16 June 2010

Arsenal hampir dapatkan Koscielny

Arsenal dilihat semakin hampir untuk membawa masuk pemain pertahanan baru untuk mengantikan trio veteran, Gallas, Silvestre dan Campbell dengan pemain pertahanan yang dijangka masuk ialah tonggak pertahanan FC Lorient berusia 24 tahun, Laurent Koscielny..

Menurut ejen Koscielny, Koscielny sudah berbincang dengan presdien FC Lorient dan pengurus pasukan yang dia mahu berhijrah ke Arsenal.. Tawaran terkini Arsenal ialah sekitar 8 juta pound namun FC Lorient mahukan lebih dari tawaran tersebut..

Namun menurut ejennya lagi, perjanjian tersebut semakin hampir untuk dilaksanakan walaupun Arsene Wenger kini sedang berada di Afrika Selatan sempena Piala Dunia.. Atikah dapat merasakan yang Koscielny mampu mencipta gandingan hebat bersama Thomas Vermaelen..

Atikah akan terus memerhatikan segala perkembangan terkini tentang perjanjian ini.. Jangan risau sebaik sahaja Atikah diberitahu yang Koscielny sah menjadi pembelian terbaru Arsenal, Atikah akan postkan secepat yang mungkin.. Adios Amigos!!

4 comments:

Besi_Achabing said...

ikah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tlg kontek asan wenger..
suh dia beli keeper nigeria enyeema tuh..
cpat..sblm terlepas kat kelab lain!!!!!!!!!!!!!!!

18.6.10
kak said...

Kyle Ebecilio tu bagus ke? ada dgr rumor ttg dia akn ke Emirates...

18.6.10
atikah said...

wow lama x dgr cite achabing.. haha.. nanti atikah try contact wenger..

Kyle Ebecilio?? ohh dia pemain muda lagi.. baru lebih kurang 16 tahun.. atikah x pasti dia bagus ke x.. masih lama lagi baru kita tahu kebolehan dia..

19.6.10
zizie said...

bukan bagus sangat pun kyle ebecilio.patut arsenal beli masa umur dia 19 or 20 tahun.

20.6.10

Post a Comment