13 June 2010

Almunia yakin kekal

Masa depan Manuel Almunia terus berada di dalam keraguan selepas presiden Arsenal, Peter Hill-Wood mengakui mereka membuat tawaran kepada Fulham untuk Schwarzer walaupun tawaran tersebut ditolak, masih ada keraguan tentang masa depan Almunia di Arsenal..

Kerana jelas Wenger sedang mempertimbangkan untuk membeli penjaga gol yang berwibawa untuk musim depan.. Namun jika ianya tidak berlaku, Almunia masih belum boleh menarik nafas lega kerana laporan spy Atikah mendedahkan yang Almunia mungkin tidak akan menjadi penjaga gol no.1 Arsenal musim depan..

Spy Atikah melaporkan yang Arsene Wenger kini sedang mempertimbangkan untuk memberikan jawatan tersebut kepada penjaga gol kedua sekarang ini iaitu Lukasz Fabianski.. Ianya pasti mengusarkan sebilangan besar peminat Arsenal namun Atikah yakin Fabianski mampu melakukannya..

Asalkan Fabianski x gugup, konfiden dan ada ketahanan mental yang cukup kuat.. Kerana Fabianski dah ada segala bakat yang diperlukannya kecuali ketiga-tiga perkara tersebut.. Perkara yang tidak kurang cukup penting untuk seorang penjaga gol.. Namun walau bagaimanapun Almunia yakin dia akan kekal di Emirates Stadium musim depan..

"I have a deal signed with Arsenal and nobody at the club has given me a reason to question my future.. So I am not worried about the situation.. I have seen what the papers are saying but I do not think it affects me.. I am resting now and watching the World Cup, and then I will return in July to work with the rest of the squad.."

Bagi Atikah, Almunia bukanlah seorang penjaga gol yang teruk walaupun sudah beberapa kali Atikah meluahkan kekecewaan ataupun mungkin ada yang Atikah maki dia.. Tetapi Atikah akui jika Almunia di tahap terbaiknya, Almunia bagaikan seorang penjaga gol terbaik dunia.. Cuma sayangnya musim 2009/2010, Almunia gagal konsisten dan banyak melakukan kesilapan mudah..

Cuba kita tengok musim 2008/2009.. Almunia merupakan pemain ketiga terbaik tahunan.. Almunia juga merupakan salah satu faktor Arsenal mengekalkan tempat di Champions League pada musim tersebut.. Dan Almunia juga hero di Rome.. Musim tersebut tanpa disangkal lagi merupakan musim terbaik Almunia di Arsenal..

Tapi Almunia x dapat meneruskan prestasi cemerlangnya itu pada musim ini dan beberapa kali menyebabkan Arsenal kehilangan mata berharga.. Dengan hakikat Almunia sudah berusia 33 tahun, ianya tidak dapat membantu untuk menyelamatkannya dari kritikan pedas..

Atikah yakin kalau Almunia berjaya kembali ke prestasi musim 2008/2009.. Arsenal tidak perlukan penjaga gol bertaraf dunia.. Kerana kita sudah mempunyainya.. Dan sebelum Atikah terlupa.. Lagenda penjaga gol Arsenal, Lehmann mengakui yang Almunia merupakan seorang penjaga gol bertaraf dunia semasa menentang Barca di Emirates Stadium..

Atikah yakin semua fans Arsenal mengakuinya.. Namun sayangnya fans Arsenal hanya boleh menyaksikannya beberapa kali sahaja musim ini berbanding musim sebelumnya.. Tapi walaupun Atikah masih ada keyakinan pada barisan penjaga gol kita.. Atikah tetap mengalu-alukan kehadiran penjaga gol baru..

Asalkan bukan Mark Schwarzer atau beberapa lagi penjaga gol yang standartnya lebih kurang macam penjaga gol kita sekarang ini.. Dari membazir membeli standart penjaga gol yang kita dah ada lebih baik guna duit tu nak beli pemain lain.. Adios!!

2 comments:

zizie said...

Almunia nk kekal??.tak payah lah buang je..buat sakit fan Arsenal je.

15.6.10
fazreyl said...

tersangat risau kalau fabianski jd keeper utama....
huhu

15.6.10

Post a Comment