Wenger perhatikan Vincent Enyeama

Enyeama merupakan Man of The Match pada perlawanan tersebut selepas memastikan Lionel Messi terkecewa walaupun beraksi dengan cemerlang pada perlawanan tersebut.. Sebelum ini Arsenal hampir mendapatkan tandatangan penjaga gol ini, namun perjanjian tersebut tidak dapat mencapai sebarang persetujuan..
Namun penjaga gol kelab Israel Hapoel Tel Aviv ini mula dikaitkan semula akan berhijrah ke Arsenal menurut laporan dari Israel.. Enyeama yang berada di dalam top form sekarang ini apabila musim ini hanya melepaskan 28 gol dari 33 perlawanan, pastinya pilihan bijak untuk Wenger membelinya di posisi terakhir Arsenal..
Dengan Lloris, Neuer, Hart dan beberapa penjaga gol lagi harganya terlampau mahal ataupun pasukan mereka tidak mahu melepaskan mereka, Arsenal mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan Enyeama dengan nilai perpindahan sekitar 3 juta euro sahaja.. Dan pasukannya juga bersedia untuk menjualnya..

4 comments:
setuju cadangan atiqah membeli Vincent Enyeama..setakat ni golkeeper yang menyinar di piala dunia ialah Vincent Enyeama(Nigeria ) dan Tim Howard( USA)....harap arsene wenger mempertimbangkan....
14.6.10shahril.. x lupa jugak si keeper Afrika Selatan.. Itumeleng Khune dengan penjaga gol Argentina, Sergio Romero.. Dua-dua tu baru 22 tahun.. Dan dari pandangan Atikah mereka berdua tu boleh tahan jugak.. Cuma si Romero tu x de bnyk masa lagi untuk tunjukkan kehebatan dia..
14.6.10betul juga kata atiqah..apa pun saya sokong 1)Holland 2)Brazil 3)Spain untuk piala dunia..Atiqah pula sokong team mane??
14.6.10atikah rasa.. sepanyol, brazil dengan jerman.. tapi england, belanda ngan argentina ada peluang jugak..
15.6.10Post a Comment