22 June 2010

Perjanjian Koscielny hampir capai kata putus

Laurent Koscielny dijangka akan disahkan menjadi pembelian pertahanan baru Arsenal musim panas ini tidak lama lagi selepas Arsenal semakin hampir berjaya capai kata putus bersama FC Lorient dalam perjanjian membawa Koscielny ke Arsenal..

Namun bintang pertahanan skuad simpanan Arsenal berusia 19 tahun, Francis Coquelin akan beraksi di FC Lorient secara pinjaman semusim.. Perjanjian pinjaman Coquelin dijangka memberikan Arsenal semakin hampir untuk mencapai persetujuan bersama Lorient untuk mendapatkan khidmat tonggak pertahanan mereka ini..

Dengan Wenger berjanji akan membawa tonggak pertahanan baru sebelum Piala Dunia tamat dan mengesahkan yang mereka masih berbincang bersama Lorient untuk khidmat Koscielny dan pengurus pasukan Lorient juga mengesahkan yang dia dapat merasakan yang Koscielny akan meninggalkan pasukan sebaik Lorient dan Arsenal capai kata persetujuan..

Namun tawaran sekitar 10 ke 12 juta euro mungkin sudah cukup untuk memastikan Lorient menjual pemain yang dibeli mereka dengan harga 1.5 juta euro ini.. Namun apa yang pasti Koscielny semakin hampir perjalanannya ke stadium Emirates musim depan.. Adios!!

0 comments:

Post a Comment