Campbell, Eduardo and Song

Sol Campbell menegaskan yang dia akan memutuskan masa depannya selepas majlis perkahwinan dan selepas tamat berbulan madu.. Campbell juga mengesahkan yang dia masih memikirkan tawaran daripada Arsenal walaupun terdapat laporan yang Campbell akan menyertai revolusi baru Celtic di bawah pimpinan Neil Lennon..

Arsenal berkemungkinan akan melepaskan Eduardo da Silva yang mula mendapati dirinya kini mungkin akan diketepikan selepas kemasukan Marouane Chamakh dan aksi memikat dari Nicklas Bendtner.. Namun spy Atikah masih belum boleh memberikan apa-apa kepastian tentang rumours ini..

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang kelab gergasi Turki Galatasary telah membuat tawaran kepada Arsenal untuk mendapatkan khidmat tonggak utama Arsenal di bahagian tengah selepas Fabregas iaitu Alexander Song.. Namun walau bagaimanapun Arsenal telah mereject tawaran tersebut bulat-bulat..

Yang kelakarnya Galatasary membuat tawaran bernilai 4 juta ( x pasti sama ada euro mahupun pound.. Atikah rasa euro) untuk mendapatkan khidmat Song.. Ohh tolonglah 20 juta pound merupakan harga Song.. Sebabnya Song baru 23 tahun bulan September ini dan Song cukup boleh diharapkan untuk mengawal barisan hadapan pertahanan..

Song yang baru-baru ini disahkan sebagai pemain terbaik ketiga tahunan Arsenal juga boleh diharapkan untuk mengisi posisi pertahanan tengah.. Dan sejak akhir-akhir ini, aksi menyerang Song semakin bagus.. Jadi agak mustahil Atikah nak percaya kalau Wenger terfikir nak terima tawaran 4 juta untuk khidmat Song..

Terutama sekali Arsenal membelinya dengan harga 1 juta pound daripada kelab Ligue 2 Perancis SC Bastia.. Hakikatnya Song merupakan pemain paling improve dalam pasukan juga membuatkan nilai 4 juta untuk khidmatnya cukup memalukan.. Hmm.. Apalah dengan dunia sekarang ini..

Pemain yang bagus mereka beli dengan harga yang murah sahaja.. Tapi pemain yang teruk mereka bayar mahal-mahal.. Last-last sekali perlaburan tersebut x berbaloi langsung.. Merugikan je adalah.. Beli 20 juta pound tapi last-last jual dalam 5 juta pound je.. Adios!!
Read More

Tahniah Kim Little

Soory.. Hari ini x ada cerita menarik skuad Arsenal.. Tetapi Atikah dalam artikel nie mahu ucapkan sekalung tahniah kepada Kim Little yang memenangi dua anugerah FA Women's Football Awards.. Namun sayangnya Little tidak berada di London untuk menerima anugerah tersebut..

Little menerima anugerah Umbro Top Goalscorer (National Divison) selepas meledakkan sejumlah 22 gol dalam semua perlawanan liga.. Little menjaringkan 42 gol sepanjang musim 2009/2010 dalam kesemua kejohanan dan ianya membenarkan Little membawa pulang anugerah Tesco Player's Player of The Year..

Sejumlah gol tersebut juga dijangka mencukupi untuk melihat pemain Arsenal Ladies ini disenaraikan sebagai salah seorang calon pemain terbaik tahunan wanita dunia.. Dan berkemungkinan akan menewaskan pesaing lain untuk merangkul anugerah tersebut buat pertama kali dan buat pertama kali dalam sejarah kelab Arsenal Ladies..

Percaya atau pun tidak Kim Little yang menjaringkan lebih 40 gol sepanjang musim lalu di mana Atikah menjangkakan dia akan memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies buat dua kali berturut-turut dan tercalon dalam top 5 pemain terbaik tahunan dunia baru sahaja berusia 20 tahun!! Dan Little menyambut hari jadinya yang ke-20 dengan memenangi 2 anugerah ini..

Dan untuk pengetahuan anda juga walaupun Kim Little menjaringkan lebih 40 gol musim lalu.. Kim Little bukanlah seorang pemain penyerang.. Little merupakan pemain tengah dan bukannya seorang pemain sayap juga.. Little lebih kurang macam Fabregaslah dalam skuad Arsenal..

Cuma Little lebih cemerlang di hadapan pintu gol berbanding memberikan passing yang cemerlang di mana tugas tersebut merupakan tugas kapten pasukan Jayne Ludlow.. Bukan ke bagus kalau Arsenal lelaki ada pemain macam si Kim Little nie dalam pasukan..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Atikah ucapkan tahniah kepada semua pemain Arsenal yang memenangi 2 piala musim lepas iaitu salah satunya ialah kejuaraan liga yang ketujuh berturut-turut selepas disahkan sebagai pemenang Tesco Club of The Year Award.. Adios!!
Read More

Arsenal Player of The Season

Laman web Arsenal telah mengesahkan yang kapten pasukan, Cesc Fabregas disahkan sebagai pemain terbaik tahunan dengan mengumpul undian sebanyak 49.8 % undian selepas menjaringkan 19 gol dalam kesemua kejohanan untuk Arsenal sebelum Fabregas meretakkan tulang fibula kaki kanannya semasa menentang pasukan remajanya Barcelona di Emirates Stadium..

Sementara itu seperti yang Atikah jangkakan.. Thomas Vermaelen mengikuti di tangga kedua ketinggalan jauh kebelakang.. Vermaelen menerima undian sebanyak 22.1 % undian selepas debut musim pertamanya di Arsenal yang menakjubkan.. Vermaelen menjaringkan 8 gol dalam semua kejohanan.. Kebanyakannya menerusi tandukan mahupun rembatan menakjubkan..

Alex Song yang menjadi nadi utama Arsenal di bahagian tengah Arsenal diberikan penghormatan oleh fans Arsenal seluruh dunia selepas undian sebanyak 12.7 % undian telah mencukupi untuk meletakkannya di top 3 pemain terbaik Arsenal..

Robin Van Persie yang menerima anugerah pemain terbaik tahunan musim 08/09 berada di tempat keempat dengan undian sebanyak 3.5 % undian.. RVP menjaringkan 10 gol sepanjang musim lalu walaupun beraksi hanya 20 perlawanan dengan dua darinya sebagai pemain gantian..

Namun mengambil kira faktor Van Persie terlepas banyak perlawanan akibat kecederaan.. Rekod gol tersebut cukup mengkagumkan selepas meledak 20 gol pada musim 2008/2009 iaitu rekod gol terbaiknya.. Adios!!
Read More

Perjanjian Koscielny capai kata putus

Laurent Koscielny akan disahkan sebagai pemain Arsenal dalam masa beberapa hari lagi selepas menurut spy Atikah, perjanjian di antara Arsenal dengan FC Lorient telah pun mencapai kata putus dengan Lorient telah pun menerima tawaran bernilai 8.5 juta pound..

Menurut spy Atikah lagi, Koscielny akan menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan akan menerima gaji mingguan hanya sebanyak 25 ribu pound seminggu.. Sumber dalaman Lorient juga telah mengesahkan tentang rumours ini dan menegaskan yang dalam masa beberapa hari lagi pengumuman akan dibuat..

Jadi Atikah ucapkan selamat datang kepada Laurent Koscielny yang dijangka akan menjadi gandingan Thomas Vermaelen pada musim baru ini.. Atikah akan umumkan pengesahan rasmi daripada kem Arsenal sebaik Atikah menerima pengesahan tersebut..

Namun Atikah yakin ianya akan memakan masa beberapa hari di mana Koscielny terpaksa terbang ke London untuk menjalani ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak dan seterusnya diumumkan sebagai pembelian kedua Arsenal pada musim panas ini.. Adios!!
Read More

Arsenal sedia kehilangan Jay Simpson

Penyerang kelahiran London skuad simpanan Arsenal berusia 21 tahun dijangka akan meninggalkan Arsenal musim panas ini jika Arsenal ditawarkan tawaran yang menarik daripada pasukan lain selepas pengurusan Arsenal dan Arsene Wenger sendiri bersedia melepaskan penyerang berbadan tegap ini untuk membenarkan Simpson beraksi secara tetap..

Simpson yang menyertai akademi Arsenal sejak kecil lagi hanya beraksi sekali dalam kesebelasan utama Piala Carling dan dua kali sebagai pemain gantian dan menjaringkan 2 gol untuk skuad utama Arsenal dalam aksi Piala Carling.. Namun aksi memikatnya bersama pasukan West Brom dan QPR dalam tempoh pinjaman masih gagal menarik minat Wenger..

Simpson dijangka akan menjadi rebutan 3 pasukan EPL dan 6 pasukan dari liga Kejuaraan juga turut berminat untuk mendapatkan khidmat Jay Simpson yang kontraknya bersama Arsenal akan tamat musim panas 2011.. Fulham, West Ham dan pendatang baru EPL Blackpool akan memberikan peluang untuk Simpson menampilkan bakatnya di pentas EPL..

Sementara Millwall, QPR, Nottingham Forest, Cardiff, Leicester City dan Hull City turut berminat mendapatkan khidmat Simpson untuk membantu mereka kembali ke pentas tertinggi Inggeris iaitu pentas EPL.. Namun jika Arsenal benar bersedia melepaskan Simpson, dijangka lebih ramai pasukan akan meluahkan keingginan mereka untuk mendapatkan khidmat Simpson..

Namun Arsenal hanya akan melepaskan Simpson jika perjanjian tersebut bagus untuk kesemua pihak.. Jika pengurusan Arsenal membuat keputusan melepaskan Simpson.. Atikah mengucapkan selamat maju jaya buatnya dan ruginya fans Arsenal tidak boleh melihat aksi sebenarnya di dalam jersi Arsenal.. Adios!!
Read More

Joe Cole dan Cesc Fabregas

Semalam berakhirnya sudah kempen England di Piala Dunia.. Namun Atikah yakin ramai fans Arsenal bergembira melihat England dibelasah Jerman 4-1.. Namun bukan itu yang Atikah nak bincangkan.. Dengan berakhirnya kempen England di Afrika Selatan, maka teka teki sama ada Cole akan menyertai Arsenal atau tidak akan terjawab..

Bercakap tentang masa depannya buat pertama kali.. Cole mengesahkan yang dia mahu menyelesaikan tentang masa depannya secepat yang mungkin dan Cole juga tidak menafikan berita yang dia telah menandatangani pra kontrak bersama Arsenal.. Jadi jika ianya benar bermakna Cole akan kembali ke London dan menjalani ujian kecergasan sebelum disahkan sebagai pemain Arsenal..

Buat masa ini, Arsenal hanya perlu bersaing bersama musuh setempat Tottenham untuk mendapatkan tandatangan Cole.. Namun dengan pihak pengurusan Spurs agak keberatan untuk membayar gaji lebih kurang 100 ribu pound seminggu, Arsenal cukup berpeluang cerah mendapatkan tandatangan Cole itupun jika Cole lepas ujian kecergasan..

Menurut spy Atikah, Cole telah bersetuju untuk menyertai Arsenal dengan menerima gaji sekitar 80 hingga 100 ribu pound seminggu bersama Arsenal dalam kontrak 3 tahun.. Namun menurut spy Atikah lagi, kontrak tersebut akan terbatal jika Cole gagal melepasi ujian kecergasan yang akan disediakan pasukan perubatan Arsenal..

Cesc Fabregas berbicara tentang masa depannya sekali lagi dengan menegaskan yang ianya bukanlah satu perkara yang salah untuk pulang ke Barcelona memandangkan ianya kampung halamannya.. Namun Fabregas juga menegaskan yang dia cukup terhutang budi kepada Wenger kerana menjadikan dirinya sebaik sekarang ini.. Namun Fabregas tetap tegas yang dia tidak akan komen apa-apa tentang masa depannya kerana mahu fokus pada Piala Dunia..

"I won’t think about anything until after the World Cup.. It won’t be a problem if I return to Barcelona because Barca is my home.. The people there are always sensational in the way they treat me.. [Wenger?] He means everything to me. He is the person who put his trust in me.."

"Without him, I don’t know if I would be a professional footballer today.. I owe him a lot and I have a special affection for him.." Adios!!
Read More

Arsenal akan kehilangan Barazite ??

Nacer Barazite.. Merupakan pemain sayap yang cukup berbakat besar dan tidak pernah menghampakan semasa dipanggil skuad utama.. Namun pemain sayap Belanda berusia 20 tahun ini sering disebut-sebut akan menyertai skuad utama.. Namun setiap kali musim pra musim, dia akan dikecewakan Wenger walaupun menampilkan aksi cemerlang..

Barazite mampu beraksi sebagai pemain sayap, pemain tengah menyerang mahupun sebagai seorang penyerang.. Barazite sering menjaringkan gol semasa kempen pra musim menentang Barnet dan setiap kali menentang Barnet dia akan muncul sebagai hero.. Namun ianya masih belum membuatkan Wenger memilihnya dalam skuad utama..

Disebabkan perkara itu.. Barazite mengakui yang dia akan bertemu dengan Arsene Wenger untuk berbincang tentang masa hadapannya di Arsenal.. Namun dengan Fran Merida telah melangkah pergi.. Barazite merupakan calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan Merida di dalam pasukan..

Bagi Atikah ianya satu kehilangan yang besar di dalam skuad Arsenal jika Arsenal membuat keputusan melepaskannya.. Kontraknya akan tamat tidak lama lagi dan Wenger perlu lakukan sesuatu sebelum kita kehilangan seorang lagi pemain yang berbakat besar.. Namun apa yang pasti, sentuhan penyudahnya amat mengkagumkan..

Bagi Atikah Barazite jauh lebih bagus berbanding Fran Merida yang kadang kala mengecewakan apabila diberikan peluang beraksi.. Namun walaupun Barazite sering mendapat peluang beraksi beberapa minit sahaja, Barazite x akan mengecewakan namun disebabkan faktor Merida dianggap klon Fabregas, ianya menyaksikan Barazite terpaksa diketepikan..

Namun bagi Atikah jika Wenger memberikannya lebih banyak peluang untuk beraksi di dalam skuad utama.. Ianya mungkin boleh membuatkannya muncul sebagai klon Bergkamp.. Kerana Atikah nampak ciri-ciri tu dah ada.. Cuma masih belum keluar sepenuhnya lagi.. Apa salahnya berikan dia lebih banyak peluang dan jika Barazite cemerlang mungkin kita dah jumpa klon Dennis Bergkamp.. Adios!!
Read More

We will sign a new player soon

Arsenal akhirnya mengakui yang tidak lama lagi, dia akan memperkenalkan pemain baru.. Namun Wenger tidak mahu komen sama ada pemain tersebut ialah Laurent Koscielny apabila menegaskan dia akan memberitahunya semasa segalanya selesai..

Okey disini juga Atikah nak mengesahkan pemain-pemain Arsenal yang akan kembali semula ke pangkuan kelab selepas negara masing-masing kecundang di peringkat kumpulan Piala Dunia 2010 dengan hanya 3 pemain sahaja iaitu Carlos Vela, Robin Van Persie dan Cesc Fabregas yang masih kekal di Afrika Selatan..

Bacary Sagna akan mengetuai Gael Clichy dan Abou Diaby daripada skuad Perancis yang dimalukan dengan pulang menaiki pesawat kelas ekonomi.. Namun ianya satu berita baik buat fans Arsenal memandangkan ketiga-tiga mereka boleh mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum bermula musim EPL yang baru..

Nicklas Bendtner yang menyumbatkan 1 gol dan menampilkan aksi cemerlang di Piala Dunia terpaksa pulang awal.. Nampaknya Bendtner mempunyai waktu yang cukup untuk menjalani proses pemulihan selepas sering bergelut dengan masalah kecederaan sejak kemalangan kereta tahun lalu..

Alexander Song juga akan kembali selepas Cameroon tersingkir awal di mana Song mendapati dia lebih banyak memanaskan kerusi simpanan berbanding beraksi di tengah padang.. Eboue juga akan mengikut jejak Song meninggalkan Afrika Selatan selepas Ivory Coast turut tersingkir awal.. Adios!!
Read More

No news on Campbell future

Sol Campbell dilihat semakin hampir meninggalkan pasukan dan berkemungkinan akan menyertai Celtic selepas Wenger telah mengesahkan yang tiada sebarang berita tentang masa depan Campbell di Arsenal.. Berita ini pastinya mengecewakan fans Arsenal yang berharap Campbell akan kekal di Arsenal..

Sumbangan dan kehadiran Campbell di dalam kem Arsenal musim depan pasti sedikit sebanyak mampu memberikan banyak manfaat ke dalam kem Arsenal yang kekurangan pengalaman pemain veteran.. Sememangnya kehadiran Campbell telah banyak menaikkan motivasi pemain muda Arsenal..

Namun apa-apa pun jika Campbell sah meninggalkan Arsenal, Atikah ucapkan selamat berjaya buatnya dan terima kasih atas sumbangan hebatnya di barisan pertahanan Arsenal semasa pertahanan Arsenal berhadapan masalah kecederaan pada lewat musim 2009/2010.. Jadi dengan Senderos, Silvestre dan kini Gallas dan Campbell semakin meninggalkan pasukan..

Wenger cukup terdesak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 2 pemain pertahanan yang baru dan juga memanggil pertahanan muda berbakat besar skuad simpanan Arsenal, Havard Nordtveit ke dalam skuad utama Arsenal untuk mengisi kekosongan keempat-empat pemain pertahanan yang sudah dan akan meninggalkan Arsenal..

Namun dengan Laurent Koscielny semakin hampir ke dalam pasukan Arsenal musim depan itu pun jika Wenger bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian dengan FC Lorient.. Jadi hanya seorang sahaja lagi pemain pertahanan yang diperlukan Wenger sebelum masalah pertahanan selesai sebelum bermulanya musim baru EPL.. Adios!!
Read More

Koscielny semakin hampir ke Arsenal

Laurent Koscielny dilihat akan diperkenalkan sebagai pemain Arsenal selewat-lewatnya minggu depan selepas segala urusan dengan FC Lorient telah pun mencapai kata persetujuan.. Namun ianya masih menunggu lampu hijau dari Wenger untuk mengesahkan perjanjian ini dan beberapa perkara dalam kontrak pemain ini dan perjanjian bersama Lorient..

Ejen pemain ini telah membuat sidang akhbar pada hari Isnin yang lalu selepas Lorient telah menyatakan syarat-syarat mereka untuk mendapatkan tandatangan Koscielny.. Namun disebabkan Wenger tertinggal blackberrynya jadi Wenger agak lambat mengetahui tentang perkara ini..

Namun dengan salah satu syaratnya iaitu pertukaran pinjaman semusim Francis Coquelin telah pun diselesaikan dan Coquelin sendiri telah pun diperkenalkan sebagai pemain FC Lorient, jadi hanya ada beberapa sahaja benda lagi yang perlu dipersutujui Wenger.. Jika segalanya selesai kita mungkin akan melihat pembelian kedua musim panas ini dalam minggu ini atau minggu depan..

Ini berita yang paling Atikah benci.. Dalam banyak-banyak goalkeeper Wenger pilih si Schwarzer yang membuat kesilapan sehingga menyaksikan Australia tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia untuk menjadi penjaga gol nombor 1 Arsenal selepas spy Atikah melaporkan yang Wenger akan memperbaharui tawarannya untuk khidmat Schwarzer..

Bagi Atikah standart Schwarzer lebih kurang samanya dengan Almunia dan Fabianski.. Buat apa kita membazir dapatkan penjaga gol yang standartnya sama dengan penjaga gol yang kita dah ada?? Schwarzer juga buat kesilapan berprofil tinggi seperti Almunia dan Fabianski.. Namun Almunia dan terutama sekali Fabianski masih muda dan boleh belajar lagi..

Tapi dengan hakikat Schwarzer sudah berusia 37 tahun dan masih melakukan kesilapan berprofil tinggi.. Adalah satu hakikat yang Schwarzer tidak layak untuk menyarung jersi no. 1 Arsenal musim depan.. Namun jika tawaran bernilai 3.5 juta pound Arsenal diterima, ianya bermakna Almunia akan menjejakkan kaki meninggalkan Arsenal musim depan.. Adios!!
Read More

Aaron Ramsey jalani latihan ringan

Berita baik buat semua fans Arsenal.. Spy Atikah telah mengesahkan yang Aaron Ramsey telah kembali menjalani latihan ringan hanya 4 bulan selepas tulang betis dan tulang keringnya patah selepas dibentes Ryan Shawcross..

Ramsey dilaporkan telah mula berlari dan latihannya itu juga diperhatikan oleh penolong pengurus Wales yang membuat sidang media tentang berita baik dari pemain muda berbakat besar ini.. Ini ialah kenyataan dari penolong pengurus Wales tersebut..

"Aaron is running now and just needs the pin taken out at some stage.. That’s a decision he will make soon when he’s ready, but from what I’ve heard he’s progressing brilliantly and it shouldn’t be too long.. It’s important for him, Arsenal and Wales to get back playing as he’s a great talent who should be showing us that on the football pitch.."

Pasti ramai fans Arsenal berharap dia boleh kembali beraksi semasa musim baru EPL bermula.. Tapi Atikah rasa kita perlu lebih bersabar dan begitu juga Aaron Ramsey supaya tidak akan ada komplikasi yang akan berlaku akibat terlalu mendesak untuk kembali beraksi..

Mengikut ramalan doktor sebelum ini.. Ramsey mungkin akan kembali menjalani latihan pada musim luruh dan nampaknya ianya lebih cepat dari jangkaan.. Namun ianya tidak mengejutkan dengan hakikat Ramsey masih muda dan tulangnya lebih cepat untuk sembuh..

Dengan semangat Ramsey yang cukup membara dengan beberapa minggu selepas menjalani pembedahan, dia telah berjalan tanpa bantuan daripada tongkat semata-mata mahu melihat rakan sepasukannya berlatih..Apa-apa pun ianya sememangnya berita baik daripada Aaron Ramsey kepada fans Arsenal.. Harap-harap Ramsey mampu menjadi lebih baik dari sebelum ini..

Sementara itu Atikah x pasti sama ada anda semua dengar rumours yang mengatakan Joe Cole berminat untuk ke Old Tradford.. Tetapi spy Atikah boleh menafikannya selepas sumber dalaman kelab Man. Utd telah menolak laporan tersebut yang mereka berminat untuk membawa Cole ke Old Tradford.. Adios!!
Read More

Perjanjian Koscielny hampir capai kata putus

Laurent Koscielny dijangka akan disahkan menjadi pembelian pertahanan baru Arsenal musim panas ini tidak lama lagi selepas Arsenal semakin hampir berjaya capai kata putus bersama FC Lorient dalam perjanjian membawa Koscielny ke Arsenal..

Namun bintang pertahanan skuad simpanan Arsenal berusia 19 tahun, Francis Coquelin akan beraksi di FC Lorient secara pinjaman semusim.. Perjanjian pinjaman Coquelin dijangka memberikan Arsenal semakin hampir untuk mencapai persetujuan bersama Lorient untuk mendapatkan khidmat tonggak pertahanan mereka ini..

Dengan Wenger berjanji akan membawa tonggak pertahanan baru sebelum Piala Dunia tamat dan mengesahkan yang mereka masih berbincang bersama Lorient untuk khidmat Koscielny dan pengurus pasukan Lorient juga mengesahkan yang dia dapat merasakan yang Koscielny akan meninggalkan pasukan sebaik Lorient dan Arsenal capai kata persetujuan..

Namun tawaran sekitar 10 ke 12 juta euro mungkin sudah cukup untuk memastikan Lorient menjual pemain yang dibeli mereka dengan harga 1.5 juta euro ini.. Namun apa yang pasti Koscielny semakin hampir perjalanannya ke stadium Emirates musim depan.. Adios!!
Read More

Latest transfer rumours

Rumours terkini siapa yang akan menjadi gandingan Thomas Vermaelen musim depan walaupun Laurent Koscielny dilihat bakal hadir ke Emirates Stadium tidak lama lagi.. Rakan gandingan dan rakan baik Thomas Vermaelen, John Vertonghen mungkin akan muncul satu lagi pembelian di bahagian pertahanan..

Pertahanan berusia 23 tahun ini pernah bergandingan bersama Verminator di Ajax dan juga merupakan gandingan Vermaelen di dalam skuad kebangsaan Belgium.. Vertonghen merupakan rakan baik Vermaelen dan Vertonghen juga merupakan pemain berkaki kidal dan mampu beraksi di bahagian bek kiri dan pemain tengah bertahan selain centre back..

Namun jika Vertonghen dan Koscielny menyertai Arsenal.. Atikah merasakan yang Laurent Koscielny akan menjadi pilihan utama Wenger untuk bergandingan bersama Vermaelen memandangkan Wenger tidak gemar meletakkan kedua-dua pemain kidal bergandingan di bahagian tengah pertahanan..

Walaupun terdapat laporan yang Wenger dapat membayangkan yang kedua-dua pemain ini (Vertonghen dan Vermaelen) mampu membentuk gandingan mantap dan seterusnya muncul gandingan lagenda di Arsenal.. Atikah masih merasakan Koscielny akan menjadi pilihan utama jika perjanjian di antara Arsenal dan Lorient berjaya mencapai kata persetujuan..

Sementara itu Wenger bersedia memikirkan untuk membuat perpindahan terhadap salah seorang penjaga gol di Piala Dunia dengan menurut spy Atikah penjaga gol Argentina Sergio Romero dan penjaga gol Itali Federico Marchetti sebagai pilihan utama..

Atikah tidak ingat jika penjaga gol berusia 23 tahun ini beraksi cemerlang semasa menentang Arsenal di saingan Champions League tahun lepas.. Tetapi Romero diakui cukup berbakat.. Penjaga gol AZ Alkmaar ini merupakan pilihan utama Maradona di Piala Dunia dan setakat ini beraksi cemerlang dengan dibantu pertahanan yang x kurang cemerlangnya..

Namun satu saja masalah tentang Romero nie.. Dia agak panas baran sikit orangnya.. Pada Mac 2009 yang lalu, Romero telah mematahkan tangannya selepas pasukannya tewas di suku akhir Piala Belanda kepada NAC Breda kerana kekecewaan yang teramat sangat..

Pilihan utama Wenger ialah penjaga gol Itali yang semakin meningkat naik, Federico Marchetti.. Penjaga gol berusia 27 tahun ini kini mengantikan Buffon yang cedera dan setakat ini menampilkan aksi memberangsangkan.. Namun Juventus cukup berminat untuk mendapatkan Marchetti dan pasukannya Cagilari meletakkan tanda harga sekitar 12 juta pound ke atas Marchetti.. Adios!!
Read More

Defender baru semakin hampir

Arsene Wenger telah mengesahkan yang pemain pertahanan baru akan hadir sebelum tamatnya musim Piala Dunia ini dengan pemain pertahanan FC Lorient, Lorient Koscielny dilaporkan akan menjadi pembelian pemain pertahanan pertama Arsene Wenger musim ini..

Koscielny telah menyuarakan keinginannya untuk meninggalkan Lorient musim panas ini dan beraksi bersama Arsenal musim 2010/2011 di mana Arsenal disahkan akan berkunjung ke Anfield untuk menentang Liverpool yang serba baru pada perlawanan pembukaan sebelum menutup tirai berkunjung ke Craven Cottage menentang Fulham..

Menurut laporan terkini, Koscielny memberitahu yang dia telah pun membuat perbincangan bersama Arsene Wenger dan Koscielny mengakui dia cukup terdesak untuk tidak menolak kesempatan untuk beraksi bersama pasukan elit seperti Arsenal..

"Arsenal are one of the biggest European clubs, who plays in the Champions League.. I think it's a good club to progress further.. I do not want to miss this opportunity.. They have contacted my representitives this week.. I met with Arsene Wenger as did my agents after the end of last season.. It went well.."

Namun Arsenal perlu mengemukakan tawaran sekitar 10 hingga 15 juta euro untuk menyelesaikan masalah perpindahan ini apabila Lorient meletakkan tanda harga mereka terhadap Koscielny pemain yang cuba untuk dipertahankan mereka daripada meninggalkan pasukan..

Sementara itu kapten pasukan, Cesc Fabregas mahukan sedikit kelainan di dalam persediaan skuad Arsenal dengan memberikan pandangan supaya Arsenal mengikut cara Sepanyol bersedia pada setiap perlawanan..

"Here they give us much more information than they do at Arsenal, definitely.. At Arsenal we don't really look at anything from the other team, we look for ourselves and that's it.. Here, maybe two three days before the game, we start looking at some videos, we know more or less the starting eleven that is going to play... we know nearly everything about them.."

"You just have to have your group of friends here, you play cards, you play Playstation, you have fun.. We train morning, afternoon, go to sleep early... you don't have much time to think about it really.."

Atikah sendiri x pasti keberkesanannya dengan Sepanyol telah tewas 1-0 kepada Switzerland walaupun buat research.. Tapi ada benarnya apa yang dikatakan Fabregas.. Kita mungkin patut membuat research tentang lawan kita.. Ianya mungkin akan memberikan kita sedikit kelebihan.. Adios!!
Read More

Arsenal hampir dapatkan Koscielny

Arsenal dilihat semakin hampir untuk membawa masuk pemain pertahanan baru untuk mengantikan trio veteran, Gallas, Silvestre dan Campbell dengan pemain pertahanan yang dijangka masuk ialah tonggak pertahanan FC Lorient berusia 24 tahun, Laurent Koscielny..

Menurut ejen Koscielny, Koscielny sudah berbincang dengan presdien FC Lorient dan pengurus pasukan yang dia mahu berhijrah ke Arsenal.. Tawaran terkini Arsenal ialah sekitar 8 juta pound namun FC Lorient mahukan lebih dari tawaran tersebut..

Namun menurut ejennya lagi, perjanjian tersebut semakin hampir untuk dilaksanakan walaupun Arsene Wenger kini sedang berada di Afrika Selatan sempena Piala Dunia.. Atikah dapat merasakan yang Koscielny mampu mencipta gandingan hebat bersama Thomas Vermaelen..

Atikah akan terus memerhatikan segala perkembangan terkini tentang perjanjian ini.. Jangan risau sebaik sahaja Atikah diberitahu yang Koscielny sah menjadi pembelian terbaru Arsenal, Atikah akan postkan secepat yang mungkin.. Adios Amigos!!
Read More

Arshavin mahu Fabregas stay

Andrei Arshavin merupakan seorang lagi pemain yang di kaitkan akan berpindah ke Barcelona sehinggakan ianya hampir mencetuskan kemarahan fans Arsenal terhadapnya.. Namun ianya perkara yang lepas, kini Arshavin meluahkan keingginannya untuk melihat Fabregas kekal bersama Arsenal..

"As an Arsenal player, I like him a lot and we need him because he is our best player and our captain.. But it is his decision.. In modern football everyone goes somewhere and most clubs sell their players, but personally I would like him to stay.."

Bagi Atikah pengaruh Fabregas cukup kuat di dalam pasukan dan terhadap fans Arsenal.. Tanpanya kebanyakan pemain Arsenal akan kehilangan punca.. Dan kesemua pemain Arsenal cukup menghormatinya.. Walaupun si Fabregas ini pendiam namun dalam diam dia cukup tegas..

Arsene Wenger telah menunjukkan yang sememangnya memilih Fabregas sebagai kapten pasukan merupakan pilihan yang tepat.. Di bawah pimpinan Fabregas, Arsenal telah mencapai banyak kemajuan dan banyak pemain mula membuktikan kehebatan mereka.. Mungkin kita sudah bersedia untuk melepaskan Fab namun hakikatnya tidak..

Walaupun Samir Nasri, Aaron Ramsey dan Jack Wilshere dilaporkan akan mengisi kekosongan tersebut di samping kehadiran pemain tengah berkualiti yang lain.. Fabregas tetap Fabregas dan Fabregas tidak boleh diganti..

Kalau kita nak menang sesuatu musim depan.. Kita kena berjuang memastikan Fabregas stay.. Jika tidak impian tersebut mungkin cukup sukar untuk dilaksanakan.. Kerana kreativiti Van Persie dan CO masih tidak mencukupi..

Walau apa-apa pun yang dikatakan Presiden baru dan lama Barcelona.. Cesc Fabregas memegang kunci untuk pergi atau tidak.. Tetapi apa-apa pun terus percaya kepada Fabregas.. Atikah yakin Fabregas cukup komited bersama Arsenal walaupun agak kecewa sudah 5 musim x menang apa-apa trofi..

Biasalah bila Fabregas ke kem Sepanyol je, mamat-mamat Barca mulalah pujuk rayu Fabregas supaya ke Barca.. Media pulak ambik kesempatan macam ini untuk mengapi-apikan fans Arsenal.. Kita tengok jelah.. Lepas habis Piala Dunia nie.. Fabregas akan kekal di Arsenal.. Dan Barca pulak hisap jari lagi tengok Fabregas terus sarung jersi Arsenal yang serba baru.. Adios!!
Read More

Nasihat Gilberto Silva kepada Cesc Fabregas

Masa depan Cesc Fabregas terus menjadi perbualan walaupun Arsenal dan Arsene Wenger sendiri telah mengesahkan Cesc Fabregas akan kekal di Arsenal dan Wenger juga mengesahkan yang dia tidak pernah berbincang dengan Fabregas tentang masa depan Fabregas di Arsenal..

Namun Presiden terbaru Barcelona nampaknya cukup berhasrat untuk membawa Fabregas pulang dan ini semakin menyeksakan fans Arsenal.. Kehilangan Cesc Fabregas akan menjadi ruang yang cukup besar yang ditinggalkan lebih besar daripada semasa Henry meninggalkan pasukan..

Walaupun Wenger beli Gourcuff, Hamsik atau sesiapa sekali pun ianya masih meninggalkan kesan yang besar terhadap Arsenal.. Tengok sahajalah macam mana Arsenal main selama ini tanpa kelibat Fabregas di tengah padang??

Atikah dah nak muak dengan berita nie.. Atikah percaya kepada Fabregas 200% yang dia akan kekal di Arsenal dan Atikah menghormati keputusannya untuk tidak membincangkan tentang masa depannya memandangkan Fab mahu fokus 100% kepada Sepanyol terlebih dahulu..

Namun walau apa-apa pun yang media keluarkan tentang masa depan Fabregas.. Anda teruslah mempercayai Fabregas.. Namun Fabregas juga kalau ada terfikir pasal benda ini, tolonglah fikirkan baik-baik dan dengarlah nasihat dari lagenda Arsenal.. Yang terbaru ialah daripada Giberto Silva..

"I think so.. I hope he stays.. He is a big person and must ask himself and think very carefully if he has to go or not.. But of course the final decision (is something) he has to do.. In case this situation happens, it will be a big blow for Arsenal.. But let's wait and see.."

Atikah harap tolonglah Arsenal buat sesuatu terhadap Barcelona.. Mereka sekejap kata nak hormati segala keputusan yang di buat Arsenal.. Tetapi tetap degil nak dapatkan si Cesc Fabregas walaupun Arsenal tegas x nak jual.. Dahla Arsenal letak harga 60 hingga 80 juta mereka nak bagi 30 juta je..

Dahla Barca sekarang nie nak bankrup.. Arsenal pulak akan kaya start musim depan sebabnya hutang stadium dah semakin bekurangan dan wang penajaan akan masuk ke dalam bank.. Tapi apa-apa pun tolonglah fans Arsenal jangan terperdaya dengan rumours terkini tentang Cesc Fabregas.. Adios!!
Read More

Exclusive New Away Kit Picture

Akhirnya Arsenal mendedahkan secara terperinci rupa jersi baru away Arsenal musim depan.. Jadi seperti yang Atikah janji sebelum ini, Atikah postkan lebih banyak lagi gambar jersi terbaru away Arsenal musim depan..

Atikah juga sarankan anda membeli baju away baru Arsenal ini yang original punya.. Disebabkan fabrik baju Arsenal ini dicipta khas untuk menjaga alam sekitar dan dibuat daripada barang yang dikitar semula.. Adios!!

Read More