10 July 2010

Arsenal July Match

Arsenal akan memulakan aksi pra musimnya menentang Barnet sekali lagi seperti tahun sebelumnya pada 17 Julai ini dengan dijangka Chamakh dan Koscielny akan membuat pernampilan pertama mereka sebagai pemain Arsenal.. Namun beberapa tonggak utama pasukan dijangka terlepas aksi ini selepas masih bercuti daripada aksi antarabangsa di Piala Dunia Afrika Selatan..

Atikah akan membuat pengesahan pemain mana yang akan menyertai skuad Arsenal menentang Barnet pada aksi pemanas badan pada 17 Julai ini.. Namun Robin Van Persie dan kapten pasukan, Cesc Fabregas sudah semestinya akan terlepas aksi ini kerana baru sahaja menamatkan aksi final Piala Dunia..

Aksi kedua pemanas badan Arsenal pula ialah menentang pasukan dari kelab Austria SK Strum Graz pada 21 Julai ini.. Atikah menjangkakan pada perlawanan ini kebanyakan tonggak utama Arsenal yang beraksi di Piala Dunia akan kembali ke pasukan untuk aksi pemanas badan kedua Arsenal..

Perlawanan terakhir pemanas badan Arsenal pada bulan Julai sebelum aksi Piala Emirates ialah menentang satu lagu pasukan kelab yang berpengakalan di Austria iaitu kelab SC Neusiedl 1919 pada 27 Julai ini sebelum Arsenal akan mempertahankan Piala Emirates yang di memenangi mereka musim lalu pada 31 Julai dan 1 Ogos sebelum melengkapkan aksi pemanas badan di Poland pada 7 Ogos menentang bekas kelab Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny, Legia Warsaw..

Jangan risau Atikah akan ingatkan anda semua pada setiap perlawanan persahabatan mereka sebelum perlawanan.. Jadi teruskan bersama blog ini untuk keputusan perlawanan persahabatan dan jadual perlawanan yang akan Atikah postkan nanti.. Atikah akan postkan keputusan perlawanan persahabatan dari masa ke semasa.. Adios Amigos..

0 comments:

Post a Comment