontroversi oleh pengadil perlawanan dan perlawanan ini turut menyaksikan jelas sekali Fabregas masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan hamstring..

5 perlawanan pada bulan April menyaksikan Arsenal menang sekali, seri 3 kali dan tewas 1 kali.. Bulan April menyaksikan Fabregas beraksi pada kesemua perlawanan.. Fabregas merupakan pemain terbaik perlawanan semasa menang 3-1 ke atas Blackpool.. Fabregas turut melakukan dua hantaran gol..

Bulan May menyaksikan Fabregas terlepas kesemua perlawanan di mana Arsenal menang sekali tewas dua kali dan seri sekali..Fabregas turut berada di tempat kedua pemain terbaik bulanan Arsenal untuk bulan Januari.. So anda semua fikirlah sendiri patut atau tidak kita jual Fabregas.. Statistik telah menunjukkan segala-galanya yang Fabregas penting untuk Arsenal.. Kalau x percaya dengan apa yang Atikah tulis ini buatlah siasatan sendiri..

Ya Atikah mengakui Fabregas tidak menjaringkan 19 gol seperti musim lepas.. Tetapi Fabregas menjaringkan 9 gol musim ini dan kebanyakan gol tersebut merupakan gol penting perlawanan.. Kita perlu ingat musim lepas Fabregas main sebanyak 36 perlawanan dengan hanya satu sahaja beliau masuk sebagai pemain gantian sementara musim ini 7 kali Fabregas di masukkan sebagai pemain gantian..

Itu tidak termasuk lagi minit perlawanan Fabregas musim ini.. Musim lepas Fabregas banyak kali melengkapkan 90 minit perlawanan sementara tahun ini mungkin separuh dari musim lepas..So anda fikirkanlah sendiri.. Jangan lupa juga Fabregas merupakan kapten pasukan dan tanggungjawabnya semakin besar setiap musim terutama sekali Arsenal masih kemarau trofi kejuaraan.. Adios..
Read More

Jack Wilshere mahu Cesc Fabregas kekal

Jack Wilshere yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik tahunan Arsenal telah mengeluarkan kenyataan yang beliau mahu melihat kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas kekal dan Wilshere turut memberitahu yang Fabregas merupakan kapten yang bagus dan seorang kawan yang baik..

"People say Cesc doesn’t look like a captain, but he’s been great for me this season.. I hear people say he’s not a good leader, but I think he’s a good leader.. On the pitch he is always helping me.. Off the pitch he has become a good friend.. He’s been over in England eight years, but Barcelona is his home.. It’s hard for him so I can understand where he’s coming from.."

"But he’s the Arsenal captain and he’s been great this season and we hope he can be great next season.. In some of our games he has been our best player by a mile, and we need to keep our best players if we want to win things.. He likes Arsenal, and I’m sure he wants to be at Arsenal.. If they can reach an agreement then I’m sure he’ll want to stay.. He needs to stay.."

Sementara itu Arsene Wenger telah memberitahu yang setakat ini tiada sebarang tawaran yang dilakukan Barcelona terhadap Cesc Fabregas.. "There was an interest from Barcelona last year which I won't hide.. This year there hasn't been an interest.. My No 1 wish is to keep Fabregas - for me he is the best midfielder in the world and we naturally built the team around him.."

Apa yang pasti jika Barca membuat tawaran terlalu lewat kepada Arsenal, Wenger semestinya tidak akan membenarkan Fabregas pergi kerana beliau tidak mempunyai banyak masa untuk mencari pengganti Fabregas dan buat masa ini khabar angin mana-mana pasukan membuat tawaran kepada Fabregas cukup perlahan dan harapnya ini satu berita yang baik..

Buat masa ini Arsene Wenger mempunyai masalah yang lebih besar lagi iaitu mengekalkan Samir Nasri selepas Wenger mengakui terdapat sedikit masalah dalam perbincangan kontrak Nasri namun Wenger menegaskan yang beliau akan membuatkan Nasri menandatangani kontrak tersebut dan turut menegaskan yang beliau sama sekali tidak akan membenarkan Nasri berhijrah ke Manchester United..

Sementara itu Arsene Wenger mengakui yang beliau mahu mencari pemain pertahanan seperti Tony Adams dan Martin Keown untuk mengatasi krisis di bahagian pertahanan yang sudah lama terjadi.. Wenger dilaporkan turut mencari pemain penyerang dan pemain defensive midfielder dan Wenger turut dilaporkan akan ke Amerika Selatan untuk menyaksikan pemain di sana..

Harap-harapnya adalah banyak berita baik semasa perpindahan musim panas ini.. Namun Wenger turut perlu mengatasi masalah di dalam kem Arsenal seperti masalah kontrak pemain, pemain yang perlu dijual dan juga pemain yang perlu dikekalkan seperti Nicklas Bendtner yang ayahnya mahu Bendtner meninggalkan Arsenal walaupun Wenger jelas mahu mengekalkan Bendtner..

Wenger perlu mengekalkan Bendtner di dalam pasukan kerana Bendtner ada ciri-ciri untuk menjadi seorang penyerang yang digeruni.. Namun Bendtner perlukan aksi kesebelasan utama yang lebih kerap lagi sebelum sesuai untuk menjadi penyerang utama Arsenal.. Wenger mungkin perlu menimbangkan membenarkan Bendtner meninggalkan Arsenal secara pinjaman semusim ke kelab EPL yang lain untuk aksi kesebelasan utama..

Agak sayang untuk melihat Bendtner meninggalkan pasukan selepas jelas sekali selepas Robin Van Persie hanya Nicklas Bendtner sahaja yang betul-betul boleh diharap.. Marouane Chamakh memang cemerlang pada awal musim yang lalu namun selepas itu kita sendiri boleh lihat bagaimana prestasi Chamakh walaupun Atikah mengakui Chamakh lebih banyak kepada kebolehan mengawal bola dan hantaran bola tinggi.. Sementara tendangan Chamakh pulak?? Well Atikah pasti anda semua tahu apa jawapannya..

Namun sememangnya Wenger mungkin patut mencari seorang lagi penyerang yang cukup prolifik untuk di bawa masuk.. Seorang penyerang yang betul-betul boleh diharap untuk menjadi back up Van Persie yang hampir setiap musim dihantui masalah kecederaan.. Dan Wenger juga mungkin perlu memikirkan kemungkinan meletakkan dua penyerang berbanding satu penyerang.. Adios!!
Read More