Arsenal FC lepaskan 7 pemain

Arsenal FC telah mengesahkan mereka melepaskan 7 pemain yang tamat kontrak pada 30 Jun ini dengan salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol yang semakin dilupakan, Manuel Almunia.. Almunia yang prestasinya jatuh merudum sejak 3 musim lepas hanya mampu menyaksikan dari tepi padang persaingan di antara Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski..

Kejatuhan prestasi Almunia berlaku hanya selepas beliau menampilkan aksi cemerlang di gawang Arsenal pada musim 2008/2009 yang menyaksikan beliau diiktiraf peminat Arsenal sebagai pemain ketiga terbaik Arsenal hasil persembahan mengkagumkan beliau yang memastikan Arsenal kekal di kelompok 4 terbaik.. Disebalik kejatuhan prestasi Almunia, persembahan menakjubkan Almunia pastinya akan terus dikenang peminat Arsenal.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya kepada Manuel Almunia dan terima kasih atas jasanya terutama sekali semasa musim 2008/2009 iaitu musim terbaiknya di dalam jersi Arsenal..

Arsenal turut mengesahkan pemain pertahanan berusia 19 tahun, George Brislen-Hall turut dilepaskan kelab selepas gagal mengulangi prestasi cemerlangnya musim lepas dan turut gagal sekali lagi mengetuk pintu skuad simpanan Arsenal yang dilatih Neil Banfield..

Arsenal turut melepaskan adik bekas pemain Arsenal, Justin Hoyte iaitu Gavin Hoyte selepas berterusan gagal menempatkan namanya di dalam senarai Arsene Wenger walaupun beraksi 4 kali untuk skuad utama semasa musim 2008/2009 yang juga merupakan kali terakhir beliau beraksi untuk skuad utama..

Arsenal FC turut melepaskan seorang lagi penjaga gol iaitu Sean McDermott yang ketinggalan di belakang James Shea, Damian Martinez dan malahan Reice Charles-Cook untuk posisi penjaga gol di dalam skuad simpanan mahupun bawah 18 tahun..

Arsenal turut membuat keputusan untuk melepaskan penyerang berusia 21 tahun, Rhys Murphy walaupun di anggap salah seorang penyerang skuad simpanan paling menyinar dan merupakan tonggak penting dalam kejayaan double skuad simpanan pada tahun 2009.. Namun saingan sengit di posisi serangan skuad simpanan telah menyaksikan Murphy gagal menyinar musim ini..

Arsenal FC turut membuat keputusan untuk tidak memberikan kontrak profesional kepada pertahanan berusia 16 tahun, James Campbell selepas membuat keputusan untuk melepaskan James..

Jeffrey Monakana merupakan seorang lagi pemain yang tidak akan ditawarkan kontrak profesional walaupun beliau meledak 2 gol untuk skuad bawah 18 tahun musim ini.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua pemain ini dan harapkan yang terbaik untuk mereka di luar Arsenal FC.. Adios
Read More

Team News dan Goodbye Pat Rice

Theo Walcott berkemungkinan akan kembali menyertai pasukan pada perlawanan terakhir musim menentang West Brom hari Ahad ini selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.. Namun sebelum Arsene Wenger menyenaraikannya, Walcott akan melalui ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum diturunkan Wenger pada perlawanan menentang West Brom..

Bacary Sagna yang sekali lagi mengalami patah tulang fibula disahkan Wenger akan menjalani pembedahan pada malam Khamis waktu London.. Sagna sebelum ini telah disahkan akan terlepas aksi EURO 2012 dan kemungkinan sebahagian besar pra musim dengan Carl Jenkinson sekali lagi diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya menjadi pengganti Sagna yang sempurna..

Wenger turut mengesakan Ju Young Park, Sebastien Squillaci dan Andre Santos kesemua berada dalam keraguan untuk beraksi menentang West Brom.. Namun Wenger kekal yakin ketiga-tiga mereka akan bersedia untuk perlawanan menentang West Brom yang Arsenal perlu menang untuk mengesahkan tempat ke Champions League musim depan..

Arsenal FC turut mengesahkan perlawanan menentang West Brom hujung minggu ini akan menjadi perlawanan terakhir Pat Rice sebagai penolong Arsene Wenger seterusnya menamatkan kerjasama selama 44 tahunnya bersama kelab.. Pat sememangnya lagenda sejati Arsenal FC selepas memulakan kariernya di Arsenal dan bermain untuk Arsenal sebanyak 528 perlawanan sepanjang 14 musimnya sebagai pemain Arsenal..

Selepas menamatkan kariernya di Watford pada 1984, Pat Rice kembali ke Arsenal hanya 4 tahun selepas meninggalkan pasukan untuk mengambil tugas sebagai jurulatih skuad belia Arsenal.. Pat turut pernah menguruskan skuad utama Arsenal seketika sebelum Arsene Wenger menjawat tugas sebagai pengurus pasukan utama seterusnya melantik Pat sebagai orang kanan dipercayainya..

Pat Rice turut pernah menguruskan pasukan semasa Wenger digantung perlawanan dan selain Wenger, suara Pat sering didengari di tepi padang memberikan arahan.. Sememangnya jasa Pat Rice di Arsenal tidak akan dilupakan.. Dan Atikah sendiri mempunyai memori indah bersama Pat Rice yang merupakan salah seorang daripada dua orang yang melambai Atikah di tepi bas semasa meninggalkan stadium untuk pulang ke hotel penginapan..

Kekosongan yang ditinggalkan Pat Rice telah menyaksikan Wenger memilih jurulatih belia skuad Arsenal, Steve Bould sebagai penolong pengurus terbaru Arsenal FC sebaik sahaja Pat Rice meninggalkan pasukan.. Apa-apa pun terima kasih kepada Pat Rice atas sumbagan tidak ternilainya untuk Arsenal selama ini dan semoga berjaya kepada Steve Bould dalam tugas barunya musim hadapan..

Read More

Team News

Theo Walcott yang dijangka terlepas baki perlawanan musim ini akibat kecederaan hamstring yang di alaminya semasa seri 0-0 menentang Chelsea di Emirates berkemungkinan cergas sepenuhnya untuk perlawanan terakhir musim menentang West Brom jika tiada sebarang risiko dan segalanya berjalan dengan lancar..

Per Mertesacker yang masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan buku lali disahkan Wenger proses pemulihannya berjalan dengan lancar.. Walaupun Wenger menolak peluang Mertesacker kembali beraksi sebelum musim ini tamat, Wenger mengakui Mertesacker tiada sebarang masalah untuk menyertai skuad Jerman di EURO 2012..

Sementara itu Johan Djourou disahkan cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan kaki sementara Abou Diaby berkemungkinan terlepas baki musim ini selepas sekali lagi dibelenggu dengan kecederaan.. Selain daripada itu tiada sebarang masalah kecederaan baru melanda kem Arsenal.. Adios..

Read More