18 August 2010

Armand Traore ke Benfica ??

Sebelum Atikah mulakan artikel tentang rumours baru yang spy Atikah baru dapat, Atikah nak kongsikan sedikit berita gembira selepas Young Boys telah menewaskan Tottenham Hotspurs 3-2 pada perlawanan pertama peringkat kelayakan.. Haha.. Sekarang ini semua fans Arsenal tengah sebut nama Young Boys!! Young Boys.. Harap-harap Spurs kalah minggu depan supaya mereka tahu mereka x akan pernah boleh kalahkan atau mencapai tahap Arsenal..

Armand Traore semakin hampir untuk meninggalkan Arsenal untuk menyertai gergasi Portugal, Benfica selepas Arsenal telah pun membenarkan Benfica berbincang dengan Traore walaupun Arsenal dan Benfica masih belum mencapai kata persetujuan mengenai nilai perpindahan Traore.. Menurut spy Atikah, Arsenal mahukan 2 juta pound serta mendapat keuntungan besar jika Traore dijual..

Benfica memberikan tawaran cukup menarik kepada Traore dengan memberikan peluang untuk Traore beraksi di posisi kegemarannya, iaitu sebagai sayap kiri.. Arsenal sebelum ini telah menolak tawaran dari kelab Perancis di Ligue 2 untuk melepaskan Traore meninggalkan Arsenal secara pinjaman..

Namun perjanjian ini mungkin hanya berlaku jika Traore bersetuju meninggalkan Arsenal mahupun jika Wenger bersedia melepaskan Traore dengan spy Atikah turut melaporkan yang Benfica juga berminat untuk mendapatkan beliau secara pinjaman mungkin untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Angel Di Maria..

Atikah rasa Traore mungkin patut meninggalkan Arsenal namun mungkin juga tidak.. Traore bagus cuma beliau masih perlu improve untuk bertahan di mana beliau semasa menyerang cukup bagus dan mempunyai passing yang cemerlang.. Cuma semasa bertahan sahaja beliau agak hambar..

Namun Atikah rasa beliau patut diberikan peluang sekali lagi di Arsenal untuk membuktikan kehebatannya di posisi bek kiri dan memberikan cabaran kepada Clichy dan Gibbs.. Beliau masih muda dan mempunyai potensi walaupun beliau diatasi Kieran Gibbs yang sebaya dengannya.. Atikah akan berikan perkembangan terkini tentang perkara ini sebaik ada berita terbaru.. Adios!!

P/S : Spy Atikah boleh mengesahkan yang Johan Djourou telah kembali semula menjalani latihan untuk memberikan saingan kepada Nordtveit mahupun Song untuk bergandingan dengan Vermaelen pada perlawanan Blackpool selepas Koscielny digantung satu perlawanan akibat dua kad kuning berserta kad merah semasa menentang Liverpool hujung minggu lepas..

0 comments:

Post a Comment