30 June 2010

Tahniah Kim Little

Soory.. Hari ini x ada cerita menarik skuad Arsenal.. Tetapi Atikah dalam artikel nie mahu ucapkan sekalung tahniah kepada Kim Little yang memenangi dua anugerah FA Women's Football Awards.. Namun sayangnya Little tidak berada di London untuk menerima anugerah tersebut..

Little menerima anugerah Umbro Top Goalscorer (National Divison) selepas meledakkan sejumlah 22 gol dalam semua perlawanan liga.. Little menjaringkan 42 gol sepanjang musim 2009/2010 dalam kesemua kejohanan dan ianya membenarkan Little membawa pulang anugerah Tesco Player's Player of The Year..

Sejumlah gol tersebut juga dijangka mencukupi untuk melihat pemain Arsenal Ladies ini disenaraikan sebagai salah seorang calon pemain terbaik tahunan wanita dunia.. Dan berkemungkinan akan menewaskan pesaing lain untuk merangkul anugerah tersebut buat pertama kali dan buat pertama kali dalam sejarah kelab Arsenal Ladies..

Percaya atau pun tidak Kim Little yang menjaringkan lebih 40 gol sepanjang musim lalu di mana Atikah menjangkakan dia akan memenangi anugerah pemain terbaik tahunan Arsenal Ladies buat dua kali berturut-turut dan tercalon dalam top 5 pemain terbaik tahunan dunia baru sahaja berusia 20 tahun!! Dan Little menyambut hari jadinya yang ke-20 dengan memenangi 2 anugerah ini..

Dan untuk pengetahuan anda juga walaupun Kim Little menjaringkan lebih 40 gol musim lalu.. Kim Little bukanlah seorang pemain penyerang.. Little merupakan pemain tengah dan bukannya seorang pemain sayap juga.. Little lebih kurang macam Fabregaslah dalam skuad Arsenal..

Cuma Little lebih cemerlang di hadapan pintu gol berbanding memberikan passing yang cemerlang di mana tugas tersebut merupakan tugas kapten pasukan Jayne Ludlow.. Bukan ke bagus kalau Arsenal lelaki ada pemain macam si Kim Little nie dalam pasukan..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Atikah ucapkan tahniah kepada semua pemain Arsenal yang memenangi 2 piala musim lepas iaitu salah satunya ialah kejuaraan liga yang ketujuh berturut-turut selepas disahkan sebagai pemenang Tesco Club of The Year Award.. Adios!!

1 comments:

shahril said...

kim little ni cute pulak..

30.6.10

Post a Comment