21 July 2010

Arsenal to make a new bid

Menurut spy Atikah.. Wenger masih belum berputus asa untuk mendapatkan tandatangan Mark Schwarzer apabila dilaporkan Arsenal akan kembali semula dengan tawaran yang lumayan berserta kontrak menarik kepada Mark Schwarzer..

Fulham sebelum ini telah menolak tawaran sekitar 3.5 juta pound daripada Arsenal.. Namun Schwarzer memberikan petunjuk yang beliau bersedia untuk ke Emirates Stadium selepas Roy Hodgson meninggalkan Fulham.. Namun Fulham dilaporkan tidak berminat untuk berbincang mengenai perpindahan Schwarzer sehingga pengurus baru pasukan di ketahui..

Wenger dilaporkan bersedia untuk menawarkan kontrak kepada Schwarzer dengan memberikan kontrak pemain/jurulatih untuk memastikan Arsenal berjaya mendapatkan tandatangannya..

Wenger berhasrat untuk menyaksikan pengalaman Schwarzer di pentas tertinggi bola sepak diberikan kepada penjaga gol muda Arsenal.. Itu menjadi antara salah satu faktor mengapa Wenger berhasrat untuk membawanya ke Arsenal sebagai penjaga gol short term..

Atikah akan terus memerhatikan perkembangan tentang rumours ini.. Sama ada Schwarzer merupakan penjaga gol yang mahu dibeli Wenger.. Ataupun ianya sekadar rumours dan Wenger lebih berhasrat untuk meletakkan Fabianski, Mannone mahupun Szczesny sebagai penjaga gol nombor satu Arsenal.. Ataupun Almunia akan terus kekal?? Hmm.. Biarlah masa yang menjawapnya..

2 comments:

Sazly Salfarina said...

Fabianski, mannone dan szczesny bebudak mude lagi. Mungkin perancangan wenger untuk dapatkan schwarzer tu cume untuk perturunkan ilmu kat depa bertiga jer.

Apapun, aku setuju sangat kalau almunia dijual. Kerap kali buat mistake, terutama bile game penting. Sampai bile nak belajar, umur pon dah tiga puluh lebih.

21.7.10
kyo_9 said...

aiseh.. cam elok angkat keeper lain jer.. Schwarzer dah tua nau aa..

21.7.10

Post a Comment