Gael Clichy ke Itali ??

Namun rumours ini langsung tidak menyaksikan Atikah risau kerana Clichy sudah tegaskan yang dia selesa di Arsenal dan dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Arsenal.. Clichy juga sudah memaklumkan Atikah yang dia bersedia untuk melanjutkan kontraknya sebaik sahaja dia berbincang bersama Wenger tentang masa depan Arsene Wenger di Arsenal..
Jadi jika benar Clichy mahu tinggalkan Arsenal sekalipun.. Kita masih ada beberapa pemain bek kiri yang cukup berwibawa dan mampu mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan Gael Clichy.. Atikah senaraikan top 3 pemain bek kiri yang Atikah rasa sesuai untuk mengisi kekosongan yang mungkin akan ditinggalkan Clichy..

Walaupun Gibbs tergelincir semasa MU menang di Champions League musim lepas dengan gol tersebut dianggap titik punca Arsenal tewas.. Namun tiada siapa yang menyalahkan Gibbs kerana secara kesuluruhannya Gibbs tidak mengecewakan.. Namun malang Gibbs retak tulang metatarsal pada bulan November selepas ditackle keras pemain Standart Liege..
Jika ianya tidak berlaku.. Mungkin fans Arsenal akan menyaksikan Wenger akan pening kepala untuk memilih sama ada Gibbs atau Clichy di posisi bek kiri Arsenal.. Dengan Gibbs akan kembali musim panas ini, Wenger tidak perlu risau untuk membeli pemain bek kiri baru jika Clichy memilih untuk meninggalkan pasukan..

Thomas Cruise yang baru berusia 19 tahun merupakan seorang pemain bek kiri yang cukup berwibawa dan berkaliber.. Cruise mempunyai corak permainan yang cukup cemerlang dan ciri permainan yang diperlukan seorang bek kiri moden..


Masih banyak yang perlu diimprovekannya terutama sekali cara dia bertahan sebelum boleh menjadi pilihan utama di bek kiri Arsenal.. Namun keseluruhannya iaitu passing dan cara menyerang, Atikah dah cukup puas hati..
Namun dia perlu banyak improve bagaimana dia perlu bertahan dan membaca permainan sebelum mampu menjadi seorang bek kiri yang berwibawa dan berkaliber.. Baru berusia 21 tahun, Traore boleh menjadi yang terbaik jika dia terus improve..
Walaupun Arsenal mempunyai banyak bek kiri yang berwibawa.. Atikah masih belum mahu kehilangan Gael Clichy.. Kerana pengalamannya dan sifat kepimpinannya mampu membantu Arsenal untuk menamatkan kemarau 5 musim tanpa sebarang kejuaraan.. (Tidak termasuk Piala Emirates).. Adios!!
0 comments:
Post a Comment