No player sign in deadline day so far

Pintu perpindahan tinggal lagi 92 minit untuk ditutup semasa Atikah tulis artikel ini.. Namun setakat ini Fulham telah menghalang perpindahan Mark Schwarzer ke Arsenal namun Fulham dilihat tengah mencari penjaga gol baru dan ianya mungkin memberikan ruang untuk Arsenal mendapatkan Schwarzer walaupun tampak agak tipis.. Namun dua pemain Arsenal akan meninggalkan pasukan secara pinjaman..

Nacer Barazite telah melengkapkan perpindahan secara pinjaman ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem selepas menolak tawaran Heracles Almelo pada saat-saat akhir.. Atikah agak hairan mengapa Rangers tidak menawarkan kontrak kepadanya selepas Barazite cemerlang semasa menjalani latihan bersama mereka bulan ini..

Armand Traore akhirnya sah meninggalkan Arsenal secara pinjaman untuk menyertai gergasi Itali yang bermasalah, Juventus secara pinjaman semusim dengan klausa Juventus akan menjadikan perpindahan tersebut secara kekal.. Juventus membayar 500 ribu euro untuk bayaran pinjaman sementara bersedia 4 juta euro untuk menjadikan perpindahan tersebut kekal..

Sementara itu, penjaga gol skuad simpanan Arsenal, James Shea telah dipanggil Fabio Capello untuk menjalani latihan bersama skuad senior England selepas kecederaan yang menimpa penjaga gol Fulham David Stockdale.. Shea sepatutnya menjalani latihan bersama skuad Arsenal namun dipanggil Capello di mana skuad England turut serta berlatih di London Colney..

Henri Lansbury yang dijangka menyertai Sweansa City secara pinjaman terpaksa melupakan aksi di peringkat kelayakan EURO 2011 U-21 selepas mengalami kecederaan groin dan telah dihantar pulang Stuart Pearce kembali ke pangkuan Arsenal.. Okey setakat ini, itu sahaja berita yang Atikah dapat berikan..

Sebaik sahaja ada berita baru masuk, Atikah akan postkan secepat mungkin.. So marilah kita bersama-sama berharap akan ada muka baru masuk ke Arsenal walaupun ianya cukup tipis.. Tapi siapa yang tahu apa perancangan si Wengerkan.. Dia kan selalu buat kejutan.. Opss terlupa pulak, fans Arsenal akan kembali melihat Hleb selepas beliau dijangka akan menyertai Birmingham.. Adios!!
Read More

Wenger - Fabregas will lead from front again

Segelintir fans Arsenal telah mengkritik persembahan yang ditampilkan kapten pasukan, Cesc Fabregas dengan menganggap hati beliau tidak lagi bersama Arsenal walaupun Fabregas telah menegaskan yang dia cukup sayangkan Arsenal walaupun beliau berhasrat untuk kembali ke kampung halamannya sebelum ini..

Arsene Wenger tampil mempertahankan kapten pasukannya ini dengan menegaskan yang Fabregas mungkin akan kembali bersedia minggu depan selepas menegaskan yang Fabregas masih belum cukup cergas untuk menunjukkan aksi memikatnya sepanjang musim lepas ke musim ini..

"He will be the player he was before without any problem and he will be stronger.. And of course I think he will, once he is fit again, be involved mentally in the team.. He is our leader, he is the leader of our team and he has a massive responsibility.. I am convinced he will stand up for it.." Wenger juga menegaskan yang Fabregas langsung tidak tahu yang beliau akan dikeluarkan selepas 68 minit beraksi..

"Cesc loves to play and that is why I did not tell him he could come off before the game.. He did not know he would come off.. He had not played since the World Cup Final.. That was on July 11 and we are now the end of August.. It is difficult and he should be ready for the next game.." Wenger juga yakin yang Fabregas sama sekali tidak akan kecewa dengan keputusan Arsenal tidak melepaskannya..

"I believe Cesc has given a lot to the Club and the Club has given a lot to Cesc as well.. I believe personally he loves Arsenal and that is why he accepted our decision.. There is a trust and confidence [between us].. Every case is individual but to have players happy you need the club and the player to be happy.. Of course when a player wants to go somewhere else for a while he is not happy but it is very difficult to legislate on that.."

"And, when you transfer a player, you need the agreement of the three parties.. That is why player power exists and is legitimate.. But the club has its word to say as well.. It was vital for us to keep Cesc because we build a team around him.. But I believe as well the players we have brought in have shown that they can adapt very quickly - Koscielny, Chamakh and now Squillaci.. So overall I believe we have done very well.."

Bagi Atikah berikanlah masa untuk Fabregas cergas sepenuhnya sebelum menunjukkan kembali ciri-ciri kempipimpinan yang pernah ditunjukkan musim lepas.. Bagi Atikah alasan Fabregas tidak lagi cintakan Arsenal adalah mengarut dan tidak boleh di guna pakai langsung.. First game Fabregas masa lawan Blackpool, beliau cemerlang..

First game lawan Blackburn beliau cukup cemerlang walaupun first touch dia agak mengecewakan.. Namun dari segi passing dan rembatan, ianya masih belum pudar.. Dan adakah sebab dia gagal beraksi sebaik musim lepas untuk lebih dari 45 minit untuk Arsenal membawa maksud beliau tidak lagi sayangkan Arsenal?? Tidak..

Fabregas masih keletihan.. Malahan Van Persie pun bergelut sehinggalah perlawanan ketiganya semasa menentang Blackburn yang menyaksikan beliau dilihat kembali berada di prestasi terbaiknya sehinggalah beliau kembali cedera.. Bagi Atikah berikan Fabregas masa.. Beliau masih keletihan dari aksi Piala Dunia yang cemerlang namun mengecewakan untuknya..

Atikah yakin bulan September ini, Fabregas akan bersedia sepenuhnya untuk kembali menjadi Fabregas yang kita lihat musim lepas ataupun lebih hebat lagi.. Wenger sendiri menegaskan yang RVP dan Fabregas tidak akan berada di prestasi terbaiknya sehingga September.. Jadi apa kata kita tunggu sampai September tamat untuk lihat sama ada Fabregas mampu menjadi seperti dulu atau sebaliknya..

Lagipun semasa perlawanan menentang Blackburn tempoh hari, Fabregas dilihat mengalami kecederaan di mana beliau bergelut sedikit.. Mungkin itu telah menjejaskan tempo baiknya sebelum kecederaan tersebut.. Walaupun Fabregas tidak mengadu kepada Colin Lewin (physio Arsenal) mahupun Gary O'Driscoll (doktor pasukan).. Ianya tidak bermakna beliau tidak mengalami kecederaan..

Tayangan video telah menjelaskannya.. Atikah tidak pasti minit ke berapa, namun siapa yang tengok live di astro mungkin perasan si pengulas bercerita pasal itu sebelum kamera merakamkan ketidak enakan Fabregas semasa berlari.. Namun ianya mungkin tidak serius, namun Fabregas tidak akan sama sekali mampu beraksi cemerlang jika mengalami kecederaan..

Cuma semangatnya sahaja yang mampu membuatkan Arsenal tidak merasai sangat yang Fabregas sebenarnya cedera.. Kerana Fabregas ialah perwira sebenar Arsenal.. Dia tidak akan menunjukkannya walaupun ianya mampu mempengaruhi persembahannya.. Namun atas disebabkan Arsenal, beliau sanggup main walaupun kakinya retak sekali pun..

Jadi Atikah rasa kita patut berikan peluang untuk Fabregas.. Kita perlu ingat yang Blackburn main ganas.. So mungkin Fabregas ada dikasari pemain Blackburn yang main bola sepak macam main ragbi.. Jadi ianya menganggu sedikit tempo permainan Fabregas.. Kita patut terus percayakan pada Fabregas.. Fabregas bukannya Adebayor si pengkhianat itu, Fabregas masih Fabregas yang kita kenal selama ini.. Adios and keep your trust to Fabregas!!
Read More

Jack Wilshere di tahan Polis !!

Pada 3 pagi waktu London bersamaan dengan pukul 10 pagi waktu Malaysia, Jack Wilshere telah ditahan pihak polis berhubung dengan kejadian seorang wanita telah dicederakan sehinggakan sikunya patah dan terseliuh.. Wilshere telah ditahan bersama rakannya semasa meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki teksi.. Namun Wilshere dan rakannya telah dilepaskan dengan jaminan polis sehingga pertengahan bulan oktober ini..

Namun jurucakap Jack Wilshere telah menolak laporan yang Wilshere yang melakukannya selepas menegaskan Wilshere merupakan saksi penting semasa kejadian tersebut dan merupakan orang yang bertanggungjawab memainkan peranan untuk menenangkan keadaan.. Jadi atas disebabkan itu Wilshere tidak akan menerima sebarang hukuman..

Wilshere juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang menjalankan siasatan ini.. Arsenal telah pun diberitahu tentang kejadian ini namun tenang selepas polis mengesahkan yang Wilshere hanya saksi penting kejadian tersebut.. Jadi semua fans Arsenal boleh bertenang.. Wilshere hanyalah saksi penting/utama kejadian tersebut..

So harap-harapnya polis akan menangkap siapa yang melakukannya dan melepaskan Wilshere.. Sementara itu, laman web rasmi Arsenal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara ini.. Namun Atikah yakin Wenger akan bercakap dengannya semasa sesi latihan nanti..

Kieran Gibbs dan Theo Walcott telah dipanggil Fabio Capello untuk perlawanan pertama peringkat kelayakan EURO 2012 menentang Bulgaria dan Switzerland.. So tahniah kepada mereka.. Tetapi kesian si Wilshere tidak dapat turut serta kerana diketepikan Capello walaupun kerap beraksi musim ini..

Okey berita terakhir.. Arsene Wenger kali ini tidak menolak kemungkinan bakal membawa masuk lagi pemain baru walaupun hanya tinggal sehari sahaja lagi sebelum pintu perpindahan ditutup.. Namun Wenger juga mengesahkan buat masa ini tiada perjanjian akan di capai.. Kenyataan Wenger ini semakin mengukuhkan dakwaan yang Schwarzer akan menyertai Arsenal..

Namun jika Schwarzer menyertai Arsenal, Almunia pastinya mahu meninggalkan pasukan.. Bagi Atikah, Wenger perlu memujuk Almunia kekal jika Schwarzer sertai Arsenal kerana mereka berdua boleh bersaing untuk tempat sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal.. Selepas itu lepaskan mungkin Fabianski, Mannone ataupun Szczesny secara pinjaman untuk mengutip pengalaman.. Setuju x?? Adios!!
Read More

Manuel Almunia set to leave Arsenal ??

Hasil daripada laporan Pakong, Atikah telah menjalankan siasatan tentang Manuel Almunia akan meninggalkan Arsenal selepas membuktikan kehebatan beliau dengan mengawal dengan baik gawang Arsenal pada perlawanan semalam.. Menurut laporan beliau membaling jersi dan armbandnya kepada fans Arsenal dan ianya bagaikan petunjuk yang beliau akan meninggalkan pasukan..

Namun setakat ini siasatan Atikah berakhir dengan Atikah mendapati ianya berpunca daripada laporan paling tidak boleh dipercayai daripada Goal.com.. Atikah gagal mendapatkan sebarang bukti sama ada dakwaan tersebut benar atau pun tidak.. Namun Atikah akan terus menjalankan siasatan tentang perkara ini..

Buat masa ini Atikah tidak boleh menafikan mahupun mengesahkan laporan tersebut.. Namun apa yang pasti jika Mark Schwarzer menyertai Arsenal, Manuel Almunia akan meninggalkan pasukan seperti kenyataannya sebelum ini.. Namun bagi Atikah Almunia cukup layak kekal di Arsenal lagi..

Kecemerlangannya semalam telah membuktikan beliau telah kembali ke prestasi terbaiknya.. Fans Arsenal sudah sedia maklum apa yang mampu dilakukan beliau jika beliau berada di kemuncak prestasinya.. Jadi bagi Atikah tiada sebab untuk sekali lagi fans Arsenal menghalaunya keluar selepas persembahan bertenaga dan menyakinkan beliau semalam..

Atikah akan postkan berita terbaru sebaik sahaja Atikah berjaya menjumpainya.. Namun buat masa ini Atikah menegaskan jangan ambil kisah sangat tentang berita ini kerana buat masa ini tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut.. Jika benar sekali pun ianya bukan membawa maksud beliau akan meninggalkan pasukan..

Masih ada berjuta-juta makna apa maksud sebenarnya Almunia melakukannya.. So stay positif.. Selagi Atikah x sahkan berita ini, anggap sahajalah rumours tersebut hanya sampah.. Okey atas pemintaa dari Akke.. Di sini Atikah postkan video Chamakh beraksi semalam termasuk cara beliau membuli si Samba.. Adios!!

Read More

Arsenal menang tapi Van Persie injured

Arsenal memastikan yang Blackburn tidak lagi boleh membuli pasukan Arsenal selepas mengatasi corak permainan ragbi Blackburn untuk menang 2-1.. Namun kemenangan ini perlu di bayar dengan harga yang boleh dikatakan mahal selepas Van Persie mengalami kecederaan buku lali dan Chamakh masuk mengantikan beliau sebelum tamat separuh masa pertama.. Atikah akan updatekan tahap kecederaannya selepas ini..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----SONG-----FABREGAS
WALCOTT-----VAN PERSIE-----ARSHAVIN

Theo Walcott membuktikan kini beliau cukup bersedia menggalas tanggungjawab sebagai penyarung jersi nombor 14 Arsenal selepas menjaringkan gol pembukaan di sudut yang hampir sukar selepas menerima hantaran dari Van Persie.. Hasil tendangan tersebut, jaring gol telah terkoyak untuk membuktikan bertapa padunya tendangan tersebut..

Walcott tidak banyak mendapat peluang, namun beliau menjaringkan hatrik sekali lagi cuma 2 gol lagi dibatalkan kerana offside.. Namun ianya sudah cukup membuktikan yang beliau layak diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan dan berkemungkinan besar pemain terbaik bulan Ogos..

Hasil kelekaan pemain pertahanan Arsenal iaitu ketidak upayaan Sagna mengawal El-Hadji Diouf telah mengundang padah selepas Mame Diouf meledak gol penyamaan selepas Clichy terleka untuk mengawal beliau.. Namun selain daripada itu, pemain pertahanan Arsenal beraksi dengan cukup cemerlang sekali walaupun kadang-kadang Clichy gagal mengawal Mame Diouf..

Andrei Arshavin menjaringkan gol kemenangan Arsenal pada minit ke-51 selepas kedudukan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.. Arshavin mengunakan kesempatan bola terbias yang terkena pertahanan Blackburn hasil rembatan padu Fabregas untuk memastikan Arsenal berada di landasan yang tepat untuk terus memberikan saingan kepada Chelsea..

Ada segelintir fans Arsenal mengkritik persembahan Fabregas dengan mengatakan yang hati beliau tidak lagi bersama Arsenal.. Bagi Atikah kritikan tersebut terlalu keterlaluan.. Fabregas masih bergelut untuk cergas selepas musim panas yang memenatkan.. Bagi Atikah Fabregas dah main cukup bagus walaupun dikawal ketat pemain Blackburn..

Wenger telah menegaskan yang Fabregas hanya akan kembali seperti sedia kala bulan depan.. Bagi Atikah berikanlah Fabregas peluang.. Beliau dah main bagus.. Cuma beliau masih belum cukup cergas untuk memastikan beliau beraksi di tahap terbaik beliau.. Atikah yakin bulan depan Fabregas akan buktikan yang di masih komited dengan Arsenal..

Atikah yakin ramai yang menyaksikan perlawanan ini cukup berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan Almunia walaupun melepaskan satu gol.. Almunia membuktikan beliau masih layak untuk menjadi penjaga gol nombor satu Arsenal selepas berjaya melepasi salah satu cabaran terbesarnya musim ini..

Turut sama menarik perhatian Atikah pada perlawanan ini ialah Abou Diaby yang cemerlang.. Laurent Koscielny membuktikan mengapa Wenger membelinya selepas bijak membaca pergerakan dan hantaran lintang pemain Blackburn.. Beliau juga cukup agresif untuk mematahkan serangan pemain Blackburn..

Okey tentang kecederaan Robin Van Persie, Van Persie mengalami terseliuh buku lali dan beliau di jangka bakal di rehatkan selama 2 minggu jika esok tiada berita buruk tentang tahap kecederaan beliau.. Okey sebelum Atikah tamatkan artikel ini, Atikah nak tanya, apa pandangan anda cara Chamakh buli si Samba ??

Atikah memang terhibur dengan cara Chamakh memastikan Samba dikawal ketatnya semasa sepakan penjuru untuk memastikan yang beliau tidak lagi boleh membuli penjaga gol Arsenal selepas melakukannya musim lepas dengan menghalang pergerakan Fabianski.. Padan muka si Samba, muka die giler punya marah kena buli dengan si Chamakh yang boleh tahan tegap dan tingginya.. Adios!!

P/S : Terlupa pulak.. Arsenal akan akan berkunjung ke White Hart Lane selepas disahkan akan bertemu Tottenham Hotspurs pada perlawanan pusingan ketiga Piala Carling di mana perlawanan tersebut akan dibarisi kebanyakan pemain yang jarang beraksi untuk skuad utama Arsenal..
Read More

Now It Official !!

Akhirnya Sebastian Squillaci diperkenalkan secara rasminya selepas dah penat Atikah menanti, waktu itulah baru nak buat sesi perkenalan.. Habis x pasal-pasal Atikah ngantuk2 kena buat artikel khas tentang pemain baru ketiga Arsenal musim panas ini dan mungkin juga bukan yang terakhir jika Wenger bernasib baik mencari lagi seorang sebelum pintu perpindahan ditutup..

Squillaci dilaporkan menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama Arsenal selepas berpindah dari Sevilla dengan yuran perpindahan sekitar 5.2 ke 6.5 juta pound.. Ini merupakan satu kejutan kerana Wenger akhirnya memecahkan polisinya dengan menandatangani pemain berusia 30 tahun dan memberikan kontrak selama 3 tahun..

Ianya mungkin atas sebab Wenger mahukan barisan Arsenal musim ini ada beberapa tonggak berpengalaman di segi usianya bukan lagi dari segi pengalamannya sahaja.. Squillaci akan menyarung jersi bernombor 18 Arsenal dan akan terlepas aksi perlawanan hari ini kerana bagi Wenger perlawanan malam ini terlalu awal untuk Squillaci membuat debutnya..

Ini apa yang dikatakan Squillaci selepas sah menjadi The Gunners.. "This is an exciting move for me.. Arsène Wenger is a highly respected coach who I am very much looking forward to working with and of course, I know some of the Arsenal players through the national team.. Arsenal is recognised as a side that not only plays beautiful football but one that challenges for trophies at the highest level and I am very excited to be joining such a fantastic club.."

Ini pula apa yang dikatakan Wenger tentang signing terbaru Arsenal ini.. "Sebastien has many qualities that will add to the strength of our squad.. He is quick, hugely experienced with an aggressive edge to his game.. His signing will give us some variation at the back as we look to build on last season's campaign and fight for silverware this year.."

Berikut ialah gambar Squillaci selepas disahkan menjadi Gunners terbaru Arsenal.. Atikah harap minggu depan kita boleh saksikan kelibatnya dan membuktikan yang dia akan memberikan cabaran sengit untuk bergandingan bersama Thomas Vermaelen di jantung pertahanan Arsenal musim ini.. Adios!!

Read More

Pre Match : Arsenal VS Blackburn

Okey akhirnya Si Sebastien Squillaci telah pun diperkenalkan sebagai pemain Arsenal.. Namun sebelum Atikah postkan gambar dan temu ramah bersama si Squillaci, Atikah fokuskan perkara yang lebih penting terlebih dahulu.. Iaitu perlawanan menentang Blackburn Rovers pada pukul 7.45 malam ini.. Perlawanan ini akan disiarkan pada Astro ESPN channel 812 hanya beberapa minit semua umat Islam berbuka puasa..

Fabregas dan Van Persie akan kembali menyertai skuad kesebelasan utama Arsenal seperti sedia kala sementara Denilson kembali semula ke pangkuan pasukan selepas berehat agak lama akibat kecederaan berulangnya.. Atikah sebenarnya agak sukar nak predict first eleven hari ini memandangkan ini merupakan kali pertama trio Chamakh, Fabregas dan Van Persie bergandingan tidak termaksud minggu lepas..

ALMUNIA
SAGNA-----KOSCIELNY-----VERMAELEN-----CLICHY
WALCOTT-----FABREGAS-----SONG-----ARSHAVIN
CHAMAKH-----RVP

Mungkin itulah barisan kesebelasan utama Arsenal malam ini.. Dengan Walcott beraksi cemerlang minggu lepas, ianya sudah semestinya menyukarkan lagi untuk membuat pilihan.. Atikah harap hari ini kita akan ada pengadil yang cukup tegas dan tidak termakan taktik kotor Blackburn iaitu main bola sepak seperti main ragbi..

So Atikah harap kita boleh belasah Blackburn malam ini terutama sekali kita akan kembali diinspirasikan oleh kapten pasukan dan nadi utama pasukan, Cesc Fabregas.. Atikah harap dia skor hari ini dan menginspirasikan kemenangan untuk Arsenal seperti kebiasaannya.. Adios!!
Read More

Welcome Back Eduardo !!

Arsenal diundi menentang pasukan yang biasa-biasa sahaja namun penuh kejutan selepas cukup bernasib baik mengelakkan diri dari bertemu pasukan-pasukan gergasi Eropah pada peringkat kumpulan.. Arsenal, Shaktar Donestk, SC Braga dan FK Partizan diletakkan di kumpulan terakhir iaitu kumpulan H..

Fans Arsenal akan menyambut kembali bekas Gunners, Eduardo Da Silva yang berhijrah ke Shaktar awal bulan ini pada hanya 19 Oktober ini di Emirates Stadium.. Nampaknya Eduardo terpaksa menelan hakikat beliau terpaksa membuat kemunculan segera kembali semula ke Emirates Stadium hanya selepas dua bulan meninggalkan The Gunners..

Apa yang pasti, fans Arsenal pastinya tidak mahu Eduardo yang menjaringkan dua gol di dalam 3 perlawanannya untuk Shaktar setakat ini, menghancurkan Arsenal.. Atikah x sabar menantikan perlawanan ini kerana mahu melihat Dudu kembali ke Emirates Stadium.. Macam mana agaknya sokongan peminat nanti??

Arsenal akan membuka kempen Champions League nanti pada hanya dua minggu lagi iaitu pada tarikh 15 September di gelangang sendiri menentang SC Braga iaitu naib juara Liga Portugal musim lepas yang membuat kejutan menewaskan Celtic dan Sevilla dalam proses ke peringkat kumpulan.. Bagi Atikah pasukan ini tidak boleh dipandang rendah kerana mereka telah membuktikan mereka mampu muncul sebagai pencabar..

Melengkapkan kumpulan H ialah juara Serbia, FK Partizan yang Atikah x berapa tahu sangat tentang team mereka melainkan hakikat bekas dua pemain mereka iaitu Adam Ljajic dan Zoran Tosic menyertai MU dua musim lepas (kalau x silap).. Ini merupakan penampilan pertama mereka di Eropah sejak tempoh 7 tahun.. Mara ke peringkat kumpulan selepas menundukkan wakil Belgium RSC Anderleacht dalam sepakan penalti selepas seri 4-4 secara agregat..

Jadi kumpulan H ini diwakili pasukan yang boleh melakarkan kejutan.. Namun sekali lagi Arsenal cukup bernasib baik mengelakkan diri dari berjumpa pasukan gergasi Eropah.. Okey sedikit lagi update berita kecederaan pemain Arsenal sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Arsene Wenger menjangkakan yang Bendtner akan sertai kembali pasukan pada 3 atau 4 minggu lagi..

Sementara Nasri berkemungkinan lebih cepat berbanding Bendtner kerana proses pemulihan Nasri cukup pantas.. Fabregas akan kembali mengetuai Arsenal selepas Wenger mengakui Fab4 dan RVP boleh memulakan perlawanan seperti normal kembali selepas diberikan rehat selepas kedua-dua mereka mara ke final Piala Dunia 2010.. Adios!!
Read More

Denilson back and Squillaci now The Gunners

Arsene Wengermemberikan dua berita gembira hari ini selepas mengesahkan penantian fans Arsenal melihat kembali kelibat Denilson yang semakin merbahaya dengan rembatan jarak jauhnya dan semakin mengeluarkan sambanya telah pun berakhir selepas staf perubatan Arsenal memberikan lampu hijau untuk Wenger menurunkan Denilson hujung minggu ini menentang Blackburn..

Namun Bendtner, Nasri dan Ramsey akan terus diketepikan selepas masih menjalani proses pemulihan dari kecederaan masing-masing sementara Frimpong pula masih lama lagi untuk fans Arsenal menyambut kembali kehadiran semulanya untuk skuad utama Arsenal.. Koscielny akan turut serta beraksi hujung minggu ini selepas menamatkan pergantungan perlawanannya..

Berita kedua ialah penantian fans Arsenal untuk pemain pertahanan baru telah berakhir selepas Wenger mengesahkan yang kini Squillaci merupakan the gunners terbaru walaupun masih belum berjalannya lagi sesi perkenalan pemain baru.. Namun itu tidak menghalang Wenger daripada mengesahkan berita gembira ini..

Wenger telah mengesahkan yang Squillaci akan menjalani latihan bersama rakan sepasukan barunya esok namun beliau terpaksa menunggu mungkin sehingga minggu depan iaitu pada saingan Champions League untuk membuat debutnya selepas Wenger menafikan peluangnya untuk beraksi menentang Blackburn hujung minggu ini..

Atikah akan postkan temu ramah Wenger dan Squillaci selepas sesi perkenalan di jalankan dan selepas laman web rasmi Arsenal postkannya.. Namun apa yang pasti kini kita boleh bersorak kegembiraan kerana Squillaci kini sah milik Arsenal.. So welcome aboard Squillaci.. Adios Amigos!!
Read More

Champions League Draw

Hari ini kita akan mengetahui siapakah pasukan yang akan menyertai Arsenal di peringkat kumpulan.. Siaran langsung pengundian ini akan disiarkan oleh Astro ESPN channel 812 pada pukul 12 malam ini.. Berikut ialah senarai pasukan yang akan melalui proses pengundian.. Seperti kebiasaannya pasukan tidak akan diundi menentang pasukan di dalam port yang sama dan negara yang sama..

Club
RouteLast inYears*2009/10**Best***
Pot 1
FC Internazionale Milano
Holders/ Champions, Italy
2009/109WinnersWinners
FC Barcelona
Champions, Spain
2009/1014
Semi-finals
Winners
Manchester United FC
Runners-up, England
2009/1015Quarter-finalsWinners
Chelsea FC
Champions, England
2009/108Round of 16Runners-up
Arsenal FC
Third place, England2009/1012Quarter-finalsRunners-up
FC Bayern München
Champions, Germany
2009/1013Runners-upWinners
AC Milan
Third place,
Italy
2009/1013Round of 16Winners
Olympique Lyonnais
Runners-up, France2009/1010Semi-finalsSemi-finals

Pot 2
SV Werder BremenThird place, Germany2008/096UEL, round of 16Quarter-finals
Real Madrid CF
Runners-up, Spain2009/1014Round of 16Winners
AS Roma
Runners-up, Italy2008/096UEL, round of 32Runners-up
FC Shakhtar Donetsk
Champions, Ukraine
2008/095UEL, round of 32Group stage
SL Benfica
Champions, Portugal
2007/085UEL, qfWinners
Valencia CF
Third place, Spain2007/086UEL, qfRunners-up
Olympique de Marseille
Champions, France
2009/106UEL, round of 16Winners
Panathinaikos FCChampions, Greece2008/098UEL, round of 16Runners-up

Pot 3
Tottenham Hotspur FC
Fourth place, England
Debut0Did not compete
Semi-finals
Rangers FC
Champions, Scotland
2009/109Group stageSemi-finals
AFC Ajax
Runners-up,
Netherlands
2005/068UEL, round of 32
Winners
FC Schalke 04Runners-up, Germany2007/082Did not compete
Quarter-finals
FC Basel 1893Champions, Switzerland2008/092UEL, group stageSecond group stage
SC BragaRunners-up, PortugalDebut0UEL, 3qr
N/A
FC København
Champions, Denmark
2006/071UEL, round of 32Group stage
FC Spartak MoskvaRunners-up, Russia2006/079Did not competeSemi-finals

Pot 4
Hapoel
Tel-Aviv FC
Champions, Israel
Debut0UEL, round of 32
N/A
FC TwenteChampions, NetherlandsDebut0
UEL, round of 32N/A
FC Rubin KazanChampions, Russia2009/101
UEL, round of 16Group stage
AJ Auxerre
Third place, France
2002/033
Did not compete
Quarter-finals
CFR 1907 ClujChampions, Romania2008/091
UEL, group stageGroup stage
FK Partizan
Champions, Serbia
2003/041UEL, group stageGroup stage
MŠK Žilina
Champions, Slovakia
Debut
0
UEL, play-off round
N/A
Bursaspor
Champions, Turkey
Debut0Did not competeN/A

Wow.. Arsenal patut berharap yang kita tidak akan dundi menentang pasukan yang hebat di dalam kumpulan kedua.. Dan Arsenal berpeluang untuk diundi menentang Shaktar Donestk iaitu pasukan Eduardo sekarang ini.. Marilah kita berdoa supaya Arsenal akan diundi menentang pasukan yang biasa-biasa sahaja.. Adios!!
Read More

Dapatkan Steven Taylor Wenger !!

Newcastle United telah memberikan petunjuk yang mereka bersedia untuk menjual Steven Taylor selepas Taylor dan Newcastle gagal mencapai kata persetujuan untuk kontrak baru di mana kontrak terkini Taylor akan tamat pada musim panas depan.. Dilaporkan, Taylor mungkin boleh didapati dalam harga 5 juta pound..

Taylor mahu harga gajinya setinggi lebih kurang 60 ribu pound dimana Newcastle tidak mahu menurutinya dengan menawarkan hanya 40 ribu pound seminggu sahaja.. Dengan Wenger selama ini dikaitkan berhasrat mahu mendapatkan khidmat Taylor, ini mungkin masa yang sesuai untuk Wenger membuat tawaran untuk khidmatnya..

Steven Taylor merupakan pemain pertahanan yang cukup versatil.. Atikah yakin semua fans Arsenal bersetuju untuk mendapatkan khidmat Taylor yang berbadan tegap dan cukup agresif ini.. Namun masalah utama ialah Taylor kerap mengalami kecederaan bahu iaitu kecederaan yang sering dialami Walcott..

Taylor dijangka kembali pada bulan Oktober ini selepas mengalami kecederaan bahu.. Namun jika staf perubatan Arsenal berjaya menyembuhkan Walcott walaupun ianya mengambil sedikit masa dan kesabaran namun lihat sajalah hasilnya sekarang ini.. Walcott dilihat semakin bersedia untuk menjadi the new Theirry Henry..

Namun ini cuma pandangan Atikah.. Spy Atikah masih belum boleh memastikan sama ada Wenger tertarik ataupun tidak untuk mendapatkan khidmat Taylor.. Terutama sekali perpindahan si Squillaci pun masih belum disahkan lagi walaupun Sevilla telah mengesahkan yang mereka telah menerima tawaran daripada Arsenal..

Namun apa-apa pun Atikah nak tanya.. Adakah anda semua bersetuju jika Taylor join Arsenal?? Taylor boleh beraksi di mana sahaja bahagian pertahanan dan merupakan pertahanan yang cukup tegap dan agresif.. So apa pandangan anda??
Read More

Wilshere kembali ke England U-21 skuad

Fabio Capello telah membuang nama Jack Wilshere daripada senarai pasukannya untuk peringkat kelayakan Eropah bulan depan selepas membenarkan Stuart Pearce menyenaraikan nama Jack Wilshere untuk bersama skuad England U-21 bulan depan bersama-sama dengan rakan sepasukannya Henri Lansbury..

Keputusan ini jelas menaikkan kemarahan fans England selepas Wenger jelas sekali memberikan tempat untuk Wilshere di dalam kempen EPL untuk mengikut apa yang dimahukan Capello supaya Wilshere dan Gibbs beraksi lebih kerap jika mereka mahu mengekalkan tempat mereka di kem England dikekalkan..

Namun Kieran Gibbs dijangka akan terus mengekalkan tempatnya di dalam pasukan Senior England selepas cemerlang di dalam debutnya dan disisihkan Stuart Pearce dalam senarai skuadnya untuk kempen kelayakan Eropah U-21 (harapnya macam tulah).. Nico Yennaris sertai Benik Afobe dipanggil skuad U-19 England..

Begitu juga dengan Emmanuel Frimpong namun nama beliau terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan semasa berlatih bersama-sama rakan sepasukannya minggu lepas dan terpaksa disisihkan mungkin selama 6 ke 9 bulan.. Dan akhir sekali Atikah masih belum boleh mengesahkan bila Squillaci akan disahkan menjadi pemain Arsenal selepas masih belum ada sebarang sesi perkenalan.. Adios!!
Read More

Bendtner expect to back in 6 weeks

Nicklas Bendtner menjangkakan yang beliau akan kembali semula menjalani latihan bersama rakan sepasukannya dalam tempoh 6 minggu lagi selepas mengakui yang beliau cukup berpuas hati dengan proses pemulihannya bersama staf perubatan Arsenal selepas physionya di skuad kebangsaan Denmark memberitahu yang Bendtner tidak boleh kembali sehingga Disember tanpa khidmatnya..

Menerusi kenyataan tersebut, Nicklas Bendtner telah membuat kenyataan sebegini selepas physio Denmark itu jelas memegahkan dirinya dengan membawa maksud yang staf perubatan Arsenal tidak cukup bagus untuk merawat tahap kecederaan Bendtner yang menurutnya cukup serius itu..

"I do not wish to receive any further treatment from this self-publicist.. I am very happy with how my rehabilitation has been going under the Arsenal medical team and expect to be back in training in around six weeks’ time.." Ini ialah apa yang dikatakan physio Denmark tersebut..

"I have only treated him for two weeks.. There is now a huge difference.. When I started treating him, he could not even train on the grass.. Now he can run normally, he is starting to kick the football.. If I continue to treat him I think he would be back in the first half of September.."

"If I cannot treat him, maybe we are talking about December or something like that.. think the club without me had a job with Nicklas that was nearly impossible.. Nicklas has been seriously injured.. It is a very complex injury in his pelvic girdle.. I think it is very sad for Nicklas, now he is making progress.. I hope that it is a mistake and the treatment will continue.."

Atikah harap walau apa pun puncanya, staf perubatan Arsenal, terutama sekali phsio Arsenal, Colin Lewin dapat membuktikan yang Arsenal merupakan pasukan yang mampu menyembuhkan sebarang kecederaan yang diterima pemain Arsenal.. Sama ada lambat ataupun cepat..

Tengok sajalah masa kes si Rosicky.. Akhirnya selepas hampir dua tahun menunggu, phsio Arsenal berjaya mencari jalan penyelesaian dengan kecederaan pelik Rosicky.. Dan akhirnya musim ini Rosicky tampak bersedia bergandingan dengan Cesc Fabregas di bahagian tengah Arsenal untuk mencipta kreativiti di jantung Arsenal..

Namun walau apa-apa pun Atikah rasa phyiso Denmark patut diam kerana Arsenal ada physionya yang tersendiri dan Bendtner merupakan tanggungjawab Arsenal.. Terbukti phsio ataupun staf perubatan Arsenal adalah yang terbaik.. Kalau x mesti Arsenal lebih teruk dengan masalah kecederaan...

Sebastien Squillaci yang akan menjalani ujian perubatan bersama Arsenal hari ini waktu London.. Telah membuat kenyataan yang cukup sukar untuk beliau menolak tawaran daripada Arsene Wenger, pengurus yang bakal beliau berkerjasama x lama lagi jika segala-galanya berjalan lancar..

"If a French player receives an offer from Arsene Wenger, it's practically impossible to turn down.. It was a sensational offer for me and I was happy Sevilla let me go.. It was a difficult situation but I knew I had to take this chance.. I knew if I played against Braga then I would not have been able to play for Arsenal in the Champions League.."

"
Arsenal were always the team I watched out for. For any spectator like me, you had to watch a squad with [Thierry] Henry, [Robert] Pires, [Patrick] Vieira and [William]Gallas.. Now, I'm happy to have my name in the history books.. For me, this is a great new challenge and I've gone there purely to be part of that.. I don't think my age is a problem.. My experience in football is great and players of my age tend to be at the peak of their playing career.."

Atikah rasa sesi perkenalan akan dijalankan pada hari ini waktu London jika Squillaci berjaya melepasi ujian perubatan serta tiada masalah untuknya menurunkan sebarang tandatangan di kontrak 3 tahun selepas Arsenal bersetuju membayar sejumlah 5.2 ke 6.5 juta pound untuk khidmatnya kepada Sevilla.. Adios and get well soon Bendtner!!
Read More

Arsenal set to complete Squillaci move

Arsenal semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan pertahanan berusia 30 tahun Sevilla, Sebastien Squillaci selepas Arsenal dan Sevilla akhirnya mencapai kata persetujuan untuk harga berjumlah sekitar 6.5 juta pound untuk khidmat Squillaci.. Ianya telah disahkan sendiri oleh laman web rasmi Sevilla..

Squillaci terbang ke London awal pagi tadi iaitu malam waktu London untuk menjalani pemeriksaan perubatan sebelum menurunkan tandatangannya kepada kontrak selama 3 tahun.. Atikah merasakan jika tiada sebarang masalah yang berlaku, Arsenal akan memperkenalkan Squillaci selewat-lewatnya esok..

Berita ini pastinya mengembirakan fans Arsenal selepas terdapat sedikit keraguan yang Wenger mungkin tidak mengotakan janjinya untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang lagi pemain.. Persoalan yang tinggal sekarang ini ialah, adakah Wenger akan membawa masuk penjaga gol baru selepas ini??

Atikah akan postkan berita terbaru sebaik ianya dilaporkan spy Atikah.. Atikah juga akan memerhatikan perkembangan pemeriksaan perubatan Squillaci.. Harap-harapnya tiada masalah dengan ujian perubatannya.. Adios!!
Read More

Walcott inspirasikan Arsenal

Theo Walcott mengegar pada perlawanan semalam selepas menginspirasikan 6 pesta gol Arsenal dengan menjaringkan hatrik pertamanya untuk Arsenal dan meratah Blackpool yang sudah tempang selepas terpaksa beraksi pada hampir keseluruhan permainan dengan 10 orang selepas pemain pertahanan mereka dilayangkan kada merah selepas mengasari Chamakh di dalam kotak penalti..

ALMUNIA
SAGNA-----SONG-----VERMAELEN-----CLICHY
DIABY-----WILSHERE
WALCOTT-----ROSICKY-----ARSHAVIN
CHAMAKH

Keputusan Wenger membenarkan Theo Walcott memulakan perlawanan cukup membuahkan hasil.. Bukan sahaja memastikan Andrei Arshavin kembali ke prestasi terbaiknya namun juga hatrik daripada pemain yang ditinggalkan England dari skuad Piala Dunia mereka ke Afrika Selatan.. Walcott meledak pada minit ke-12 selepas menerima hantaran Arshavin melalui counter attack.. Sebelum itu Walcott ada mencipta dua peluang yang gagal disudahkan Chamakh mahupun Arshavin..

Arshavin menjaringkan gol pertamanya musim ini pada minit ke-31 selepas Maroune Chamakh dijatuhkan di dalam kotak penalti (walaupun nampak tackle tersebut bermula dari luar sedikit dari area kotak penalti) yang turut menyaksikan pemain pertahanan tersebut dilayangkan kad merah di mana ianya agak keras..

Wilshere kali ini menghantar hantaran untuk Theo Walcott menyempurnakannya pada minit ke-38 untuk Arsenal mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.. 3 minit selepas separuh masa kedua, Diaby pula meletakkan namanya selaku penjaring hasil hantaran daripada Bacary Sagna yang jarang-jarang naik ke atas selepas Walcott mendominasi bahagian kanan..

Akhirnya detik yang ditunggu Walcott.. Pada minit ke-57, Walcott melengkapkan hatriknya melalui hantaran cantik Diaby sebelum menyempurnakannya untuk hatrik pertama beliau untuk Arsenal dan juga hatrik kedua pemain Arsenal di The Emirates.. Beberapa minit selepas itu, fans Arsenal bersorak kembali, kali ini kerana Cesc Fabregas masuk ke padang mengantikan Abou Diaby.. Wenger juga mengeluarkan Arshavin untuk RVP dan Walcott untuk Vela..

Fans Arsenal cukup ternanti-nantikan gol dari Maroune Chamakh dan fans Arsenal terpaksa menunggu sehingga minit ke-82 sebelum Chamakh menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal di EPL selepas menanduk pada hasil hantaran daripada Van Persie dari sepakan penjuru.. Tamat perlawanan, Arsenal 6-0 Blackpool..

Tanpa keraguaan lagi Atikah yakin semua bersetuju yang Theo Walcott merupakan pemain terbaik perlawanan.. Atikah harap prestasi Walcott ini mampu diteruskannya pada perlawanan-perlawanan akan datang kerana inilah Walcott yang fans Arsenal mahukan dan inilah Walcott yang patut menyarung jersi keramat bernombor 14 itu..

Atikah juga yakin yang Fabregas akan terus mengegar kembali musim ini pada perlawanan akan datang selepas beraksi baik dan hampir sahaja menjaringkan gol dan jelas sekali Arsenal rindukan hantaran-hantaran cantiknya.. Namun nasib baik ada Rosicky yang dilihat telah kembali ke prestasi terbaiknya selepas cemerlang pada perlawanan semalam dan hampir meledakkan gol..

Atikah memuji kesemua persembahan daripada pemain Arsenal kerana kesemua mereka beraksi cemerlang dan Atikah harap persembahan cemerlang ini akan diteruskan supaya Arsenal boleh memenangi EPL musim ini serta trofi kejuaraan yang lain.. Adios!!
Read More

News before game against Blackpool

Arsene Wenger semasa sidang akhbar sebelum perlawanan menentang Blackpool telah menolak dakwaan yang beliau telah mengemukakan tawaran kedua untuk mendapatkan khidmat Mark Schwarzer..

"I am not responsible for the Fulham statements.. I never speak about the transfers, the offers, anything made about the players, because we have so many talks in football that are never concluded.. It is always simple if you want to buy a player and the club doesn't agree: they say no so there is not a lot to talk about.."

Arsene Wenger juga mengesahkan minat beliau terhadap Sebastien Squillaci, namun Arsenal belum hampir untuk mendapatkan khidmatnya kerana Wenger masih mempertimbangkan beberapa pilihan lain.. "There is not a lot to say but he [Squillaci] is one of the players we look at.."

"It is easier on the goalkeeper front because we are not short of numbers.. With central defenders we are short number-wise so we look at him and he's one of the defenders we look at.. But we are far from being close to signing him.."

Arsene Wenger juga memberikan petunjuk bahawa fans Arsenal mungkin akan menyambut kemungkinan dua pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup pada 1 September ini.. Namun ianya bergantung kepada peluang.. "It depends on the opportunities.. It is difficult for me to say 'I don't buy anybody any more' and it is difficult to say 'I will bring two or three more players' if I am not on the verge of signing anyone.."

Arsene Wenger juga memberitahu beliau cukup faham dengan situasi Manuel Almunia yang tidak gembira dengan situasi terkini masa depannya selepas rumours semakin panas yang Wenger akan membeli penjaga gol baru namun Wenger yakin Almunia cukup kuat untuk menghadapinya..

"It has been unsettling.. It is a very sensitive subject which is difficult for me to talk about.. You can understand that he is unsettled by that situation but on the other hand, when you play at Arsenal, that's what you have to deal with.. You have to be strong enough to deal with that and I believe he is.."

"Jens Lehmann had to deal with that situation because at some stage I took him out of the team and played Almunia so competition is part of our world.. We have to accept that.. I understand completely that it is not always easy but it is our world.."

William Gallas telah melengkapkan perpindahannya ke Tottenham Hotspurs dan Arsene Wenger telah mengeluarkan kenyataan kepada fans Arsenal supaya menunjukkan rasa hormat kepada bekas kapten Arsenal ini.. Kerana beliau cukup faham mengapa Gallas menyertai Spurs kerana beliau boleh menyertai mana-mana pasukan dan memilih yang terbaik..

Wenger juga mengakui semasa perjanjian dengan Gallas semakin mencapai kata buntu beliau memberikan perhatiannya untuk mendapatkan Koscielny namun tidak kecewa dengan keputusannya.. Atikah rasa kita x payahla boo teruk2 si Gallas nie, kecuali kalau dia cuba nak cederakan pemain Arsenal..

Atikah rasa Atikah faham apa yang cuba dikatakan Wenger.. Tetapi kita perlu ingat Gallas banyak berjasa kepada kita.. Dia hormat dan mengetuai Arsenal dengan sepenuh hatinya kepada Arsenal.. Atikah rasa mungkin kita patut berikan ruang untuk Gallas bernafas sikit.. Ialah sehingga dia tidak melakukan perkara yang gila macam cuba nak mencederakan pemain terbaik kita..

Okeylah untuk sedikit pre match menentang Blackpool, Denilson disahkan akan tersisih kerana Wenger tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan Denilson yang masih belum cergas.. Namun beliau dijangka kembali semula minggu depan.. Berikut ialah kemungkinan barisan kesebelasan utama..

ALMUNIA
SAGNA-----DJOUROU-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS-----SONG-----DIABY
ARSHAVIN-----CHAMAKH-----VAN PERSIE

Atikah x pasti sama ada Fabregas akan beraksi sebagai kesebelesan utama ataupun tidak.. Tapi Atikah harap sangat yang beliau akan mengetuai Arsenal kerana Arsenal x akan pernah sama jika bukan beliau yang mengetuai Arsenal.. Game malam ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 10 malam di Astro ESPN saluran 812..

Sementara itu Atikah boleh sahkan yang Armand Traore tidak akan ke mana-mana selepas perjanjian di antara Benfica dan Traore gagal mencapai kata putus.. Di mana Benfica tidak bersetuju dengan personal contract dengan Traore.. Dan atas disebabkan itu Benfica telah menamatkan minat mereka untuk mendapatkan Traore walaupun Arsenal telah bersetuju dengan nilai perpindahan bernilai 3.4 juta pound..

Dengan 2 juta pound di bayar dahulu dan Arsenal juga bakal menerima 25% wang dari hasil penjualan Traore nanti.. Dan untuk makluman anda juga Traore telah pun terbang ke Portugal untuk menjalani ujian perubatan namun disebabkan Benfica dan Traore gagal capai kata persetujuan, Traore akan terbang kembali ke London dan menjalani latihan seperti biasa dan buat masa ini tiada kelab lain yang menunjukkan minat untuk khidmatnya.. Adios!!
Read More

Injury blow for Emmanuel Frimpong

Sebelum Atikah updatekan sebarang berita kecederaan terbaru sebelum perlawanan menentang Blackpool Atikah nak beritahu yang Jay Simpson telah menyertai Hull City dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan dan menandatangani kontrak selama 3 tahun bersama kelab yang beru diturunkan pangkat itu..

Simpson hanya membuat 3 penampilan sahaja bersama skuad utama Arsenal setelah bersama Arsenal selama 12 tahun dan menjaringkan 2 gol walaupun acap kali beraksi dari bangku simpanan.. Perlawanan terakhir Simpson adalah semasa menentang Barnet pada kempen pra musim dan menjaringkan 2 gol pada perlawanan tersebut..

Atikah sejujurnya memang kecewa dengan perkembangan ini.. Namun walau apa-apa pun Atikah ucapkan selamat maju jaya kepada Simpson.. Apa yang pasti Atikah menghargai sumbangannya untuk Arsenal kerana 2 gol dalam 3 perlawanan yang dua daripadanya dari bangku simpanan merupakan rekod yang cukup baik..

Sehari selepas laman web rasmi Arsenal mengesahkan yang Samir Nasri bakal terlepas aksi selama sebulan akibat terpaksa menjalani pembedahan kini Arsenal bakal terlepas Emmanuel Frimpong selama 6 ke 9 bulan selepas beliau mencederakan cruciate knee ligamentsnya pada sesi latihan minggu ini..

Wenger memberitahu yang berita ini cukup memberikan tamparan besar untuk Arsenal memandangkan Wenger melihat Frimpong bakal menikmati beberapa aksi bersama skuad utama musim ini selepas cemerlang di kempen pra musim mengantikan ketiadaan Alexander Song dan juga semasa Craig Eastmond mengalami kecederaan.. Apa-apa pun get well soon Frimpong..

Wenger juga memberitahu yang 4 pemain bakal kembali menyertai Arsenal sekurang-kurangnya di bangku simpanan namun Denilson yang kembali pulih daripada kecederaan yang di alaminya sepanjang musim lepas berada di dalam keraguan.. Namun Djourou, Fabregas dan Song pastinya akan turut serta menanti kunjungan Blackpool sekurang-kurangnya dari bangku simpanan..

Wenger telah menegaskan yang Fabregas dan Van Persie mungkin akan terus berada di bangku simpanan selepas beliau tidak mahu terlalu terburu-buru membenarkan dua finalis piala dunia itu kembali beraksi semula.. Begitu juga Denilson.. Itu sahajalah berita terbaru kecederaan Arsenal.. Adios & Get Well Soon Frimpong!!

P/S : Dilaporkan yang tawaran kedua Arsenal untuk khidmat Mark Schwarzer telah pun ditolak Fulham.. Dilaporkan Arsenal masih berpegang dengan tawaran bernilai 2 juta pound sementara Fulham mahukan 4 juta pound untuk khidmat Schwarzer..
Read More