Cristian Zapata confirm Arsenal interest

Walaupun Per Mertesacker merupakan pilihan utama Arsene Wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Sol Campbell, namun Wenger bersiap sedia dengan segala kemungkinan terutama sekali jika Arsenal gagal memikat tonggak pertahanan Werder Bremen itu apabila Zapata telah mengesahkan yang Arsenal dan beberapa kelab lain berminat dengan khidmatnya..

Tapi setelah Atikah siasat dengan terperinci sebenarnya Zapata dan Mertesacker merupakan pertahanan yang cukup diperlukan Wenger.. Dengan Serdar Tasci mintak maaflah sebabnya bagi Atikah Tasci merupakan pertahanan yang sudah Arsenal ada.. Zapata boleh bermain di mana-mana posisi pertahanan dan badannya juga tegap..

Sementara Mertesacker pula mempunyai kelebihan ketinggian dan bertubuh sasa dan juga terjahan bersih.. Namun sejujurnya kalau Wenger nak beli dua pertahanan kedua-dua mereka ini cukup sesuai untuk Arsenal.. Namun disebabkan Nordtveit telah memberikan cabaran untuk peluang skuad utama, Wenger hanya perlu beli seorang pertahanan sahaja lagi..

Namun kita tidak tahu apa yang Wenger akan lakukan.. Wenger selalu membuat kejutan.. Dan walau apa pun pilihan Wenger, Wenger always right.. Apa yang penting sekarang ini kita teruskan aksi cemerlang malam ini.. Harap-harap Arsenal menang.. Tidak kiralah menang besar atau tipis.. Janji menang dan mendominasi perlawanan.. Adios!!
Read More

Wenger komen tentang Fabregas

Selepas Fabregas mengeluarkan kenyataan semalam, kini giliran Wenger pula mengeluarkan kenyataan terhadap kaptennya itu dengan memberitahu beliau akan terus menjadi kapten dan Wenger juga memberikan cabaran kepada Fabregas untuk mengetuai Arsenal memenangi trofi dan menegaskan sekali lagi yang mereka tidak berminat untuk berbincang mengenai perpindahan Fabregas kerana mereka mahu mengekalkan Fabregas..

"We do not negotiate.. If I want to buy your house and you don't want to sell, you don't negotiate with me, that's completely normal.. I have spoken to him directly [over the summer]. But I believe it's important that meetings between me and the players remain secret.. I never come out with the words I exchange with my players.."

"It's an inevitable question and inevitable answer.. I always said Cesc Fabregas will be our captain next year and that we want to keep him.. Despite all the speculation last season and the whole summer, nothing has changed.. There's a great attitude and spirit inside the squad and Cesc Fabregas an help us achieve these targets.. He's now at a good age, 23-years-old, and he has just won the World Cup.. I believe he will grow in authority again for next season.. The biggest achievement for him now is to help us win the title.."

"I have known players who want to leave and then after they don't want to leave any more.. There are all kinds of situations but I believe what happens after is that when a player stays it is about how much he focused on playing football.. It is always in the interests of the player to perform. If he is a champion, he goes on the football pitch and wants to be the best he can. All the rest is a poor excuse for a football player.."

Wenger juga menegaskan yang Fabregas boleh kekal lebih daripada setahun memandangkan kontrak Fabregas masih panjang lagi.. "Look at the length of his contract and you will see he has five or six years to go.. When you sign a contract it means we are committed to a player to pay him and keep him no matter what happens.."

Wenger juga sekali lagi mengutuk tentang polisi baru EPL apabila hanya 25 pemain utama sahaja boleh disenaraikan dengan 8 darinya mestilah home grown.. "I am not a big fan of it.. It puts first of all many players without clubs, that is the first mathematical consequence of it.. Secondly it puts the clubs in a weak position most of the time on the transfer market.."

"When you have already 25 [players in your squad], when you buy a player you know you have 26 and now you have to get rid of one.. So you have to integrate in the transfer market when you buy a player how much as well it costs to get rid of a player.. You are not sure after you will be capable to buy the player, so I believe it is a disastrous decision for football and for the players and I was quite amazed that the union accepted that.. I believe as well for the clubs it is a very bad decision.."

"The big clubs have 25 top players anyway and you will not stop that by these kind of decisions. When you have already employed a player and he has to go to a smaller club there are only two solutions; the smaller club pays above their potential or the big club takes a part of the salary.. In both cases it is not satisfying.."

Wenger juga menegaskan yang dia tidak terkejut melihat Campbell menyertai Newcastle pasukan yang disokong keluarga mertuanya.. "No [I was not surprised] because I thought it was a possibility he could take.. Sol I believe has done extremely well with us and we were still open to negotiating with him here.. But he made that choice and, no, I am not surprised.."

Mathieu Flamini pastinya menjadi perhatian ramai pada perlawanan malam nanti selepas kembali semula ke Emirates Stadium selepas 4 tahun meninggalkan pasukan.. "It is always a pleasure to come back to this stadium.. I spent a lot of good moments here and have a lot of memories here.. I had four amazing years with Arsenal, great memories and I still have good friends in this team.. I stay in contact with them so for me it is something special and I will enjoy it to the maximum.."

Sementara itu Havard Nordtveit di jangka akan memecahkan tembok skuad utama Arsenal selepas semakin hampir untuk berada di dalam pasukan utama walaupun beliau merupakan pilihan saat akhir Wenger untuk ke kem Austria itupun atas aksi cemerlangnya semasa menentang Barnet..

"I was first told I would not be joining the training camp, but after the match against Barnet, I got a phone call that I was taken out anyway.. It was crazy.. They said they were impressed that I showed mental strength and played so well in the Barnet match.. Wenger said I played very well.."

Nordtveit yang kini sedang berbincang dengan pengurusan Arsenal tentang lanjutan kontraknya mengakui beliau tiada petunjuk sama ada beliau akan turut serta dalam skuad Arsenal pada kempen mempertahankan Piala Emirates.. Apa-apa pun Atikah yakin beliau akan dipanggil Wenger untuk kempen musim depan.. Kerana beliau berhak menerimanya..

Jangan lupa saksikan perlawanan Arsenal VS AC Milan pada pukul 11.25 malam ini untuk aksi pertama kempen Piala Emirates 2010 di saluran astro 816.. Adios!!
Read More

Midfield quartet missing for Emirates Cup

Arsenal akan beraksi pada kempen Piala Emirates kali ini dengan 4 tonggak di bahagian tengah Arsenal diketuai kapten pasukan Cesc Fabregas yang hanya akan melaporkan diri semula pada 5 Ogos nanti.. Sementara Denilson, Diaby dan yang terbaru Song turut akan terlepas kempen mempertahankan Piala Emirates..

Walaupun kecederaan mereka tidak serius Wenger tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan menurunkan tonggak bahagian tengah Arsenal.. Jadi tanpa kelibat 4 pemain tengah tersebut Rosicky, Nasri, Eboue dan Wilshere akan mengemudi jentera tengah Arsenal dengan bantuan dari beberapa pemain tengah skuad simpanan..

Bahagian serangan juga akan menyaksikan Nicklas Bendtner dan Roobin Van Persie akan turut disisihkan selepas Bendtner masih bergelut dengan kecederaannya sementara RVP masih belum melaporkan diri.. Jadi bahagian serangan Arsenal akan diketuai Chamakh, Arshavin, Walcott dan Vela dan juga mungkin sedikit bantuan dari penyerang berbakat skuad simpanan Arsenal..

Ketiadaan Cesc Fabregas dan Van Persie menyaksikan Manuel Almunia muncul kapten Arsenal.. Namun dengan masa depannya berada dalam keraguan Wenger mungkin akan memberikan penghormatan kepada Tomas Rosicky, Thomas Vermaelen dan juga mungkin Samir Nasri untuk mengetuai skuad Arsenal mempertahankan Piala Emirates..

Dan sedikit berita pasal Mark Schwarzer.. Walaupun Fulham telah melantik Mark Hughes sebagai pengurus baru mereka, Schwarzer dilaporkan masih tetap mahu ke Emirates Stadium selepas dilaporkan beliau telah menetapkan hatinya untuk menerima tawaran Arsenal.. Adios!!
Read More

Wenger - We need at least four centre backs

Wenger mengakui yang dia sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk di bawa masuk ke Arsenal iaitu pemain pertahanan tengah.. Namun Wenger seperti kebiasaannya tidak mahu memberitahu nama pemain tersebut.. Wenger menegaskan mereka akan mengambil kira faktor teknikal dan kewangan sebelum membuat sebarang tawaran terhadap pemain pertahanan tersebut..

Buat masa ini 4 pemain pertahanan tengah yang Atikah jangka akan ke Arsenal iaitu pemain Everton, Phil Jagielka, pemain Werder Bremen, Per Mertesacker, pertahanan Stuggart, Serdar Tasci dan pertahanan yang pernah menarik minat Wenger Cristian Zapata dari Udiniese.. Wenger menegaskan yang Arsenal perlukan sekurang-kurangnya 4 pemain pertahanan tengah.. Berikut ialah kenyataan Wenger..

"I wouldn’t like to give you any names.. There are plenty of names that we consider and we analyse.. We look at the financial possibilities and the technical potential.. But it is impossible for me to come out with a name.. We are still on the search because at the moment we only have three centre backs and we have seen last season you needed five.. I believe we need at least four because we have some other players who can fill in this position but overall we are still on the search.."

Havard Nordtveit yang dijangka akan dipanggil Wenger mengisi kekosongan di bahagian pertahanan di akui Wenger sebab utama beliau menurunkan Nodtveit sebagai pemain bek kanan supaya pertahanan berusia 20 tahun tersebut boleh mengutip pengalaman.. "He can play centre half.. I still believe he needs some more experience and that is why I try to use him in a different position at the moment.."

Lukasz Fabianski pula mendedahkan yang barisan penjaga gol sedia ada sekarang ini bertarung dengan cukup sengit untuk muncul sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal selepas sebelum ini Wenger telah mengesahkan tiada penjaga gol nombor satu di Arsenal buat masa ini.. Setakat ini Arsenal memastikan tiada sebarang gol dilepaskan.. Berikut ialah kenyataan Fabianski..

"It [the games] has been quiet except for Sturm Graz when I had two saves to make.. At the moment I've not had a lot to do in the games but we have the Emirates Cup in front of us so that will be interesting.. There is a big chance for everyone and everyone as you can see is fighting really, really hard for that No 1 spot.." Adios!!
Read More

Emirates Cup - Travelling squads

Okey dalam artikel ini Atikah nak postkan skuad AC Milan dan Celtic pada perlawanan Emirates Cup yang akan bermula esok (pasukan yang lawan Arsenal sahaja).. Tapi skuad Arsenal masih belum diketahui.. Namun apa yang pasti Fabregas, Van Persie, Denilson, Bendtner, Diaby dan Ramsey masing-masing tidak akan ada dalam skuad tersebut..

Marco AMELIA (GK)
Kakha KALADZE
PATO
Gennaro GATTUSO
Filippo INZAGHI
Clarence SEEDORF
Alessandro NESTA
Rodney STRASSER
Sokratis PAPASTATHOPOULOS
Mathieu FLAMINI
Massimo ODDO
Marek JANKULOVSKI
Gianluca ZAMBROTTA
gnazio ABATE
Andrea PIRLO
BORRIELLO
Massimo AMBROSINI
Daniele BONERA
Flavio ROMA
Christian ABBIATI (GK)
Giacomo BERETTA
Simone VERDI
Mario Alberto YEPES
Luca ANTONINI
RONALDINHO
Mathieu Flamini akan kembali semula ke Emirates Stadium selepas meninggalkan Arsenal 2 tahun yang lalu.. Kembalinya semula Flamini pastinya menjadi perhatian fans Arsenal.. Pemain yang perlu diperhatikan x lain x bukan ialah Pato dan Ronaldinho serta Pirlo.. Tapi sayang Huntelaar x ikut sama.. Mesti Vermaelen frust..


Andreas HINKEL
Efrain JUAREZ
Jos HOOIVELD

Scott BROWN
Georgios SAMARAS
Marc-Antoine FORTUNE
CHA Du-Ri
Mark WILSON
Shaun MALONEY
Niall McGINN
Milan MISUN
Joe LEDLEY
Marc CROSAS
KI Sung-Yueng
Morten RASMUSSEN
Paddy McCOURT
Charlie MULGREW
Glenn LOOVENS
Ben HUTCHINSON
Lukasz ZALUSKA (GK)
Thomas ROGNE
Cillian SHERIDAN
Daryl MURPHY
Josh THOMPSON
Aiden McGEADY
Dominic CERVI (GK)
Darren O'DEA
Paul CADDIS
Simon FERRY
Ryan CONROY
Paul McGOWAN
Gary HOOPER

Selamat kembali semula ke Emirates Stadium Celtic.. Pemain yang patut diawasi Arsenal ialah Scott Brown, Aiden McGeady, Georgios Samaras dan Marc-Antoine Fortune.. Ketiadaan Artur Boruc yang ke Fiorentina di harap mampu menyenangkan Arsenal merobek gawang Celtic.. Adios!!

Read More

You make us proud Rachel Yankey

Rachel Yankey membanggakan skuad Arsenal Ladies selepas mengetuai pasukan England di hari beliau menerima cap ke-100nya bersama England Ladies di mana beliau merupakan orang kedua yang melakukannya dengan menjaringkan gol pembukaan perlawanan untuk memastikan England berada di puncak liga pada perlawanan kelayakan ke Piala Dunia 2011..

Tugas kapten England sebelum ini merupakan milik seorang lagi pemain Arsenal Ladies, iaitu kapten pasukan, Faye White.. Namun disebabkan Yankey akan muncul pemain kedua yang memiliki cap ke-100, beliau diberikan penghormatan untuk mengetuai skuad England Ladies pada perlawanan menentang Turkey yang berkesudahan England menang 3-0..

Seorang lagi pemain Arsenal Ladies, Ellen White yang baru kembali semula ke pangkuan Arsenal Ladies selepas berkelana selama 4 tahun ke pasukan lain turut menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.. Iaitu gol kedua perlawanan hanya selepas 12 minit masuk ke padang sebagai pemain gantian..

Kim Little juga muncul hero Scotland apabila menjaringkan 2 gol dalam kemenangan tipis pasukan terhadap Poland.. Namun gol kedua yang dijaringkan Little itu merupakan dari hantara kemas seorang lagi pemain Arsenal Ladies, Jennifer Beattie..

Fuh lega Atikah dengar pemain-pemain Arsenal Ladies yang beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia ini.. Mereka semua masih berada di prestasi terbaik mereka.. Pada 8 Ogos ini iaitu tarikh yang sama Arsenal lelaki menentang Legia Warsaw, Arsenal Ladies akan beraksi di perlawanan persahabatan pertama mereka menentang Braintree Town Ladies..

Namun perlawanan skuad Arsenal Ladies ini awal 4 jam daripada perlawanan terakhir persahabatan skuad lelaki.. Atikah harap boleh tengok dua-dua game ini.. Adios!!
Read More

I’m the captain of Arsenal, I’m a ‘Gunner’

Cesc Fabregas akhirnya bersuara lagi.. Fabregas turut mengakui dia ada bertemu Arsene Wenger dan perbincangan tersebut berakhir dengan kesedihan buatnya.. Namun beliau akan terus kekal di Arsenal selagi Wenger mahunya kekal dan beliau juga mahu memenangi trofi kejuaraan di Arsenal terutama sekali Champions League..

"I’m a Barca fan, I’m a socio, as is my grandfather, my uncle, my cousin.. I have felt the colours from a young age, I’m Catalan.. However, I’m the captain of Arsenal, I’m a ‘Gunner’, and I have become a player there and matured as a person.. [Wenger] is a second father for me, the most important person in my life after my father.. He has behaved really well with me and taken me in like a son.. I am part of his family.."

"He doesn’t want me to leave.. And in my last conversation with him in London, it was one of the most difficult moments I have experienced.. I ended up very upset.. I want to continue fighting for every title, especially the Champions League, because I am a winner.."

Sementara itu spy Atikah melaporkan yang Carlos Puyol sekali lagi membuatkan fans Arsenal membenci Barcelona sehinggakan Atikah terfikir tolonglah ada x sesiapa yang tolong tembak Puyol di kepalanya???? Dia beritahu yang Wenger telah mengongkong Fabregas daripada mencapai cita-citanya..

Oh tolonglah Puyol.. Wenger cakap dia x nak bagi Fabregas pergi dan Fabregas sendiri mengikut sahaja selepas mengakui Wenger yang memegang masa depannya.. Hakikatnya Fabregas mempunyai kontrak sehingga 2015 bersama Arsenal so Arsenal yang mempunyainya dan kamu semua pemain Barcelona serta presidennya sekali telah melanggar peraturan..

Tidak menunjukkan rasa hormat terhadap Arsenal.. Sedarlah sikit masalah kewangan yang menimpa kamu semua.. Barcelona sekarang ini sudah nak bankrap sementara kewangan Arsenal semakin lama semakin stabil.. Kalau Atikah Fabregas, cinta mana pun terhadap Barcelona baik kekal di Arsenal sebab silap-silap haribulan nanti gaji pun x dapat..

Apa-apa pun ada siapa yang berani tolong tembak si Puyol dikepalanya??? Hahah.. Atikah giler punya semakin benci dekat pemain Barcelona yang makin lama makin kurang ajar nie.. Atikah harap sangat suatu hari nanti mereka akan merana dengan Barcelona sekali.. Harap-harap sangat mereka jatuh bankrap dan pasukan mereka jatuh ke liga kedua.. Baru padan dengan muka mereka..

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini, Spy Atikah melaporkan yang Wenger semakin hampir untuk melakukan tawaran bernilai sekitar 10.7 juta pound untuk khidmat Mertesacker sementara dalam masa itu masih mengawasi Phil Jagielka.. Adios!! LOVE YOU FABREGAS.. YOU ARE THE TRUE GUNNERS!!!
Read More

Cristian Zapata mahu ke EPL

Cristian Zapata memberikan lagi pening kepala untuk Arsene Wenger selepas mahu berhijrah dari Itali ke England.. Wenger dahulu pernah mengakui yang beliau cukup mengkagumi pemain pertahanan Colombia berusia 23 tahun ini.. Adakah Wenger akan memikirkan kemungkinan membawanya ke Arsenal dan mengetepikan Mertesacker??

Zapata memang bagus.. Beliau cukup selesa menggunakan kedua-dua belah kakinya.. Namun sejujurnya Atikah lebih gembira jika Mertesacker yang di beli Wenger.. Alasannya mudah kerana Mertesaceker tinggi dan berbadan tegap x lupa juga berpengalaman dan terjahan-terjahan bersihnya amat diperlukan bahagian pertahanan Arsenal..

Jadi siapa pilihan anda?? Per Mertesacker, Serdar Tasci ataupun Cristian Zapata?? Atikah pilih Mertesaceker.. Kerana Mertesacker merupakan pertahanan yang cukup diperlukan benteng pertahanan Arsenal.. Dan Mertesacker mampu mengukuhkan barisan pertahanan Arsenal yang sudah sedia mantap ini.. Adios!!

P/S: Jangan lupa undi di ruangan undian anda.. Siapa pilihan anda pemain pertahanan yang perlu di bawa masuk Wenger.. Mertesacker, Tasci ataupun Zapata??
Read More

New squad regulations for this season

Arsenal telah mempostkan tentang syarat terbaru EPL musim depan dengan memberitahu skuad sedia Arsenal sekarang ini mempunyai 26 pemain dengan 13 daripadanya boleh dikira sebagai home grown dan 7 daripadanya bawah 21 tahun.. Dalam kenyataan tersebut juga ada memberitahu beberapa pemain U-21 mungkin akan digugurkan dari 25 pemain skuad utama EPL musim depan..

Ianya untuk memberikan peluang kepada pemain yang lebih berusia.. Atikah rasa Aaron Ramsey mungkin akan melihat namanya digugurkan.. Namun disebabkan syarat tersebut membenarkan pasukan memilih sebanyak mana pemain berusia bawah 21 tahun, jadi Ramsey masih boleh beraksi untuk kempen EPL musim depan walaupun tidak tersenarai.. Sila ke link ini untuk kenyataan lanjut..

Menurut ejen Serdar Tasci, beliau yakin yang perpindahan Tasci ke Arsenal masih boleh menjadi kenyataan walaupun benar Arsenal ada melakukan perbincangan dengan VFB Stuggart tetapi Wenger masih belum membuat sebarang tawaran untuk mendapatkan bintang muda pertahanan yang klausa perpindahan di dalam kontraknya bernilai 18.5 juta pound..

Namun Wenger dilihat lebih berminat untuk membawa masuk Metersacker berbanding Tasci dan Atikah sendiri mengakui lebih suka melihat Metersacker menyertai Arsenal berbanding Tasci memandangkan Metersacker jauh lebih berpengalaman, berbadan tegap dan tinggi.. Sesuatu yang kurang di bahagian pertahanan Arsenal..

Atikah akan postkan lagi sebarang rumours perpindahan terbaru Arsenal yang mana menarik dan yang mana masuk akal Wenger akan melakukan perpindahan tersebut akan Atikah postkan sebaik ada sebarang berita baru.. Adios!!
Read More

Emirates Cup 2010

Hujung minggu ini akan menyaksikan aksi Emirates Cup akan mengambil alih dan menjadi titik penentu keupayaan sebenar Arsenal tanpa kelibat kapten dan penolong kapten pasukan sekali lagi kerana masih bercuti selepas kali ini Arsenal terpaksa menentang bukan calang-calang pasukan untuk misi mempertahankan kejuaraan Emirates Cup..

AC Milan dan Celtic akan menjadi penghalang Arsenal musim ini.. Dengan menurut ramalan Arsenal dan Lyon yang tidak bertemu dalam kempen ini akan bersaing hebat untuk membawa pulang trofi Emirates Cup.. Arsenal pernah menundukkan AC Milan di saingan liga juara-juara di mana Fabregas muncul hero hasil sepakan jarak jauhnya..

Sementara Celtic ditumpaskan Arsenal pada pusingan kelayakan Champions League musim lalu dengan sedikit kontroversi apabila Eduardo yang kini bersama Shaktar dilaporkan menjatuhkan badannya dengan sengaja untuk mendapatkan sepakan penalti yang menyaksikan Arsenal menumpaskan Celtic dengan mudah..

Pada 31 Julai 2010, Arsenal akan bertemu kuda tua dari Itali, AC Milan pada perlawanan pertama kempem Piala Emirates.. Berita baik semua.. Astro seperti musim lepas akan menyiarkan secara langsung perlawanan ini.. Pada pukul 9 malam Astro saluran 816 akan siarkan perlawanan Lyon menentang Celtic sebelum pada pukul 11.20 malam akan disiarkan Arsenal vs AC Milan..

Begitu juga pada 1 Ogos 2010.. Tarikh perlawanannya sama dan disiarkan secara langsung oleh Astro saluran 816.. Pukul 9 malam AC Milan vs Lyon dan pukul 11.20 malam Arsenal vs Celtic.. Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.. Dan harap-harap Arsenal kekalkan kejuaraan Emirates Cup.. Adios!!
Read More

Giovinco ke Arsenal ??

Sebastian Giovinco yang sudah fed up aksi diketepikan di Juventus akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan Juventus dengan Arsenal merupakan pilihan ut ama Giovinco selepas ejennya mengakui Giovinco cukup berminat untuk berhijarh ke Arsenal walaupun mendapat tawaran lumayan di tempat lain..

Namun ejen Giovinco mengakui masih belum ada sebarang tawaran daripada Arsenal dan mereka memberikan Wenger 10 hari untuk Wenger membuat tawaran.. "We have spoken to four teams in Italy regarding Giovinco.. I have heard of contact indirectly regarding Arsenal but I have not received direct contact from the club.."

"We are waiting to see who is formally interested, because he will definitely be leaving Juventus this summer.. There are also sides in Spain who are interested, so we are looking to find a solution for Giovinco in the next ten days.. If the interest of Arsenal is concrete, Giovinco would be interested because Arsenal are one of the top clubs in Europe.. If I hear of something directly from Arsene Wenger or a representative from Arsenal we would put all our attention on to the situation.."

Atikah sejujurnya amat gembira jika Wenger menandatangani pemain kecil Itali berusia 23 tahun ini.. Namun buat masa ini Atikah rasa Wenger tidak perlukan khidmatnya.. Kerana selagi Arshavin dan Nasri masih cergas selagi itulah Giovinco tidak diperlukan.. Kita sudah mempunyai banyak sangat pemain tengah..

Jadi Atikah berani katakan yang Wenger tidak akan membuat sebarang tawaran terhadap Giovinco.. Keranan bagi Atikah Wenger lebih berminat untuk membeli seorang lagi pemain pertahanan dan mungkin juga seorang lagi penjaga gol.. Dengan hakikat Wenger boleh menyenaraikan 25 pemain sahaja untuk kempem EPL musim depan menyukarkan lagi melihat Giovinco ke Arsenal..

Lainlah kalau Giovinco berusia 21 tahun.. Ianya mungkin boleh berlaku memandangkan menurut peraturan baru EPL selain 25 pemain dalam skuad dengan 8 daripadanya mestilah 'home grown', pasukan turut boleh menyenaraikan ramai pemain u-21 tanpa sebarang had.. Atikah giler punya benci peraturan baru ini.. Wenger apa lagi..

Tapi nasib baiklah posisi youth Wenger akhirnya ada guna jugak.. Tengok sebenci-benci mana pun kita dekat Wenger, Wenger sering jadi penyelamat.. Atikah harap Wenger kekal di Arsenal lagi selepas musim baru nanti.. Kerana tanpa Wenger silap-silap si Fabregas dan Van Persie blah.. Sebab kebanyakan pemain Arsenal main dekat Arsenal kerana Wenger..

Sementara itu, Wenger mungkin boleh menyelesaikan perjanjian Mark Schwarzer selepas Mark Hughes akan disahkan sebagai pengurus baru Fulham tidak lama lagi.. Tapi Atikah harap perjanjian tersebut tidak akan berlaku.. Kerana Atikah lebih berminat untuk melihat Marchetti ataupun Stekelenburg join Arsenal.. Ataupun baik x payah langsung..

Sebabnya Atikah sikit pun tidak mengemari Schwarzer.. Atikah yakin ramai fans Arsenal mengakui yang barisan penjaga gol sedia ada Arsenal ini jauh lebih bagus daripada Schwarzer yang tua-tua dia pun masih cenderung untuk melakukan kesilapan.. Adios!!
Read More

Wenger bid Marchetti ?!

Spy Atikah melaporkan yang Wenger kini bukan sahaja bersedia membuat tawaran 10 juta pound untuk khidmat Metersacker, Wenger juga dilaporkan sedia bersedia membuat tawaran bernilai 5.5 juta pound untuk khidmat penjaga gol Cagliari yang telah disahkan Cagliari untuk di jual selepas pemain tersebut mahukan cabaran baru..

Sebelum ini Atikah ada laporkan yang presiden Cagliari telah memberitahu yang hanya Arsenal sahaja yang meluahkan minat mereka untuk mendapatkan Federico Marchetti.. Namun nampaknya Wenger bersedia mengambil langkah selanjutnya dengan akan cuba membeli Marchetti daripada Cagliari..

Namun jika benarlah Marchetti dibid Wenger dan Cagliari serta Marchetti menerima tawaran Arsenal, Atikah harap yang Marchetti mampu beraksi cemerlang memandangkan terdapat sedikit kerisauan untuk Atikah memandangkan pemain Itali tidaklah begitu cemerlang di pentas EPL.. Tapi Atikah harap penjaga gol tidak turut terkena sumpahan tersebut..

Arsene Wenger telah mengesahkan yang Fabregas akan kekal di Arsenal dan kapten pasukannya itu akan kembali menjalani latihan semula pada minggu depan pada 5 Ogos 2010.. Namun terdapat berita yang mengatakan yang Fabregas mungkin akan berdepan tugas sukar kembali dengan kemungkinan layanan fans Arsenal akan berbeza terhadapnya..

Atikah rasa ianya tidak benar sekali.. Bagi Atikah, fans Arsenal yang mana waras dan tidak mudah diperdayakan, akan tahu yang Fabregas langsung tidak bersalah dalam hal ini.. Media (media sepanyol terutamanya) dan pihak Barcelona yang patut dipersalahkan dalam hal ini.. Kerana mereka jelas mahu membuat fans Arsenal membenci hero dan Arsenal lagend to be ini..

Atikah rasa Fabregas akan terus membuktikan komitemnnya terhadap Arsenal di atas padang nanti.. Atikah yakin yang Fabregas akan bersungguh-sungguh memujuk Wenger untuk memastikan dia beraksi menentang Liverpool nanti selepas Wenger sedang memikirkan merehatkan beliau serta Van Persie..

Tapi walau apa-apa pun in Fabregas we trust.. He always be our hero and nothing can change that.. Harap-harap Fabregas akan jadi lebih baik selepas ini dan memacu Arsenal ke puncak dunia.. Dan memastikan beliau menewaskan Henry sebagai lagenda kesayangan fans Arsenal dan memastikan gelaran kapten Jack Sparrow/kapten inspirasi untuk Arsenal/kapten fobulos kekal miliknya.. Adios!!
Read More

Arsenal cuba dapatkan Metersacker

Selepas tawaran sekitar 10 juta pound Arsenal ditolak David Moyes untuk khidmat Phil Jagielka.. Wenger kini mengalihkan perhatiannya terhadap Per Metersacker selepas Sol Campbell disahkan sebagai pemain Newcastle United selepas berjaya melepasi ujian kecergasannya..

Metersacker yang kontraknya hanya berbaki lagi 2 tahun bersama Werder Bremen merupakan pilihan utama Wenger sekarang ini selepas Wenger terpaksa menyerah kalah untuk mendapatkan Jagielka selepas Everton tidak bersedia untuk mendengar sebarang tawaran.. Berita ini pastinya mengembirakan fans Arsenal..

Jika Mertesacker muncul pembelian seterusnya Arsenal musim panas ini, ianya merupakan satu kejayaan besar apabila berjaya mendapatkan nama besar di dalam skuad Arsenal.. Hakikat pengalaman dan kehebatan Metersacker pastinya memberikan lebih kekuatan di dalam skuad sedia ada Arsenal..

Atikah akan terus mengikuti perkembangan berita ini.. Harap-harap Metersacker join Arsenal.. Kerana jika dia melakukannya Atikah yakin kesemua fans Arsenal akan tersenyum panjang atas kejayaan mengikat Metersacker.. Adios!!
Read More

Injury news

Arsene Wenger mengesahkan yang Johan Djourou akan kembali pulih semasa kempen Emirates Cup selepas mengalami kecederaan hamstring.. Kecederaan Rosicky pula tidak perlu dirisau kerana beliau hanya mengalami kecederaan groin.. Wenger membuat keputusan tidak membiarkan Rosicky beraksi awal pagi adalah untuk mengelak sesuatu yang buruk berlaku..

Namun berita buruknya ialah penyerang semakin meningkat naik, Nicklas Bendtner disahkan akan terlepas aksi pembukaan musim akibat kecederaan groin yang berulang-ulang sejak musim lepas.. Wenger juga mengesahkan staf perubatan Arsenal masih belum dapat mengenal pasti sama ada serius ataupun tidak kecederaan sebenarnya Bendtner..

Denilson dan Abou Diaby yang turut mengalami kecederaan disahkan Wenger akan kembali ke dalam pasukan semasa menentang Legia Warsaw pada perlawanan persahabatan terakhir Arsenal semasa berkunjung ke Poland pada 7 Ogos nanti..

Arsene Wenger juga telah mengesahkan tarikh kembalinya semula kapten pasukan dan penolong kapten pasukan.. Iaitu pada 5 Ogos ini.. Namun Wenger memberitahu yang beliau tidak pasti akan menurunkan dua tonggak utama itu semasa perlawanan terakhir persahabatan dan semasa perlawanan pertama EPL menentang Liverpool..

Semuanya bergantung dengan tahap kecergasan dua nadi utama Arsenal ini.. Wenger juga memberitahu yang berita Fabregas akan bertemunya dan Barcelona semakin hampir mendapatkan Fabregas hanyalah khabar angin.. Wenger sekali lagi menegaskan yang Fabregas bukan untuk dijual dan beliau juga tidak mahu sekali lagi menjual pemain terbaiknya.. Berikut ialah kenyataan Wenger..

"It is only noise.. In our job we have to deal with what we can master.. What we cannot influence is not to worry about.. We have learned about that and I believe that in a big club you have to live with those kind of noises without being disturbed.. I am very happy with Cesc and we are all very happy at the Club with Cesc.. He is a very important player for us, he is our captain and we have worked very hard [for him] to be the future of our team and that is why we are always adamant about [not] letting him go.."

Sebelum Atikah tamatkan artikel ini.. Atikah harap mari kita beramai-ramai join petition ini untuk memastikan Barcelona dikenakan tindakan sewajarnya keranan cuba mendapatkan Cesc Fabregas dengan cara yang salah.. Ianya melanggar peraturan dan cukuplah Arsenal dikenakan seperti ini.. This is must be stopped.. Adios!!!
Read More

Djourou injured lagi & Rosicky injured juga??

Johan Djourou injured lagi.. Djourou terpaksa di bawa keluar selepas terpaksa dibawa keluar selepas lebih kurang 25 minit beraksi.. Namun tiada siapa tahu apa sebenarnya kecederaan Djourou.. Serius ataupun tidak.. Namun jika serius Wenger mungkin terpaksa memikirkan meninggalkan Djourou dari 25 pemain skuad untuk kempen EPL musim depan..

Namun buat masa ini Wenger perlukan pertahanan baru walaupun beliau ada terfikir untuk memanggil Havard Nordtveit ke dalam skuad utama.. Kerana jelas sekali Djourou mudah tercedera selepas hampir setahun berehat.. Sementara itu Rosicky yang patut beraksi awal pagi tadi memberikan tanda tanya kepada fans Arsenal..

Tomas Rosicky mungkin mengalami kecederaan selepas last minute Samir Nasri masuk mengantikan beliau.. Namun tiada siapa tahu adakah kecederaan Rosicky serius mahupun tidak.. Inilah yang Atikah x suka setiap musim.. Ada sahaja masalah kecederaan.. Bila ianya bermula selalunya ianya akan menjadi lebih serius..

Atikah harap kecederaan mereka berdua tidak serius untuk memastikan Arsenal tidak lagi bergelut dengan masalah kecederaan.. Keranan mahu akui ataupun tidak, masalah kecederaanlah menjadi salah satu faktor mengapa Arsenal gagal memenangi sebarang piala dalam tempoh 5 musim.. Adios!!
Read More

Arsenal terus rekod cemerlang

Arsenal meneruskan rekod cemerlang pada perlawanan persahabatan selepas sekali lagi mudah menundukkan pasukan lawan.. Arsenal mudah menewaskan SC Neusiedl 1919 4-0.. Dengan sekali lagi gawang Arsenal tidak dibocori pihak lawan walaupun beberapa kali pemain Neusiedl hampir melakukannya namun kecekapan penjaga gol memastikan Arsenal terus belum dibolosi..

Theo Walcott memastikan Arsenal mendahului selepas menanti selama 28 minit selepas kekebalan penjaga gol Neusiedl akhirnya berjaya ditewaskan Walcott yang menampilkan aksi cemerlang namun masih belum bagus.. Jay Emmanuel-Thomas akhirnya memberikan kelebihan selesa untuk Arsenal selepas menyumbat gol kedua 2 minit selepas Walcott menjaringkan gol..

Marouane Chamakh akhirnya membuka akaun golnya untuk Arsenal selepas menjaringkan gol ketiga perlawanan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 selepas beliau dikasari di dalam kotak penalti.. Chamakh dengan tenangnya memperdayakan penjaga gol untuk gol pertamanya di dalam jersi Arsenal..

Carlos Vela yang terpaksa menyarung jersi lamanya bernombor 12 selepas nombor barunya iaitu nombor 11 disarung Emmanuel-Thomas, menjaringkan gol lob yang cantik yang memastikan Arsenal menang 4-0 pada minit ke-64..

Kali ini giliran Manuel Almunia dan Vito Mannone pula di gawang Arsenal.. Almunia memberikan petunjuk dia tidak akan menyerah kalah selepas menampilkan aksi menyakinkan pada separuh masa pertama.. Mannone yang masuk pada separuh masa kedua pula memastikan clean sheet berterus selepas mudah membaca penalti yang di ambil pihak lawan selepas handball dari Chamakh di dalam kotak penalti..

Atikah seperti kebiasaannya lebih berminat untuk melihat aksi penjaga gol dan pemain skuad simpanan sepanjang pra-musim ini.. Sejujurnya kalau Atikah Wenger, Atikah akan mendapati diri Atikah dalam dilema selepas melihat aksi-aksi penjaga gol Arsenal sepanjang kempen pra-musim ini.. Kesemuanya menampilkan aksi konsisten dan menyakinkan..

Untuk pemain skuad simpanan pula, Atikah masih tertarik dengan aksi Nordtveit.. Atikah dapat merasai beliau akan di panggil Wenger selepas berterus menampilkan aksi memukau.. Frimpong juga memastikan Wenger pening kepala selepas menampilkan aksi kemas dengan melakukan terjahan yang bersih walaupun dari belakang..

Emmanuel-Thomas pula memastikan beliau layak untuk menyertai skuad utama selepas akhirnya menemui rentak jaringannya di dalam aksi skuad utama.. Dengan hakikat Campbell meninggalkan Arsenal, Arsenal perlu memanggil salah seorang pemain ini untuk memastikan Arsenal tidak melanggar peraturan 8 'home grown'..

Spy Atikah melaporkan yang Osasuna telah menarik diri daripada mendapatkan Manuel Almunia yang diberikan kalungan armband pagi tadi.. Namun dilaporkan Galatasary berminat untuk mendapatkan Almunia memandangkan mereka mampu untuk membayar gaji Almunia.. Namun sejujurnya selepas lihat aksi Almunia pagi tadi..

Atikah harap kalau Almunia kekal dia mampu berikan aksi seperti mana pada musim 2008/2009 di mana Almunia di anugerah sebagai pemain ketiga terbaik tahunan.. Dan menjadi salah satu faktor Arsenal terus kekal di dalam Champions League.. Almunia bagus sebenarnya.. Namun hakikat dia melakukan banyak kesilapan musim lepas cukup merosakkan nama baiknya..

Tapi apa-apa pun semuanya terletak di tangan Wenger sama ada beliau akan mengekalkan barisan penjaga golnya ini ataupun sebaliknya.. In Wenger We Trust.. Harap-harap Wenger membuat keputusan yang bijak kali ini dan memastikan Arsenal menang sekurang-kurang satu piala musim baru nanti.. Adios!!
Read More

Stekelenburg atau Marchetti ??

Arsene Wenger dilaporkan sudah penat menanti perjanjian Mark Schwarzer menemui kata putus.. Atas disebabkan itu, laporan memberitahu yang Wenger kini mengalih arah terhadap penjaga gol yang lain.. Di antara dua penjaga gol iaitu Maarten Stekelenburg ataupun Federico Marchetti..

Seperti yang Atikah laporkan sebelum ini.. Maarten Stekelenburg berpeluang cerah untuk menyertai Arsenal selepas sumber dalaman pasukan Ajax memberitahu yang Arsenal cukup berpeluang untuk mendapatkan Stekelenburg.. Namun Wenger kini mempunyai pilihan kedua..

Penjaga gol nombor dua Itali, Federico Marchetti kini berada di dalam pasaran pemain selepas kelabnya Cagliari bersedia untuk melepaskan penjaga gol nombor satu mereka itu selepas Marchetti mahu mendapatkan cabaran baru.. Menurut presiden Cagliari, Arsenal telah menluahkan minat mereka untuk khidmat Marchetti..

Ini ialah kenyataan presiden kelab Cagliari.. "The only real club that is pushing for his signature is Arsenal.." Namun jika Wenger berminat membawa masuk seorang penjaga gol baru, Wenger perlu menjual Manuel Almunia terlebih dahulu kerana tidak bagus untuk mempunyai 5 penjaga gol di dalam satu pasukan..

Almunia dilaporkan kini diperhatikan secara serius kelab profesional pertamanya, Osasuna selepas Atletico Madrid di lihat bagaikan telah melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan Almunia.. Atikah akan updatekan sebarang berita terkini pasal penjaga gol baru sebaik Atikah dapat berita terkini.. Adios!!
Read More

Trio skuad simpanan dihantar pulang

3 pemain skuad simpanan Arsenal di hantar pulang Wenger selepas masing-masing mengalami kecederaan.. Henri Lansbury dan Craig Eastmond mengalami kecederaan semasa membantu Arsenal menang 3-0 ke atas Sturm Graz sementara Conor Henderson bergelut dengan kecederaan yang di alami beliau sejak menentang Barnet..

Mengikuti mereka bertiga ialah bek kiri, Armand Traore.. Namun jangan risau kecederaan mereka tidak serius.. Fans Arsenal mungkin berpeluang melihat aksi mereka di Emirates Cup nanti jika mereka berjaya sembuh selepas dijangkakan Fabregas dan Van Persie masih tidak akan menyertai pasukan..

Sementara itu Sol Campbell sah akan meninggalkan Arsenal sekali lagi dengan beliau menerima lamaran Newcastle United.. Campbell akan menjalani ujian perubatan semasa artikel ini ditulis.. Jadi Wenger secara rasminya terpaksa mencari pertahanan baru jika Campbell disahkan sebagai pemain Newcastle.. Adios!!
Read More

Pre-season training - the latest pictures

Sebelum Atikah postkan gambar terkini skuad Arsenal.. Kieran Gibbs telah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah bersedia untuk aksi musim depan selepas terpaksa menjalani pembedahan sebanyak 2 kali akibat kecederaan tulang metatarsal selepas diterjah keras pemain Standart Liege..

"My foot is all fine at the moment and I'm all ready for the new season.. I feel good. My foot's not causing me any problems and there has not been a lot of reaction to the metalwork I had in there.. I'm still at that stage when I'm just happy to be running and free to play football again.."

Enjoy gambar-gambar pemain Arsenal menjalani latihan di Austria.. Jika sebelum ini Szczesny berangan nak jadi cameraman.. Sekarang ini giliran Walcott pula yang mencuba nasib untuk menjadi cameraman baru di kem latihan pasukan di Austria.. Lepas tu Atikah rasa Mannone bagi gol sebab dia giler punya gembira macam baru lepas skor..

WOW.. IS THAT RAMSEY??? Hahah.. Sebenarnya dia Havard Nordtveit.. Muka dia dari sisi sebijik macam Rambo.. Terutama sekali bab rambut dia.. Tapi Ramsey rendah sikit dan kasut bola dia bukan jenama Nike tetapi Adidas.. Adios!!
Read More