Arsenal Ladies 3-2 Sunderland Ladies

Dengan minggu antarabangsa sedang berjalan, tidak banyak berita daripada kem Arsenal kecuali dari kem Arsenal Ladies.. Ladies yang baru-baru ini mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir Champions League sekali lagi mengesahkan tempat mereka di separuh akhir Piala FA setelah berjaya menundukkan Sunderland Ladies 3-2 di waktu tambahan..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-21 untuk menyaksikan Ladies ketinggalan 1-0 di separuh masa pertama.. Namun 2 minit selepas separuh masa kedua bermula, Ellen White menanduk masuk hantaran dari Rachel Yankey untuk menyamakan kedudukan.. Ellen White kemudiannya mencipta gol kedua Ladies di mana disudahkan oleh penyerang prolifik Ladies, Julie Fleeting pada minit ke-78..

Namun Sunderland meyamakan kedudukan 2 minit selepas itu untuk memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.. 2 minit selepas masa tambahan bermula, Ellen White merembat masuk gol kemenangan Arsenal menerusi satu gerakan balas.. Namun Sunderland berusaha keras untuk menyamakan kedudukan hanya untuk mereka dikecewakan dengan kecekapan dan ketangkasan penjaga gol Ladies, Emma Byrne..

Arsenal Ladies telah diundi menentang Barnet Ladies pada 24 April ini dengan Ladies akan menentang Liverpool Ladies ataupun Bristol City Ladies pada perlawanan akhir nanti.. Anyway tahniah kepada skuad Arsenal Ladies!! Adios!!
Read More

Congratulations Ramsey!!

Aaron Ramsey yang sedang bersiap sedia untuk kemunculan pertamanya bersama skuad kebangsaan Wales sejak pulih dari kecederaannya telah menerima khabar gembira daripada pengurus pasukan Wales, Gary Speed yang membuat keputusan untuk memberikan kalungan armband Wales kepada Rambo..

Ini bermakna Ramsey akan mengetuai Wales pada perlawanan menentang England esok di mana pertembungan tersebut pastinya makin menarik dengan Jack Wilshere akan menentang Aaron Ramsey.. Ramsey dijangka akan terus mengekalkan armband tersebut buat satu tempoh yang panjang memandangkan kapten Wales sebelum ini, Craig Bellamy acap kali dihimpit dengan kecederaan..

So Rambo tahniah!! Atikah yakin yang Ramsey akan menjadi seorang kapten yang bagus untuk Wales.. Mungkin selepas ini Ramsey akan menjadi kapten Arsenal pula.. Siapa yang tahu?? Ramsey ada segala ramuan untuk menjadi seorang kapten yang bagus walaupun beliau akan berusia 20 tahun 90 hari semasa mengetuai Wales untuk menjadi kapten termuda Wales.. So tahniah and good luck Rambo!!

Sementara itu penyerang muda berbakat skuad simpanan Arsenal berusia 19 tahun, Luke Freeman telah menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal.. Atikah harap nanti kita dapat menyaksikan persembahan Freeman di dalam skuad utama Arsenal memandangkan beliau seorang penjaring prolifik untuk skuad simpanan Arsenal.. Adios!!
Read More

Arsenal ladies through to semi final!!

Arsenal Ladies sekali lagi melakukan dramtik come back untuk mara ke pusingan separuh akhir UEFA Women's Champions League selepas bangkit dua kali dari ketinggalan untuk mengikat pasukan Sweden, Linkoping 2-2 untuk mara ke peringkat seterusnya dengan gol tempat lawan selepas Ladies seri 1-1 di laman sendiri..

Arsenal Ladies ketinggalan seawal minit ke-16 selepas Linda Sallstrom sekali lagi berjaya menundukkan Emma Byrne.. Namun Rachel Yankey memastikan kedudukan terikat 1-1, 5 minit sebelum separuh masa pertama tamat.. Ladies sekali lagi ketinggalan selama 57 mini perlawanan namun Katie Chapman yang muncul hero Arsenal Ladies sebelum ini sekali lagi muncul sebagai hero..

Rembatan padu jarak jauh Chapman sudah cukup untuk beliau muncul hero Arsenal Ladies sekali lagi dengan hanya 11 minit sahaja lagi perlawanan untuk berakhir.. Tamat perlawanan Arsenal Ladies 2-2 Linkoping.. Namun Arsenal mara ke pusingan separuh akhir menentang Olympique Lyon dengan gol di tempat lawan..

Arsenal Ladies sudah semestinya mahu mara ke pusingan akhir UEFA Women's Champions League selepas siri dramatik comeback mereka dan juga hakikat final Champions League akan diadakan di Craven Cottage dan hakikat sudah hampir 4 tahun Arsenal Ladies gagal untuk membawa pulang semula trofi Champions League..

Apa-apa pun good luck kepada pasukan Ladies.. Pastikan final menjadi milik kita!! Dan Arsenal lelaki pulak, apa kata menang trofi EPL tahun ini untuk memastikan Ladies tidak memalukan pasukan lelaki sekali lagi.. Go Gunners!! Make all of us proud!!
Read More

Wenger looking on emergency loan deal

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Wojciech Szczesny dijangka akan disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan yang di alaminya tempoh hari dengan Szczesny masih belum mampu untuk mengerakkan jarinya.. Hasrat untuk Wenger memanggil semula Vito Mannone untuk menjadi pengganti kepada Manuel Almunia tidak kesampaian akibat Mannone turut mengalami kecederaan..

Mannone yang mengalami kecederaan paha kini sedang menjalani rawatan di Arsenal dan turut menjalani latihan di Arsenal namun Mannone dijangka akan turut disisihkan selama 6 minggu akibat kecederaan.. Dengan Lukasz Fabianski turut akan disisihkan sehingga tamat musim hanya penjaga gol skuad simpanan sahaja yang mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Szczesny..

James Shea kini sedang dipinjamkan ke Southampton dengan Wenger jelas tidak berhasrat untuk memanggilnya pulang memandangkan tempoh pinjamannya akan tamat bulan ini dengan tinggal hanya Damian Martinez sebagai calon berpotensi untuk berada di bangku simpanan.. Namun Wenger telah menegaskan yang beliau mencari penjaga gol berpengalaman untuk menjadi back up Almunia yang kini merupakan penjaga gol no. 1 Arsenal semula..

Di sini Atikah menyenaraikan beberapa nama penjaga gol yang berkemungkinan akan menyertai Arsenal secara pinjaman kecemasan.. Namun ini hanyalah penjaga gol yang beraksi di England sahaja.. Dan ini juga hanyalah pandangan Atikah sahaja.. Dengan calon utama Shay Given mengalami kecederaan jadi Atikah terpaksa mencari penjaga gol yang agak kurang popular..

Calon utama Atikah ialah Tim Krul.. Penjaga gol nombor dua Newcastle United yang berusia 22 tahun.. Tidak payahlah Atikah bercerita panjang tentang penjaga gol muda Belanda ini.. Tengok sahajalah persembahannya semasa Arsenal tewas 1-0 ke atas Newcastle tahun lalu.. Ianya sudah cukup untuk kita mengetahui Krul sememangnya sesuai di jadikan back up Almunia ataupun mengambil tempat Almunia..

Brian Jensen yang berusia 35 tahun yang turut dikenali sebagai 'The Beast' ini sememangnya cukup berpengalaman.. Jensen mempunyai susuk badan yang cukup tegap dan beliau tidak gentar untuk mengambil bola dari kaki pemain lawan.. Nama timbangannya juga sudah cukup untuk memberitahu mengapa Wenger perlu dapatkan khidmat Jensen walaupun beliau sudah berusia 35 tahun..

Chris Kirkland dilaporkan merupakan penjaga gol pilihan utama yang mahu di bawa masuk Wenger.. Namun penjaga gol berusia 29 tahun ini bukanlah pilihan Atikah dan bagi Atikah kerana Kirkland mempunyai sejarah yang cukup buruk dengan masalah kecederaan hingga membuatkan prestasinya turun naik.. Cukuplah dengan apa yang Almunia berikan.. Jangan ditambahkan lagi dengan Kirkland..

Thomas Sorensen yang pernah dikaitkan dengan Arsenal pada musim perpindahan bulan Januari tahun lepas dijangka akan akhirnya menyertai Arsenal dalam masa terdekat ini.. Sorensen kini bukan lagi pilihan utama Stoke City dengan usianya sudah mencecah 34 tahun, Sorensen pastinya tidak akan menolak peluang untuk menyertai Arsenal walaupun untuk seketika..

Itu sahajalah calon-calonnya.. Atikah bersetuju jika Wenger membawa masuk sama ada Tim Krul ataupun Thomas Sorensen.. Namun walau siapa pun yang dibawa masuk Wenger, harapnya akan menjalankan tugasnya dengan cemerlang.. Begitu juga jika Wenger membuat keputusan untuk memberikan kepercayaan kepada penjaga gol skuad simpanan.. Adios!!
Read More

Wojciech Szczesny seek specialist

Arsene Wenger berkemungkinan akan melakukan emergency loan deal selepas Wenger mengesahkan yang Wojciech Szczesny akan berjumpa dengan pakar mengenai kecederaan jarinya di mana Szczesny bukan sahaja terseliuh jarinya namun berkemungkinan telah merosakkan tendon di jarinya..

Wenger jelas tidak berminat untuk memanggil pulang Vito Mannone walaupun di tahap kritikal ini.. Namun seperti biasa Wenger penuh dengan kejutan.. Sekejap Wenger cakap dia akan meminjam pemain sekejap beliau menarik semula kenyataannya.. Namun apa yang pasti jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang agak lama, peminat Arsenal pastinya mahukan Mannone kembali..

Robin Van Persie telah disahkan Arsene Wenger sebagai cergas walaupun beliau mengambil risiko dengan menurunkan Van Persie awal pagi rabu yang lalu walaupun baru menjalani latihan beberapa hari.. Namun Wenger sekali lagi akan kehilangan khidmat Cesc Fabregas yang sekali lagi dibelenggu oleh masalah kecederaan hamstring berulang..

Ketiadaan kapten pasukan Fabregas pada perlawanan Piala FA menentang Manchester United pada awal pagi Isnin nanti pastinya diharapkan peminat Arsenal yang Aaron Ramsey akan berada di kesebelasan utama untuk menyuntik kreativiti di bahagian tengah Arsenal setelah setahun tidak beraksi bersama skuad utama Arsenal..

Theo Walcott, Thomas Vermaelen dan Alex Song akan terus diketepikan.. Atikah tertanya-tanya siapakah agaknya gerangan penjaga gol dari skuad simpanan yang akan dipanggil Wenger untuk berada di bangku simpanan semasa menentang MU nanti.. Adakah Sean McDermott ataupun Damian Martinez?? Adios!!
Read More

Goalkeeper injury concern

Wojciech Szczesny memberikan pening kepala kepada Arsene Wenger selepas mengalami kecederaan sehingga terpaksa dibawa keluar seawal minit ke-18 awal pagi tadi selepas terseliuh jarinya semasa menyelamatkan percubaan dari Dani Alves.. Szczesny berkemungkinan akan terlepas aksi sepanjang bulan ini sekurang-kurangnya akibat kecederaan tersebut..

Ini membawa maksud hanya Manuel Almunia sahaja satu-satunya penjaga gol yang cergas sepenuhnya selepas Lukasz Fabianski telah pun terpaksa melupakan kempen musim ini akibat kecederaan bahu.. Dengan hanya Vito Mannone menjadi alternatif jika Szczesny terpaksa berehat dalam satu tempoh yang lama..

Namun Mannone telah mengalami kecederaan paha semasa membantu Hull City mencatatkan kemenangan minggu lalu dengan penjaga gol rookie Arsenal di dalam skuad simpanan, James Shea pula telah dipinjamkan ke Southampton sehingga minggu depan.. Ini hanya meninggalkan Wenger dengan Sean McDermott dan penjaga gol berbakat dari Argentina Damian Martinez..

Namun jika Szczesny terpaksa melupakan aksi sepanjang musim ini, Wenger boleh memanggil semula Vito Mannone sambil mengharapkan beliau mampu bebas dari sebarang kecederaan ataupun memberikan peluang kepada 3 penjaga gol muda skuad simpanan iaitu James Shea, Sean McDermott dan Damian Martinez..

Namun walau apa-apa pun marilah kita berharap Szczesny hanya akan diketepikan buat satu tempoh yang sekejap dan marilah kita berharap Almunia meneruskan kecemerlangannya pada awal pagi tadi.. Inilah masanya untuk Almunia kembali menunjukkan beliau masih penjaga gol nombor satu Arsenal..

Atikah akan terus memerhatikan perkembangan tentang masalah kecederaan penjaga gol ini.. Sesungguhnya Wenger adalah arif tentang perkara-perkara ini walaupun Atikah agak tidak berpuas hati dengan barisan kesebelasan yang diturunkan Wenger awal pagi tadi dengan keputusannya meletakkan Andrei Arshavin di bangku simpanan.. Adios..
Read More

Pre Match : Arsenal VS Barcelona

So awal pagi ini Astro ESPN akan menyiarkan perlawanan Arsenal VS Barcelona secara langsung pada pukul 3.40 pagi ini dengan Cesc Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal untuk mencipta kejutan dengan menewaskan 'pasukan terbaik dunia' Barcelona dengan Arsenal menerima suntikan semangat dengan RVP kembali menjalani latihan sementara Barca terpaksa beraksi tanpa duo pertahanan mereka Puyol dan Pique..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
DIABY/DENILSON-----WILSHERE
NASRI-----FABREGAS-----ARSHAVIN
BENDTNER

Walaupun Van Persie turut serta, Wenger pastinya akan meletakkan RVP di bangku simpanan kerana Wenger pasti tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan Bendtner pastinya mahu mengegarkan Nou Camp sekali lagi.. Misi Arsenal kali ini pastinya mengelakkan kekalahan dengan seri sudah cukup untuk membuatkan Arsenal mara ke pusingan seterusnya..

Namun misi Arsenal tidaklah semudah yang disangka dengan hakikat Lionel Messi cukup berbisa di Nou Camp.. Namun dengan Fabregas akan mengetuai pasukan, Arsenal pastinya lebih daripada mampu untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.. Sejujurnya Atikah tidak kisah walaupun seri kerana ianya sudah cukup untuk membawa kita mara ke pusingan seterusnya..

Namun sudah semestinya kemenangan lebih bermakna.. Apa-apa pun marilah kita berharap kesemua pemain Arsenal beraksi di tahap terbaik mereka dan berjaya menembusi gawang Barca yang kehilangan khidmat Puyol dan Pique akibat kecederaan dan pergantungan dengan syarat kita berjaya memastikan Messi dan Villa dirantai rapi..

Laurent Koscielny we need the best of you like last time!! Jack Wilshere show to the world you are a world class player.. Cesc Fabregas show to the world that Arsenal is better than Barcelona!! So good luck Gunners!! Marilah kita berharap keputusan positif akan diperolehi untuk menutup kekecewaan tewas di final Piala Carling dan seri 0-0 dengan Sunderland.. Adios!!
Read More

Kejutan Robin Van Persie

Robin Van Persie memberikan kejutan di London Colney selepas dilihat kembali menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukannya selepas hanya seminggu disisihkan akibat kecederaan lutut yang dijangka akan menyisihkan beliau sehingga bulan April.. Namun Van Persie telah melakukan kejutan dan hasil imbasan juga telah menunjukkan kesan positif..

Arsene Wenger telah menyenaraikan 19 pemain untuk menentang Barcelona dengan keputusan akhir akan dilakukan Wenger nanti untuk mengugurkan seorang pemain sama ada RVP ataupun pemain lain.. Wenger telah memberitahu yang jika Van Persie berjaya cergas, beliau tidak ada sebarang sebab untuk mengugurkan nama Van Persie pada saat akhir..

Cesc Fabregas dan Jack Wilshere turut memberikan kegembiraan kepada pasukan Arsenal selepas berjaya pulih tepat pada masanya untuk turut serta di dalam pasukan yang akan terbang ke Nou Camp nanti dengan hanya Alex Song sahaja gagal untuk pulih dari kecederaannya.. Namun ketiadaan Song akan diisi oleh Denilson ataupun Abou Diaby..

Bagi Atikah Denilson merupakan orang yang tepat untuk mengisi kekosongan Song dengan syarat Denilson berada di tahap terbaiknya.. Sejujurnya Denilson memang teruk semasa menentang Sunderland tempoh hari namun bila Denilson beraksi di tahap terbaiknya, kita semua tahu beliau cukup berkemampuan untuk mengisi kekosongan Song..

Diaby juga merupakan pemain yang sesuai untuk mengisi kekosongan Song namun bagi Atikah Diaby bukanlah seorang defensive midfielder.. Namun walau siapa pun yang dipilih Wenger marilah kita berharap beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik-baiknya untuk menghalang pergerakan pemain Barcelona..

Sementara itu.. Carlos Puyol yang dijangka kembali ke dalam pasukan Barcelona telah disahkan pasukan perubatan Barcelona yang Puyol sama sekali tidak akan kembali semasa perlawanan menentang Arsenal selepas Puyol masih mengalami kecederaan di lututnya.. Dengan Gerard Pique digantung perlawanan, barisan pertahanan Barca dilihat cukup goyah..

Selain kehilangan Song kita tidak kehilangan mana-mana pemain lagi.. Dengan Van Persie dijangka akan turut serta di dalam pasukan dan bahagian bek kanan akan kembali di isi oleh Bacary Sagna yang telah menamatkan pergantungan perlawanannya, pasukan Arsenal ke Nou Camp kali ini tidak kurang hebatnya.. So good luck Gunners!! Adios!!
Read More

Pre Match : Arsenal VS Sunderland

Arsene Wenger telah dipilih sebagai Pengurus Terbaik BPL Bulan Februari yang kali terakhir di menangi Wenger pada bulan Disember 2007.. So tahniah Wenger.. Adalah lebih manis jika pemain terbaik bulanan BPL juga merupakan pemain Arsenal.. Namun sayangnya anugerah tersebut telah diberikan kepada Scott Parker..

Arsenal akan menanti kunjungan Sunderland di Emirates Stadium malam ini dengan misi mengutip 3 mata penuh untuk merapatkan jurang dengan Manchester United kepada 1 mata di mana MU akan menerima tentang Liverpool esok dan harapnya MU akan sekali lagi keciciran mata dengan selepas perlawanan MU VS Liverpool esok, Arsenal akan mempunyai satu perlawanan dalam tangan..

Perlawanan ini akan menyaksikan Wenger menurunkan Aaron Ramsey buat pertama kalinya sejak bulan Februari 2010.. Walaupun Cardiff City telah menunjukkan berbagai tawaran kepada Wenger untuk mendapatkan semula Ramsey secara pinjaman, Wenger telah menolaknya ketepi dengan menegaskan Ramsey akan beraksi malam ini selepas kapten, Cesc Fabregas akan direhatkan akibat kecederaan hamstring..

Laurent Koscielny turut akan kembali ke dalam pasukan selepas pulih daripada kecederaannya dengan Koscielny pastinya mahu bangkit kembali selepas kesilapannya di Final Piala Carling yang lalu.. Mengikuti Fabregas.. Song turut akan diketepikan pada perlawanan ini akibat kecederaan dengan dijangka Song akan kembali tepat pada masanya sewaktu perlawanan menentang Barcelona..

SZCZESNY
SAGNA-----DJOUROU-----KOSCIELNY-----CLICHY
RAMSEY------WILSHERE
NASRI-----ROSICKY-----ARSHAVIN
BENDTNER

Inilah bayangan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 11 malam di Astro ESPN saluran 812.. Harapnya Arsenal akan memperolehi 3 mata penuh untuk terus memberikan cabaran kepada MU yang akan menentang Liverpool hujung minggu ini.. Adios!!
Read More

Aaron Ramsey back to the squad

Ketiadaan Cesc Fabregas hujung minggu ini tidak akan begitu dirasai selepas Arsene Wenger memberikan petunjuk yang beliau bersedia untuk menurunkan Aaron Ramsey buat pertama kalinya selepas setahun diketepikan akibat kecederaan patah kaki dan selepas melalui tempoh pinjaman yang menakjubkan bersama-sama Nottingham Forest dan Cardiff City..

Ianya pasti mengembirakan fans Arsenal yang sudah tidak sabar menantikan kepulangan semula Ramsey yang berjaya memukau peminat Arsenal sebelum terjahan keras Ryan Shawcross tahun lepas.. Dengan Ramsey semakin berada di prestasi terbaiknya, Wenger sudah semestinya tidak mahu menyimpan Ramsey dengan lebih lama lagi..

Selain Fabregas, Arsenal turut kehilangan Alex Song akibat kecederaan lutut.. Fabregas dan Song disahkan terlepas aksi menentang Sunderland esok namun kedua-duanya berpeluang untuk kembali semula ke dalam pasukan semasa kunjungan ke Nou Camp minggu depan.. Song dan Fabregas akan terlebih dahulu menjalani ujian kecergasan pada hari Isnin sebelum ke Barcelona..

Laurent Koscielny juga dijangka terlepas aksi menentang Sunderland esok akibat kecederaan hamstring.. Namun Koscielny yang terjejas akibat kesilapannya di Final Piala Carling masih berpeluang untuk bermain esok untuk kembali bangkit dari kesilapannya dan kembali menunjukkan keupayaan sebenarnya yang pernah ditunjukkan beliau sewaktu menentang Barcelona tempoh hari..

Selain itu tiada sebarang kecederaan baru di dalam kem Arsenal dengan Theo Walcott dan Robin Van Persie masing-masing disahkan terlepas aksi menentang Barcelona minggu depan akibat masalah kecederaan.. Apa-apa pun marilah kita harapkan yang tiada sebarang kecederaan baru akan menghimpit kita sebelum perlawanan menentang Barcelona nanti.. Adios!!
Read More

Bendtner or Chamakh?

Arsenal berjaya bangkit daripada kekalahan 2-1 di Final Piala Carling dengan membedil Leyton Orient 5-0 hasil hatrik dari Bendtner dan satu gol dari Chamakh dan Clichy.. Namun apa yang Atikah nak bahaskan di sini ialah siapakah penyerang yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin Van Persie yang akan disisihkan selama 3 ke 4 minggu akibat kecederaan lutut..

Perlawanan awal pagi tadi menyaksikan Nicklas Bendtner bersaing dengan Marouane Chamakh untuk posisi penyerang nombor satu Arsenal semasa ketiadaan Van Persie dengan Bendtner jauh lebih menyerlah selepas meledak hatrik keduanya di Emirates Stadium dan yang pertamanya musim ini dengan Chamakh kembali menemui sentuhan jaringannya sejak November..

Namun apa kata kita lihat siapa yang patut di harapkan Wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan RVP terutama sekali semasa pertembungan menentang Barcelona di Nou Camp minggu depan walaupun Arsenal bakal mendapatkan semula sentuhan ajaib kapten pasukan Cesc Fabregas yang akan direhatkan sepanjang minggu ini hanya untuk kembali semula minggu depan..

Marouane Chamakh berjaya memastikan ketiadaan Van Persie pada permulaan musim tidak dirasai hasil daripada aksi-aksi memukaunya dan sentuhan-sentuhannya di hadapan pintu gol.. Namun sewaktu itu Chamakh hanya ditentang Carlos Vela sebagai penyerang nombor satu Arsenal selepas RVP dan Bendtner disisihkan akibat kecederaan..

Chamakh telah menyumbat sejumlah 10 gol dalam tempoh itu hanya untuk diatasi Samir Nasri yang memukau..Namun entah mengapa sejak pulangnya Van Persie, Chamakh mula kehilangan punca dan mula mensia-siakan peluang di hadapan pintu gol dan menghampakan semasa merembat bola..

Chamakh memberitahu beliau mula merasai tekanan dan cabaran di EPL dan memaksanya berehat seketika akibat badannya mulai letih.. Akhirnya awal pagi tadi Chamakh berjaya mendapatkan semula sentuhan penyudahnya dengan menjaringkan gol pembukaan.. Namun adakah ianya cukup untuk Chamakh mengambil posisi sebagai penyerang nombor satu Arsenal??

Kita perlu ingat siri prestasi menghampakan dari Chamakh yang dilihat agak malas walaupun di bawa masuk dari bangku simpanan.. Chamakh juga kehilangan punca semasa aksi final Piala Carling di mana sentuhan penyudahnya amat diharapkan terutama sekali semasa set piece.. Namun Chamakh jelas menghampakan.. Prestasinya di Sunderland hujung minggu ini akan memberitahu kita dengan lebih jelas sama ada beliau layak beraksi di Nou Camp nanti..

Nicklas Bendtner merupakan hero Arsenal di Nou Camp musim lepas hanya untuk diatasi Lionel Messi.. Bendtner jelas berbisa semasa menentang Barcelona dan sering memberikan masalah di bahagian pertahanan Barca.. Bendtner telah pun meledak hatriknya musim ini untuk muncul pemain kedua Arsenal yang meledak hatrik musim ini selepas Van Persie..

Bendtner telah meledak 9 gol dalam semua kejohanan musim ini dengan hanya ketinggalan 2 gol di belakang Chamakh dengan Bendtner beraksi kurang daripada Chamakh.. Hakikat beliau lebih kerap beraksi sebagai pemain sayap sudah cukup untuk menerangkan 9 gol yang diledak Bendtner ini memang cukup banyak untuk seorang penyerang yang lebih banyak beraksi di bahagian sayap kanan atau kiri Arsenal..

Bendtner hampir muncul hero Arsenal pada final Piala Carling yang lalu selepas percubaan cantiknya berjaya diselamatkan Ben Foster yang sekali lagi muncul hero untuk pasukannya di Final Piala Carling.. Walaupun Bendtner merupakan seorang penyerang, namun beliau juga tidak kurang hebatnya semasa mencipta peluang kepada pemain-pemain lain..

Jadi secara jujurnya Atikah lebih gembira jika Bendtner diletakkan sebagai penyerang nombor satu Arsenal di Nou Camp nanti hasil daripada sejarah cemerlangnya semasa menentang Barcelona di Nou Camp.. Namun biarlah perlawanan menentang Sunderland hujung minggu ini menentukan siapakah yang berhak beraksi minggu depan..

Jadi siapakah pilihan anda?? Chamakh atau Bendtner?? Mereka berdua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. Chamakh tanpa sebarang keraguan lagi cukup handal di udara namun apabila merembat dengan kakinya?? Well kita boleh katakan Chamakh agak menghampakan dari sudut itu dengan Bendtner lebih banyak menjaringkan gol menerusi kakinya berbanding kepalanya.. Adios!!
Read More