10 May 2012

Team News dan Goodbye Pat Rice

Theo Walcott berkemungkinan akan kembali menyertai pasukan pada perlawanan terakhir musim menentang West Brom hari Ahad ini selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.. Namun sebelum Arsene Wenger menyenaraikannya, Walcott akan melalui ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum diturunkan Wenger pada perlawanan menentang West Brom..

Bacary Sagna yang sekali lagi mengalami patah tulang fibula disahkan Wenger akan menjalani pembedahan pada malam Khamis waktu London.. Sagna sebelum ini telah disahkan akan terlepas aksi EURO 2012 dan kemungkinan sebahagian besar pra musim dengan Carl Jenkinson sekali lagi diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya menjadi pengganti Sagna yang sempurna..

Wenger turut mengesakan Ju Young Park, Sebastien Squillaci dan Andre Santos kesemua berada dalam keraguan untuk beraksi menentang West Brom.. Namun Wenger kekal yakin ketiga-tiga mereka akan bersedia untuk perlawanan menentang West Brom yang Arsenal perlu menang untuk mengesahkan tempat ke Champions League musim depan..

Arsenal FC turut mengesahkan perlawanan menentang West Brom hujung minggu ini akan menjadi perlawanan terakhir Pat Rice sebagai penolong Arsene Wenger seterusnya menamatkan kerjasama selama 44 tahunnya bersama kelab.. Pat sememangnya lagenda sejati Arsenal FC selepas memulakan kariernya di Arsenal dan bermain untuk Arsenal sebanyak 528 perlawanan sepanjang 14 musimnya sebagai pemain Arsenal..

Selepas menamatkan kariernya di Watford pada 1984, Pat Rice kembali ke Arsenal hanya 4 tahun selepas meninggalkan pasukan untuk mengambil tugas sebagai jurulatih skuad belia Arsenal.. Pat turut pernah menguruskan skuad utama Arsenal seketika sebelum Arsene Wenger menjawat tugas sebagai pengurus pasukan utama seterusnya melantik Pat sebagai orang kanan dipercayainya..

Pat Rice turut pernah menguruskan pasukan semasa Wenger digantung perlawanan dan selain Wenger, suara Pat sering didengari di tepi padang memberikan arahan.. Sememangnya jasa Pat Rice di Arsenal tidak akan dilupakan.. Dan Atikah sendiri mempunyai memori indah bersama Pat Rice yang merupakan salah seorang daripada dua orang yang melambai Atikah di tepi bas semasa meninggalkan stadium untuk pulang ke hotel penginapan..

Kekosongan yang ditinggalkan Pat Rice telah menyaksikan Wenger memilih jurulatih belia skuad Arsenal, Steve Bould sebagai penolong pengurus terbaru Arsenal FC sebaik sahaja Pat Rice meninggalkan pasukan.. Apa-apa pun terima kasih kepada Pat Rice atas sumbagan tidak ternilainya untuk Arsenal selama ini dan semoga berjaya kepada Steve Bould dalam tugas barunya musim hadapan..

0 comments:

Post a Comment